7

Romance Completed 177269

WAJAH TUAN ZAFRIEL dilihatnya penuh makna bibirnya tak henti-henti tersenyum bila melihat setiap inci wajah lelaki itu teringat dengan nama seorang perempuan yang disebut oleh lelaki itu semalam.

Zafriel yang sedar dengan gerak bibir Nisa sudah menghela nafas perlahan.wajah sudah berubah merah.

"Apa yang kelakar sangat sampai dari tadi mulut tu tak berhenti senyum ?" Soal Zafriel pura-pura tak tahu.

Nisa mengelingkan kepalanya dan mula mengawal senyuman dibibirnya menjadi lebih rata .

"Masa bila saya senyum..? "Ucap Nisa berselindung disebalik senyumannya tadi.Melihat sahaja wajah Zafriel sudah dingin bagaikan Ais dikutub utara Nisa cepat-cepat mengalihkan perbincangan malas nak tengok muka batu lelaki itu.

"Dah pasai saya senyum tolak tepi ..ni Awat Tuan panggil saya ?" Soal Nisa lagi .

Hembusan nafas perlahan dilontarkan oleh zafriel terlebih dahulu.Kerusi di palingkan nya ketepi mahu mengambil satu fail hitam yang terletak di dalam laci mejanya.Itulah satu-satu nya projek pembinaan syarikat yang agak mencabar untuk dia urus sekarang ini .

Kalau tak silap Anis ada cakap yang Nisa juga mahir dalam bidang arkitek jadi mana tahu perempuan itu boleh tolong dia untuk uruskan projek besar yang satu ini.Dia memberikan Fail itu di hadapan Nisa.

Nisa yang masih tak tahu apa-apa hanya mengambil pantas fail itu lalu di belek helaian kertas nya.Kening dikerutkannya.Kalau dia tak silap fail itu hanya untuk seorang arkitek syarikat sahaja yang boleh lihat.Tapi kenapa Zafriel berikan padanya ?

"Takkan lah tuan nak saya jadi arkitek tuan..Bukannya tuan tak nak saya jadi arkitek kah ..Pasai tu tuan ambil saya jadi PA kan" Soal Nisa lagi sebenarnya soalan itu lama sudah di simpan didalam benak fikirannya namun baru hari ini di ungkapkan rasa musykil nya itu .

"Yes..couse my dad can't agree Architect in company is a Woman..I don't know why? but I rasa I tahu kenapa " Balas Zafriel yang kini sudah tersenyum sinis,sengaja tidak disambungkan ayatnya yang tadi membiar Nisa berteka-teki dahulu.

"Awat pula ? pasai apa?" Double soalan Nisa berikan pada Zafriel.Betul-betul dia mahu tahu kenapa syarikat sebesar itu tidak mengharapkan arkitek perempuan untuk membina satu pembangunan sebesar itu padahal banyak sahaja arkitek perempuan yang berjaya membangunkan berpuluh bangunan .Inilah zaman sekarang tak pernah nak berikan perempuan menunjukkan kehebatan tersendiri mereka.

Zafriel memusingkan kembali kerusi nya didepan Nisa .Wajah Nisa ditenungnya lama.Bila ditenung begitu lemah pula hati Nisa dibuatnya cepat sahaja Nisa menunduk ke lantai.Tak mahu hatinya semakin berdebar.Bahaya!

"Sebab perempuan mulut murai macam you ni Kut.." Jawab Zafriel sambil ketawa kecil di hujung kata.

"Manada saya lagu tu ..saya ni bukan murai tapi melatih tahap komunikasi saya kat orang lain..sedap mulut tuan ja kata saya ni mulut murai.." Bantah Nisa .

'Cili sat lagi mulut hang tu baru hang tahu..' Bisik hati perempuan itu masih tak berpuas hati .Kalau dia mulut murai Zafriel tu apa ? Muka Batu? Eleh!

"Dah jangan nak banyak cekadak pula ..tu tengok dulu Fail tu.." Arah Zafriel sambil jari telunjuknya menunjuk fail di tangan Nisa.

Mata dijelingkan oleh Nisa .Fail ditangan diambil lalu diperhatikan dengan teliti setiap helai isi kandungan dari kertas-kertas didalam fail itu sesekali dia mengelingkan kepala dan mengerutkan dahi .

Hampir 1 jam jugalah dia melihat dan meneliti setiap isi dari projek yang mahu dibina pada September nanti.

Selesai sahaja,Fail hitam ditangan di letakkan di atas meja.Anak mata Zafriel ditatap nya penuh serius .

"Saya rasa saya boleh uruskan "Ucap Nisa dengan penuh yakin.

Zafriel menatap kembali anak mata itu.

"Sure?" Soal Zafriel agak tidak yakin dengan perempuan itu.

"Yes!Sure!" Balas Nisa yang sudah berdiri dari kerusi betul-betul semangat sudah dia sekarang ini mengalahkan wakil politik.

"Okay ..Tapi you Mesti berjaya kan projek ni..sebab projek ni 2.5Juta dah syarikat laburkan jangan nanti jadi abu je ." Amaran dari Zafriel .

Nisa kembali duduk diatas kerusi hitam di hadapan Zafriel.Aduh! baru sahaja dia mahu semangat tadi dengar sahaja projek ini 2.5Juta terus dia tiada semangat ialah siapa berani nak ambil projek sebesar 2.5 Juta Ringgit Malaysia .Hampa lah dia baru dia nak tunjukkan bakat arkitek nya itu pada Zafriel.

"Saya takut lah tuan .." Ucap Nisa mula tak yakin.

"Aik? tadi semangat sangat dengar 2.5 Juta terus lembik.." Sindir Zafriel.

"Bukan lagu tu tuan tapi ..jumlah projek tu betul-betul besaq.."

"belum try belum tahu kan.."

Nisa menghembuskan nafas perlahan .Dia sendiri pun mula tak faham dengan sikap lelaki itu tadi bukan main nak patahkan semangat dia cakap projek itu besar lah ..2.5 juta lah..ini tiba-tiba pula suruh dia cuba dulu..Memang gila betul lah CEO nya seorang itu.sukar difahami?

"tadi tuan abaq kat saya projek tu besaq ..jadi saya takut lah nak uruskan ..2.5 tu .." Ucap Nisa.

Zafriel sudah tergelak kecil melihat gelagat Nisa .

"Tapi tak sebesar cinta I dekat Sandra kan.."Bisik Zafriel sambil matanya melihat kedepan cermin kalis penglihatan dari luar yang berwarna hitam itu.memastikan tiada sesiapa pun melihat mereka.nanti bocor pula rahsia nya.

Mulut ditekup oleh Nisa .Amboi nakal betul Bos nya seorang itu dah pandai nak bisik-bisik.Siapa lah perempuan bertuah itu.betul punya bertuah lah! sudah lah tuan Zafriel nya itu..

Hensem!

segak!

kaya!

CEO PULAK TU !

"Amboi tuan nakal nah.." Ucap Nisa sudah tersipu-sipu malu macam dia pula yang dimaksudkan oleh Zafriel tadi.Perasan tahap maximum betul lah perempuan itu!

"Tapi kan tuan siapa sandra?Ialah nak tahu juga lagu mana muka dia..Kenapa tuan dak lamar ja dia jadi isteri tuan.."Soal Nisa penuh keterujaan. Kalau lah dia jadi perempuan itu lama sudah dia terima Tuan Zafriel didepannya itu.

Muka merah bak mawar terus Zafriel dibuatnya.telapak tangan digosok-gosok nya menahan malu.

"I malu lah..lagipun dia tu tak sama dengan perempuan lain..dia special sikit lah Nisa.."Jelas Zafriel .

"Tuan..tuan ni dah lah segak..kaya..hensem..putih ..confirm cik Sandra..dak akan tolak tuan Zafriel..percaya kat saya.." Ucap Nisa yakin.kening dinaikkan nya sambil melihat wajah Zafriel.

Mata Zafriel tertumpu ke arah Nisa.senyuman lebar yang dihiasi lesung pipit dikedua pipi diperlihatkan kepada Nisa.

Bila sahaja melihat senyuman semanis itu dari Zafriel, tak berkelip mata terus Nisa dibuatnya.Bunuh lah dia sekarang juga !

'pecah lah hati aku sat lagi..hensem betui lah hang ni ... first time Aku tengok hang senyum lagu ni..kalau hari-hari hang senyum lagu ni boleh koma lah Nisa Diandra untuk satu tahun..'

Tersedar Nisa mengelamun panjang .Tangan dikibar kan oleh Zafriel menyedarkan nisa dari khayalan.

"Nisa!"

"Ah?" Jawab Nisa tersedar dari lamunan.

"Kalau you lah Sandra you akan terima I ke?" Soal Zafriel .

Glup!

Air liur ditelan terus oleh Nisa .Pipi mula blushing Tak dapat nak control perasaan walaupun hanya 'kalau' tapi tak tahu kenapa hati seakan berombak laju.Mata nya pun automatik membulat.

'Kenapa lah soalan tu juga hang nak bagi kat aku..Sesungguhnya aku memang dah dak kuat menahan perasaan cinta ini..Argh! apa hang merepek ni Nisa ..'

"Sa-ya..Teri-ma "Jawab Nisa tersekat-sekat.

"Erm..Nanti I akan try luah dekat Sandra tentang perasaan I Ni.."Ucap Zafriel lembut sahaja suara lelaki itu.

'Nisa hang caiq kah..' Soal Nisa sendiri untuk suara hatinya .

Kaki nya melangkah untuk berdiri dari kerusi.Kemudian, keluar dari bilik Zafriel lama-lama dia disitu boleh diabetes terus dia .Manis betul Mr.Dingin nya itu hari ini.

"Tak pa Lah saya keluaq dulu..Fail ni saya bawa ya tuan..Nanti kalau saya ada apa-apa nak tanya saya tanya ..Okay Tuan.." Ucap Nisa berlalu pergi.Otaknya masih memikirkan siapa sandra ?

Zafriel hanya mengangguk sambil melihat kelibat perempuan itu berlalu dari situ.kepala digelingnya beberapa kali melihat sikap Nisa tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience