34

Romance Completed 177263

NISA terdiam sendiri di hujung katil.Air mata tak berhenti-henti mengalir di pipi.Sanggup Zafriel tipu dia sampai macam ni sekali! Handphone Zafriel yang diletakkan nya di meja di lihat sekilas sebelum dia mengelap air mata nya perlahan.

"Nisa tak pernah sekali pun tipu abang tapi kenapa abang tipu Nisa ...sampai hati abang buat Nisa lagu ni!" Ungkap Nisa .Esakkan tangis kembali memecahkan ruang biliknya.Dia betul-betul sakit hati dengan zafriel.

Kepala nya yang terasa pening di picit-picit nya.Tiba-tiba sahaja tekak nya terasa mual,Entah kenapa pula dia rasa seperti itu sekarang ini.Tangan kanannya mengurut-urut belakang leher agar terasa baik sedikit.

Automatik kakinya berlari laju ke bilik air bila sahaja dia terasa ada sesuatu keluar dari tekaknya.

"YaAllah sakit nya kepala aku.."

WUAKKKK!

Tak tahu pula sakit kepalanya seteruk ini sampai muntah dua tiga kali.Nak makan ubat pun rasa tak boleh telan sahaja.Kaki nya terus melangkah ke arah beg sandangnya yang berada di atas meja mahu mengambil handphone nya yang berada di dalam beg itu untuk menghubungi Liz .hanya perempuan itu sahaja yang dia ada sekarang ini.

Nombor telefon Liz ditekan dan dihubungi dengan pantas.

Panggilan di angkat...

"Asalamualaikum,Nisa kenapa hang call aku?" Soal Liz masih tak tahu apa-apa.

"Waalaikumussalam,Jannah tolong aku pi hospital .aku sakit kepala lah..tadi baru ja aku habis muntah - muntah..Tatau lah kenapa?" Jelas Nisa masih menahan kesakitan yang dia rasa sekarang.

Bila sahaja mendengar kata-kata Nisa terus sahaja Liz berdiri dan melangkah menuju ke tempat parking keretanya.

"Ah! hang tunggu sat jap lagi aku sampai.." Kata Liz yang sudah bergegas masuk kedalam kereta .panggilan dimatikan segera.

Handphone diletakkan ke dalam beg sandang kembali .Nisa terus berbaring di atas katil agar sakit nya semakin berkurangan sedikit .

BEBERAPA minit kemudian barulah Liz sampai.pintu rumah Nisa dibuka nya perlahan .Nasib baiklah Nisa tak kunci pintu itu .pagar rumah pun terbuka luas.Mungkin Nisa lupa nak tutup pagar rumah tadi..

Kakinya terus menaiki anak tangga mahu pergi ke arah Nisa .

Pintu bilik di buka luas.dilihat nya Nisa sudah terbaring kaku di atas katil sambil memegang kepala.

"Nisa! yaAllah .." Badan Nisa di papah nya perlahan untuk keluar dari bilik itu sehingga masuk kedalam kereta.pintu rumah Nisa ditutup nya terlebih dahulu sebelum beredar dari situ.

_____


TERLIHAT senyuman di bibir Doktor perempuan yang bernama Dr.Aini itu setelah memeriksa Nisa sekejap tadi.wajah Nisa dan Liz ditatap penuh makna.

"Puan Nisa tak sakit apa-apa ,Cuma..." beritahu Dr.Aini sengaja tidak disambung kata-kata nya tadi kerana mahu memberi kejutan gembira ini untuk Nisa.

Kedua kening Nisa sudah berkerut,Ingin tahu apa yang di maksudkan oleh Dr.Aini tadi.

"Cuma apa Doktor?" Soal Nisa penuh berdebar-debar .perasaan risau terhadap dirinya sendiri menjelma di dalam hatinya.

Wajah Liz dan Nisa di lihat bersilih ganti.

"Tahniah puan Nisa..puan pregnant!" beritahu doktor itu dengan penuh semangat.

Nisa sudah tersenyum dan mengalir kan air mata gembira .Namun, Tiba-tiba emosinya terganggu dengan apa yang dia lihat tadi di handphone milik Zafriel.Hanya senyuman nipis yang mampu diukir kan nya sekarang.

Liz sudah bahagia mendengar khabar itu .tubuh Nisa dipeluk nya erat.

"Tahniah Nisa ..." ucap Liz .pelukan nya di lepaskan wajah Nisa ditatap nya.

"hang kenapa ni Nisa?" Tanya Liz.pelik dengan riak wajah Nisa sekarang ini langsung tak menanda kan perempuan itu gembira!

Nisa hanya mengeling kan kepala beberapa kali .senyuman diukir dibibir.dia tak mahu memberitahu hal ini dengan Liz .dia tahu sahabat nya itu masih memikirkan tentang Malik yang masih koma di hospital takkan lah dia mahu menambahkan lagi kerisauan di hati Liz.

"tapi puan kena hati-hati sikit tau sebab kandungan puan masih baru lagi..kena jaga betul-betul." pesan Dr.aini sambil senyuman masih tak lekang dibibir.

Nisa hanya mengangguk dan terus meminta diri untuk keluar dari bilik itu.liz juga mengikuti Nisa.

Bahu Nisa di pegang nya untuk memberhentikan langkah sahabatnya itu.

"Nisa..hang betui tak da apa-apa?" Soal Liz masih bimbang dengan keadaan nisa.sepatutnya Nisa kenalah gembira dengan perkhabaran ini reaksi Nisa tadi seperti ada yang perempuan itu sembunyikan.

"Aku okay ja..hang jangan risau nah..dah lah hantaq aku balik..nak rehat lah " kata nisa cuba meyakinkan Liz yang dia baik-baik sahaja.

"Nisa..hang tak nak kah call Zafriel bagitahu yang hang pregnant mesti dia happy!" Kata Liz .

Bila sahaja dia mendengar nama Zafriel disebut oleh Liz .Entah kenapa hati nya terasa sakit yang amat..Air mata tiba-tiba mengalir namun di lap dengan cepat tak mahu Liz mengetahui tentang apa yang ada di hati nya pada ketika ini.

Dia berpaling ke arah liz.senyuman di beri kan untuk perempuan itu.

"Nanti aku bagitahu dia..aku nak surprise kan dia.." Bohong Nisa .Dia cuba menguatkan dirinya sendiri .Sebak di dalam hati di tahannya.

Liz membalas senyuman nisa.bahu Nisa di cuit nya perlahan.

"Amboi..nak sweet-sweet lah tu.." sakat Liz .Nisa hanya memberikan senyuman nipis.langkah kaki diteruskan untuk masuk kedalam kereta.

***

8:00 PM

ZAFRIEL yang baru sahaja balik dari office terus melangkah masuk ke dalam rumah.Tak sabar mahu bertemu dengan isteri nya yang tersayang.Rindu rasa hati walaupun sehari sahaja tak bertemu...

Bila sahaja dia masuk kedalam rumah.Dilihatnya Nisa sudah duduk sendiri di sofa ruang tamu.

"Sayang..." Panggil Zafriel namun nisa langsung tak memandang wajah lelaki itu sama sekali.

Air liur ditelan oleh Nisa menahan sebak didada nya.Nafas nya diatur perlahan tak mahu emosi menguasai dirinya pada saat ini.

Dahi dikerutkan oleh zafriel.Hairan?

"Sayang kenapa ni?hmm" Bahu Nisa di pegang nya lembut .

Pegangan Zafriel di tepis nya kasar.perasaan sakit hati nya yang di tahannya tadi semakin meningkat!

Nisa terus berdiri menghadap wajah Zafriel tajam.Air mata tiba-tiba mengalir ke pipi.

Zafriel yang melihat keadaan Nisa sekarang ini sudah mendekati Nisa.risau dengan isterinya itu.Entah kenapa tiba-tiba sahaja Nisa bertindak seperti ini?

"Sayang kenapa ni?" soal Zafriel lembut.

Nisa menatap wajah Zafriel tajam.

"Kenapa? abang tanya Nisa kenapa ? abang tu yang kenapa ?!" Nisa sudah tak mampu mengawal sakit hati di hatinya .Bila dia melihat wajah Zafriel didepan matanya seperti dia melihat wajah Adrian ada di diri lelaki itu.Kenapa zafriel sanggup tipu dia sampai begini sekali !

"apa maksud Nisa ni?" Soal Zafriel langsung dia tak faham apa-apa.

"Owhh!! APA MAKSUD NISA! SANGGUP ABANG TIPU NISA! APA SALAH NISA ABANG...!" Esakkan tangis Nisa menguasai rumah itu saat ini .

"Abang tipu apa sayang? abang tak pernah langsung pun tipu sayang.."

"KAU JANGAN PANGGIL AKU SAYANG LAH..AKU BENCI DEKAT KAU!!" Tengking Nisa .kemarahan di hatinya sudah sampai tahap maksimum.

"apa abang buat kat Nisa ..sampai Nisa cakap macam ni dekat abang..ah? apa abang buat.."

Handphone yang berada di atas meja di ambil pantas dia melihat kan handphone itu di hadapan wajah Zafriel.

"Ni apa? Ah! NI APA ! KAU TIPU AKU..ADRIAN TU ABANG KAU KAN! KAU SENGAJA KAWIN DENGAN AKU SEBAB KAU NAK TOLONG DIA..KAU NAK HANCURKAN HIDUP AKU! KAU MEMANG IBLIS LAH!" Tengking Nisa .dia sudah tak kisah Zafriel itu suaminya atau bukan.hati nya betul-betul sakit dengan penipuan Zafriel selama ini.dia percaya kan Zafriel sepenuh hatinya tapi apa lelaki itu buat ?
Handphone milik Zafriel dibaling kasar ke belakang Zafriel.

Zafriel terdiam kaku bila membaca semua isi chat nya bersama Adrian tadi.kepalanya digeling kan beberapa kali tak mahu Nisa mengangap yang dia cuba menolong adrian.dia tak pernah pun terfikir untuk hancur kan hidup perempuan itu! langsung tak pernah!

"abang tak pernah langsung pun terfikir nak hancurkan hidup Nisa .tak pernah ..abang sayang kan Nisa..abang nak lindungi Nisa ..ya..memang adrian sedarah dengan abang..tapi abang tak pernah langsung nak tolong dia untuk hancur kan hidup Nisa .." Jelas Zafriel .tangan nisa di pegang nya perlahan .Namun , ditolak oleh Nisa.

Mata nya tajam melihat wajah lelaki itu.

"macam mana aku nak percaya kan kau! kalau Adrian pun perangai macam iblis ..seluruh keluarga kau pun sama lah!!"

Tangan kanan Zafriel secara automatik menampar kuat pipi perempuan itu.kalau Nisa mahu hina dia sebanyak mungkin pun dia tak kisah! tapi kalau keluarga nya dihina seperti itu dia langsung tak boleh terima.Emosi lelaki itu semakin meningkat!

"Nisa jangan pernah hina keluarga abang!.." jari telunjuk lelaki itu tepat menuju ke wajah Nisa .

Nisa melihat wajah lelaki itu tajam.Darah yang mengalir di hidung nya di lap kasar.Senyuman sengit diberikan pada lelaki itu.Air mata mengalir dipipi.

"Aku menyesal kawin dengan kau.." ungkap Nisa terus berlalu dari situ .badan tegap Zafriel di langgarnya kasar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience