23

Romance Completed 177269

NISA termenung panjang di atas bangku.Fikirannya masih bercelaru dan bimbang dengan kehadiran Adrian yang menelefon nya semalam.Dia takut lelaki itu akan datang ke kampung ini lagi dan berbuat apa-apa dengan dia seperti 8 tahun yang lalu.

Rasa benci yang dia pendam selama ini masih belum hilang lagi di benak fikirannya.

"Nisa?" Tiba-tiba suara itu menjelma di telingga perempuan itu terus sahaja Nisa melihat gerangan sang pemilik suara.Dilihatnya Pak Samad sudah berdiri betul-betul di belakang nya pada saat ini.

Senyuman cuba dilukis perlahan menyembunyikan rasa didalam hati.

"Nisa buat apa duk termenung kat sini ni?"Kata Pak Samad kehairanan.Nisa hanya mengelingkan kepala beberapa kali,Sekali lagi senyuman dibibir cuba dilukis.

"Bila Nisa nak beli barang-barang untuk nikah?" Tanya pak Samad sedikit risau dengan pernikahan Nisa dan Zafriel yang berlangsung tidak lama lagi.

Bahu dinaikkan oleh Nisa.

"Entahlah bah..Kejap lagi Kut.petang ni mungkin." Jawab Nisa tak yakin dengan masa untuk membeli barang-barang nikah yang dia sendiri katakan tadi.

Pak Samad menghembuskan nafas perlahan.masih berasa risau.

"Abah tak payah lah duk risau sangat.. pandai-pandai lah tuan zafriel tu urus kan..sebenaqnya Nisa pun tatau sangat pasai beli barang-barang nikah ni.." kata Nisa sambil mengukirkan senyuman nipis.Anak mata kembali melihat ke arah depan .

Terkejut pak Samad bila mendengar kata-kata Nisa tadi ,Terdengar seperti puteri tunggal nya itu tidak teruja ingin mendirikan rumah tangga dengan zafriel.Lihat dari riak wajah perempuan itu pun dia suda tahu.

Tapi kenapa? bukan kah anaknya itu sendiri yang katakan kepadanya kalau mereka sama-sama mempunyai rasa cinta bukan atas paksaan langsung.

Kepala digelingkan oleh Pak Samad .senyuman datar di bawa ke bibirnya.

"Nisa..Nisa tak boleh lagu tu.Takkan Nisa nak harap kan Zafriel sendiri beli barang nikah kamu bedua nanti." Soal pak Samad wajah Nisa dilihatnya.Kini Nisa sudah berpaling pandangan ke wajah tua abahnya itu. "hang kena lah ikut sama beli barang nikah nanti jangan lupa ajak mak hang sekali nanti apa kata orang kampung.."

Hembusan nafas perlahan dilontarkan oleh Nisa.Kepala diangguk nya perlahan.Bibir mengukirkan senyuman ikhlas sambil matanya memandang kearah langkah kaki abahnya yang hendak keluar sebentar .

Bila sahaja bayang Pak Samad sudah tak kelihatan.Nisa kembali menatap ke hadapan.Dia sendiri pun tak tahu apa yang dia lihat yang dia tahu fikiran Dan hatinya terasa tak tenang semenjak mendapat panggilan dari Adrian semalam.

Tap! Tap! Tap!

Bunyi tapak kaki menuruni anak tangga terdengar di telingga nya.Namun,tidak dipedulikan hanya dibiarkan sahaja tanpa menoleh sama sekali.Angin lembut menerpa di wajahnya.

Tudung bawal di atas kepala di betulkan sedikit.

"Hai..pagi..sayang.." Terdengar sahaja panggilan keramat itu terus sahaja Nisa melihat .Automatik mulut nya ternganga luas.

Zafriel hanya mampu menahan ketawa apabila melihat reaksi Nisa seteruk itu.
Kunci motorsikal milik Pak Samad dikeluarkan .

"Sayang?"Kata Nisa pelik dengan panggilan itu.Nak kata dia tak suka dengan panggilan 'Sayang' yang diberikan oleh Zafriel untuknya memang confirm lah dia suka 100% ! tapi itulah dia cuma terkejut .Yalah tiba-tiba sahaja lelaki itu memanggil nya dengan panggilan itu.Mahu tak shock!

"Tutup sikit mulut tu lalat nanti masuk..I tahu lah I hensem.." Kata zafriel sambil menaikkan kedua-dua keningnya ke atas beberapa kali.

Terus sahaja Nisa membuang muka ketepi bila mendengar kata-kata Zafriel tadi.Menyampah!

Zafriel duduk disebelah Nisa.

"Suka tak bila I panggil you sayang?" Soal zafriel sambil melihat wajah Nisa.

"Em?" Nisa terus sahaja menjaga jarak antara mereka berdua.Aduh! kenapa pula dia rasa panas sahaja wajah nya pada saat ini.Please jangan Blushing! Nanti kantoi pula dia malu..

'Suka lah!!!!!!!' jerit hati perempuan itu .aduh !!! panas! panas!

Hem!

Deheman Nisa sengaja dikeluarkan nya cuba menyembunyikan perasaan teruja dihatinya .Ni baru Zafriel panggil dia sayang sudah perempuan itu mengelumpur macam cacing kepanasan kalau akad nikah nanti macam manalah agaknya?.Entah-Entah pengsan!

"saya tak suka..Gelilah...jangan duk panggil lagu tu lagi.." Kata Nisa sambil memandang ketepi.Pura-pura tak suka padahal dalam hati gembira tak terkata.

Zafriel melihat wajah Nisa .Senyuman lebar penuh makna terukir dibibirnya.Tiba-tiba pula dia rasa ingin mengenakan perempuan itu.

Dia berdiri lalu pergi mendekati motorsikal mahu pergi ke bandar untuk beli barang-barang nikah.

" Sayang! sayang! oh sayang! jom pergi bandar ..! sayang mana you ni! jom lah! Sa....Yang....." Jerit Zafriel sengaja mahu mengenakan Nisa .gurau-gurau manja lah katakan.

Nisa mengetuk dahinya agak kuat.Automatik dia berlari ke arah Zafriel .Jari telunjuk di arah kan ke bibirnya memberi amaran kepada lelaki itu agar diam.Mata di bulatkan nya sengaja mahu bagi lelaki itu takut.

"Ehhh! jangan bising lah tuan..apa tuan ni buang tabiat kah? dah macam budak-budak ..Ish!" Omel Nisa .Kedua tanganya disilangnya aras dada.

Ketawa kecil di lontarkan oleh Zafriel.

Makin marah makin comel pula dia lihat perempuan itu.Rasa mahu dia cubit sahaja pipi merah Nisa pada saat ini.

"Dah jom!" Helmet di atas motorsikal dipakaikan terus ke arah nisa.membuat kan tudung perempuan itu menjadi kusut.

"ehh..awat ni? Nak pi mana? tengok ni habis tudung saya tuan buat.." Kata Nisa kesal dengan Zafriel .makin menjadi-jadi pula perangai lelaki itu .Eh geram pula dia!

"Hahaha nak pi bandaq sayang oi" Kata zafriel menggunakan loghat utara.Motorsikal ditunggang nya .wajah di alihkan melihat Nisa yang masih kaku di sebelahnya.

Mata dikecilkan oleh Nisa.kesal!

'Ehh kalau aku tak sayang hang lama dah aku tendang motosikal ni ..paihtu hang jatuh padan muka..Ehhh!'Bisik hati Nisa menjadi wakil untuk perasaan nya pada saat ini.

"Cepatlah sayang.." Zafriel memberikan senyuman lebar menampakkan kedua lesung pipit nya.

"tak payah..tak payah senyum lagu tu ..malas dah saya nak tengok!" Omel Nisa malas mahu melihat senyuman maut dari lelaki itu nanti terkena godaan syaitan lelaki itu payah dia nak ubat.

"saya tak nak naik moto ..tu ada kegheta..kita guna Kegheta ja! nanti kalau saya naik moto dengan tuan..habis saya kena kecam satu kampung.." Ucap Nisa melepaskan helmet di kepala nya .tudung nya diusai-usai dan ditiup agar kemas kembali.

Zafriel turut melepaskan helmet nya.Kepala digaru-garu nya.binggung! .mana lah dia tahu Pak Samad ada kereta.kalau tahu dari tadi dia guna kereta.

"Tunggu sini sat nak ambil kunci "pesan Nisa kepada Zafriel.Kaki nya melangkah menaiki anak tangga dengan pantas .

Beberapa saat sahaja dia sudah kembali dan menunjukkan kereta milik abahnya.Tak lah semewah kereta Zafriel di Kuala lumpur tapi boleh lah setakat bandar sampai lagi kut.

Kunci kereta di berikan kepada zafriel terlebih dahulu.

Dilihatnya Nisa kembali lagi kedalam rumah.Zafriel mula binggung lagi.

"You nak pergi mana?"

"Bawa mak sekali..Safety first!" Kata Nisa kepada Zafriel.Biasa alasannya masih sama tak mahu menjadi buah mulut orang .itulah Nisa.Tak mahu nanti mak dan abahnya yang menjadi sasaran utama dari mulut-mulut orang kampung.

Zafriel menganggukkan kepala.Faham benar dengan maksud Nisa .Dia terlebih dahulu memanaskan enjin kereta.Sementara Nisa masih menunggu Emaknya untuk bersiap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience