22

Romance Completed 177263

MAKAN malam disantap enak oleh semua orang yang berada di meja makan itu.Nisa yang sudah menghabiskan makanan nya mula meminta izin untuk beredar dari situ dan dia terus melangkah keluar untuk kehalaman rumah.

Bintang yang berada di atas langit di liat nya indah.

Punggung di labuhkannya di atas bangku yang berada di halaman rumahnya itu.mata masih menatap bintang di atas langit.

Tangan memeluk lutut .Jari jemari meraba-raba lengan nya yang terasa sejuk akibat angin malam.Tiba-tiba terasa kasar di lengan membuatkan dia membelek lengan baju nya.

Terlihat bekas parut yang belum hilang akibat kejadian pahit 8 tahun lalu .Lengan baju cepat-cepat ditutup nya.Air mata tiba-tiba mengalir ke pipi.

'YaAllah kenapa aku tak boleh lupakan kenangan lama tu ? aku tak sanggup lagi..' Bisik hati perempuan itu meronta keperitan .

Air mata mengalir setitik demi setitik merasakan sakit nya perasaan nya sebagai seorang perempuan.Walau beribu tahun sekalipun masa berlalu namun kenangan itu takkan pernah dia lupa kan.Tak akan pernah!

Hati terasa sakit ! sakit yang amat !

Esakkan perlahan mengusai diri!

"Nisa.." Pangilan itu mengejut kan diri nya .Terus sahaja Nisa mengelap air mata nya secepat mungkin .Kepala ditoleh nya menghadap Zafriel.

"Ah?" Kata Nisa hairan.

Melihat sahaja wajah Nisa Merah merona .bawah mata perempuan itu pun sudah membengkak .Perasaan risau mula menguasai hati.

"Nisa..are you okay? you nangis ke?" Soal Zafriel bimbang dengan keadaan Nisa terus sahaja dia cepat-cepat mengarah ke arah Nisa.

"Kenapa you nangis..i ..i minta maaf kalau ada buat salah..I Minta maaf Nisa.." Kata zafriel merasakan ada sesuatu yang perempuan itu simpan .

Nisa mengelingkan kepala perlahan.

"eii.. tak da apa lah tuan .saya aku ja.." kata Nisa .

" Nisa...okay Apa nya ..tu bawah mata tu dah bengkak dah.. I ada buat salah ke?" soal Zafriel lagi .Dia mengambil tempat di sebelah Nisa.

Nisa melihat wajah Zafriel lama.

"Ada.." Kata Nisa polos.

Zafriel menunduk kan kepala ke tanah merasa bersalah sebab dia Nisa nangis seperti itu .Sedangkan dia sudah janji akan menjaga perempuan itu..

Melihat wajah Zafriel seperti itu.Senyuman nipis diberikan oleh Nisa untuk Zafriel namun tidak dilihat oleh lelaki itu.

"Salahnya ..tuan dah curi hati saya ..tuan boleh di tangkap polis tau dak? Polis cinta.." kata Nisa dengan nada bergurau .sengaja mahu kenakan lelaki itu.

Mendengar sahaja kata-kata Nisa tadi.Zafriel kembali melihat wajah perempuan itu .

"Nakal eh..I terkam you karang Ah baru padan muka.." Kata zafriel sudah tersenyum lebar.

"Apa ni..main terkam-terkam orang sembarangan..tu lah pandan muka risau sangat..jangan lah pikiaq yang bukan-bukan ..saya okay ja.." kata nisa memberikan senyuman ikhlas kepada Zafriel cuba menguatkan hati biarlah Zafriel lihat dia baik-baik sahaja .dia tak mahu lelaki itu risau kan dia.

hembusan nafas berat dikeluarkan perlahan.

.....

Suasana tiba-tiba sunyi.Zafriel memperhatikan wajah Nisa dalam.

"I sayang you.." Ungkap Zafriel secara automatik apa yang ada di dalam hatinya.

Nisa menoleh kearah Zafriel .kening dikerutkan nya.hairan?

"Kenapa tiba-tiba ja tuan kata lagu tu.."Soal Nisa pelik dengan ungkapan Zafriel tadi.

Zafriel tergelak kecil.

"Sebab i sayang kan you.."Zafriel melihat wajah Nisa dalam.

"Tahu..." kata Nisa yakin.Zafriel memutarkan anak matanya keatas.

"eleh yakin je.." sakat Zafriel.

Bibir di juih kan oleh Nisa.

"Tau lah..dah tuan nak kawin dengan saya ..mesti lah saya tau yang tuan tu sayang kan saya kalau tak ..tak kan lah tuan nak kawin dengan saya kan?" Kata Nisa yakin.kening digerak-gerakkan nya ke atas.

Zafriel tersenyum lebar menampakkan seluruh gigi nya yang putih dan lurus.

'kalau lah kau tahu siapa Adrian pada aku..mesti kau akan benci aku..kalaulah kau tahu aku yang tolong Adrian untuk cari kau dulu..mesti kau akan tinggal kan aku..aku sayang kan kau Nisa..' ungkapan perasaan yang sentiasa ada didalam hati lelaki itu.

Mata membulat melihat bintang yang berada di langit.

"Nisa.." Panggil Zafriel.

"Em?"

"Kalau lah keluarga I Tak sebaik yang you bayangkan ..you akan benci I ke?" Soal zafriel sambil menatap wajah perempuan itu.

Nisa terdiam seketika.

"Maksud tuan..mama papa tuan tak suka kan saya..lagu tu? pastu Dorang pisahkan kita lagu tu kah?" Soal Nisa kembali .

Zafriel mengelingkan kepala perlahan.

"Bukan..maksud I keluarga I Buat lagi teruk dari tu..you akan tetap terima I ke?" Soal zafriel lagi.

Perasaan tak sedap hati tiba-tiba menerjah hati perempuan itu.Entah kenapa dia teringatkan perlakuan iblis Adrian kepadanya dulu...Air mata cuba untuk di tahan daripada keluar.

"Jahat yang tuan maksudkan ada macam ..jahat nya orang yang cuba nak rogol saya kah?" Nisa melihat anak mata lelaki itu penuh sebak.

Zafriel menunduk ke permukaan tanah.Tak sanggup untuk melihat tatapan dari anak mata perempuan itu.Rasa sakit yang Nisa rasakan dia dapat rasakan.

"Tuan...saya tanya..jahat yang tuan maksudkan lagu tu kah?" kata nisa.tanpa sedar air mata sudahpun mengalir di pipi.

Hembusan nafas perlahan dikeluarkan oleh Zafriel .air liur di telan nya kelat.Melihat air mata perempuan itu mengalir sungguh menyeksa hati nya sendiri...

"Nisa..tolong jangan nangis..hati i sakit tengok you nangis macam ni..Ma-maaf kan i..I just..." Ucap Zafriel tak sanggup melihat air mata yang mengalir ke pipi perempuan itu lagi.

Senyuman nipis terlukis dibibir perempuan itu.cuba untuk kuat.

"saya okay ja..Tuan jangan risau..saya terbawa perasaan ja..tapi.."

Wajah Nisa dilihat nya lama.

"Keluarga tuan tak lagu tu kan?"kata Nisa sambil melihat anak mata lelaki itu mencari kejujuran di dalam diri Zafriel.

Tatapan mata di balas oleh Zafriel.Perlahan dia mengelingkan kepala dan tersenyum nipis.

"I just tanya tak betul-betul pun..apa yang you tengok sekarang ..ini lah keluarga I ..Mama papa..kami baik je jangan risau.." Kata zafriel cuba menenangkan hati perempuan itu dia tak mahu air mata perempuan itu terus mengalir ke pipi.

kepala diangguk kan oleh nisa.senyuman kembali menjelma .

'Tak Zaf ini bukan masanya..aku tak nak kehilangan kau Nisa..' Bisik hati Zafriel.

****

PUNGGUNG dilabuh kan di atas kerusi meja solek.Laci dibuka nya perlahan.Dilihatnya handphone iPhone milik Zafriel yang sedikit retak dan tidak boleh di hidup kan lagi.

Handphone di belek-belek nya.

"sayang betui lah..kalau aku baiki mesti dia suka.yalah handphone ni kan kesayangan dia..buktinya dia cari juga lepaih dah baling.." kata Nisa berfikir panjang.

"ha'ah baik aku baiki.." Nisa meletakkan kembali kedalam laci meja solek.senyuman terlukis dibibir.

Tudung diatas kepala di buka nya lalu rambut yang panjang mencecah aras pinggangnya disisir rapi.

Tiba-tiba bibir terlukis senyum.

"Sweettalker juga nah hang ni...ingat kan dingin ja memanjang.." kata Nisa teringat dengan sosok Zafriel.Tak sangka lelaki itu serisau itu melihat dia menangis.

TRING! TRING!

Bunyi handphone perempuan itu bergema kuat di seluruh biliknya menganggu khayalan nya tadi.terus sahaja Nisa mengangkat panggilan itu tanpa melihat nama pemanggil sama sekali lagipun dia bukan banyak sangat pun kenalan.kalau bukan Liz mesti kak Anis.

"Asalamualaikum .." Kata Nisa.malas .

"Waalaikumsalam Nisa.."

Bila sahaja mendengar suara lelaki yang pernah dia dengar satu ketika dahulu menerpa ketelingga nya.Hati seakan tiba-tiba merasa takut.

Nisa hanya diam tanpa berkata apa-apa.

Ha'Hem

lelaki didalam talian itu sudah berdehem bila tak mendengar apa-apa suara lagi daripada nisa.

"Nisa..kenapa kau diam? aku ni...takkan kau tak ingat.rambut kau tu ..aku dah pernah tengok dah.badan kau tu aku dah pernah peluk dah.cuma aku tak sempat nak berseronok dengan kau malam tu..takkan kau tak rindu aku?"

Ucapan lelaki itu cukup membuat kan dia tersentak dan terkaku seketika.Mata nya mula berkaca-kaca mengigatkan tragedi itu.

"Ad--dri--an?" tersekat-sekat dan mengigil yang dia rasakan sekarang ini.kenapa lelaki itu muncul lagi? dimana lelaki itu tahu no telefon nya? Siapa yang beritahu?

Perasaan takut menguasai hati.

"Yee sayang...ni abang Ad..sayang rindu abang?Alolo....EH PEMPUAN! KAU INGAT AKU TAK BOLEH CARI KAU?! selagi aku hidup selagi tu kau akan menderita..!" Amaran Adrian yang membuat kan Nisa menutup mulutnya tak mahu ada sebarang bunyi kedengaran dari dalam talian.Panggilan cepat-cepat dimatikan oleh Nisa .Handphone Samsung nya di off Kan serta merta.

kaki nya lemah longlai secara tiba-tiba .tubuh badan tiba-tiba terkaku keras.

'YaAllah SWT tolong hamba mu ini ya Allah ..' Air mata mengalir lagi ke pipi.

"Jangan dekat kan dia dengan aku.." Esakkan tangis memenuhi ruang biliknya.air mata semakin deras mengalir.

Dia takut YaAllah...sangat takut..

Hanya dia dan Allah SWT sahaja tahu betapa takut nya dia sekarang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience