36

Romance Completed 177269

MALIK berusaha untuk bersandar di kepala katil.Dilihatnya Liz yang terlena di sebelahnya.Tiba-tiba bibirnya tersenyum melihat perempuan itu.Tak sangka Liz sanggup jaga dia dari malam sampai pagi.

Tangan kanan nya berusaha untuk membangun kan perempuan itu.lengan Liz di goyang nya beberapa kali.

"Awak?"

Liz yang baru tersedar dengan panggilan itu sudah terpinga-pinga.Mata nya digosok terlebih dahulu agar penglihatan nya kian terang.

"Eh..awak dah bangun ke?"

Malik hanya menganggukkan kepala dengan perlahan.

Liz memberikan senyuman kepada Malik lalu anak matanya beralih ke arah atas meja .Air mineral di tuangkan di gelas kaca dan di berikan pada Malik agar lelaki itu ada tenaga sedikit.

Kemudian, Handphone yang berada di poket seluar nya diambil untuk mengetahui dimana Nisa sekarang ini.Sudah 1 jam dia tunggu kawan nya itu tapi langsung tak muncul-muncul.Entah apa lah yang jadi?

Nombor telefon Nisa di tekan laju.terus sahaja dia menghubungi kawannya itu.

Panggilan di angkat...

"Assalammualaikum..nisa hang kat mana ni dari tadi aku duk tunggu hang?"

"on the way ni..sat lagi aku sampai lah.."

Hembusan nafas lega di keluarkan oleh liz.lega hati bila Nisa beritahu yang dia mahu sampai.

"Ah-ialah..hati-hati nah.."

Panggilan dimatikan dengan serentak.

Liz kembali melihat wajah Malik.Gelas kaca yang masih berada di tangan Malik di ambil nya lalu di letakkan kembali di atas meja.

"awak Call siapa tadi?" Soal Malik mahu tahu siapa yang di telefon oleh Liz tadi.

"Nisa" jawab Liz sepatah.

Malik sudah menangguk.Tiba-tiba dia terdiam .Handphone yang berada di tangan Liz diperhatikannya lama.Hembusan nafas dihembuskan nya perlahan.

"Liz...tolong call polis" pinta Malik .

Liz sudah mengerut kan dahi .Dia tak faham apa yang dimaksudkan oleh Malik.kenapa tiba-tiba Malik meminta nya untuk menelefon polis sedangkan keadaan lelaki itu pun belum sembuh sepenuhnya?

Dia tak mahu Malik dipenjara dalam keadaan yang belum stabil seperti ini.

"Tapi awak kan belum sembuh lagi?"

Malik melihat wajah Liz.

"saya dah sembuh.awak jangan risau eh..saya tak nak Nisa ,awak dan Zaf diapa-apa kan..saya tahu ad tu macam mana orang nya..dia tu bahaya."

"Tapi Malik.." Liz masih ada rasa risau dengan keadaan malik dia tak mahu lelaki itu dipenjara kan..Entah kenapa perasaan itu tiba-tiba wujud di hatinya.

Tiba-tiba air mata mengalir dipipi.

Malik mengerutkan dahi.

"Liz..awak ? awak nangis ke? "Tanya malik.dia tak pernah di perlakukan seperti ini sebelum ini oleh sesiapa pun .baru kali ini ada seorang perempuan sanggup mengalir kan air mata semata-mata tak mahu lihat dia sakit .

Dia tak sangka Liz seorang perempuan yang baik seperti ini walaupun dia pernah menculik perempuan itu tapi Liz masih baik dengan nya.

"Tak lah..mana ada saya nangis.."

Liz cepat-cepat melap alir matanya.

"Liz..terima kasih sebab jaga saya." Kata Malik ikhlas .senyuman lebar diberikan pada Liz.liz hanya mampu membalas senyuman itu.Pergelangan tangan Malik di pegangnya penuh kasih.

"Sama-sama.." balas Nisa .tangan Malik dilepaskannya.Dia terus melangkah keluar mahu menenangkan diri sendiri terlebih dahulu dia tak mahu terlihat sedih dihadapan Malik.

SEBAIK sahaja keluar,Liz terus mengeluarkan handphone nya dia mahu menunaikan apa yang Malik suruh tadi.Nombor 999 di dail pantas lalu memberitahu semua apa yang telah berlaku.

Handphone di letak kembali di beg sandang nya .punggung dilabuhkan di kerusi panjang luar.Dia betul-betul mahu bertemu dengan Nisa mahu menenangkan hatinya yang dalam duka.Hanya nisa sahaja yang mampu menenangkan hatinya!

****

SAMPAI SAHAJA di hospital.kereta diparking nya ditempat yang sudah disediakan.kaki nya mencapai lantai hospital dengan pantas dia melangkah masuk.Namun,tiba-tiba tangannya ditarik oleh seseorang.

Kepala nya automatik melihat kelibat orang yang memberhetikan langkah kakinya sebentar tadi.

Bila sahaja dia melihat wajah lelaki itu.Anak mata nya membulat perasaan takutnya menjelma didalam hati namun cuba untuk dikuatkan hati.Tangan yang di pegang tadi di tarik nya semula dengan sepenuh tenaga nya.

"Kenal aku?"

Nisa memerhatikan tajam wajah lelaki itu.Kakinya perlahan mengundur ke belakang.

"Nisa jangan takut...." Kata perlahan adrian.sejak Nisa keluar dari rumah tadi dia sudah mengikuti perempuan itu.

Air liur ditelan kelat oleh Nisa.Tanpa berfikir panjang Nisa terus berlari laju meninggalkan adrian.dia takut melihat wajah lelaki itu!

Adrian yang masih berada di situ sudah mengejar Nisa dengan pantas dia mengejar perempuan itu tanpa henti.

Nisa berlari sepenuh tenaga terlihat lif yang masih belum terbuka.dia terus sahaja menaiki anak tangga untuk sampai ke lantai atas dia tak mahu jatuh di dalam tangan lelaki itu.Sempat matanya melihat kebelakang .terlihat Adrian Masih mengejarnya.

Hatinya tidak henti meminta bantuan dari Allah SWT Agar dia diselamatkan daripada menjadi mangsa lelaki itu.Dia takut!

Kaki nya semakin lemah namun dia terpaksa mengumpul seluruh tenaga nya untuk terus lari dari adrian.Nafas nya sudah tercungap-cungap!

Adrian semakin dekat dengannya.Langkah kaki Nisa dipercepat lagi sehinggalah dia sudah sampai ke lantai atas.

Terlihat sahaja banyak orang di kawasan itu .Adrian sudah melihat sosok Nisa tajam.Buku lima nya di gumpalnya.Bibirnya mula tersenyum sengit.

"Selagi aku masih ada dalam dunia ni hidup kau takkan tenang.." ucap Adrian yang berbahang dendam.

Tudung jaket yang berada di belakang di pakainya lalu dia terus melangkah pergi .tak mahu ada sesiapa yang mengetahui kehadirannya disitu .

Nafas tercungap-cungap.Mata nya melihat kearah belakang .Sudah tiada bayang Adrian! langkah kaki diperlahan kan nya sedikit.

Nafas nya pantas turun naik.mask yang dipakainya dibuka sebentar untuk mencari nafas semula.

Beg sandang di kemaskan sedikit .peluh di dahinya di lapnya perlahan.Penglihatan nya terus di ubah ke depan mahu mencari sosok liz.dia mesti beritahu perempuan itu tentang hal ini.Mask yang dibuka tadi dikenakan semula..tak mahu perempuan itu curiga tentang bengkak di pipinya nanti..

Terlihat Liz duduk di kerusi panjang .Nisa terus melangkah laju ke arah Liz.

"Jannah" Panggil Nisa menyedarkan Liz dari lamunan nya.Nafas masih cuba untuk dikawal.

tersedar dengan panggilan itu. Liz terus memeluk tubuh kecil Nisa dengan erat.Air mata bercucuran jatuh di bahu perempuan itu.Nisa yang masih tak tahu apa-apa hanya menenangkan kawannya itu,belakang badan Liz di gosok-gosok nya perlahan.

Pelukan dilepas oleh Nisa perlahan.

"awat ni?" Tanya Nisa .kedua bahu Liz dipegang nya lembut .

Liz melihat wajah Nisa .air mata tak henti mengalir di pipi .

"Aku tak sanggup tengok Malik kena tangkap...Aku sayang kan dia"Luah Liz .Entah kenapa sejak dia rapat dengan Malik perasaan sayang itu timbul dihati perempuan itu .

Nisa sudah menghembuskan nafas perlahan.

"Jannah ..ini semua untuk kebaikan kita.."

"Tapi aku sayang kan dia Nisa..aku tak nak tengok dia dalam sakit lagu tu masuk penjara.aku nak jaga dia" Ungkap Liz dengan ditemani Esakkan tangis yang semakin kuat.

Nisa memeluk tubuh Liz dengan erat.kesian dengan kawannya itu.kalau macam ni lah keadaan Liz ,tak mungkin dia akan memberitahu tentang hal sebentar tadi .tak mungkin dia mahu menambah kan rasa risau di dalam hati kawannya itu.

Biarlah dia sendiri yang selesai kan masalah ini.

Hembusan nafas kecil dilempar keluar.

"Dah hang tenang okay..semua akan baik-baik ja.." kata Nisa lagi .

Liz melepaskan pelukan.Kepala di angguk kan nya perlahan.Dia kembali duduk di kerusi panjang .Nisa turut melabuhkan punggung di sebelah Liz.

Tiba-tiba anak mata Liz memerhatikan wajah Nisa yang dipenuhi peluh.

"Hang okay kah ?"

Terdengar soalan itu,Nisa terdiam sesaat namun dia terus mengangguk tanda yang dia dalam keadaan yang baik walaupun dalam akikat nya banyak masalah yang dia hadapi.

***

BEBERAPA JAM kemudian 4 orang anggota polis berseragam hitam terus mendekati mereka berdua.Nisa dan liz cepat sahaja berdiri dan menunjukkan wad Malik.

Dua orang anggota polis disuruh menunggu di luar wad manakala dua orang lagi masuk kedalam wad.

Pihak hospital di panggil oleh pegawai polis itu untuk meminta kebenaran dari hospital untuk mengambil Malik agar boleh di soal siasat.

Gari di poket di ambil lalu kedua tangan Malik di gari ketat dan dibawa perlahan ke balai polis.Nisa dan Liz hanya mampu melihat apa yang terjadi.Air mata Liz mengalir dipipi bila melihat tangan Malik yang sudah di gari dan dibawa ke lantai bawah.

"Sabar..." Ucap Nisa cuba menenangkan kawan nya seorang itu.

Seorang anggota polis wanita berpatah balik ke arah mereka.Senyuman diberi terlebih dahulu .

"Cik Eliza boleh ikut saya ke balai untuk membicara kan kes ini ?"

Liz mengangguk dan mengikuti sahaja langkah kaki polis itu dari belakang.Nisa yang masih di situ.Tanpa membuang masa terus mengambil kunci kereta nya kembali untuk balik ke rumah semula.Lagipun tekaknya pun mula terasa loya.

Badan pun semakin lemah akibat kejadian tadi.Dia terlebih dahulu melihat disekiling kawasan hospital sebelum masuk ke dalam lif .takut-takut ada Adrian di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience