19

Romance Completed 177269

HABIS SAHAJA makan malam Nisa dan Zafriel terus di suruh menunggu di ruang tamu oleh Pak Samad iaitu abah kepada Nisa.Bila sahaja dia tahu Nisa mahu mendirikan rumah tangga bersama Zafriel dia terus sahaja mahu berbincang tentang hal itu malam ini.Malas dia mahu tangguh-tangguh lagi.

Zafriel yang duduk di kerusi hadapan sudah memberikan isyarat kepada Nisa .Seram sejuk pula dia pada saat ini.

Psstttt!

Zafriel cuba menarik perhatian Nisa yang dari tadi asyik bermain dengan kucing nya.

Nisa menoleh melihat wajah Zafriel.

"Awat?" Soal Nisa mula melayangkan wajah hairan.Dilihatnya wajah Zafriel yang sudah terlihat pucat.

Zafriel memegang tengkuk nya dan kaki nya automatik tergerak tiba-tiba.Aduh! rasa mau kencing pun ada dia masa ini.

"I takut ." Bisik Zafriel kepada Nisa .Dibawanya pula kedua tangannya kedepan dan digosok-gosok berkali-kali .Mengalahkan orang naik gunung Everest pulak dia ni!

Nisa ketawa kecil mendengar kata-kata Zafriel tadi.Kucing yang berbulu putih di letakkan nya diatas riba lalu di elusnya perlahan.

"Takut apa nya..tuan ingat abah saya tu hantu kah? tenang lah sat ..chill" kata Nisa cuba menenangkan lelaki itu.Kepala digelingkanya bila melihat Zafriel masih lagi tak senang duduk.

Ha'Hem!

Deheman itu mengejutkan mereka berdua terus sahaja Zafriel terduduk lurus.Nisa pula hanya buat-buat selamba sambil masih bermain-main bersama Oki nama kucing putih nya yang diberi oleh perempuan itu.

Walaupun dia sendiri pun rasa berdebar-debar sahaja mau mendengar keputusan dari abahnya itu.

Pak Samad duduk diantara depan kerusi mereka berdua .Hmm! dah macam perbincangan ahli dewan rakyat dekat parlimen pula dia lihat sekarang ini.

"Bila kamu kenai Nisa ?" Soal pak Samad sambil menghadap Zafriel .Zafriel memberikan senyuman nipis kepada pak Samad mengurangkan sedikit rasa gementar nya.

"Erm..Sejak dia kerja dengan saya pakcik" Jawab Zafriel.

"Kalau lagu tu hangpa berdua ni baru kenai lah kan ? habis tu awat cepat sangat nak nikah..kah kamu terpaksa ja?"Soal pak Samad lagi mulai tegas.

Glup!

Zafriel mula menelan air liur,Kepala digelingnya cepat.Habislah dia kali ini apa dia nak jawab takkan lah dia nak jawab sebab dia nak jaga Nisa dari ancaman adrian?! memang tak lah dia mahu jawab begitu.

Pandangan mata nisa sudah berubah dari tenang menjadi tak keruan bila melihat Zafriel tidak boleh menjawab soalan dari abahnya itu.

Cepat - cepat dia menjawab pertanyaan dari abahnya itu tadi.

"Pasai kami dah jatuh cinta abah..Nanti kalau tak kawin awal-awal orang lain kebas Nisa ..lagu mana ? merana lah tuan Zafriel nanti..Lagipun tuan Zafriel ni sayang sangat-sangat kat Nisa jadi dia takut kehilangan Nisa abah..bagilah kami kawin na" Beritahu Nisa tanpa tersekat-sekat.Pak Samad dan Zafriel pun sudah terdiam mendengar setiap kata yang diberitahu oleh Nisa tadi.Mak ai! Sekali perempuan itu bercakap tak berhenti-henti terus.Dasyat !

Hem!

Pak Samad sudah menghembuskan nafas perlahan.Hm! dah gatal sangat anak dara nya seorang itu nak berkawin.Sampai tak menyempat-nyempat bagi Zafriel bercakap dahulu.

Zafriel kembali melihat pak Samad .Hanya mampu mengukirkan senyuman sahaja.Kepala diangguknya beberapa kali setuju dengan kata-kata Nisa tadi.Fuh! nasib baik ada Nisa kalau tak mahu mati kering dia menjawab soalan dari Pak Samad itu tadi.

Pak Samad menyandar kan Belakang nya ke kerusi kayu.Lengguh pula badan nya itu.

"Ialah ..boleh kawin..dah minggu depan nikah ..suruh mak bapak hang mai sini hantar rombongan..tak payah nak tunang-tunang lagi" Kata pak Samad bersahaja .Senyuman lebar diberikan untuk Nisa dan Zafriel.

"Terima kasih pakcik.." Kata zafriel mengukir senyum lebar selebar-lebarnya .Baru tenang rasa hati bila diterima jadi menantu oleh pak Samad.Alhamdulilah akhirnya dia boleh sentiasa disisi Nisa.

"Aip! jangan nak duk panggil pakcik-pakcik lagi dah.. panggil ja abah.." Kata pak Samad sambil melihat anak dara kesayangannya seorang itu .Sengaja mahu menyakat putri sulung nya itu .selagi Nisa bahagia selagi itu dia tetap bahagia.Kasih seorang ayah hanya mahu melihat anak nya sentiasa bahagia...

Nisa sudah mula malu-malu kucing.Habis Blushing teruk muka nya pada saat ini.Oki di angkat nya lalu dipeluk nya kuat.melepaskan rasa gembira nya.

Zafriel dan Pak Samad sudah ketawa besar melihat reaksi melampau Nisa pada saat ini ada-ada sahaja perangai perempuan seorang itu.Comel!

Bila sahaja terdengar bunyi ketawa kuat dari arah ruang tamu .Mak Leha terus melangkah kan kaki mahu pergi ke ruang tamu.Entah apa sahaja yang mereka ketawakan Pun dia tak tahu?

"Amboi..ketawa sampai dapuq .." Kata Mak Leha sudah mengambil tempat di sebelah Nisa.

"Ni abang dah siap bincang kah pasai depa dua orang ni?" Soal mak Leha lagi masih tak tahu apa-apa.

Pak Samad melihat wajah isterinya itu.

"Dah habis dah pun.." Kata Pak Samad melihat wajah bakal menantu dan anaknya penuh makna.Kaki didirikan nya mahu melangkah masuk ke dalam bilik.penat seharian berkerja di laut tadi.

"Abang nak pi mana tu?" Soal mak Leha juga mengambil langkah mengikuti pak Samad.

"tidoq " jawab Pak Samad ringkas.

Nisa melepaskan Oki di atas lantai.dilihatnya wajah Zafriel.

"Nasib baik abah dengan mak okay ja ..biasanya depa yang tegas nak mampus.." Bisik Nisa kearah Zafriel.

"owh ye ke..Nasib I lah Kut ..Kata orang kalau kita jodoh jalan tu akan senang je..lancar je ..macam sekarang.." kata Zafriel menaikkan kedua kening nya.

Bebola mata diputarnya 360 darjah .Ergh! menyampah! walaupun memang dia pun suka tapi benci pula dia liat riak wajah lelaki itu tadi bukan main takut macam nak mati ni berlagak pula .eleh! Kalau bukan sebab mulut dia taklah habis-habis lagi sesi soal jawab itu tadi.

"Alah tuan ni ..kalau bukan pasai saya tuan masih lagi terkehil-kehil nak jawab soalan abah tadi.." Perli Nisa .

Zafriel sudah tersenyum kambing.sambil mengaru-garu kepala nya yang tak gatal.

****

PAGI MENJELMA Zafriel yang sudah bangun sejak subuh tadi terus pergi ke halaman rumah untuk menghirup udara pagi.Tangan di depa nya .Hm..segar betul udara kampung.

TRING! TRING!

Handphone tiba-tiba sahaja berbunyi agak kuat dari arah poket seluarnya terus sahaja dia mengambil handphone itu dilihatnya nombor yang tidak dikenali menelefon nya.Tak tahu pula siapa ?

Panggilan di angkat..

"Asalamualaikum siapa ?" Kata zafriel memulakan kata .

"Waalaikumussalam ..mama lah Zaf..kamu buat apa dekat Kedah tu Zaf ..terkejut tau mama bila Asyraf yang bawa kereta kamu tadi...ingat ada apa-apa yang jadi ke..risau mama ni..sudahpun kamu je anak mama dan papa sekarang ni.." Kata Puan Badriah terdengar nada sebak di hujung talian .

Zafriel sudah menghembuskan nafas perlahan turut merasakan sebak dihati.

"Bila mama tukar number?"Soal Zafriel sedikit hairan .Tak pernah-pernah pula mama nya itu tukar nombor.

"Ha'ah mama tukar number..baru je tadi mama pergi shopping kejap sebab tu mama risaukan Zaf bila je mama balik mama terus pergi rumah Zaf sekali Asyraf pula yang bawa kereta Zaf dekat rumah .mana tak risau nya mama.." jawab puan Badriah penuh risau.

Zafriel hanya mengangguk tanda faham malas pula dia mahu bertanya kenapa mamanya itu menukar nombor secara tiba-tiba.Biarlah yang penting sekarang ni dia tetap boleh Meng call mama nya .Tak kisahlah nombor baru ke lama.

"Ma..Zafriel bukan anak mama satu-satu nya..Abang ad masih hidup ma..Haritu dia ada datang rumah Zaf.."Beritahu Zafriel kepada mamanya itu mengigatkan Adrian masih lagi keluarga mereka.Walau dibuang sejauh mana pun darah papa dan mama nya masih mengalir didalam tubuh badan lelaki itu.

Air mata ibu dari puan Badriah sudah mula mengalir.Siapa sahaja yang tak menyangi anak kandung sendiri yang dia kandung kan selama 9 bulan.Ibu mana yang sanggup melupakan anaknya.

"Adrian tak buat apa-apa kan dekat zaf?" Soal puan Badriah risau dengan keadaan Zafriel .

"Ma Zaf okay..Mama patut risau kan abang Ad tu ma..sampai bila dia nak hidup dalam dendam? sampai bila dia nak hidup dalam gelap ma ? kadang-kadang tu Zaf kesian tengok dia..Entah makan ke tak dia sekarang ni." Kata zafriel mula merasa simpati dengan nasib abang nya itu.Kalau lah Adrian tidak melakukan kesalahan yang hina itu mungkin sampai bila-bila mereka hidup bahagia seperti dulu.

"Zaf..kita doakan yang terbaik untuk abang ..yer.. sebenarnya mama pun rindu sangat dekat dia..Dah lama mama tak tengok dia,Jumpa dia..mama rindukan abang kamu Zaf" Kata Puan Badriah mengalir kan air mata .Sedih rasa hati bila mengenang kembali sosok anak sulung nya itu.

Zafriel yang mendengar kata-kata dari Puan Badriah mula berkaca-kaca air mata cuba untuk ditahan nya agar tak jatuh ke pipi .

"Zaf jaga diri baik-baik yer nak.." kata puan Badriah sebelum mematikan panggilan telefon. tak sanggup dia menahan sebak dihati.

Zafriel meletakkan kembali handphone nya di dalam poket seluar.

Air mata yang ditahan nya tadi akhirnya terkeluar .YaAllah seandainya Adrian boleh berubah mesti keluarga nya akan menerima lelaki itu kembali ke dalam keluarga mereka..

TRING ! TRING !

Handphone kembali berbunyi kuat.Air mata di hapusnya,Rasa sebak didalam hati mula dikawal.Sekali lagi dia mendapat panggilan dari nombor yang tak dikenali.

"Asalamualaikum.." Kata zafriel.

"WOI ! Zaf..kau dengar sini baik-baik kalau kau cuba nak lindungi perempuan sial tu lagi..mama dengan papa akan mati kat tangan aku! kau pilih lah kau nak aku ambil nyawa pempuan tu atau aku ambil nyawa mama dengan papa! "

Suara itu tiba-tiba menerjah ketelingga nya.Suara yang sangat dia kenali.Ya..Adrian..

"Kau dah kenapa ni ad..kau tau tak mama Dengan papa tu mak bapak kandung kau juga ! kenapa kau SANGGUP BUAT MACAM TU KAT DORANG!! MANA HATI NURANI KAU ADRIAN!!!" Teriak Zafriel menyedarkan Adrian tentang mama dan papa nya yang bersusah payah membesarkan lelaki itu tapi ini yang dia balas.

"HHAHAA..Dorang dah tak anggap aku ni anak Dorang ! kau jer anak dorang Zaf ..kau je ..aku ni DORANG DAH BUANG JAUH-JAUH! KALAU DORANG PUN TAK ANGGAP AKU NI ANAK DORANG! ..buat apa aku nak anggap orang tua tu mak bapak aku!!!! "Tengking Adrian mula memuncak kemarahan yang berada di hati pada saat ini.

Zafriel menghembuskan nafas kasar.Kenapa begitu kejam hati lelaki itu! kenapa Adrian berubah sampai begini sekali! YaAllah..

"AD! KAU SEDAR SIKIT KAU YANG BUAT MASALAH..KAU YANG CUBA ROGOL NISA LEPAS TU KAU NAK SALAH KAN ORANG LAIN! Kau nak salah kan Nisa ? kau nak salah kan mama dengan papa!? SEDAR LAH AD KAU TU YANG IBLIS!!" Marah Zafriel lagi .Muka nya sudah memerah menahan kepanasan hati .sakit hati yang dia rasa Kan sekarang ini memang tak dapat dia kawal lagi.

"AKU TAKKAN BIARKAN PEMPUAN TU TERLEPAS..KALAU KAU NAK SANGAT JAGA PEMPUAN MACAM TU! KAU TUNGGU JE MAYAT DARI MAMA DENGAN PAPA !" Panggilan dimatikan oleh Adrian.

"AD!!"Teriak Zafriel masih mahu bercakap dengan lelaki itu.

Zafriel yang masih dalam keadaan tak terkawal sudah membaling handphone yang berada di tangan nya ke atas tanah dengan kuat sampai hancur telefon itu dibuatnya.Perasaan marah dan sakit hati sudah bercampur baur didalam dirinya pada saat ini.Kepala ditekup nya .

ARGHHHHHH!!!

Teriak Zafriel kuat melepaskan api amarah di hati.

Nisa yang berada di dalam rumah sedikit terkejut dengan jeritan itu terus sahaja dia berlari mendekati Zafriel.Tak tahu kenapa zafriel sampai menjerit seperti itu? Apa yang berlaku?

Sampai sahaja di laman rumah.Dilihat nya zafriel sudah bertekup kepala.Bahu Zafriel di pegangnya lalu di gegarnya sedikit.

"Awat ni tuan?" Tanya Nisa lembut.

Zafriel melihat wajah Nisa lama.Tangan Nisa di tepis nya kasar.Terus sahaja dia melangkah pantas masuk kedalam rumah.Tak tahu kenapa perasaan marah nya tadi automatik mengubah sikap nya kepada nisa.

Nisa sudah mula hairan dengan sikap Zafriel seperti itu tak pernah Zafriel bertindak sedingin itu kepadanya apa yang jadi sebenarnya? Handphone di atas tanah yang sudah pecah diambil nya lalu diletakkan di dalam poket baju nya.

"Apa yang jadi ? " Kata Nisa merisaukan keadaan zafriel.kenapa sampai macam tu sekali lelaki itu layan dia? ada apa-apa salah kah dia sampai zafriel berbuat begitu kepadanya.

Hembusan nafas perlahan di keluarkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience