8

Romance Completed 177269

NISA DIANDRA melirik ke arah meja Anis,Kerusi nya ditolakkan ke belakang lalu cepat sahaja dia melangkah mendekati meja Anis yang tak berapa jauh dari meja nya .

Wajah Anis di tatapnya penuh makna.

Anis yang sudah sedar dengan tatapan Nisa terus sahaja melepaskan pen di tangannya lalu melihat wajah Nisa .

"Ada apa ni Nisa?" Soal Anis .Hairan?

Senyum kambing diberikan pada Anis terlebih dahulu sebelum mengambil kerusi nya lalu duduk disamping Anis.

"boleh dak saya nak tanya kak Anis sikit pasai tuan Zafriel ." Soal Nisa kepada Anis secara berbisik-bisik takut kendengaran staff lain.

Bila sahaja Anis mendengar nama Zafriel disebut oleh Nisa terus sahaja dia berminat ingin tahu apa yang Nisa mahu tanyakan padanya.Dia memang sensitif sedikit kalau dengar nama Zafriel terus sahaja dia ingin ikut bergosip .Maklumlah dia kan pekerja lama jadi kalau ada apa-apa yang salah tentang Zafriel dari orang lain yang dia dengar .dia lah yang membersihkan kembali nama Zafriel.

"apa yang awak nak tanya ni Nisa ?" Soal Anis kembali.

Glup!

Air liur ditelan terlebih dahulu ,Mata melihat kekiri dan ke kanan.Memandangkan perkara yang dia ingin katakan ini rahsia hati Zafriel jadi agak takut juga dia untuk beritahu orang lain.Tapi selama mana lagi dia nak simpan rahsia itu mulutnya bukan boleh tahan sangat nak simpan rahsia orang.Memang silap besar lah orang yang mahu berahsia dengan nya .confirm bocor rahsia!

"Erm..Kak Anis tahu dak siapa sandra?" Tanya Anis betul-betul ingin tahu siapa pemilik nama Sandra itu.Tak tahu kenapa dia mahu sangat tahu siapa sandra.Mesti cantik sehingga Zafriel pun luluh dengan perempuan itu .

Sandra?

Anis mengeling-gelingkan kepalanya perlahan.Setahunya selama dia bekerja di Office itu nama Sandra langsung tiada disebut-sebut oleh sesiapa pun.

"Siapa Sandra ? kenapa awak tanya macam tu Nisa ?"

Melihat saja sekotak kek jenama Apollo di atas meja Anis terus tangan Nisa mengambil pantas satu bungkus kek Apollo dan dibuka lalu dikunyah perlahan.

"Girlfriend Tuan Zafriel" Jawab Nisa spontan dan bersahaja .Setelah merasakan kek Apollo habis di kunyah dalam mulutnya dia terus mengambil lagi Apollo itu tanpa segan silu.

Terganga luas mulut Anis mendengar Satu perkataan 'Girlfriend' dari mulut Nisa tadi .

"Biar betul awak ni setahu saya tuan Zafriel tu tak pernah bawa girlfriend ataupun bakal isteri dia pergi pejabat..?" Kata Anis mula ingin tahu lebih dalam apa yang Nisa katakan padanya sekejap tadi.

Nisa menaikkan bahu .Entah dia pun tak pasti Sandra itu siapa? tapi yang dia tahu nama itu selalu disebut-sebut oleh zafriel.

Anis menghembuskan nafas perlahan senyuman di bibir diukir lebar.Peduli lah siapa Sandra dihati Zafriel yang penting lelaki itu bahagia lagipun itu urusan privasi lelaki itu tak sepatutnya mereka ikut campur.

"Dah lah Nisa pergi buat kerja awak tu..tak baik kita cerita privasi orang lain..tambah-tambah lagi bos kita sendiri tak berkat nanti kerja-kerja yang kita buat.."Nasihat Anis untuk Nisa .Nisa yang kena setepik oleh Anis sudah tersenyum menampakkan gigi arnab nya di depan .Kepala digaru.

"Betui juga nah..tak pa Lah..biar pi lah siapa Sandra .." Kata Nisa sambil membawa kerusi hitamnya pergi kerusi nya kembali.

Kerusi ditolak kedepan .Fail hitam yang diberikan oleh Zafriel tadi diselaknya lagi.Senyuman tiba-tiba terpampang di wajahnya .

"Tak kan lah Sandra tu aku kut?" Bisik perlahan Nisa .tiba-tiba pula dia berangan-angan akan menjadi suri dihati Mr.dingin nya itu.

Telapak tangan di kebar-kebarnya beberapa kali tak patut betul dia boleh-boleh perasan sampai macam tu sekali.Mustahil Zafriel boleh jatuh cinta terhadapnya..ialah dia baru sahaja bekerja di syarikat itu tak lebih lagi dari seminggu takkan Zafriel boleh tiba-tiba cintakan dia.Tak logik!

Hmmmm..

Keluhan berat di lontarkan oleh Nisa.Siapa lah Sandra ? perempuan manalah yang boleh menguasai hati lelaki itu.Dagu di tongkatnya dengan sebelah tangan.

Ha'Hem !

Deheman Zafriel langsung tidak dipedulikan oleh Nisa yang masih dengan khayalan nya sendiri.

"Orang tua - tua dulu ada cakap tau ..Siapa yang tongkat dagu tu menyumpah mak bapak dia meninggal awal ..Bukan I cakap tau orang tua - tua dulu yang cakap." Tegur Zafriel sambil melipat lengan kemeja berwarna biru sehingga ke siku.

Tangan cepat-cepat di larikan dari dagu nya.Muka Zafriel dilihatnya sekilas lalu kembali mengambil fail hitam yang berada di hadapannya pura-pura menyelak dari satu kertas ke satu kertas.

Zafriel sudah ketawa kecil melihat gelagat Nisa .comel pula dia liat perempuan itu kalau dalam kalang - kabut seperti itu.

"Dah kenapa termenung sampai macam tu sekali ?"

Nisa mengelingkan sahaja kepala tanpa berkata apa-apa .Entah kenapa Tiba-tiba hatinya sakit bila melihat wajah lelaki itu.Takkan dia cemburu sebab hati lelaki itu sudah berpunya ? Mungkin ?

'Cakaplah Nisa Oii takkan hang nak diam ja ?' Bisik hati Nisa bertentangan dengan apa yang dia lakukan sekarang.

"Macam mana dengan projek tu ? you okay Kan ?" Soal Zafriel lagi.

Nisa mengangguk beberapa kali sebelum melihat kembali fail di tangannya.

Senyum nipis diberikan oleh Zafriel perasan dengan sikap Nisa saat ini.Tangannya di masukkan di dalam poket seluar.

"Jom ikut I " Ajak Zafriel secara tiba-tiba.

Fail diletakkan diatas meja .dilihatnya wajah Zafriel seketika sebelum menyambung kembali melihat setiap helaian fail itu ,sebenarnya tiada apa pun mahu di cek lagi dari fail itu apalah sangat tolong - tolong Zafriel sahaja .Acah sahaja yang lebih ! Nisa..Nisa..

"Nisa..jomlah ..I nak kenal kan you dengan Sandra .." Bisik Zafriel hampir ditelingga Nisa.

Keluhan kecil diberikan oleh Nisa.Baiklah kalau bab-bab nama Sandra yang keluar dari mulut lelaki itu jiwa ingin tahu nya tiba-tiba sahaja muncul dengan sendirinya.

Kerusi ditolak kebelakang ,beg sandang di sandang kan di bahu .

"jangan lupa tau ini rahsia kita.."bisik Zafriel lagi.

Pandangan dialihkan nya ketepi,Mulutnya sudah mengukirkan senyuman sengit.Eleh..dah terlambat dia dah bagitau semuanya dengan Anis pasal Sandra.

"You dengar ke tak ?"

"Dengaq tuan " Jawab Nisa selamba.

Mereka berdua berjalan serentak mahu pergi tempat yang mereka ingin tuju tak lama lagi.

***

30 MINIT BERLALU Nisa dan Zafriel sudahpun sampai di tempat yang mereka ingin tuju.Cafe siber ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur menjadi tempat mereka makan tengahari untuk hari ini.

"Wahh..cantik nya tempat ni tuan..tapi awat senyap ja..tak da yang pi kah cafe secantik ni? " Ucap Nisa sambil melihat wajah Zafriel.

Senyum sinis diberikan oleh Zafriel .Pisau di laci diambil lalu di acukan kearah Nisa.Nisa yang melihat tindakan Zafriel kepadanya sudah menelan air liur kelat.Takkan lelaki misteri yang selalu ikut dia itu Zafriel? lelaki ini kah yang mahu membunuhnya selama ini ? YaAllah tolong lah dia sekarang juga untuk lepas dari tangan lelaki itu.

Mata membulat dan bibirnya tidak mampu mengatakan apa-apa pun. terlalu terkejut dengan apa yang jadi hari ini.Tak sangka lelaki yang dia percaya selama ini adalah seorang psikopat disebalik perfect nya lelaki itu ada kekejaman yang tersimpan.

"Tuan apa yang tuan nak buat ni jangan apa-apa kan saya kalau dak saya call mak abah saya kat kampung..Saya call polis ! " Teriak Nisa dihujung kata bila pisau itu sudah semakin dekat kepadanya .Air mata sudah mula mengalir ketakutan.badan mengigil .

"TURUN!" Teriak Zafriel .

Nisa yang dalam keadaan ketakutan hanya mengikut kata-kata Zafriel .

"Tunggu biar I yang turun dulu " ucap Zafriel lagi membuka pintu kereta lalu kakinya mencapai tanah .

Nisa melihat kehulu ke hilir perasan tak sedap hati mula menguasai diri daripada dia tunggu lelaki itu mengambil nyawanya baik dia lari dari lelaki itu.

Pintu kereta dibuka baru sahaja dia mahu melangkah keluar Zafriel sudah tangkas menangkap tangan nya dan dipegang kuat tak mahu perempuan itu cuba melarikan diri darinya.Ingat senang Zafriel nak bagi Nisa lari darinya.

"You nak lari mana ?" Ucap Zafriel sudah membawa tubuh Nisa kepelukkan nya .

YaAllah kenapa ini tiba-tiba sahaja berlaku kepadanya .Kenapa dia yang mengalami semua ini kalau dia tahu ini akan terjadi dia tak kan pernah mahu mempercayai lelaki itu lagi.

"Tolonglah lepas kan saya!" Rayu Nisa menahan tangis .

"you tolong i ...I tolong you " Bisik lelaki itu.

Tubuh Nisa di heret ke dalam cafe besar itu .Mata ditutup oleh Nisa tak sanggup melihat apa yang jadi lagis selepas ini.Jalan mati berada di hadapannya .Nyawanya pula berada di tangan Zafriel.

Air mata mengalir perlahan.

"Buka mata you..!" Teriak zafriel.tubuh Nisa dilepaskan nya sedikit kasar tapi masih berhati-hati tak mahu perempuan itu jatuh tersungkur.

Mata di buka perlahan oleh Nisa walaupun hati masih takut-takut .

DAMN!

Sebaik sahaja dia membuka matanya terlihat belon berwarna merah disekiling cafe .Meja dihiasi dengan bunga mawar merah .dan terlihat juga ada seseorang yang dia kenal .Anis ? Bukannya perempuan itu berada di office ke tadi ? Apa semua ini ? Zafriel nak main-main dengannya kah sebelum mengambil nyawanya ?

"Apa ni ? " Soal Nisa masih tak tahu apa-apa .

Tiba-tiba datang seorang lelaki berkemeja putih sambil memainkan Viola di tangan nya yang berirama lagu Dia yang dinyanyikan oleh salah seorang penyanyi Indonesia.

Kening dikerutkan nya .Masih tak faham.

"apa ni tuan ? " Soal Nisa lagi.

Zafriel tersenyum manis menampakkan kedua lesung pipi nya lagi.Baiklah! senyuman itu sahaja sudah membuat kan Nisa Cair ,Hati perempuan itu sudah berombak laju.

Telapak tangan ditepuk kan oleh Zafriel beberapa kali .Anis yang mendengarkan sahaja tepukan itu dari tangan Zafriel sudah sedia menarik tali yang berada di tepinya .

1

2

3

DAMN!

Satu kejutan lagi yang diberikan oleh Zafriel kepada Nisa .Kali ini baru perempuan itu tersenyum lebar namun masih dicontrol nya perasaan senang nya itu ,Betul kah apa yang dia liat sekarang bukan mimpi kan ?

Tenda bermotif kan warna merah dengan tulisan yang bertulis ' I LOVE YOU NISA DIANDRA ..WILL YOU MARRY ME?' terlepas elok dan cantik sahaja didepan mata perempuan itu.

INI

BUKAN

MIMPI

KAN!

Nisa menutup mulut nya dengan sebelah tangan .sebelah lagi mengibar-ngibar peluh nya yang ada di dahi yang tak henti-henti keluar .nervous!

'Mimpi kah apa hang ni Nisa ?'

"Sat..sat...tuan betui-betui kah apa ni?" Soal nisa lagi .Perasaan nya Zafriel yang katakan padanya sendiri yang lelaki itu mahu jumpa dengan Sandra di cafe ini tapi satu bayang Sandra pun dia tak nampak ?

"Nisa..look..I love you.."

ARGHHH!

Mahu sahaja dia teriak sekuat-kuatnya sekarang ini jadi selama ini dia tak bertepuk sebelah tangan .Zafriel juga cintakan dia tapi macam mana pula lelaki itu boleh memiliki hati yang sama seperti nya padahal baru beberapa hari mereka bertemu dan bekerja di syarikat yang sama ini kah yang di nama kan cinta pandang pertama?

Sandra ? siapa pula ?

"Sat...tapi siapa Sandra..tuan jangan nak madukan saya dengan Sandra ..tak ingin saya .." Kata Nisa .

"Sandra tu ..my love "

Senyuman mula hilang dibibirnya.Kalau Sandra itu kekasih nya kenapa masih nak ungkapkan rasa cinta kepada dia pula.Zafriel sengaja nak mainkan perasaannya kah apa sekarang ini.

"Habis tu awat tuan cakap lagu ni kat saya kalau Sandra tu lah yang tuan cinta."

"Ya ..i cintakan Sandra .."

APA NI? betul-betul dia tak faham cinta kan orang lain tapi lamar orang lain bukan kah itu gila ?

"Tuan sudah lah jangan gurau lagu ni kat saya ..saya tak suka lah " ucap Nisa sudah mengambil langkah mahu meninggalkan cafe itu .

Melihat sahaja Nisa Sudah mengambil langkah pergi.Zafriel sudah tak tentu arah cepat sahaja dia halang perempuan itu dari keluar dari cafe itu.

"Nisa ..Sandra tu .."

Nisa memutarkan matanya 360 darjah malas nak layan drama petang TV 3 lelaki itu .

"Siapa ? abaq lah !" Ucap Nisa sudah mula emosi.

"sandra tu ..You lah "

Aduh! masa bila pula nama dia Sandra ..nama dia Nisa Diandra bukan Sandra ..sengaja ke nak bodoh-bodoh kan dia .

"Tuan nama saya bukan Sandra nama saya Nisa Diandra..." Beritahu nisa.

"yelah Nisa Diandra ...Sandra.."

"Apa ni ? nama saya Nisa Diandra ..tuan ..siapa pula Sandra ? Tuan kalau nak tipu pun agak-agak lah!" Ucap Nisa tak mahu dibodohkan lagi oleh Zafriel .

"Nisa ..tengok eh..NiSA diANDRA Kan sandra tu " Ketawa kecil terkeluar di mulut lelaki itu kelakar dengan wajah Nisa sekarang.

Hmm..

Jadi selama ni dia duk cari siapa Sandra rupanya diri dia sendiri.Tak guna betul punya Mr.dingin.buat suspin sahaja baru dia mahu buat tangisan seorang perempuan tadi .

"Jadi tuan cintakan saya kah ?" Soal Nisa malu-malu kucing.

"Agaknya lah" Jawab Zafriel masih mahu bergurau dengan Nisa.

"Tuan Zafriel cintakan saya ! Yes!Yes! Yes!" teruja Nisa sampai melompat-lompat riang perempuan itu.Inilah hari yang paling dia tunggu selama ini .jodoh idaman ada di depan mata dan melamarnya .Gembira !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience