9

Romance Completed 177263

11:35 MALAM

BANTAL DIKEPALA di bawa kedepan lalu dipeluk erat,YaAllah tak sangka Zafriel akan melamarnya hari ini.Mata seakan tak boleh nak pejam asyik teringat sahaja wajah Zafriel .Handphone di atas meja diambil nya cepat lalu mengetik nombor Liz sepantas mungkin.

"Asalamualaikum ..Liz hang kena dengaq Apa yang aku nak abaq kat hang ni.." Ucap Nisa memulakan perbualan.Aih! tak sabar rasa hati mahu beritahu Liz tentang hal ini.

Liz yang masih tak tahu apa-apa sudah terbeliak mata mendengar kan suara Nisa segembira itu.Apa hal pulak minah seorang itu ?

"Woo..Hang chill lah sat.. Astagafirungloh anak dara siapa lah ni ..apa ? "

Nisa hanya mengaru-garu kepala nya yang tak gatal Cuba cover malu.

"Ni aku nak abaq kat hang pasai tuan Zafriel ..." Beritahu nisa 'street to the point' malas dia nak berbunga-bunga bahasa seperti heroin didalam drama tv.

"Ah apa dia ?"

"Hang tahu dak mamat tu lamaq aku..Argh! Aku Tak sangka tau..gila betui lah...dengan kecantikan aku yang hakiki boleh buat dia jatuh hati.." Jawab Nisa ada nada terharu di belakang kata.memang tak sangka tuan Zafriel yang seperfect dan sekaya itu boleh cintakan dia tambah-tambah lagi sikap dingin lelaki itu kepadanya membuat kan dia langsung tak perasan yang lelaki itu cintakan dia .

"Argh! hang biaq betui..Weh untunglah hang..kaya lah hang lepas ni..kalau dah kawin nanti jangan lupa aku pula! aku ni kawan hang tau.." Balas Liz spontan.

"aku takkan lupa kan hang lah Jannah ui .hang lah satu-satu nya kawan aku merangkap Bff sejati aku dalam dunia ni..mana boleh aku lupakan hang..mustahil lah aq lupakan hang ..tapi pembetulan sikit aku suka kat dia bukan sebab dia kaya..sebab hati tau.." Ungkap Nisa .

"Apa-apa ja lah Nisa uii..Baguslah lagu tu..ni aku dah nak balik esok ..jadi hang jangan lupa pula bagi kunci rumah kat aku ..esok aku pi office hang ..Jangan lupa turun pula " Pesan Liz dihujung talian.Pangilan dimatikan lalu di letakkan di atas meja.

Nisa masih tak lekang dari senyuman nya .Handphone nya di letakkan kembali di atas meja.Siling bilik dilihat lama.

Tiba-tiba perasaan tak sedap hati mengusai diri.Tak tahu kenapa perasaan itu wujud dihati secara tiba-tiba.Kalau betullah Zafriel cinta kan dia kenapa langsung dia tak nampak tulusnya perasaan cinta itu di mata lelaki itu .Mata lelaki itu hanya nampak kosong .

'I love you' dari bibir lelaki itu tadi seperti tak ada makna..Jujur memang dia teruja dengan kata-kata keramat untuk orang yang sedang mencintai seseorang dan meluahkan dengan orang itu .Tapi Entahlah rasa seperti perkataan itu hanya ungkapan semata-mata.

Badan nya diserongkan ditepi.

"kalau dia cintakan aku kenapa begitu mudah untuk dia lamaq aku..lamaq jadi bini dia bukan girlfriend dia padahal aku dengan dia langsung tak pernah berteguq baik-baik.." ucap perlahan dari Nisa .Perasaan nya sudah tak keruan sama ada dia gembira atau tidak .Entahlah?

Handphone di lihat nya .

"Kalau betui dia cintakan aku kenapa dia langsung tak da call .. sekurang-kurangnya chat kah..dia tak rindu kah?" Nisa sudah tak sedap hati dia tak mahu dijadikan kambing hitam untuk menemani lelaki yang langsung tiada perasaan cinta kepadanya.dia tak mahu menjadi perempuan yang bertepuk sebelah tangan .

Sandra?

"YaAllah kenapa aku tak rasa Sandra tu aku..Kenapa aku rasa Sandra tu orang lain.." Luah Nisa mengungkap kan segala-galanya .Kalau bintang boleh mengutarakan setiap perkataan yang dia kata malam ini tolong lah sampai kan kepada lelaki itu yang dia tak mahu dijadikan mangsa sakit hati satu hari nanti.

Huh...

Keluhan kecil terlontar dibibir.Harap apa yang dia fikir dan dia bayangkan tidak akan terjadi.Dan dia juga berharap Zafriel akan mencintai nya setulus hati.

'Tolonglah Mr.dingin jangan pernah sakit kan hati saya...' Bisik hati Nisa sebelum memupuk bantal agar empuk sedikit dan melelapkan mata .Mengharap hari esok akan berjalan dengan lancar.

***

TRING!!!!

JAM LONCENG Berbunyi kuat. Nisa masih belum lagi terbangun dari tidurnya.Hampir 30 minit dia terlelap enak dan akhirnya Pangilan telefon dari Anis membuatkan dia terjaga.

Mata digosok-gosok terlebih dahulu sebelum melihat pangilan dari Nisa.Automatik matanya membulat bila melihat Jam sudah menunjukkan Jam 9:10 minit .Astagafirungloh ! dah berapa minit dia lewat .

Kaki nya mencapai lantai bilik lalu dengan cepat dia mengambil berus gigi dan diberus cepat rambutnya disisir sahaja tanpa mandi sama sekali muka di cuci pantas.Baju yang disediakan nya dipakai lalu di sembur sahaja minyak wangi .Lantak lah tak mandi pun asal dia tak terlampau lambat.

Handphone nya yang tak berhenti-henti berbunyi diambilnya lalu dibiar sahaja telefon itu berbunyi .Aduh..memang dah tak sempat nak angkat telefon lagi dah!

'Sorry kak anis' Bisik hati Nisa sambil menuruni anak tangga dengan pantas dia terus berada di dalam kereta.Kereta di pandu laju.

_______


SAMPAI SAHAJA di depan pintu office Dilihatnya Anis sudah menunjukkan jam ditangannya menggunakan jari telunjuknya.dilihat nya zafriel yang sudah berdiri didepan pintu .Langsung tiada apa-apa reaksi dari lelaki itu.

"Nisa masuk bilik I " Ucap Zafriel serius .

Nisa hanya mengangguk laju .takut dengan riak wajah lelaki itu.

Sebaik sahaja Zafriel masuk kedalam biliknya ,Nisa turut mengikuti Zafriel dari belakang.

Pintu dibuka luas.

"Tuan saya minta maaf ..saya tak sengaja nak lambat tapi tuan saya.. betui-betui Minta maaf.."

Wajah Zafriel sudah berubah merah .Bila sahaja dia melihat Zafriel sudah Semarah itu .Nisa terdiam kaku ,Kepala ditunduknya kelantai.

"Nisa ..Boleh tak you profesional sikit..jangan anggap kalau I dah melamar you jadi isteri I you boleh buat sesuka hati je..datang lambat ! you kena ingat tau yang I ni boleh berubah hati bila-bila masa even I Baru je lamar you kemarin ! sedar sikit Nisa .." Ucap Zafriel penuh emosi.

Nisa yang dari tadi mendengar kata-kata itu dari Zafriel hanya mampu menahan hati.Zafriel ingat dia tiada maruah kah? Senang nak buang begitu sahaja?

"Saya minta maaf tuan" Balas Nisa lagi.

Zafriel sudah menghempaskan buku lima nya di atas meja.

"MAAF! MAAF! MAAF!" teriak Zafriel .

Bahu ternaik sedikit ,Badan nya tiba-tiba mengundur ke belakang.

"Tuan saya bukannya sengaja nak datang lambat tapi saya tak sengaja..nak buat lagu mana..bukan sebab saya ni perasan pasai tuan dah lamaq saya semalam, tapi saya betui-betui tak sengaja .." Ucap Nisa penuh keberanian.

Hmm!

Hembusan nafas kasar dilontarkan oleh Zafriel .

"Dah lah keluar!" Ucap Zafriel perlahan mengawal rasa marahnya takut nanti dia mengamuk tak tentu pasal pula gara-gara Nisa.Nasib lah dia sayang perempuan itu .

Bila dia melihat Zafriel sudah sedikit tenang.Datang pula fikiran singkat nya mahu bergurau dengan Zafriel.Aduhlah Nisa masa-masa genting macam ni pun nak bergurau bagai!

"Tu dia..Garang nya..Ni Tuan saya nak Cakap sikit .Kalau Tuan garang lagu ni saya confirm Seorang pun takkan nak kat Tuan.Senyum lah sikit baru hati saya pun caiq.." Ucap Nisa dengan senyuman dibibir.

Terkejut beruk Zafriel melihat tingkah Nisa sekarang ini .perempuan itu tak takut kan dia ke? tadi bukan main tunduk sampai mahu pecah lantai itu ditenungnya sekarang macam tu sahaja ? dah nak bawa dia bergurau.memang mahu diberikan pengajaran betul lah perempuan itu!

Pandangannya berubah 100 peratus .

"Keluar ! "Ucap Zafriel ditinggikan nya nada suaranya setinggi langit.sengaja mahu menakut-nakutkan perempuan itu.baru padan sikit muka . "Nisa jangan cuba nak bergurau dengan I !"

Glup!

Air liur ditelan kelat .

Sebenarnya dia memang takut dengan Zafriel pada saat ini tapi ialah dia mana boleh kalah.orang utara tajam mulut dari tangan ! Biasalah lah tu !

Jelingan mata diberikan untuk Zafriel.

"Amboi masih garang..Tak pa saya keluaq tapi kan tuan ..Tuan hari ni segak ..Aurmm" Ucap Nisa tanpa rasa malu .walaupun takut itu masih ada .

Zafriel mengelingkan kepala nya perlahan.YaAllah memang gila betul perempuan didepannya ini .sakit jiwa betul dia melayan sikap Nisa.

"Nisa...!!!!" Zafriel sudah memberikan pandangan tajam kearah Nisa.kesal!

"Sorry tuan..saya gurau ja ..tak nak lah tuan lagu ni ...marah-marah lagu ni..saya risaukan tuan ada darah tinggi ja,nanti siapa nak jadi pengantin lelaki saya.." Ucap Nisa jujur .

sekali lagi pandangan itu diberikan untuk Nisa .Nisa yang sudah ngeri dengan tatapan Zafriel terus melangkah pergi meninggalkan Zafriel keseorangan di dalam bilik itu.

Sebaik sahaja tiada bayang Nisa terlihat .Zafriel tersenyum nipis .kepala digelingnya beberapa kali.macam manalah dia boleh jatuh cinta dengan perempuan seperti itu.Hm! satu dalam sejuta.

"Dalam aku marah dia boleh lagi buat lawak..Nisa..Nisa..Comel"Bisik perlahan Zafriel.

Lalu membuka komputer didepannya dan memulakan kerja nya yang tergantung tadi.semuanya gara-gara Nisa.Walaupun hati sudah terpaut dengan PA sendiri tapi dia harus juga bersikap profesional tak boleh berat sebelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience