11

Romance Completed 177269

***

AIR MATA mengalir secara tiba-tiba .Parut di lengan nya di lihat lama.Jika parut dilengan nya pun belum hilang ini kan pula Ingatan nya pada peristiwa hari itu.Tangan kanan menyisip rambut depannya ke belakang telingga dilihat lagi bekas jahitan di atas kepalanya.

Air mata mengalir lagi.

___

8 TAHUN LALU

HUJAN lebat menghalang pandangannya dari melihat jalan raya yang agak gelap itu .Tangan nya mengigil kesejukkan .tudung yang berada di atas kepala di pegang ketat tak mahu tudung nya tergelonsor kedepan akibat air hujan dari langit .

"Lagu mana aku nak balik ni ?" Bisik Nisa untuk dirinya sendiri .Dilihatnya kekiri kekanan langsung tiada kereta yang lalu .Hati tiba-tiba mula gundah bila melihat awan yang masih menurunkan air di bumi.

Kaki melangkah lagi untuk balik ke rumahnya.Kalau dia tahu akan hujan macam ni baik dia ikut cakap Mak nya tadi supaya tak keluar pada waktu malam begini.Tapi buat macam mana dia terpaksa juga pergi ke rumah Jannah untuk menyiapkan kerja kursus nya.

"Alamak lagu mana ni..tak berenti-renti lagi hujan ni..YaAllah kau lindungi lah hamba mu" Doa Nisa yang masih dalam ketakutan namun tetap menyambung langkah kakinya untuk pulang ke rumah.

Terdengar bunyi enjin kereta yang semakin mendekatinya namun langsung dia tak pedulikan .Dia takut kalau-kalau ada sesiapa yang akan berbuat jahat padanya .Langkahan kaki mula bertukar pantas.

"Nisa!" Laung seseorang dari arah belakang.

Langkah kaki terhenti bila mendengar namanya disebut oleh orang itu.Terdengar suara itu langsung tak asing di telingga nya.Kepala di toleh nya kebelakang.

"Abang Ad?" Teka nisa bila melihat wajah lelaki itu.

"Nak ikut kereta abang tak ?" Pelawa Adrian .Kesian pula dia lihat perempuan itu kesejukkan akibat hujan lebat.

Cepat-cepat Nisa mengeling tak mahu mencari masalah dan fitnah mulut orang.Kalau orang kampung nampak dia dan Adrian bersama didalam kereta tanpa orang lain mesti akan menimbulkan syakwasangka orang kampung disitu .Jadi lebih baik dia mencegah awal.

"Tak lah Kut bang..saya boleh jalan sendiri .." Kata Nisa berusaha menolak pelawaan Adrian.

"jomlah Nisa.." pujuk Adrian lagi.

Nisa sudah menghembuskan nafas perlahan.kepala digelingnya lagi tapi kali ini lebih perlahan.Tak tahu samada dia patut ikut adrian untuk balik ke rumah atau pun dia redah sahaja hujan lebat pada saat ini.

Kalau tak silap Adrian dan dia baru sahaja kenal 2 bulan lalu .lagipun lelaki itu baru pindah dari Kuala Lumpur ke sini jadi bahaya kalau dia ikut lelaki itu untuk balik ke rumah.Syaitan itu sentiasa ada untuk menyesatkan hamba Allah SWT.

"Tak payah lah bang ." Ucap nisa lagi meneruskan jalannya.

Adrian yang sudah mula geram dengan sikap keras kepala Nisa .Sudah keluar dari kereta Bentley berwarna putih ,Kaki mencapai tanah .Dengan cepat dia berlari ke arah Nisa dan memegang lengan perempuan itu.

Mata perempuan itu sudah membulat bila melihat Adrian menekan lengan nya sekuat itu.

"Aku cakap ikut aku ! IKUT LAH!"Tengking Adrian kearah telingga Nisa.

Nisa yang masih dalam genggaman Adrian sudah terdiam beku.Lengannya yang dipegang oleh Adrian di tarik-tarik untuk melepaskan dirinya.

Terasa lengan nya bagai di cengkam serigala sahaja pada saat ini.Sakit sangat YaAllah !

"Hang lepas kan aku! LEPAS LAH ! " Teriak Nisa .Berusaha melepaskan diri dari lelaki Iblis itu.

"Kalau aku dah dapat apa yang aku dapat aku tak kan lepas kan Nisa! Semakin aku tengok kau semakin aku tak tahan.."Ucap Adrian sudah membelai lembut pipi perempuan itu namun cepat Nisa melarikan wajah nya ketepi.

PUI!

Ludah Nisa ke arah wajah Adrian tanpa rasa takut sama sekali.Kaki Adrian di pijak nya kuat.Lalu cepat sahaja dia mula berlari laju .

Adrian yang masih terkejut dengan tindakan Nisa .mengerang kuat namun tidak ada masa untuk memikirkan dirinya malam ini dia harus mendapatkan apa yang dia mahu.

"NISA KAU TAK BOLEH LARI DARI AKU!" Teriak Adrian masih mengejar perempuan itu.

Air mata ketakutan mengalir ,Didalam hatinya tak habis-habis berdoa kepada Allah SWT agar dia diselamatkan dari lelaki Iblis itu.Perut serasa sakit yang mencucuk-cucuk akibat dari kesejukkan hujan yang menyebabkan dia susah untuk berlari namun di paksa lagi.

PURM!

Kaki nya tersadung batu besar yang berada di jalan raya.Darah tiba-tiba mengalir dilengan nya akibat terkena kaca yang berada di atas jalan raya itu.Tak tahu dari mana datang nya kaca sebesar itu.

Darah mengalir laju ditemani air mata dari anak matanya yang dari tadi keluar .

Kaki nya tak mampu berdiri walaupun dia sudah sedaya upaya memaksa diri namun tetap tidak boleh.Sakit!

"YaAllah ..aku takut .." Esak Nisa .

Tap! Tap! Tap! Tap!

Bunyi tapak kasut semakin dekat kepadanya .dia tahu itu Adrian.Dia tahu itu lelaki iblis itu!

Sepuluh jari di ala kan kearah lelaki itu memohon agar dia tak di apa-apa kan.air mata terus mengalir menemani rasa takut nya sekarang ini.

"Tolong lah ..Jangan apa-apa kan aku..tolong lah...."Pinta Nisa .

'Makk...Abah..tolong Nisa..' Teriak hati perempuan berumur 17 tahun itu meminta pertolongan yang tidak akan muncul.

"Kau nak pergi mana!"Ucap Adrian menarik tudung perempuan itu.pipi Nisa di tekan nya kuat sehingga terlihat merah pipi perempuan itu.

"Bodoh lah aku kalau aku tak makan ikan depan mata.."Ucap Adrian menarik lengan Nisa yang sudah teruk terkena Kaca tadi.terlihat isi dari lengan Nisa terkeluar .

Namun tidak dipedulikan oleh Adrian tetap juga lelaki itu menarik lengan perempuan dihadapannya itu untuk dibawa masuk kedalam keretanya.

Nisa tak berhenti-henti minta untuk dilepaskan dan berusaha sedaya upaya menarik lengannya tapi tak terdaya kerana tubuh badan terasa lemah dan lelah.

Pelukan Adrian ditambah ketat bila Nisa tak berhenti-henti cuba untuk lari dari pelukan nya.Mata Tajam melihat wajah Nisa lalu satu ciuman mendarat di pipi perempuan itu .Dia dah tak boleh tahan lagi bila melihat kecantikkan perempuan seperti Nisa.Tudung Nisa di buka nya
kasar.

"Allah Hu Akbar! LEPASKAN AKU IBLIS! " Nisa melarikan wajahnya ketepi dengan sedaya upaya.rambut nya yang selama ini dijaga dan ditutup elok dengan tudung yang sempurna kini senang-senang sahaja dinikmati oleh lelaki iblis itu.Rambutnya di usap perlahan oleh Adrian.

Dengan pantas tubuh Nisa dibawa masuk ke dalam kereta.

pintu kereta ditutup ketat, kepala perempuan itu di hentak kuat agar tidak dapat bereaksi apa-apa.

Nisa mengerang kesakitan .Dunia seakan semakin gelap namun tetap ditahan agar masih sedarkan diri .

Adrian mengambil kesempatan itu untuk masuk kedalam kereta .Enjin kereta di panaskan ,Laju sahaja dia memecut laju .

Nisa masih melawan sakit dikepala nya cepat sahaja kedua tangannya memutar-mutarkan stereng kereta Adrian .Dia lebih rela mati dari menjadi mangsa nafsu lelaki iblis itu! Takkan pernah dia berikan tubuh nya kepada lelaki iblis itu! Tak akan!

"Kau buat apa ni! Tepi lah pempuan bodoh!" Teriak Adrian sambil tangan nya menolak tubuh Nisa kuat hingga kepala perempuan itu terkena cermin kereta yang berada di tepi nya .

Sekali lagi tangan nya mengusap kepala .Terasa ada cecair di tangannya dilihat nya .Darah mengalir laju.

Kereta Adrian sudah tak terkawal akibat hujan lebat ,Tangan lelaki itu masih ligat mengawal keretanya namun seperti tidak ada harapan .Mata tiba-tiba membulat apa bila melihat Lori didepan mata.

Nisa yang sudah semakin tak mampu membuka mata hanya membiarkan takdir Allah SWT menentukan nasib nya.Mata nya akhirnya terpejam tanpa mengetahui apa yang berlaku terhadapnya selepas ini.

___

"Nisa.." Tubuh dipeluk erat oleh Mak Leha.

Mata yang terbuka sedikit melihat wajah Mak nya yang sudah berada disamping sambil mengalir kan air mata dia terus membalas pelukan Mak leha .Esakkan tangis memenuhi ruang wad itu.

"Mak...Nisa takut..." Ungkap Nisa masih terasa peristiwa pahit itu di ingatan.

Air mata Mak Leha mengalir lebih deras.Belakang badan Nisa di urut-urut menenangkan anak tunggal nya seorang itu.

"nisa sayang jangan takut nak..Mak ada.."

Kepala diangguk kan oleh Nisa Diandra pelukan dieratkan lagi .Perasan trauma nya dengan apa yang terjadi kepadanya membuatkan kehidupan nya berubah 360 darjah sejak itu tiada lagi gelak ketawa dari Nisa Diandra...Tiada lagi senyuman manis dari nya...dan tiada lagi Ceria nya seorang Nisa Diandra.

Adrian? Dia tak tahu apa jadi dengan lelaki itu mungkin sudah mati akibat kemalangan yang menimpa mereka.lelaki iblis seperti itu memang tak layak hidup dalam muka bumi ini.

***

Air mata di lap nya perlahan.Mengigati peristiwa itu membuatkan dia sakit! sangat sakit ! bukan senang dia nak jadi Nisa yang sekarang .Nisa yang ceria walaupun dalam lubuk hatinya tiada siapa tahu betapa pedihnya kehidupannya selama ini.

"YaAllah..aku takut.."Ucap Nisa.

Tok!Tok!

Terdengar bunyi pintu di ketuk agak kuat.Cepat sahaja Nisa mengelap air matanya yang mengalir dipipi lalu melangkah dan membuka pintu dengan luas.terpangpang muka Liz di muka pintu.Tak tahu apa lagi kawan nya itu mahu.

Kening di naikkan sebelah oleh Nisa.Berpura-pura seperti biasa.

"boleh dak aku nak tidoq dengan hang ..aku rindu kat hang.." Pinta Liz sambil mengelip-gelip kan mata ala-ala iklan kanak-kanak di TV.Meluat pula Nisa tengok!

Bibir tersenyum lebar.Satu-satu nya orang yang boleh buat dia happy.Sangat bersyukur kerana dia di anugerahkan kawan setia seperti Liz.Mujurlah Liz balik hari ini tidak lah dia terlalu takut .

"Betul ke hang rindu aku ni Jannah?" Soal Nisa saja mahu menyakat kawannya itu.

"Eh betui lah.." Balas Jannah sambil mengangkat satu tangan Tanda 'Sumpah' .

Nisa sudah tersenyum lebar mendengar perkataan itu dari mulut Liz.

"Hmm...so Sweet!" Ucap Nisa terharu tubuh Liz di peluk nya erat.senyuman di bibir belum lekang lagi dari tadi.

'Terima kasih Jannah!' bisik hati Nisa.

Pelukan dilepaskan cepat oleh Liz.Sesak nafas dipeluk sekuat itu oleh Nisa.

"Ehh ..dah aku ngantuk nak tidoq bukan nya nak buat adegan lesbian dengan hang..tepi-tepi" Kata Liz sambil bantal dipukul kan kearah lengan Nisa cuba masuk kedalam bilik Nisa.

"Yalah...Dah hang tidoq ja kat lantai" Gurau Nisa.

"Amboi ..hang lah tidoq atas lantai !"Balas Liz.

"bla.bla.bla..Bising betui lah hang ni Jannah.."Rungut Nisa mengambil selimutnya lalu di tutupkan di wajah nya.

Liz sudah mengambil tempat di sebelah Nisa dan tidur!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience