26

Romance Completed 177269

7:30 AM

BALIK sahaja dari hospital pagi tadi Nisa hanya diam tanpa melihat wajah Zafriel sedikit pun.Pandangan matanya hanya tertumpu di hadapan jalan raya yang sedikit sesak dengan kereta yang lalu lalang.

Riak wajah Nisa tidak bertukar sedikit pun sejak dia masuk ke dalam kereta .Hanya wajah datar tanpa senyuman yang di layangkannya.

Zafriel yang sedikit risau dengan keadaan Nisa sudah melihat sekilas wajah perempuan itu sebelum kembali memandu dengan perlahan.

“I tahu you masih marah kan i ,Tapi i buat semua ni untuk kebaikan you" Kata zafriel cuba menenangkan keadaan.

Nisa masih tak menghiraukan kata-kata zafriel.Nak lindungi dia ? tapi macam mana dengan keadaan Liz sekarang? lelaki tu tak pernah pun fikir apa yang berlaku pada Liz ? Sikit pun tak pernah!

Zafriel menghembuskan nafas perlahan bila melihat Nisa hanya diam dan masih dengan riak wajah yang sama.

“I cuma nak lindungi you .Itu je.." Ungkap Zafriel dengan nada yang sedikit perlahan.sayu sahaja kendengaran di telingga Nisa.

Nisa melihat sekilas wajah Zafriel.

“Tuan nak lindungi saya..tapi macam mana dengan Jannah ? nak tunggu dia dah tak ada dulu baru kita nak selamatkan? " Nisa memberi kan jelingan tajam kepada lelaki itu sebelum melihat kesisi cermin .Entah kenapa rasa sakit hati nya menjelma apabila melihat wajah zafriel.

Mendengar sahaja kata-kata dari bibir perempuan itu.zafriel sudah tak mampu berkata apa-apa.

________

KERETA tua di parking elok di halaman rumah Nisa .Nisa sudah membuka pintu kereta dengan pantas kaki mencapai tanah dan cepat sahaja dia masuk ke dalam rumah nya.

Zafriel hanya mampu melihat pergerakkan Nisa tanpa berbuat apa-apa.

Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah terlihat Mak Leha , Pak Samad , mama dan papa Zafriel sudah berkumpul di ruang tamu.Nisa memberi kan senyuman nipis terlebih dahulu kepada mereka sebelum bersalaman mesra.Kemudian , dia terus meminta diri mahu masuk ke dalam bilik untuk berehat .

Namun di sekat niat nya oleh pak Samad.

“Nisa duduk lah sat..kami semua nak bincang pasai pernikahan Nisa dengan Zaf.." Kata pak Samad memulakan perbualan .

Nisa sudah mengerutkan dahi dilihatnya wajah kedua mama dan papa Zafriel dan dilihatnya juga wajah kedua orang tua nya .Kelihatan dari riak wajah mereka berharap untuk dia dan zafriel melangsungkan pernikahan secepat mungkin.

Tapi keadaan nya masih belum stabil.tak tentu arah.Fikiran nya kusut !

Tapi walau bagaimanapun dia tak mungkin menghampakan Abah dan emak nya .Dan tak mungkin dia akan memberitahu semua masalahnya kepada kedua orang tua itu kalau lah mereka tahu mesti lebih parah keadaan.

Nisa menghembuskan nafas perlahan.mata ditutup rapat lalu dibuka semula.

Dilihatnya wajah semua orang yang berada di situ bersilih ganti.

“Nisa akan ikut apa yang terbaik untuk Nisa.." Kata Nisa.

Pak Samad dan Mak Leha sudah tersenyum bahagia begitu juga dengan mama dan papa Zafriel .Ibu bapa mana yang tak bahagia bila melihat Anak-anak mereka akan mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulilah..Mana Zaf?" Soal mak Leha sedikit hairan kerana zafriel tidak ada bersama-sama mereka dari tadi.

Nisa hanya memberi kan senyum nipis tanpa berkata apa-apa dan meminta diri untuk masuk ke dalam bilik terlebih dahulu ingin merehat kan badannya .

Pintu di buka perlahan.Pantas sahaja Nisa melabuhkan punggung di tepi katil.Air mata mengalir perlahan.Didalam fikirannya hanya memikirkan tentang keadaan Liz sekarang ini .

Betulkah keputusan yang dia buat ? Sedangkan Liz sekarang ini dalam bahaya dan dia akan menikah pada hari esok.

****

MATA NYA tiba-tiba disinari sinaran cahaya.Cepat sahaja dia membuka matanya .terlihat satu cahaya lampu suluh betul-betul di matanya.Pedih!

“Nyenyak tidur?" Soal Adrian yang sudah menutup lampu suluh yang berada di tangan nya dan diletakkan di atas lantai.

Liz hanya melihat wajah lelaki iblis itu dengan pandangan tajam.

“Kau nak apa dari aku?" Soal Liz.

Bila sahaja mendengar soalan itu Adrian sudah ketawa kuat .Kepala nya di dekat kan ke arah telingga Liz .

“Aku nak Nisa..selagi Nisa tak datang selagi tu kau tetap kat sini.." bisik Adrian pipi perempuan itu di belainya lembut.Liz mengalihkan wajah nya.

“Dia takkan datang! jangan harap kau boleh dapat kan dia!" jerit Liz ketelingga lelaki itu.

“Dia akan datang..aku pasti dia akan datang sebab kau tu kawan baik dia..tak mungkin dia akan biarkan kau je..kau ingat aku bodoh ke Ah?!" Kata adrian.kepala Liz ditolak nya kuat.

“kau takkan dapat apa-apa kan dia..IBLIS!" jerit Liz kuat.

Adrian sudah tak mampu menahan marah nya apa bila mendengar kata-kata Liz tadi.Penumbuk di tangan di kepal kuat lalu di ayun kan ke muka perempuan itu .darah mengalir dari arah mulut Liz.

Darah yang berada di dalam mulut di keluarkan.Liz melihat tajam ke arah Adrian.

“Kau akan masuk penjara!”kata Liz lagi dia langsung tak takut pada lelaki itu.

Senyuman sinis dilayangkan untuk Liz .pipi Liz ditekan nya kuat lalu di tolak kasar sehingga perempuan itu menjerit kesakitan.

Terdengar jeritan itu Malik yang berada di luar sudah melangkah masuk.

“Ad ! apa kau buat ni! kalau pempuan tu mati kat sini tak pasal-pasal satu masalah lagi timbul!"Tengking Malik bila melihat tindakan Adrian sudah keterlaluan.cepat dia berlari mendekati Adrian .

“Dia ni memang tak layak dah nak hidup!" Kata Adrian masih tak puas hati dengan Liz.

"kalau ye pun kau marah kat dia, agak-agak lah bro..pempuan Ni..kau cakap nak jadikan umpan je kan untuk Nisa datang sini..jangan nak cari hal pula nak bunuh dia.." Kata Malik cuba menyedarkan lelaki itu semula.seteruk-teruk nya dia..dia belum pernah terfikir mahu membunuh orang .

Kaki Liz di tendang oleh Adrian kuat sebelum berlalu pergi dari situ.

“Sudahlah tu ad!" Kata Malik menolak sedikit tubuh Adrian agar menjauhkan diri dari Liz .

Malik yang masih berada di situ sudah melihat keadaan Liz.Bila dia lihat perempuan itu sudah seteruk ini dikerjakan oleh Adrian tadi tiba-tiba timbul perasaan simpati dalam diri lelaki itu.

Tubuh Liz kembali di duduk kan nya dan di sandar kan di dinding .kelihatan pucat dan lesu sahaja wajah perempuan itu pada saat ini.Hembusan nafas perlahan di keluarkan oleh Malik.Tak sangka Adrian sekejam ini.

“Lain kali mulut kau tu jaga sikit..Adrian tu cepat naik darah..kalau kau tak nak mati jaga sikit mulut tu" Beritahu Malik kepada Liz .Dia bukan apa,Dia takut kalau Adrian bertindak lebih teruk dari sekarang ini.

Malik duduk bersila di hadapan Liz.

“dia nak bunuh aku .bunuh lah ! aku tak kisahlah.." Kata Liz .

Malik memutarkan mata 360 darjah.Liz belum tahu lagi siapa Adrian .Lelaki itu bahkan lebih teruk dari iblis.

Malik mengambil kain putih di atas meja dan kembali duduk didepan Liz .Tepi mulut Liz yang di penuhi darah di lap nya perlahan .Begitu juga dengan kepala perempuan itu.

Liz melihat kelakuan Malik kepada dirinya.lelaki itu tak lah seteruk yang dia sangkakan.Malah Malik lebih ada rasa simpati dari pada Adrian.

“kau nak air tak?" Soal Malik .

Liz hanya mengangguk perlahan.sejak semalam dia betul-betul dahaga.terasa bibir nya pun mula kering.

Malik melangkah pergi ke meja untuk mengambil sebotol air mineral lalu terus dia berikan pada Liz.

****

ZAFRIEL duduk termenung di atas bangku .Dilihatnya sekumpulan burung pipit yang berterbangan di atas awan .Sesekali bibirnya mengukirkan senyuman ,sesekali juga dia menghembuskan nafas berat.

“Bilalah kebahagian aku akan muncul?" Soal zafriel kepada dirinya sendiri.Hembusan nafas perlahan di keluarkan.

Sosok Adrian tiba-tiba muncul di benak fikirannya.

"Ad..kenapa kau kejam!? aku takkan pernah maafkan kau bila kau sakitkan Nisa lagi! Aku tak kan lepaskan kau! .." Gigi nya diketap ketat menahan rasa marah.

Bila teringat sosok Adrian automatik dia teringat kan keadaan liz.apa yang terjadi apa perempuan itu?!

"Liz?" cepat- cepat Handphone di dalam poket seluar di keluarkan nya dan di tekan nya nombor milik adrian dengan cepat dia menghubungi lelaki itu.

Setelah beberapa kali tak diangkat akhirnya panggilan nya di angkat oleh Adrian.

“Apa kau nak ?" Soal Adrian sinis.

“Kau buat apa dengan Liz?! kau tak pernah sedar kan?! Liz langsung tak terlibat dengan masalah kau,Kenapa kau mesti nak libatkan dia!?" Zafriel sudah tak mampu menahan api marah didalam dirinya .

“Kau bawa Nisa datang sini..dan aku akan bagi kau pempuan ni..senangkan.." Senyuman sengit terukir di bibir Adrian.

“Kau dengar sini..Nisa akan sentiasa ada dengan aku..dan Liz akan selamat ..polis akan cari kau, sedar lah sikit kau yang salah ! BUKAN DORANG! " tengking Zafriel di hujung talian.wajah nya sudah mula memerah.

“Kau ingat semudah tu ke polis dapat cari aku..Kau dengan Liz sama je! BODOH! Kau dengar sini Kalau kau tak bagi nisa pada aku..Mama dengan papa takkan boleh hidup lama.."ucap Adrian sambil ketawa kuat.

Talian di matikan oleh Adrian.

Adrian meraup wajah nya kasar.

Hembusan nafas kasar dilontarkan .

“Aku takkan biarkan kau lepas ad.." Mata mula memerah .badan terasa panas pada ketika ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience