39

Romance Completed 177269

TELEFON DI LETAKKAN di atas meja .Jaket hitam yang berada di atas kerusi di ambil lalu di pakai kemas.Tudung jaket yang berada di belakang nya di taruh di atas kepala.Dua pisau kecil yang sudah tersedia di poket di periksa terlebih dahulu sebelum dia berangkat pergi.

Senyuman di bibir terukir sengit.

"Kau nak main-main dengan aku kan Zaf ..kita tengok siapa yang tersungkur dulu..." Ujar Adrian yang sudah lama memendam rasa sakit hati kepada Zafriel dan Nisa.Dia sudah banyak kali bagitahu Zafriel dia akan lakukan apa sahaja termasuk membunuh kedua ibu bapa nya sendiri demi untuk mendapat kan Nisa .

Jadi kalau orang tua itu mati sekalipun jangan pernah salah kan dia!

Kaki nya melangkah pantas untuk mendapatkan kereta proton lama yang dia dapat dari Malik dulu.Malik seorang kawan yang setia terhadap nya dulu tapi sayang lelaki itu lebih memilih mengkhianati nya !

Kereta memecut pantas.

****

ZAFRIEL menghentikan kereta di hadapan rumah banglo milik kedua mama dan papa nya .sebaik sahaja orang tua nya itu pulang dari kedah kampung Nisa seminggu yang lalu dia sudah lama tak menjenguk mereka.Rasa rindu di dalam hati nya terhadap kedua mama dan papa nya itu .Lagipun dia mahu Nisa tahu yang dia tak seperti Adrian.

Kalau dengan cara ini pun Nisa masih tak mahu maafkan dia .Dia redha...

Biarlah perempuan itu memilih keputusan nya sendiri...

Nisa mengerutkan kening .Tak tahu apa tujuan Zafriel membawa nya kerumah kedua mak dan bapa mertua nya itu.Wajah Zafriel dilihat nya mahu tahu apa niat Zafriel membawa nya ke sini ?

"Nisa ikut abang" Ucap zafriel tegas tanpa senyuman sama sekali.

Nisa menghembuskan nafas kasar.Anak mata nya beralih kearah lain dengan serta merta.Malas mahu mengikut apa kata zafriel sebenarnya...

Pintu kereta dibuka pantas kaki nya mencapai lantai mahu masuk kedalam rumah mewah itu.

Masuk sahaja ke dalam rumah Zafriel terus mencari kedua mama dan papa nya .Terlihat orang tua nya itu sedang duduk berehat di ruang tamu terus sahaja Zafriel mengarah ke arah mereka berdua.

"Eh Zafriel ,Nisa" Ucap Puan Badriah yang duduk bersebelahan dengan suaminya.

"Duduk lah sini .." Pelawa Tuan kamil pula bila melihat kedua anak dan menantunya yang masih berdiri di muka pintu.

Zafriel melihat wajah Nisa terlebih dahulu sebelum melangkah kearah mereka dan duduk di atas sofa berhadapan dengan kedua orang tua nya itu.

Nisa yang masih kaku di muka pintu dengan rasa terpaksa melangkah perlahan kearah mereka.Namun,Tiba-tiba tangannya terasa di pegang oleh seseorang automatik kepalanya berputar kebelakang.

Melihat wajah Adrian sudah di hadapan nya.Mata nya membulat merah.Terus sahaja dia meminta pertolongan dari Zafriel namun mulut nya ditutup rapat oleh Adrian.

"Aku tak sangka lain yang aku rancang ,lagi bagus aku dapat!"

Adrian terus merembat kuat tubuh Nisa dengan satu tangannya pisau di acu kan di leher perempuan itu .

"Adrian!"Jerit Zafriel bila melihat pisau di tangan Adrian melekat di leher Nisa.dia tak mahu ada apa-apa jadi kepada nisa.biarlah dia yang mati daripada orang yang dia cinta mati di hadapan matanya sendiri.

Pantas dia berlari mendapat kan adrian.

Puan badriah dan Tuan kamil terus berdiri dengan pantas.Tuan Kamil tanpa berfikir panjang terus menyuruh isterinya puan Badriah untuk menghubungi pihak polis.

"Kau lepas kan dia !" Jerit Zafriel wajah Adrian di tunjuknya tepat .

"Aku takkan pernah lepas kan dia.sekali aku dapatkan dia aku takkan lepas kan nyawa dia!"

Pisau yang di acu kan di leher Nisa di tekan agak kuat.Nisa terkaku diam bila merasakan nyawa nya sudah dihujung pisau itu.

Air mata mengalir deras.

"Lepas kan aku lah !!!!" Teriak Nisa .

Zafriel tanpa memperdulikan nyawa nya sendiri menarik tangan Adrian agar Nisa terlepas dari gengaman iblis itu ! Pisau di tangan Adrian diambil nya lalu tubuh Adrian di baring kan nya di atas lantai.

Nisa yang sudah terselamat dari gengaman Adrian terus menjauh kan diri dari Adrian dan mendapat kan puan Badriah yang tidak jauh dari situ.Mata nya tak henti melihat Zafriel .Dia risau terjadi apa-apa terhadap suaminya itu.

Pisau di tangan Adrian di ambil oleh Zafriel lalu di dekatkan ke hadapan wajah adrian.Adrian tersenyum sengit.Dia tak mampu untuk melawan Zafriel kerana fizikal nya yang tak sesempurna Zafriel tapi dia tak begitu bodoh untuk mati secepat itu di tangan Zafriel.

"Kau nak bunuh aku?!"

Hembusan nafas Zafriel sudah tak teratur.Pisau ditangan masih tak dilepaskan dan di acu kan di hadapan wajah Adrian.

"iblis macam Kau memang tak patut untuk hidup!"

Adrian sudah tertawa kecil .

"Jadi perempuan murahan macam bini kau tu patut hidup !"

Mendengar sahaja hinaan dari Adrian emosi nya semakin meningkat .Terlihat jelas urat-urat di leher nya pada saat ini.

Pisau yang berada di tangannya di tekam ke perut Adrian.

ARGHHHH!!!!!!

Jeritan kesakitan dari Adrian kini memenuhi ruang.Zafriel mengalir kan air mata sebaik sahaja mendengar teriakkan itu.Esakkan tangis menguasai dirinya kini.Tak pernah terniat di hatinya untuk membunuh abang nya sendiri.tapi kalau ini yang terbaik untuk semua orang.Dia terpaksa !

Perasaan bersalah tiba - tiba menjelma di hati.Pisau yang masih di perut Adrian belum dilepas kan nya.

Kepala nya sudah mengapai lantai.Adrian yang masih separuh sedar berusaha mengapai pisau yang berada di poket nya dilihat nya Zafriel masih menunduk kelantai dan masih berada di atas nya.Langsung tangannya menekam belakang badan Zafriel dan di lepaskan pisau itu tanpa rasa bersalah sedikit pun.

ARGHHHHHH!!

"Abang!!!" Teriak Nisa dan terus sahaja mengarah kearah suaminya.

Tubuh Zafriel diambil nya lalu di letak ke riba nya.Tangisan tangis menguasai diri perempuan itu.

Zafriel melihat lemah wajah isterinya itu ,senyuman dibibir terlukis sebelum pandangan mata sudah semakin kabur.

Cecair merah keluar dari mulut Adrian akibat tekaman dari pisau yang berada di perutnya.Saat itu juga nafas terakhir lelaki itu terhenti.

Tak lama itu..
Beberapa polis yang baru sahaja sampai sudah mengangkat mayat Adrian kedalam kereta dan di tutupi plastik hitam,Pihak hospital dihubungi terlebih dahulu untuk memeriksa keadaan Zafriel,Zafriel di bawa ke hospital untuk pemeriksaan yang lebih lanjut lagi.

Nisa menunduk layu.

Ketua polis yang berada di situ sudah mendekati Nisa.

"Kami minta maaf puan,Kami tak mampu untuk bertindak lebih awal."

Nisa melihat wajah ketua polis itu tepat.

"Semua dah terlambat..." Ungkap Nisa air mata mengalir di pipi.Ini semua silap dia kenapa dari dulu dia tak pernah mahu percaya kan Zafriel ?

Kenapa dia tak boleh percaya suaminya sendiri ?

Kalau Zafriel tak dapat diselamatkan dia tak akan pernah untuk memaaf kan diri nya sendiri .Sampai bila - bila!


****

7:25 PM

HOSPITAL

SELESAI sahaja dia menunaikan solat maghrib di ruang solat hospital.Nisa terus melangkah ke unit ICU dari tadi satu doktor pun belum keluar dari wad itu.Perasaan sebak di dada muncul semula.Air mata mengalir di pipi.

Tuan Kamil dan Puan Badriah terlihat duduk di kerusi panjang.Puan Badriah mendekati Nisa yang duduk agak jauh dari mereka.

"Nisa.." panggil puan Badriah menyedarkan lamunan Nisa.Air mata dilap oleh Nisa cepat.senyuman nipis diberikan kepada ibu mertuanya itu.

"Ma"

"Kita doa yang terbaik untuk Zaf okay.."

Mendengar sahaja kata-kata puan Badriah itu tadi .Air mata mengalir lagi,Dia hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa lagi.Dia tak mampu untuk bersuara.

Puan Badriah memeluk menantu nya itu dengan lembut lalu wajah Nisa dilihat nya.

"Nisa..Zafriel tu tak macam Adrian..mereka sangat berbeza..Mama tak pernah tahu perempuan yang jadi mangsa Adrian tu adalah Nisa..Mama minta maaf..mama yang salah sebab tak mampu didik Adrian jadi seorang insan yang baik.Mama gagal jadi seorang ibu." Ungkap puan Badriah mengesali segala - galanya selama ini dia tak pernah ambil tahu apa yang Adrian lakukan di luar sana Sehingga anaknya itu jadi seperti ini.

Nisa melihat wajah puan Badriah,senyuman nipis diberikan kepada mertua nya itu.

"Ma..nisa minta maaf sebab tak pernah percaya kan Zaf..Nisa minta maaf" Esakkan perempuan itu mula pecah.Tubuh puan Badriah di peluk nya.

Begitu juga dengan puan Badriah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience