3

Romance Completed 177269

NISA YANG dari tadi hanya memerhati kan komputer di depan nya sambil tangan memainkan sebatang pensil dengan mengetuk-ngetuk kan di Muka meja.

Huh! bosan betul dia sekarang ini ialah dari tadi tak buat apa-apa dah macam dia pula yang bos dalam syarikat itu.Matanya melihat kekiri dan ke kanan melihat ada orang atau tidak pada saat ini.

Perut nya yang agak sakit di tekannya perlahan .Sebenarnya sudah dari tadi perut nya itu sakit entah apa lah yang dia makan semalam pun tak tahu lah ? takkan lah pasal dia makan kerepek pisang semalam dah jadi sakit perut sampai memulas-mulas macam ni.mustahil !

Kaki mula berdiri mahu mengambil langkah untuk pergi ke tandas.Mata nya sempat melihat bilik Zafriel sebelum dia perlahan-lahan berjalan agar tidak diketahui oleh zafriel.

"Okay Nisa sat ja lagi dah nak sampai tandas...sabaq..sabaq.." Bisik perlahan Nisa untuk dirinya sendiri.Salah satu tabiat perempuan itu bila dalam keadaan tertekan seperti sekarang.

Mata melilau lagi mencari toilet di office itu Al-maklumlah dia baru sahaja bekerja dengan syarikat ini jadi susahlah sikit dia nak kenal semua tempat di dalam office.Lebih-lebih lagi tiada siapa pun yang nak tolong ajar dia buat kerja .

Niatnya hendak minta tolong Anis untuk ajar dia sedikit tentang hal syarikat tapi bila dia lihat Anis yang dari tadi asyik memainkan jari di atas keyboard komputer sambil sesekali melihat fail hitam yang berada di sebelah perempuan itu .Rasa malas pula dia nak menganggu Anis buat kerja.

Fuh!

Hembusan nafas di hiasi dengan senyuman yang penuh makna .Akhirnya,Dapat juga dia pergi ke toilet untuk membuang segala sisa-sia toksik yang ada di perut nya.Kaki kiri melangkah terlebih dahulu untuk masuk kedalam.

"Aik ? bukannya I dah bagitau ke tadi pasal amaran ni " Tiba-tiba sahaja suara itu muncul Tak tahu pula dari mana arahnya suara itu.Tanpa ragu terus sahaja Nisa memandang ke belakang melihat kelibat lelaki itu .

Mata membesar secara tiba-tiba bila melihat lelaki itu sudah berdiri tegak di hadapannya .

Glup..

Air liur di telan kelat.

"Saya ...." Perut yang tadi nya sakit tiba-tiba sahaja berbunyi agak kuat .Kesakitan perut bertambah pula ke pinggang .YaAllah..Memang sakit betul perut nya pada saat ini kalau boleh mahu sahaja dia terkencing terus terberak di hadapan Zafriel supaya lelaki itu tahu yang dia betul-betul dah tak tahan.

Hembusan nafas dihembus sambil melayangkan senyum sengit ala joker lelaki dingin itu.kalau ikut kan hati Nisa mau sahaja dia berus sikit muka Zafriel supaya tak senyum seperti itu lagi.Dah lah perutnya sakit pada saat ini.

"Aduhai..Tuan Zafriel beri lah saya ni sedikit peluang untuk saya masuk tandas tuan ni.saya dah tak tahan lagi ni ah..dah nak terkeluaq segala-gala nya." Pinta Nisa dengan gerak tangan yang tak berhenti - henti bergerak kesana sini.

Kening dikerut kan oleh Nisa menahan angin yang berada di perut nya pada ketika ini. 'Alamak ..angin monsun aku dah mai..nak lepas ke dak ni..kalau aku lepas mesti tuan Zafriel tak tergoda dengan aku lagi..Tapi memang dah dak boleh nak tahan ..lagi!! Argh! lepas ja lah '

Putttssss!

"Lega.." Ucap Nisa yang sudah merasakan sedikit selesa selepas melepaskan angin monsun di dalam perut nya .Lantak pi lah Zafriel nak cakap apa pun !

Zafriel yang sudah terbulat mata mengundur sedikit .lubang hidung di tutup nya rapat .Busuk nak mampus !

Senyum-senyam sahaja Nisa pada ketika ini.merah membahang muka perempuan itu di buatnya.Dah dia cakap nak ke tandas awal-awal tadi tapi Zafriel yang tak nak bagi .nasib kau lah Zafriel hidu bau petai dari kentut Nisa.

"Maaflah tuan..saya dah tak tahan lagi dah..sakit betui tuan .. tulah tadi saya abaq kat tuan saya sakit perut nak pi tandas tapi tuan yang tak izinkan ..kan dah terlepas angin puting beliung saya.." Ucap Nisa sambil ketawa kecil.Nak kata puas hati pun ada juga..ialah seronok pula dia tengok muka lelaki itu seakan-akan menyesal tak izinkan dia masuk tadi.baru padan muka !

"You...Ish...Shit!" Zafriel yang sudah tak tahan dengan bau itu terus cepat-cepat berlalu dari situ.

Nisa Sudah berpeluk tubuh sambil ketawa besar tapi cuba untuk cover sedikit agar tidak terlalu bising di dalam office.

"Tuan ! jangan lupa ingat bau kentut saya di kala rindu ! " Sindir Nisa tanpa memikirkan yang dia hanya PA dari CEO besar syarikat ini.

'Hang belum kenai Nisa Diandra..haha'

"Tapi kan ..cute juga aku tengok muka tuan Zafriel tadi ..Aduh..melting I " Ucap Nisa masih melayan perasaan nya sendiri.Mata dipejam nya mengenangkan kembali reaksi Zafriel tadi..Huhui Cute!

Anis yang baru balik dari buat kopi O kembali mengundur kebelakang bila melihat Nisa yang tersenyum-senyum kambing sambil tutup mata .Apalah yang perempuan itu fikirkan .Kepala digelingkan oleh Anis dan melangkah kan kaki mahu mendekati perempuan itu.

Pak!

"Woi Nisa..awak dah kenapa ? senyum-senyum macam kambing kena tertelan kapur ni dah kenapa ?"

Terasa sahaja tamparan kuat di lengan nya.Mata terbuka luas namun senyuman masih tak lari dari bibirnya.

"Ah..Tak saya sedang membayangkan cinta hati pengeran jantung saya Kak ..cute nah" Ucap Nisa street .

"Alolo pengeran jantung tu tolak ke tepi dulu..tu banyak kerja nak buat..jom tolong akak" Balas Anis .

Akhirnya,dapat juga dia buat kerja tak lah dia duduk sahaja makan gaji di dalam syarikat ini. kepala di angguk beberapa kali sebelum mengikuti Anis dari belakang.

***

MENGUAP PANJANG Nisa dibuatnya dengan semua kerja yang betul-betul banyak.Jam ditangan di tilik beberapa kali .Rasa menyesal lah pula dia bila menyuruh Anis untuk balik awal sebelum kerja siap.Nak sangat buat kerja banyak inilah padahnya..Sampai ke malam tak siap-siap.

Fail terakhir di ambil lalu di check beberapa kali.Pening pula kepala nya melihat senarai-senarai yang langsung dia tak reti apa-apa .kepala di garu-garunya.

"Ni apa pula ni..tadi lain lah ni lain lah pula ." Rungut nisa sambil membelek-belek helaian kertas di fail itu . "Aduh ni semua salah tuan Zafriel lah ni ..adakah dia suruh aku jadi PA dia, aku tau lah aku ni cantik tapi masalahnya...Aku nak jadi arkitek pembinaan bukan PA ..ehh Tak patut betui lah ..tak patut ..tak patut... " sambung Nisa lagi .

"Patut lah tu " Sampuk Zafriel sambil memasukkan tangan sebelah kiri ke poket seluar .kaki melangkah perlahan meninggal office.

Nisa hanya mampu mengetuk kepala sendiri .tahu akan kesalahan yang dia lakukan sebentar tadi .Ok ! satu lagi kebodohan Nisa Diandra mengumpat tak kira Masa.

"Nahas aku..!" Fail hitam di letakkan di atas meja dengan pantas dia mengambil beg sandang lalu di sandang di bahu.Pintu office di tutup cepat .Esok sahaja lah dia siap kan kerja nya itu lagi pun dia langsung tak reti apa-apa .

***

KUNCI KERETA diambilnya di dalam beg sandang nya bersiap sedia mahu masuk kedalam kereta walaupun jauh lagi dia nak sampai ke tempat parking kereta nya.

Bila sahaja dia melihat sekeliling tempat parking sunyi sepi .Hati nya mula tak nyaman ,seluruh bulu roma nya mula meremang .Langkahan kaki nya semakin di lajukan .Tak tahu kenapa dia merasakan ada seseorang yang mengikuti nya dari arah belakang.

"YaAllah ...." Bisik Nisa perlahan .kakinya sudah laju berlari menuju ke keretanya.Kunci di tangan di tekan beberapa kali mahu membuka kereta Myvi nya.dahi mula berpeluh-peluh tapi tetap susah sangat nak terbuka pintu kereta nya itu.mata nya sesekali memandang kebelakang .terlihat seseorang berbaju serba hitam sedang memerhatikan nya di sebalik tiang.

"tenang Nisa ..tenang..hang jangan gelabah" bisik Nisa menyemangatkan dirinya sendiri.Dah lah kereta pun buat hal tak boleh buka selalunya senang sahaja dia buka .

Nisa melihat kereta yang berada di hadapan nya itu dengan teliti .Allah Hu Akbar ! patutlah tak boleh dia buka dari tadi rupanya bukan kereta nya .kalau kereta itulah dia buka sampai esok tak buka-buka. Dia mencari kembali kereta Myvi nya .Ah ! jumpa pun !

Sosok yang tadi mengikutinya sudah semakin mendekati nya .cepat dia berlari menuju ke kereta nya.Tangan nya tiba-tiba dipegang erat .

"Hang lepas kan aku..kalau dak aku call polis !" Ugut Nisa betul - betul takut dengan keadaannya sekarang.

Benda keras yang berada dibahagian perut nya membuatkan dia semakin takut.

"Tolong lah lepas kan aku...aku mohon kat hang..kalau aku mati macam mana dengan mak dan abah aku kat kampung.."Ucap Nisa yang sudah teresak-esak meminta belas kasihan dari orang yang mengikuti nya tadi.

Nisa yang sudah terlalu takut tiba-tiba teringat satu trik untuk melepaskan diri .Kaki nya terus sahaja mendarat ke celah dua kelangkang milik orang itu .dengan pantas tangannya dilepaskan pantas.

Terdengar erengan kuat dari arah belakang perempuan itu namun tidak diendahkan .Terus sahaja Nisa berlari laju .Bila sahaja dia melihat sosok seseorang yang dia kenal dari arah depan hatinya sudah merasa lega.Senyuman lebar terlukis dibibir.

"Tuan!" panggil Nisa untuk Zafriel yang kini sudah memandangnya namun hanya sekilas.pintu kereta di buka lalu dia terus masuk ke dalam kereta tanpa memperdulikan Nisa sama sekali.

Nisa yang sudah tak tahu di mana lagi dia nak melarikan diri terus masuk kedalam kereta Zafriel.Tak kisah lah apa lelaki itu nak cakap yang penting dia selamat.

"Apa you buat ni ? I Tak suruh pun kan you masuk dalam kereta I .kotor lah nanti kereta ni ..turun!"

'Dah darurat buat lagu mana cik abang Oi ! tak luak pun lah' Bisik hati Nisa sedikit geram dengan sikap lelaki itu.

"Kalau tuan turun Kan saya lah ni juga ..saya yakin tuan Zafriel akan menyesal seumur hidup.." Ucap nisa dengan muka yang serius walau pun dia tahu Zafriel langsung tak akan kisah dengan kata-katanya itu tapi dia terpaksa juga kata seperti itu.

Hembusan nafas kasar dilontarkan oleh zafriel .Enjin kereta di panas kan lalu dengan pantas mereka berlalu dari tempat itu.

Fuh..

Nasib baik Zafriel tak paksa dia untuk turun tadi kalau tidak apa lah nasib nya malam ini.Pasal kereta tu biarlah dulu nanti pandai-pandai lah dia uruskan yang penting dia selamat.Syukur Alhamdulillah..Tapi siapa orang yang mengikuti nya itu ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience