32

Romance Completed 177269

JAM di tangan di tilik sekilas sebelum melihat kembali kertas lakaran yang mahu diberikan kepada Dato Sharizal nanti.Nasib lah Nisa dapat siap kan lakaran itu tepat pada masanya kalau tak habis lah dia kena cop sebagai arkitek syarikat yang paling tak komited oleh Dato Sharizal nanti.

Sudahpun Dato Sharizal memang tak suka dia jadi arkitek untuk projek ini!

"sayang...macam mana dah siap ke?" Tanya Zafriel kepada Nisa .

"Ha'ah dah siap" Jawab Nisa sambil bibirnya mengukirkan senyuman lebar kepada lelaki itu.kertas lakaran yang berada di tangannya di golongnya pantas mahu di bawa ke dalam bilik mesyuarat.

Zafriel membalas senyuman itu.Namun,didalam hati lelaki itu masih tersimpan rasa berdebar-debar ialah sudahpun projek itu besar takut nanti Dato Sharizal tidak berpuas hati dengan kerja Nisa .

"Sayang yakin Dato akan suka dengan lakaran sayang?" soal Zafriel .bukan tak yakin dengan Nisa dia cuma takut tak di terima oleh kerana Nisa baru sahaja menjadi arkitek syarikat .

"Abang tak yakin dengan Nisa kah?" Soal Nisa .nampak dari riak wajah Zafriel tak tenang sahaja dari tadi.

"Abang yakin dengan sayang.." kata zafriel senyuman ikhlas diberikan untuk Nisa.

Nisa membalas senyuman itu .

Kaki mereka serentak melangkah ke arah bilik mesyuarat.

________

SETELAH beberapa minit menunggu kedatangan Dato Sharizal akhirnya lelaki itu sampai juga di office mereka.Dia Terus melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat .Malas nak buang masa lagi!

Pintu di buka perlahan.Terlihat sahaja sosok Dato Sharizal .Nisa dan Zafriel berdiri memberikan tanda hormat untuk lelaki yang agak berusia itu.

Kerusi depan di tarik dan punggung nya dilabuh kan ke atas kerusi itu.Serta merta wajah Nisa dilihat nya .

"mana?" tegas sahaja kedengarannya suara Dato sharizal.nisa tanpa berlengah lagi memberi lakaran itu ke arah Dato Sharizal.

"kalau Dato nak tanya apa-apa pasai lakaran Saya. Dato tanya ja ..nanti saya akan jelaskan" Beritahu Nisa dengan senyuman yang ikhlas .

Anak mata lelaki itu sudah tajam melihat wajah Nisa.

"kamu memang tak pernah belajar adab ?" Tanya Dato sharizal.tegas!
kurang suka dengan sikap Nisa tadi.

Nisa sudah mengerutkan dahi.Kenapa ? ada yang salah ke dengan percakapan nya tadi? rasanya tak ada yang salah.

Nisa hanya menghembuskan nafas perlahan .kepala ditundukkan nya tanpa berkata apa-apa lagi.

Bila sahaja melihat keadaan berubah menjadi sedikit tegang.Hati Zafriel serasa tak tenang takut - takut Dato Sharizal tak bersetuju dengan lakaran Nisa nanti.

"Err..maaf Dato ..Nisa masih tak biasa mesyuarat secara formal macam ni.Saya minta maaf ye Dato.."Celah Zafriel tak mahu keadaan terlalu tegang akibat hal kecil itu tadi.Dia tahu Nisa masih perlu banyak belajar tentang syarikat lagi.Tak sepatutnya Nisa bercakap sebelum Dato Sharizal melihat lakaran itu terlebih dahulu.

Mata Dato Sharizal beralih tepat ke arah wajah Zafriel.

"Kalau bukan sebab awak zaf..dah lama saya batal kan projek ni !" Ucap Dato sahrizal .kertas lakaran di bukanya pantas .

Dilihatnya secara terperinci lakaran Nisa.Nafas kasar dilemparkan keluar.Sesekali kepalanya mengeling dan mengerutkan dahi.dia dah agak kerja Nisa memang tak profesional!

"saya tak suka dengan lakaran kamu!" jelas Dato Sharizal .kertas lakaran ditangannya di baling ke lantai dengan kasar.

Nisa sudah mengerutkan dahi.apa yang salah dengan lakaran itu? dia dah buat sebaik mungkin untuk menyiap kan lakaran itu.

"Ta..Tapi Dato..."

"Saya tak suka! lakaran kamu ni tak sesuai langsung untuk tapak pembinaan tu nanti ! saya tak setuju!" tegas lelaki itu lagi.

Nisa mengelingkan kepala nya beberapa kali.Dia tak setuju dengan pernyataan yang dikatakan oleh Dato Sharizal itu tadi.

"Tapi dato saya dah buat sebaik mungkin...apa kata Dato tengok lagi sekali ..mana tahu ada yang dato terlepas pandang?" Nisa sudah tak tentu arah dia terus berdiri dari kerusi nya dan mengambil semula lakaran itu .

Dato Sharizal menghembuskan nafas kasar.

"Saya tak boleh terima hasil kerja kamu ni ! langsung tak profesional ! kamu ingat projek pembinaan ni 2/3 ribu ke Ah?!" Dato Sharizal sudah mula panas hati dengan sikap perempuan itu.dari dulu sampai sekarang dia tak pernah lagi di paksa seperti ini.kalau dia kata A maka A lah jawab nya!

"Tapi tuan please bagi saya peluang..saya yakin projek ni akan berjalan lancar .." Rayu nisa lagi.

Zafriel mendekati Nisa dan mula menenangkan perempuan itu.bahu Nisa dipegang nya pantas.

"Nisa..dah lah.." bisik Zafriel ke telingga isterinya itu.dia tahu macam mana sikap cerewet Dato Sharizal.

Nisa melepaskan pegangan Zafriel .dia terus menghampiri Dato Sharizal dan membentangkan kembali lakaran nya di depan mata lelaki itu.dia tak mahu di sebabkan dia syarikat Zafriel akan rugi kerana tidak dapat projek sebesar itu.

"Dato ..lakaran Saya ni sesuai untuk tapak pembinaan tu..saya yakin .." kata nisa lagi cuba meyakin kan Dato Sharizal.

Dato Sharizal sudah berdiri tegak .kertas lakaran itu diambilnya lalu di koyakkan nya berkeping-keping tanpa memperdulikan perasaan nisa sama sekali.

Zafriel sudah ternganga melihat perlakuan melampau dato Sharizal terhadap Nisa.

"tak ada lakaran! tak ada projek! " Ucap Dato Sharizal yang mula berlalu dari situ.bahu Nisa sengaja di langgarnya kasar membuatkan perempuan itu tertolak sedikit.

Nisa terdiam kaku.Air liur ditelan kelat menahan sebak di dadanya.Cebisan kertas di kutip satu persatu.

Air mata sudah mengalir di pipinya.Usaha yang dia buat selama ini langsung tak dipandang sama sekali.

Zafriel sudah tak boleh menahan sakit hati nya bila melihat keadaan Nisa sekarang ini,Dia turut merasakan rasa sebak itu.tak sepatutnya Dato sharizal menghina Nisa sampai sebegitu sekali.

Kaki nya melangkah pantas mahu mendapatkan Dato Sharizal kembali.

cepat-cepat dia masuk ke dalam lif.

TERLIHAT kelibat Dato Sharizal .terus sahaja dia mendekati lelaki itu.

"Dato tak boleh buat macam tu sekali dengan Nisa!" Kata zafriel menghentikan pergerakkan Dato Sharizal.

"Zaf..saya dah bagitau awak awal-awal jangan ambil arkitek lain selain Adam..apa tah lagi arkitek perempuan macam Nisa tu.langsung tak ada adab,kerja pun tak memuaskan langsung!" Ungkap Dato Sharizal lagi.

Zafriel melihat ke arah lain sekilas sebelum memandang wajah dato Sharizal kembali.

"Tapi dato tak boleh buat macam tu..walau seteruk mana pun kerja dia.Dato tak boleh hina dia dengan koyakkan hasil kerja dia ! Dato tahu tak ? dia ambil masa lama nak siap kan lakaran tu semata-mata untuk projek ni.." Jelas Zafriel lagi.kedua tangan nya sudah diletakkan di pinggang nya.

Dato Sharizal mencebik kan bibir.

"Macam ni lah Zaf ..saya boleh bagi peluang untuk syarikat awak ambil projek ni tapi dengan satu syarat ..saya tak nak Nisa yang jadi arkitek projek ni." kata Dato sahrizal .selagi Nisa yang menjadi arkitek untuk projek itu dia takkan beri kan projek itu pada syarikat Zafriel.

Zafriel tersenyum sengit bila mendengar kata-kata Dato Sharizal tadi.Baginya Nisa lebih penting dari segala-galanya.

"Dato dengar sini baik-baik. Saya akan buktikan nisa adalah seorang arkitek yang profesional dan dia tak macam Dato cakap kan tadi! Dato akan menyesal! " Kata zafriel .Kaki nya sudah berlalu pergi meninggalkan Dato Sharizal terdiam sendiri di situ.

______

HEMBUSAN nafas panjang dihembuskan oleh Nisa. Sedih rasa hatinya bila melihat kepingan kertas lakarannya yang dia usahakan selama ini menjadi cebisan di atas lantai.penyapu di ambil lalu di sapu dengan perlahan.Air mata yang mengalir dipipi di lap nya pantas.Mungkin bukan reziki nya lagi untuk uruskan projek sebesar itu.

"Apalah nasib aku ni..baru ja nak jadi arkitek dah kena hina sampai lagu ni sekali..teruk sangat kah aku ni?" Soal Nisa pada dirinya sendiri.

Zafriel yang baru sahaja kembali ke Office Terus pergi mencari Nisa di ruang mesyuarat.Dia tahu isterinya itu masih berada di situ.

Langkah nya terhenti secara automatik apabila melihat Nisa.Rasa kesian menjelma di lubuk hati nya.Tak sangka Dato Sharizal sebenci itu dengan Nisa.

Selesai sahaja menyapu.penyapu di bawa ke tempat asal lalu kembali duduk di kerusi bilik mesyuarat itu.

"Ermm..sanggup Dato tu buat lagu ni dekat aku..dia tak tengok betui-betui pun tadi ..sudahlah Nisa dah nasib hang lagu ni nak buat lagu mana lagi..sabaq ja lah" kata Nisa sendiri .Mahu menyemagatkan dirinya sendiri.Dalam keadaan seperti ini dia mesti lah pandai mengawal emosi sendiri.

Zafriel yang curi-curi dengar setiap kata yang Nisa keluarkan tadi hanya tersenyum manis.Dia tahu isterinya itu kuat! dia betul-betul kagum dengan Nisa sebab boleh bertenang sendiri tanpa bantuan orang lain.

Kaki nya melangkah mendekati Nisa.

Ha'hem!

"Sayang ni memang tak berubah kan..sama je dari dulu sampai sekarang..tu mulut tu,suka sangat cakap seorang-seorang" Ucap Zafriel lalu duduk berhadapan dengan Nisa.

Nisa mengerutkan dahi seribu.Sejak bila pula Zafriel ada di situ? kah lelaki itu intip dia dari tadi? itulah pasal Zafriel tahu dia bercakap seorang-seorang.

"Abang intip Nisa ?" soal Nisa lurus.

"Alah tak boleh ke ? isteri abang juga kan...jangan lah kedekut sangat"Sakat Zafriel .saja mahu hilangkan dari fikiran Nisa tentang masalah tadi.

Nisa tersenyum lebar bila mendengar kata-kata Zafriel tadi.padai betul Zafriel tenangkan hatinya.

"Sayang.." Tangan Nisa di genggam nya lembut memberikan semangat kembali kepada perempuan itu. Dia tak mahu melihat Nisa sayu sahaja.

Nisa menatap wajah Zafriel .

"Jangan sedih tau..abang tak nak tengok sayang sedih - sedih macam ni.." Pinta zafriel.

Nisa memberikan senyuman ikhlas.Kepala di anggukkannya beberapa kali.

"tak pa lah ..mungkin Nisa tak sesuai jadi arkitek..mungkin nisa lebih sesuai untuk jadi PA abang.."

Zafriel mengangguk pantas.

"Yes..PA abang.PA seumur hidup abang"

****


"Ada apa kau nak jumpa aku?" soal Malik agak pelik bila mendapat panggilan dari Adrian semalam.dia memang syakwasangka dengan Adrian sejak dia mendapat panggilan semalam tapi dia tetap mahu berjumpa dengan lelaki itu lagipun apa lah Adrian yang cacat itu mampu buat kepada dirinya.dia yakin dia yang sempurna mampu melawan Adrian!

Adrian melihat sekilas wajah Malik.Senyuman sengit diberikan untuk lelaki itu.

"Woi! ad kau dengar sini eh..kau dengan aku akan masuk penjara juga jadi kau tak boleh nak lari lagi ad..sudah-sudah lah tu ad..kau tak penat ke? hancur kan kebahagian orang lain semata-mata untuk dendam kau tu?" Ungkap Malik .Kedua tangan nya diletakkan di poket seluar.

Adrian yang mendengar kata-kata dari mulut Malik tadi.makin membahang sahaja api di hati nya sekarang.

"AKU TAK BODOH MACAM KAU LAH MALIK!" Jerit Adrian.ingat dia bodoh sangat ke ? nak serahkan diri dekat polis!

Anak mata Malik sudah membulat melihat Adrian.

"Woi bro kau lagi bodohlah dari aku! Nak belas dendam konon! nisa tu tak pernah SALAH!"

"Jadi siapa yang salah?AH!!"Adrian sudah mendekati Malik.tubuh Malik di tolak nya kasar .

Malik hanya tersengih bila mendengar soalan bodoh dari mulut Adrian.

"KAU AD!! KAU YANG SALAH! SEDAR LAH DIRI TU SIKIT!!" Jerit Malik .tubuh Adrian ditolak nya kembali.

"OWHHH!! AKU ! AKU YANG SALAH?!" Tengking Malik .

Malik sudah tak kisah dengan Adrian lagi.apa nak jadi dengan lelaki itu jadilah! kakinya melangkah ingin pergi ke balai polis.

"Dah lah ad..aku nak pergi dulu" kata Malik.

'Kau tak kan boleh pergi Malik..' Bisik hati Adrian.Tangannya sudah mencapai sesuatu di dalam beg nya yang ditaruh nya di pinggang.

Dilihatnya Malik langsung tak memandang kebelakang kembali.kemudian,Dilihatnya lagi sekeliling kawasan lorong itu langsung tak ada orang.

Ini lah peluang yang dia tunggu!

Adrian tanpa berlengah lagi berlari laju kearah malik.Pisau di tangan di tusuk kan nya ke belakang badan Malik tanpa berasa berdosa sedikit pun.

ARGHHHHHH!!!

Erengan kesakitan dari Malik membuat kan hati Adrian puas sepuas-puasnya,sejak Malik selamatkan Liz hari itu dia memang sudah berniat mahu membunuh lelaki itu..berani betul Malik khianat terhadap dia.Ini lah balasannya!

Nak sangat selamat kan pempuan bodoh tu kan!

"Sekarang ni ..kau dah tak boleh nak halang aku!" pisau di ambil dari belakang badan Malik lalu di ambil kain putih di poket nya dan dilap sebelum di simpan kembali di dalam beg nya.

Kaki nya sempat menendang tubuh Malik sebelum beredar dari situ.

Hilang sahaja bayang Adrian.Malik yang masih separuh sedar berusaha mencapai handphone nya di dalam poket seluarnya dengan kekuatan yang masih bersisa.

Nombor telefon Liz di tekannya lekas dan memberi kan pesanan suara untuk perempuan itu.

"tolong aku...a...ku a..da kat..lo...rong ho..tel la..ma.." Pesan Malik sebelum mata nya terasa berat.perutnya sekarang ini teramat pedih.Darah keluar tanpa henti.

Sekarang ini dia hanya berserah kepada Allah SWT....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience