38

Romance Completed 177269

.............

DALAM PERJALANAN balik ke rumah Nisa dan Zafriel hanya terdiam membisu tanpa satu kata sekalipun.Zafriel sesekali melihat wajah isterinya itu sekilas.Emosi di dalam hati cuba untuk di stabil kan terlebih dahulu.

Air liur ditelan kelat.

"Nisa.." Panggil Zafriel lembut.

Nisa langsung tak melihat wajah lelaki itu walaupun dia sedar Zafriel memanggil namanya.Mata nya hanya tertumpu di hadapan.

Melihat sikap Nisa sedingin itu Zafriel menghembuskan nafas perlahan.Masih mengumpulkan kesabaran di hatinya.

"Kenapa tak bagitau abang yang Nisa tengah pregnant?" Soal Zafriel.Anak mata masih memerhatikan jalan raya dan memandu dengan berhati-hati.

Hembusan nafas perlahan dilemparkan oleh Nisa .Kini Wajah Zafriel di lihat nya tepat.

"Penting ke ? "Ucap Nisa dengan nada yang sedikit kasar.

Mendengar sahaja kata-kata itu dari mulut isterinya sendiri hatinya sebagai seorang suami sedikit terasa terkilan.Walau macam mana besar pun kesalahan nya terhadap Nisa dia tetap suami perempuan itu .Tak boleh kah Nisa hormat dia sebagai seorang suami?

"Abang ni suami Nisa..tolong hormat sikit" Ucap Zafriel dengan nada yang sedikit tegas.Streng kereta di pegang agak kuat melepaskan sakit di hati.

Mendengar sahaja kata-kata itu Nisa sudah tersenyum sinis.Hormat? Macam mana dia nak hormat lelaki itu sedangkan Zafriel sendiri seorang penipu !

"Hormat ?" Kata Nisa sambil mengelingkan kepala nya beberapa kali dan mengukir senyum sinis dibibirnya.

Zafriel sekali lagi menghembuskan nafas perlahan apabila melihat sikap Nisa seperti itu .kesabaran di dalam hati masih di carinya,kalau boleh dia tak mahu melepaskan marah nya kepada Nisa.

"Nisa benci abang ?"Soal Zafriel bernada tegas dan wujud rasa kecewa di hatinya.berat untuk dia bertanya kan soalan itu kepada isterinya sendiri tapi entahlah kenapa tiba-tiba sahaja mulut nya melepaskan persoalan itu ?

"Tak perlu tanya Kut ..dah tau kan" balas Nisa tanpa melihat wajah Zafriel sama sekali.

Zafriel sekilas melihat wajah Nisa.Jelas di wajah lelaki itu terpapar wajah kecewa.Sakit hati nya bila mendengar jawapan dari Nisa sebegitu...

Nafas ditarik dan dikeluarkan dalam masa yang sama agar hatinya masih boleh bersabar.

"Adrian pernah suruh abang untuk culik Nisa tapi abang tak nak.." Ungkap Zafriel .

Bila mendengar sahaja kata-kata itu dari Zafriel.Nisa terdiam sendiri namun anak matanya masih menghadap ke hadapan.

"Abang sayang kan Nisa..Abang tak nak Nisa hilang dari hidup abang.Jujur abang katakan pada mula nya abang memang langsung tak ada niat untuk cintakan Nisa.Abang cuma nak lindungi Nisa,Abang nak jaga Nisa itu je.tapi..lama kelamaan Nisa juga yang mampu tundukkan hati abang untuk cintakan Nisa dengan keikhlasan hati yang ada dalam diri Nisa.." Luah zafriel meluahkan apa yang terbuku di dalam hati nya selama ini.Dia tak mahu Nisa menanggap dia iblis seperti Adrian !

Nisa terdiam kaku,setiap bait kata yang di ungkap kan oleh Zafriel tadi membuatkan hati nya bertambah sakit,bagi nya apa yang Zafriel katakan hanya penipuan semata-mata.Air mata yang ingin jatuh ke pipi ditahannya.Zafriel cuba nak tipu dia lagi kah ? cuba nak meraih simpati dari dia ?!

"Cukuplah ! tak payah nak tipu aku lagi !" Jerit nisa kedua tangannya menutup telingga nya .dia tak sanggup lagi mendengar semua kata-kata yang keluar dari mulut zafriel.

Zafriel yang tersentak dengan jeritan Nisa sudah menghentikan kereta Mazda nya di tepi jalan raya.Wajah Nisa dilihat nya lalu kedua tangannya memegang bahu perempuan itu cuba untuk meyakinkan Nisa lagi.Dia tak mahu di anggap penipu!

"Nisa tengok abang ! Abang cintakan nisa!"

"TAK!"

"Abang cintakan nisa! abang sayang kan Nisa ! tolong lah percayakan abang ! "

"Tak!!!!!!! kau tipu ! macam mana aku nak percayakan kau kalau kau tu adik dia!" Jerit nisa kuat,kedua tangan Zafriel yang berada di bahunya di tepis nya kasar.

Tangisan kuat dari Nisa menguasai ruang kereta itu dia sudah tak mampu menahan sakit di hatinya.Kedua telingga nya di tekup nya kuat.Zafriel yang melihat tingkah Nisa yang sudah semakin tak terkawal terus sahaja melepaskan tali pinggang yang dipakainya.lalu tubuh kecil isterinya dipeluk nya kuat.

Nisa menolak-nolak tubuh zafriel sekuat yang mungkin namun,Tenaga Zafriel lebih kuat darinya .

"Abang cintakan Nisa.." Bisik perlahan Zafriel di telingga Nisa .Air mata mengalir deras di pipi perempuan itu.

"percayalah abang tak pernah ada niat nak hancurkan hidup Nisa..abang cuma nak selamat kan semua orang! abang nak selamat kan Nisa ..abang nak selamat mama dengan papa ..itu je " Ungkap Zafriel lagi.Air mata lelaki nya sudah mengalir deras ke bahu Nisa .

Bila sahaja terasa setitik air mata zafriel jatuh ke bahu nya.Nisa sudah terdiam seketika.Sepanjang dia bersama Zafriel baru kali ini dia melihat Zafriel menangis seperti itu.

Tubuh Nisa di lepaskan nya perlahan.Air mata yang mengalir di pipi di kesat nya.Tali pinggang di pakai semula,Streng kereta di pusing untuk menyambung perjalanan mereka untuk balik ke rumah.

Nisa masih terdiam sendiri.Setiap kata yang zafriel katakan tadi masih terngiang-ngiang di fikirannya.Entahlah hati nya masih tak tahu mahu percaya atau pun tidak ? Dia takut semua kata-kata Zafriel tadi hanya penipuan semata - mata untuk mengumpan dia agar jatuh ditangan Adrian nanti..

Dia takut dia akan menjadi mangsa Adrian untuk kedua kali ! Jangan lah perkara itu berlaku lagi !

Cukuplah selama ini dia menaruh kenangan pahit itu di dalam hati nya tak mahu kejadian yang sama berulang lagi.Wajah Zafriel dilihat nya sekilas sebelum memandang ke hadapan semula.

****

BALAI POLIS

SELESAI sahaja di soal siasat Malik terus di kenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan nya.Atas apa yang Liz dan Malik beritahu pada pihak polis tadi mereka yakin Adrian adalah punca utama kes penculikan Liz ini berlaku.

Semua media cetak dan media massa di perintah kan untuk bekerja sama agar mudah untuk mencari suspek kes penculikan ini.Mereka yakin Adrian masih berada di kawasan Kuala Lumpur.

Beberapa pegawai polis di perintah kan agar mencari Adrian di seluruh kawasan.

________

LIZ yang sudah di benarkan untuk balik kerumah sudah melangkah menaiki kereta Myvi nya .Dengan cepat kunci kereta di keluarkan dari beg sandang mahu bergegas balik kerumah Walaupun pihak polis sudah melaksanakan tugas mereka.Dia mesti tetap berhati-hati.

Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta .Streng kereta di putar dan memecut laju meninggalkan kawasan balai polis.

TRING! TRING!

Terdengar bunyi deringan handphone yang agak kuat,handphone yang berada di beg sandang diambil nya .earphone di pakai agar senang untuk dia mengangkat call.

Panggilan di angkat...

"Assalammualaikum ..Nisa pihak polis dah cari Adrian..aku harap dia cepat lah ditangkap" Jelas Liz terlebih dahulu walaupun dia tak melihat siapa yang menghubungi nya tapi dia pasti itu Nisa...sebab Nisa sahaja lah satu-satunya kawan yang dia rapat.

Bunyi siulan yang pernah dia dengar sebelum ini terdengar di dalam talian.

Adrian !

Hati Liz sudah mula tak tentu arah.Lidah nya tiba-tiba beku dan tak mampu berkata apa - apa.

"Wauu ! cepat kau buat kerja eh?"

Terdengar sahaja suara Adrian di dalam talian Liz cepat-cepat mematikan panggilan.YaAllah macam mana lelaki itu tahu nombor handphone nya ? Perasaan takut meyelubungi diri Liz pada saat ini.

Dahi nya mula berpeluh ketakutan.tangan nya mula bergetar-getar.Air liur di telan beberapa kali.

Nombor telefon polis ditekan nya laju untuk melaporkan tentang hal ini.Tangannya masih bergetar akibat ketakutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience