4

Romance Completed 177269

SELIMUT MEMENUHI badannya yang kini sudah terketar-ketar akibat kejadian tadi.Fikirannya masih bercelaru .Hati terasa tidak tenang.Tidak mungkin kejadian lalu akan menimpa hidupnya kembali !

Nisa memeluk tubuh nya seerat yang mungkin dia tak mahu mengingati kenangan hitam itu lagi.Kenangan yang hampir sahaja membuatkan hidupnya gelap gelita.kedua telingganya di tutup nya rapat.

"YaAllah kalau lah dia yang aku liat tadi...kau jauh kan lah dia dari aku.." Mohon Nisa kepada-NYA .Air mata mengalir ke pipi merasakan ketakutan dalam lubuk hatinya pada saat ini.

Tok!Tok!

Kedengaran bunyi ketukan bilik dari arah luar namun hanya dibiarkan sahaja oleh Nisa dia masih trauma atas kejadian yang baru sahaja dia alami tadi.

Kepala di geling oleh Liz .kunci spare yang berada di tangannya di masukkan kedalam tombol pintu.Bila sahaja dia membuka pintu bilik itu ,Matanya terus tertumpu pada sosok tubuh Nisa yang kini sudah bertulumus dengan selimut .

"Nisa awat dengan hang ni ? Aku panggil hang tak menyaut.Aku ketuk pintu hang tak buka...Hang ada problem kah?" Ucap Liz yang sudah menghampiri Nisa .Dia risau dengan sahabat nya itu.Risau kalau-kalau Nisa diselubungi dengan masa silam nya dahulu.Sudah beberapa tahun Nisa tidak berkelakuan pelik seperti ini tetapi hari ini sikap Nisa yang dulu tiba-tiba muncul semula.

Nisa yang sedar sahaja kehadiran Liz di tepi katil nya .cepat-cepat menuju ke arah Liz dan memeluk erat tubuh perempuan itu.Terasa getaran perlahan di tubuh Nisa menyebabkan Liz mula mengerutkan kening automatik hatinya rasa risau bila merasakan sejuk nya tubuh Nisa pada saat ini.

"Sejuk nya badan hang Nisa .hang demam kah ?"

Tiba-Tiba terasa setitik air mata jatuh di bahu Liz .Cepat Liz melihat wajah Nisa yang kini sudah pucat lesu.

"Aku...ta..kut " Ucap Nisa dengan terketar-ketar."Aku takut Jannah..aku takut..." Air mata yang di tahan nya kini sudah menitis keluar esakkan tangis tidak lagi di tahan .

Shuuu...

Liz mengambil perlahan kepala Nisa lalu di bawa ke bahu nya cuba menenangkan keadaan Nisa sekarang .Belakang badan kawan nya itu di usap nya perlahan beberapa kali.

"Aku ada untuk jaga hang.." bisik Liz ditelingga Nisa .menguatkan diri perempuan itu agar tidak terlalu memikirkan masalah yang dia hadapi sekarang.Rambut panjang milik Nisa di usap nya dengan perlahan-lahan.

"dah hang rehat lah ..esok hang tak payah lah pi kerja ..aku risau lah kat hang " Kata Liz yang sudah semakin risau .

Nisa melepaskan pelukan nya .dilihatnya wajah Liz .sekuntum senyuman cuba dilukis dibibir walaupun pada saat ini perasaan takut nya masih tak hilang lagi .

"Liz..aku Baru ja kerja kat situ..takkan lah aku nak cuti ..nanti apa kata tuan Zafriel.." Ucap Nisa .

"Tapi Nisa ...aku risau kat hang ni..takkanlah tuan Zafriel tu tak nak bagi sedikit belas kasihan kat hang..hang minta lah cuti kat dia.." Balas Liz masih menunjukkan wajah risaunya.tangan Nisa di genggam nya tak mahu apa-apa jadi kepada Bff nya itu.

Dalam keadaan ini tiba-tiba sahaja satu perasaan bersyukur kepada Allah SWT di hati Nisa menjelma kerana dia telah di anugerahkan kawan baik dan setia bersamanya walau apapun berlaku .Sedih,tawa mereka harungi bersama tak pernah sesekali pun kawan baiknya itu meninggalkan nya dikala air mata mengalir di bumi.

"Jannah aku bersyukur dapat kawan macam hang..aku sayang hang tau" Luahan ikhlas dari hati Nisa untuk Liz .Liz tersenyum lebar ,Matanya pun sudah berkaca-kaca mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nisa tadi.Terharu!

"aku pun sayang hang.." Balas Liz.

***

SETIBANYA SAHAJA diOffice Nisa hanya terdiam sambil membuat semua kerja yang dia tidak sempat siap kan semalam.wajahnya terlihat lesu dan tidak bermaya .kepala yang pening sesekali di pegangnya .Tak tahu kenapa keadaan nya seburuk ini.Mungkin dia masih terkejut dengan kejadian yang menimpa nya semalam.

Anis yang melihat nya pun sudah tak tentu fikiran .dia risau dengan keadaan Nisa tak seperti kelmarin yang terlihat ceria dan banyak bercakap namun sekarang hanya diam tanpa kata.

kaki melangkah perlahan menuju meja Nisa yang tak berapa jauh dari mejanya.

"Nisa awak tak pape ke?" Soal Anis.

Senyum nipis dilontarkan oleh Nisa .

"Saya okay ja" Balas Nisa bersahaja walaupun kepala nya terasa berdenyut-denyut.

"Ye ke okay Ni macam tak okay je akak tengok.tu muka tu pucat semacam."

"Tak da lah kak saya lupa pakai make up tebal Kut .." kata Nisa cuba menyantai kan keadaan yang akward ini.Tawa kecil muncul dimulut Anis pada saat ini.

"Awak ni..ialah..kalau ada apa-apa bagitau je akak tau.." Pesan Anis sebelum meninggalkan Nisa.

Nisa hanya mengangguk tanda faham.Fail hitam di belek-belek nya lagi.

"Lepas dah siap buat kerja tu..masuk dalam bilik saya" pinta Zafriel yang keluar sekejap untuk mengigatkan Nisa .sempat Dilihat nya wajah Nisa namun tidak terlalu dia fikirkan.

Bila sahaja kelibat lelaki itu sudah masuk dalam biliknya Nisa sudah menghembuskan nafas panjang .bukan tak suka masuk dalam bilik Zafriel tapi keadaan badannya betul-betul belum stabil takut-takut kalau dia berdiri sahaja nanti terus tumbang Ke lantai.

'Nak buat lagu mana lagi ..dia tu CEO aku ni PA ja ..dah nasib' Bisik hati perempuan itu.Fail dicek lagi sekali dan diletakkan di hujung meja.kaki nya melangkah untuk masuk kedalam bilik Zafriel.

Tok!

"Masuk!" jerit Zafriel dari arah dalam bilik.

"Tuan Zafriel nak apa?" Soal Nisa tanpa memperdulikan taraf nya hanya sebagai PA .kepala mula terasa pening lagi namun cuba untuk ditahan .mata di pejam dan di buka beberapa kali.

Senyum sinis sahaja lelaki itu.

"You remember that ..Satu lagi amaran yang perlu I bagi untuk you..You tak boleh ambil sebarang cuti dalam office I .Faham?" amaran yang diberikan oleh Zafriel cukup membuatkan Nisa terkejut .takkan lah dia nak kerja tanpa sebarang cuti.Adilkah ?

"Tapi tuan kalau saya sakit lagu mana? kalau saya ada masalah keluarga ? pun tak boleh nak cuti kah ? " soal Nisa bertubi-tubi masih tak puas hati dengan amaran yang diberikan oleh zafriel.bukan dia mahu kurang ajar tapi ini sudah terlalu terlampau .

Senyum sengit di layangkan .Kedua tangan disilangkan aras dada.

"I don't care Nisa ..kalau you nak mati pun i tak kisah..dan satu hal memandangkan you naik kereta I tanpa kebenaran semalam..i akan tambah lagi amaran untuk you ..tapi bukan sekarang you tunggu lah bila I dah bagi keputusan nanti.." Ucap Zafriel langsung tak berikan peluang untuk nisa.dia memang pantang bila menghadap perempuan sejenis Nisa .inilah balasan untuk perempuan itu.

Nisa menghembuskan nafas perlahan.senyuman nipis dilayangkan oleh nya.

"Tuan Zafriel ni manusia jenis apa nah..muka ja hensem ..tapi hati tu langsung tak da belas kasihan..sikit pun tak kasihan kat saya kah tuan? apa jahat sangat tuan ni ?" emosi Nisa sudah tak boleh terkawal .Kepala yang pening tadi tambah berdenyut.sakit hati tambah sakit kepala lama-lama boleh kena strok hari-hari melayan sikap dingin+pentingkan diri lelaki itu.

Zafriel yang mendengar kan perkataan itu dari Nisa..hanya mampu tersenyum sengit.Kakinya sudah berdiri mahu menghampiri nisa.

kepala lelaki itu didekatkan ke arah telingga perempuan itu .

"Nisa..sekali you buat salah kat I ..I akan ingat untuk selamanya..so jangan nak salah kan I kalau I terlalu bersikap sinis kat you Sebab ini semua salah you." bisik Zafriel. "Keluar" Zafriel membuka kan pintu untuk menghalau Nisa dari bilik itu.

Kaki melangkah perlahan .wajah Zafriel sempat dilihatnya.

" Okay Kalau lagu tu ..saya pun ada cara saya untuk kenakan tuan..tuan tunggu ja" Ucap nisa mahu membalas semua perbuatan lelaki itu .tangan nya dibentuk menjadi dua jari lalu di cucuk hampir kemata nya dan kemata Zafriel mewakilkan kata 'I can fight you' .langsung tiada perasaan takut pada lelaki seperti itu.

'Hang ingat hang boleh buat aku macam hamba abdi hang..hang dah silap orang lah..muka hensem perangai iblis' Bicara hati perempuan itu mewakilkan perasaan marah dan geram nya pada lelaki itu.

sampai sahaja di meja nya .laci dibuka pantas lalu mengambil Panadol dan di telan sekaligus bersama air mineral yang ada di atas meja nya.

Haraplah kepalanya tidak buat hal lagi.

Bip..
Bip..

Bunyi getaran dari handphone Nisa menandakan kan ada chat masuk di handphone nya.senyuman nya terukir nipis dia tahu itu pasti Liz yang masih merisaukan keadaannya pada saat ini.Untung betul dia dapat kawan sebaik Liz.Alhamdulilah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience