17

Romance Completed 177269

....

SUNYI SEPI sahaja mereka didalam kereta itu tanpa berkata apa-apa sejak balik dari hospital tadi Nisa hanya diam membisu.Hati seakan risau bila melihat perempuan itu seperti ini .Hembusan nafas perlahan dilontarkan oleh Zafriel.Wajah Nisa dilihatnya sekilas .

"Nisa..are you okay? " Soal Zafriel kelihatan tulus dia merisaukan Nisa.

Nisa tidak membalas apa-apa hanya senyuman nipis diberikan olehnya kearah Zafriel.Tak tahu kenapa dia masih memikirkan lelaki tadi .Kenapa sekejam itu lelaki itu memperlakukan dirinya ? siapa lelaki itu?

Bermacam-macam soalan yang bermain-main di minda nya.Rasa takut masih ada sedikit dihati.

Melihat sahaja senyuman itu Zafriel menghembuskan lagi nafasnya.YaAllah kuat nya perempuan itu menghadapi semua dugaan yang berlaku dalam diri nya...Sebak dihati terasa secara tiba-tiba kalau lah suatu hari nanti Nisa tahu tentang Abangnya Adrian .Apa akan jadi? Mungkin kah perempuan itu akan tinggalkan dia atas kesalahan abangnya ?

Dan kalaulah Nisa tahu dia sempat tolong Adrian sebelum dia tahu siapa yang salah..Mesti hati perempuan itu lebih hancur dari sekarang..YaAllah bagaimana dia mahu beritahu kearah Nisa tentang hal ini? Bolehkah dia menghancurkan hati perempuan itu?

Tak!

Ya! dia tak boleh beritahu tentang hal ini kepada Nisa ...dia tak mahu liat perempuan itu bersedih lagi..Biarlah takdir yang menentukan semuanya.

Nisa melihat wajah Zafriel lama.

"Tuan ..boleh dak terus pi Kedah?" pinta Nisa terus memandang kehadapan.

Kening sudah dikerutkan oleh Zafriel.Alamak! susah dia mahu ikut permintaan Nisa ialah semua pakaian nya masih di rumah macam mana dia mahu ganti baju ? Tapi bila melihat wajah Nisa tak sampai hati mahu menolak permintaan itu.

Takpelah..biarlah dia ikut sahaja apa mahu perempuan itu.Pasal baju nya itu nanti dia fikirkan.

"Pasai baju tuan..kita singgah lah dulu beli..awai masih ni..mana tau ada shopping mall yang buka kan?" Kata Nisa memberikan cadangan dia tahu Zafriel memikirkan perkara itu dari tadi.

"Ha'ah lah ..betul juga apa you cakap.." Zafriel sudah mengetuk dahi.Apa bodoh sangat dia sampai tak boleh nak fikirkan pasal hal itu.Aduh! mungkin terlalu risau tentang Nisa itulah pasal sel-sel otaknya tak boleh nak berhubung asyik fikirkan tentang Nisa sahaja.

"Kita singgah depan tu lah..rasa nya ada Kut .." Kata Zafriel sudah mencari parking untuk pergi ke kedai baju depan kereta mereka.
Kereta diparking elok .Senyuman manis diberikan untuk nisa terlebih dahulu sebelum mengajak perempuan itu keluar.

"Jom.." Ajak Zafriel.

Nisa hanya mengelingkan kepala ditunjukkan nya lengannya yang telah di baluti pembalut putih.masih terasa pedih sedikit jadi malas dia mahu keluar dalam keadaan seperti itu.

"Nisa please bahaya kat sini..I risau " kening diturun kan nya dibawah .Zafriel masih takut untuk meninggalkan perempuan itu sendirian didalam kereta.

Takut kalau-kalau Adrian ada sekeliling mereka sahaja.

"Lengan saya masih sakit lagi ..Malas nak keluaq..tak pa lah ..dak jauh pun depan tu ja kan..tuan dak payah lah risau kan saya nah" Kata Nisa meyakin kan Zafriel.Tak sangka Zafriel risaukan dia seperti itu sekali.

Hmm!

Hembusan nafas perlahan diberikan oleh Zafriel .anggukan kepala perlahan di gerakkan sebelum dia melepaskan 'seatbelt' .kaki melangkah mencapai tanah.

"Kalau ada apa-apa berlaku ..please Jerit je..okay" Pesan Zafriel kepada Nisa pintu kereta di tutup rapat sempat dia memberikan isyarat tangan kepada Nisa supaya berhati-hati .

Nisa hanya mengangguk beberapa kali.Senyuman terlukis dibibir.

Handphone yang berada didalam beg sandang di ambil nya .Mahu memberi pesanan kepada Liz yang dia akan balik kampung malam ini bersama-sama dengan Zafriel .Takut kawannya seorang itu risau nanti.

Jari dimainkan diatas papan kekunci handphonenya dengan perlahan.

(Jannah aku nak pi kampung malam ni dengan tuan Zafriel sekali.hang tak payah nak risau nah.)

Pesanan yang ditaip oleh Nisa untuk Liz .

Tidak sampai 10 saat pesanan itu sudah dibalas oleh Liz.

(Lah..Yakah ..awat lekas sangat hang nak balik kampung Nisa? kemarin hang tak abaq kat aku pun kan hang nak balik kampung..risau aku)

Nisa hanya mampu mengelingkan kepala nya membaca pesanan Liz kalau dia tahu awal Zafriel mahu balik kampung nya untuk jumpa Mak dengan abah nya lama dah dia bagitau Liz.Ini tak dia sendiri pun baru tahu tadi .

Walaupun Zafriel tidak lah terburu-buru mahu balik kampung nya tapi Tak tahu lah kejadian tadi membuatkan dia takut untuk tetap tinggal di Kuala Lumpur buat masa sekarang.

Biarlah dia tenang kan hati dahulu di kampung halamannya.

( Panjang cetanya.Nanti aku abaq kat hang ..Yang penting aku nak bagitau hang yang aku akan balik kampung malam ni.)

Tit! Tit!
Cepat sahaja Liz membalas pesannya .

(Ialah ..Hati-hati ja.)

Handphone dimasukkan kembali ke dalam beg sandang .Dilihat nya jam di kereta itu sudah hampir jam 1:30pagi..Lama betul lelaki itu membeli pakaian mengalahkan dia pula!

Huh!

Bosan betul Nisa menunggu Zafriel siap membeli belah. Terlihat Zafriel sudah berada di kaunter untuk membayar baju-baju nya.

Terbeliak biji mata perempuan itu melihat belian Zafriel sebanyak itu.Mak Aii! hampir 10 beg pakaian lelaki itu beli..Banyak betul ! Macam sebulan nak tinggal kampung padahal 3 hari sahaja pun.

"Overnya lah..alahai" Keluh Nisa melihat sikap lelaki itu.

Bibir memuncung ke depan .masih menunggu Zafriel .

Bila dia teringat pesan Zafriel tadi yang menyuruh nya dia berteriak jika ada apa-apa berlaku lelaki itu akan datang secepat mungkin.Hemm...Apa kata kalau dia cuba..Haha!

'1..2..3' Kira Nisa dalam hati.

"ARGHHHHH!!!!!!" jerit Nisa sekuatnya .

Zafriel yang mendengarkan jeritan itu sudah tergapai-gapai tangan mencapai beg pakaian nya yang sudah dibayar .Balance duit pun dia tak sempat nak ambil terus sahaja dia meminta diri dan berlari secepat nya kearah Nisa.

"Nisa you okay ke?" Soal Zafriel risau.Dilihatnya keadaan Nisa yang masih dalam keadaan baik.Lega sikit hatinya.Fuh..

Nisa tersenyum nakal.

"Saja ja.." Ucap Nisa selamba ketawa kecil melihat gelagat Zafriel yang terlalu risau dengannya.

Zafriel menenung Nisa sedalam nya.Mata disepit kannya.geram dengan sikap perempuan itu.Oh dah boleh main-main kan dia pula.

"You ni..I risau lah..jangan lah macam ni lagii.." Kata Zafriel sudah masuk kedalam kereta.Enjin kereta dipanaskan nya.

kepala digaru oleh Nisa,Dia nak bergurau sahaja takkan lah lelaki itu ambil hati tentang gurauan nya tadi.

"saya gurau ja.."Kata Nisa .

Zafriel melihat wajah Nisa .senyuman nipis diberikan untuk perempuan itu.

"Nisa gurau boleh tapi jangan lah dalam situasi macam sekarang..you baru je lepas dari kejadian tadi kan..Tolonglah I risaukan you.." ucap Zafriel sambil streng kereta di putarnya lalu bergerak ke tempat yang mereka ingin tuju.

***

"SO NAK ikut apa ni kapal terbang or bas?" Soal Zafriel kepada Nisa yang sudah menguap beberapa kali.

Nisa melihat wajah Zafriel.

"Bas lah..murah sikit .." Ucap Nisa bersahaja ialah takkan lah nak ikut kapal terbang yang mahal itu mungkin kalau bagi Zafriel tak jadi masalah tapi kalau orang yang tak berapa nak berduit macam dia memang pilih bas lah jawab nya.

Zafriel masih berfikir keras.Dia tahu kalau naik bas mesti lambat untuk datang kesana berbanding dengan kapal terbang cepat sikit.

"Tak lambat ke nanti?" Soal Zafriel tak yakin dengan pilihan Nisa.

"Buat apa nak lekas sangat ..bukan lari pun kampung saya tu..awat tuan dak sabaq kah nak jumpa bakal mentua?" Sakat Nisa dihujung kata .Ketawa kecil terlontar sedikit.

Kepala yang tak gatal digaru-garu oleh Zafriel .betul juga apa yang Nisa katakan tadi.

"Jadi kereta tuan lagu mana?" Soal Nisa lagi risau pula dia meninggalkan kereta semewah itu .

"Hmm..Jangan risau nanti i suruh kawan I dengan driver papa I pergi ambil kereta ni nanti.." Beritahu Zafriel.

Nisa sudah membulatkan bibir tanda faham.Biasalah kan orang kaya tak payah nak risau sangat pasal semua benda .sekali petik jari senang sahaja nak settle kan.

"Jadi jam berapa kita kena tunggu bas nanti?" Soal Zafriel lagi.

"dak lama pun..jam 6:50 A.m adalah tu.." Beritahu Nisa lagi.Banyak pula soalan lelaki itu kepadanya.Sudahpun dia mengantuk !

"Lama nya.." Rungut Zafriel bila dilihatnya jam di kereta masih jam 3:A.M .

"Jangan lupa singgah masjid sekejap" pesan Nisa kepada Zafriel .Zafriel mengganguk kan kepala .dia pun baru nak bagitau Nisa tadi mahu singgah di masjid sekejap untuk menunaikan perintahNYA.tapi Nisa lebih awal.

_________

5:50 AM

SELESAI sahaja solat subuh di masjid .Nisa dan Zafriel kembali ke dalam kereta.

Seatbelt dipakai terlebih dahulu sebelum menyambung perjalanan mereka ke kampung Nisa.

Dalam perjalan itu Nisa melihat wajah Zafriel lama.Perasaan pelik mula menganggu dihati .Tak tahu kenapa setiap kali bila dia melihat lelaki itu seperti ada apa-apa yang lelaki itu sembunyikan .

"Kenapa pandang i macam tu..hensem?" Sakat Zafriel bila perasan Nisa memandang nya selama itu.

"perasan" Ucap Nisa sudah berpaling kedepan.

Ketawa kecil dilontarkan oleh zafriel.

"Habis tu ? "

"nothing.." Ucap nisa .amboi speaking kau Nisa!

Wajah Nisa dilihat nya penuh serius .

"Boleh I Tanya ?" Soal Zafriel mahu tahu sesuatu tentang Nisa.

"Apa dia?"

"Ialah kan ..kita ni dah nak mendirikan rumah tangga..so I think you can't save any secret to me." Ungkap Zafriel kepada Nisa .Walau pun dia sendiri pun tak boleh buat apa yang dia maksudkan kepada Nisa.Ya ! memang tak adil bagi Nisa .tapi entahlah..

Nisa menganggukkan kepala nya.Ya ! dia setuju apa yang dikatakan oleh Zafriel tadi lagipun itu semua cerita lama tak salah kalau dia bagitahu Zafriel tentang hal ini.

"tuan nak tau pasai apa?" Tanya Nisa pura-pura dia bertanya kan soalan itu.

"kenapa I rasa you dalam ketakutan?" Soal Zafriel meskipun dia tahu apa sebabnya tapi dia mahu tahu dari hati perempuan itu sendiri.

"Mungkin tuan nampak saya ni..tak da masalah..Happy ja tiap masa.Mulut pun tak boleh nak diam kan..Tapi dalam hati saya ni ada sesuatu yang saya pendam selama ni .. bertahun-tahun tuan saya pendam.." Luah Nisa sudah menitiskan air matanya .Sebak bila mengingati tetang memori hitam itu lagi.Air mata dipipi dilap nya perlahan.

masih menguatkan diri untuk menceritakan semuanya pada Zafriel.

"Nisa kalau you tak nak cerita ..tak pa I faham..sorry" kata Zafriel risau dengan keadaan Nisa bila melihat Nisa sesakit itu.Hati seakan semakin berasa bersalah.

"tak pa Lah..kan tuan sendiri cakap saya dak boleh simpan rahsia kat tuan lagi dah..Tak pa saya kuat.." beritahu Nisa masih yakin untuk menceritakan semua nya pada Zafriel.

Zafriel menenung wajah perempuan itu penuh makna.

'Aku minta maaf Nisa..' Bisik hati Zafriel .

"Memori tu..Saya pendam ja sampailah saya rasa saya jadikan pendam tu sebagai dendam ..ya saya tau dalam Islam.. kita dak boleh nak berdendam dengan orang ..tapi saya tak boleh maafkan dia..

lelaki iblis tu hampir hancur kan hidup saya tuan..!" Sebak dihati dia dan Allah SWT sahaja yang tahu.Air mata mengalir lagi .setiap kali dia menceritakan tentang hal ini perasaan takut dan sedih kembali menguasai diri.

"sejak tu saya dah tak macam dulu lagi ..saya rasa hati saya ni penuh dengan dendam ! sampai sekarang ni saya masih tak boleh maaf kan lelaki iblis lagu tu..sampai bila-bila..

kalau saya dah benci dia ..seluruh keluarga dia pun saya benci ! " Luah Nisa sambil menghembuskan nafas kecil menahan sebak dan rasa dendam dihatinya.

Mendengar sahaja kata-kata dari Nisa tadi membuat kan Zafriel mula tak keruan.Setiap ayat yang keluar dari mulut Nisa membuat kan dia tambah merasakan Nisa akan tinggalkan dia. kalau Nisa tahu siapa Adrian sebenarnya..

"Lelaki iblis lagu tu..memang ada keluarga iblis juga..kan.."

"Kenapa you cakap macam tu?" soal Zafriel .

"Banyak sebab..kalau keluarga dia baik kenapa seorang pun tak datang minta maaaf! ..rasanya... tak da alasan untuk saya cakap keluarga dia baik ..Tak da.." Ungkap Nisa lagi meluahkan segala-galanya.

"jadi ..lelaki tu ada kat mana sekarang ?" soal Zafriel sengaja bertanya begitu.

Nisa menaik kan kedua bahu nya .

"mungkin dah kembali ke alam sana"kata Nisa sebelum melelapkan mata nya yang dari tadi terasa berat sahaja.kepala nya di lentokkan di tepi kerusi.selesa sedikit.

Zafriel menghembuskan nafas perlahan.Air mata jantannya mengalir tiba-tiba dia tahu betapa berdendam nya Nisa dengan Adrian .Betapa tabah nya perempuan itu menghadapi semua ini! dia tak salahkan Nisa untuk berdendam dengan seluruh keluarga nya..tapi dia sayangkan perempuan itu .Dia takut ..dia sangat takut kalau-kalau Nisa membenci dirinya..

'Nisa..tolong jangan tinggal kan aku..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience