21

Romance Completed 177269

SENYUMAN dilayangkan untuk Nisa yang sekarang ini juga melihat nya.Perasaan berdebar-debar di hati semakin bergelonjak hebat namun disembunyikan dengan senyuman yang dilukis di bibir mereka berdua.

Handphone Samsung S3 milik Nisa diberikan kembali ke arah perempuan itu.Kemudian mereka duduk serentak di atas bangku yang tersedia di halaman rumah Nisa.

Nisa sudah melihat wajah Zafriel ingin tahu apa yang di bicarakan oleh Zafriel bersama Puan Badriah.Mama Zafriel.

"Jadi ?" Soal Nisa dengan perasaan yang masih berdebar.

Zafriel melihat kembali wajah perempuan itu.

"Okay je ..kata mama dia nak pergi sini pagi nanti mungkin malam baru sampai Kut..." jawab zafriel .

"Dengan Papa tuan sekali?"

"Yup!" jawab zafriel lagi sambil melayangkan senyuman lebar untuk Nisa.

Hembusan nafas kecil di lontarkan oleh Nisa perasaan gementar nya masih terasa pada ketika ini.Aduh! apa lah akan jadi esok?

Nak ke papa dengan mama Zafriel terima dia sebagai menantu? Sudahpun dia hanya PA di syarikat lelaki itu ditambah pula kehidupan keluarganya tidak lah dari kalangan orang kaya seperti keluaega zafriel hanya orang kampung yang hidup sederhana sahaja.Kalau mahu dibandingkan dengan kehidupan lelaki itu bagai langit dengan bumi.Jauh beza..

Terlihat sahaja wajah Nisa seperti ada sesuatu yang perempuan itu fikirkan.Zafriel terus mengerutkan kening .pelik?

"Kenapa diam?" Soal Zafriel sedikit pelik dengan sikap perempuan itu pada saat ini.Biasanya mulut perempuan itu yang heboh nak mampus..

"Erm?" Nisa yang terjaga dari lamunan nya tadi sudah melihat wajah Zafriel kembali .Tudungnya yang di tiup angin di usai nya sedikit .

"Tak da apa.." Kata Nisa lagi sambil mengelingkan kepalanya menyakinkan Zafriel yang tidak ada apa-apa yang dia fikirkan sekarang ini walaupun pada hakikatnya ada.

"Betul? ke you fikir pasal mama dengan papa I ..takut Dorang tak restu kita?" Teka Zafriel .

Hembusan nafas perlahan dikeluarkan oleh Nisa .Mata Zafriel dilihatnya sekilas lalu kepala di tundukkannya di bawah tanah.Kepala di Anggukkan nya dengan perlahan.

Melihat sahaja reaksi Nisa..Zafriel tersenyum nipis.

"Jangan risau..Mama dengan papa tak macam tu,Apa yang baik buat I baik juga buat Dorang..InsyaAllah Dorang akan terima you..kita doa baik-baik eh"Ucap Zafriel cuba menenangkan hati Nisa.

Nisa masih lagi menunduk layu .Belum merasakan ketenangan hatinya .Dia takut kalau-kalau mama dengan papa Zafriel memisahkan cintanya pada Zafriel.Dia takut kalau dia tidak boleh memiliki lelaki itu.

Zafriel menghembuskan nafas perlahan.Dilihatnya wajah Nisa dengan senyuman di bibir nya.

"Nisa.." Panggil perlahan Zafriel.

terus sahaja Nisa memandang wajah lelaki itu.Kening di naikkan nya ke atas.

"Boleh tak kalau you tak payah panggil tuan lagi dah.." Pinta Zafriel sambil senyuman tak henti di bibir.

"Ah? awat pula? tak da masalah pun Kan Kalau saya panggil tuan..kah tuan nak saya panggil tuan.." Balas nisa senyuman penuh makna terukir di bibir .Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Zafriel.Ingat dia tak tahu ke?! haha.

'Eleh..nak aku panggil dengan pangilan manja-manja lah tu..Tapi nak panggil apa ? abang? babe? kah honey?..eh yang tu clishe sangat ..takkan Abi?' Bisik hati Nisa.Ketawa kecil tiba-tiba terlontar dari mulutnya.Tak sedar pula dia Zafriel asyik memerhatikan dia sahaja dari tadi.

"Nisa..Nisa!" Panggil Zafriel melarikan lamunan Nisa.Kepala digelingkan nya beberapa kali melihat sikap Nisa itu.Entah kenapa perempuan itu asyik termenung sahaja hari ini.

"Ah? Tuan nak saya panggil babe kah?Boleh ja..Hahahhahaa" Kata Nisa separuh sedar.Ketawa kuat dari Nisa menguasai halaman rumah pada ketika ini.

Air liur ditelan pahit oleh Zafriel .Baru kali ini dia melihat Nisa ketawa seteruk itu.Hanya senyuman datar yang mampu dia berikan untuk perempuan itu.

HeMMMM!

Deheman Nisa menyedarkan dirinya sendiri.Alamak.. tak boleh control ketawa lah pulak! Dahi diketuk nya agak kuat.

'Nisa!!!! buat malu lah hang ni!!!' Kata hati perempuan itu.Malu betul dia bila melihat reaksi dari Zafriel sejanggal itu.

Bibir bawah di gigit oleh Nisa mengcover malunya akibat perbuatan nya tadi.Anak mata tidak lagi melihat wajah lelaki itu .Malu!

Zafriel melihat Nisa agak lama.Dia mendekati Nisa sedikit lalu menundukkan sedikit kepalanya di telingga perempuan itu.

"Panggil abang ..." Bisik Zafriel kepada Nisa sebelum berdiri meninggal kan perempuan itu .

Mata perempuan itu sudah membulat.Muka mula panas dan memerah.Kalau boleh jerit dia mahu jerit juga sekarang ini!

'Mr.dingin dah jadi Mr.hot kah?'Soal Nisa dalam hati.Aduh..Mahu terkeluar jantung dibuatnya..Entah kenapa panggilan abang yang keluar dari mulut zafriel tadi betul-betul membuatkan dia berdebar.

****

KEESOKAN HARINYA (5:46 PETANG)

DARI jam 5 setengah pagi tadi. mereka menunggu kedatangan mama dan papa Zafriel akhirnya datang juga ke rumah Nisa.

Salam daripada Nisa di sambut ikhlas oleh Puan badriah.Pipi perempuan itu di usap nya perlahan.Terlihat sinar keikhlasan dari mata Nisa untuk anaknya zafriel.Senyuman lebar diberikan oleh puan Badriah begitu juga dengan Tuan Kamil.

Tubuh Nisa terus dipeluk nya mesra.Wajah Nisa dilihat nya kembali.

"Tak silap Zaf pilih kamu jadi isteri.." Ucap puan Badriah.Senyuman manis tak lekang di bibir.

Nisa hanya membalas senyuman itu.

Ha'Hem!

Deheman dari Tuan Kamil menyedarkan isterinya daripada terleka dengan kelibat Nisa.Banyak hal lagi yang perlu di bincangkan .

"Dah ..mari kita masuk .." Kata tuan Kamil .Bahu Zafriel di tepuk nya perlahan.

Zafriel sudah tersenyum dan melangkah masuk ke dalam rumah dan mereka juga mengikuti langkah kaki dari Zafriel.

"Asalamualaikum.." Ucap Tuan Kamil .

Pak Samad dan mak Leha sudah terjenguk-jenguk ke luar pintu .

Mak Leha melihat wajah Pak Samad.

"Dah sampai agak nya depa tu?" Kata mak Leha.Meneka.

"Rasanya lagu tu lah.."Kata pak Samad yang sudah berdiri lalu melangkah pergi ke pintu utama.

Bila sahaja melihat dua sepasang suami isteri yang agak-agak nya berusia 50 atau 40 lebih ke atas terus sahaja dia melangkah laju.

"Waalaikumussalam dah sampai kah..masuk-masuk.." Kata Pak Samad ramah dan mesra untuk mempelawa suami isteri itu masuk ke dalam rumah.

Tanpa ragu-ragu mereka semua terus masuk kedalam rumah.

Punggung dilabuh kan perlahan di atas kerusi kayu .

Susana tiba-tiba menjadi tegang dan agak sunyi.. hanya bunyi kipas angin yang berada di atas siling sahaja memenuhi ruang tamu itu pada saat ini.

"Macam ni ..yang eloknya kita percepatkan sahaja majlis perkahwinan mereka.." Kata Tuan Kamil memulakan kata .

Anggukan kepala tanda setuju diberikan oleh pak Samad .dia bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Tuan Kamil tadi.
"Ya saya setuju..lagipun tak baik dilambat kan soal nikah.." Kata Pak Samad lagi.

"Kalau macam tu kira okay lah kan?" sampuk puan Badriah.

Anggukkan kepala diberikan oleh pak Samad .

Nisa yang hanya diam sahaja di kerusi itu tiba-tiba berdiri untuk meminta izin pergi dari situ dan terus melangkah ke dalam dapur mahu menolong emak nya menyiap kan makan malam untuk mereka malam ini.

Perbincangan di mulakan semula.

"Ma hm..Zaf tak nak sanding ..Zaf nak nikah je.." Kata zafriel .

Kening dikerutkan oleh puan Badriah.Kenapa pula anaknya seorang itu tak mahu bersanding sedangkan mereka mampu lagi pula kawin itu hanya sekali takkan mahu buat ala kadar sahaja? Sayang lah kalau begitu..

"Kenapa pula Zaf tak nak sanding?" Soal puan Badriah.

Zafriel menghembuskan nafas perlahan .

Wajah mama dan papa nya dilihat nya bersilih ganti.Sebenarnya bukan dia tak mahu bersanding..Siapa sahaja yang tidak mengingin kan perkahwinan yang megah dan mewah .Semua orang mahu buat yang terbaik untuk majlis perkahwinan begitu juga dengan dia tapi....keselamatan Nisa lagi penting dari semua itu.

lelaki itu tahu Adrian masih menunggu masa yang tepat untuk membalas dendam dengan Nisa.Sebab itu dia tahu kalau dia buat majlis itu secara besar-besaran nanti.. Dia pasti Adrian akan merosakkan semua nya.Lebih baik di buat sederhana sahaja tanpa majlis bersanding.

"Lagi satu Zaf nak nikah dekat kampung je .. boleh kan ma..pa" Pinta Zafriel lagi.

"Kalau yang tu papa pun setuju sebab ialah kan kalau nikah dekat sini senang sikit..tapi Zaf.. yang pasal sanding tu papa rasa elok lah kamu buat kat kuala lumpur nanti..kamu tau kan saudara papa dengan mama ni banyak ..nanti apa pula kata dorang.." Ucap tuan kamil sedikit kurang setuju dengan cadangan Zafriel untuk dia membuat majlis persandingan untuk perkahwinan mereka.

"Tak nak lah pa..Nanti Kita bagitau je Dorang.." Tegas Zafriel .tak mahu mengubah pendirian nya.

Tuan Kamil menghembuskan nafas perlahan di lihat nya wajah isterinya sekilas.Puan Badriah pun turut menghembuskan keluhan panjang.

"Tak pe apa yang terbaik untuk kamu mama dengan papa ikut kan sahaja..tapi kamu kena ingat bagitau semua orang tau..nanti timbul fitnah..bahaya.." pesan Puan Badriah untuk Zafriel.

"Okay ma..jangan risau Zaf akan bagitau semua orang tentang Nisa .." Ucap Zafriel .

Pak Samad yang dari tadi hanya diam mendengar anak beranak itu berbicara.Mula bersuara semula.

"erm..jadi bila kita nak langsung kan perkahwinan depa ?" Soal pak Samad.

Pandangan mata mereka bertiga automatik menoleh kearah pak Samad.

"3 hari lagi.." Kata puan Badriah.yakin.

"Ha'ah 3 hari lagi.." tuan Kamil bersetuju dengan cadangan isterinya itu.

"3 hari..." Ulang perlahan dari Zafriel senyuman terukir dibibir. akhirnya dia boleh juga menjaga Nisa dan selalu disamping perempuan itu tak lah dia terlalu risau dengan keadaan perempuan itu lagi.

"Ye 3 hari!" kata zafriel penuh semangat.

"Ah! 3 hari!" Suara itu tiba-tiba sahaja muncul di ruang tamu itu.Zafriel terus menoleh ke arah sang pemilik suara.

Nisa yang sudah mengangkat dulang berisi gelas dan jag di atas nya di letakkan perlahan di atas meja.gelas diberikan kepada semua orang lalu di tuangkan teh susu di dalam gelas tersebut.

Nisa kembali melihat wajah Zafriel.Masih ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan 3 hari?

Nisa mengangkat sedikit kepala .kening dinaikkan.

"kita nikah 3 hari lagi.." Kata zafriel memberikan senyuman manis untuk Nisa.

"Owhh 3 hari lagi..."Kata Nisa yang belum menyedari nya ..bila tersedar dengan kata-kata nya tadi.mata terus membulat."AH! 3 HARI?!" Jerit nisa tak pedulikan tentang kehadiran mama dan papa Zafriel yang berada disitu.

"kenapa ?" Kata Zafriel.

"Kenapa tuan kata? tuan baru ja abaq kat mama dengan papa tuan mai sini bincang..lepaih tu tiba-tiba pula dah 3 hari lagi nak nikah??..." ucap Nisa bengang betul lah dia kali ini.Bukan tak nak kawin secepat itu dengan Zafriel tapi sempat kah Dorang mahu siap kan semuanya? kalau 5 hari atau 6 hari lagi sempat lah juga buat persiapan awal..ini 3 hari?

"sempat kah? kita nak siap kan semuanya tuan..majlis bersanding lagi ..nikah lagi.." kata Nisa yang belum tahu apa-apa tentang perbincangan mereka semua tadi.

" Nisa kita tak ada majlis sanding..kita nikah je itu kan yang paling wajib.."Ucap zafriel .

Nisa mengerutkan dahi.

Betul juga apa yang lelaki itu katakan.biarlah tak ada majlis sanding yang penting nikah .

Hembusan nafas perlahan dikeluarkan oleh Nisa.kepala di angguk nya tanda setuju.

"yalah..Nisa setuju.."Kata Nisa .senyuman dibibir terlukis Automatik.Pipi sudah merona merah.Malu!

"sorry tak bagitau you awal-awal" Kata zafriel berasa bersalah.Ini semua untuk kebaikan perempuan itu juga.

Nisa memberikan senyuman kepada Zafriel.

"saya tak kisah pun tuan.."

"Aip..bukan tuan..abang.."ucap Zafriel mengingatkan perempuan itu .

Bola mata diputarkan oleh nisa ke atas.Menyampah!

Pak Samad ,Tuan Kamil dan puan Badriah hanya tertawa kecil melihat gelagat anak-anak mereka dihadapan mereka bertiga.

"Jangan rapat ..belum nikah!" Pesan mak Leha dari arah dapur bila terdengar suara ketawa mereka semua dari ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience