24

Romance Completed 177263

NISA YANG masih berada di dalam rumah meninjau-ninjau ke arah luar rumah melihat kelibat Zafriel yang sudah berada di dalam kereta.Bila sahaja dia melihat Zafriel sudah berada di dalam kereta .Kaki nya melangkah masuk ke dalam bilik nya ingin mengambil handphone rosak milik Zafriel.

Laci dibuka pantas sahaja handphone itu di bawa ke dalam beg sandang nya yang berwarna putih-pink.

Beg sandang di bawa kembali ke atas bahu dan terus sahaja dia kembali ke ruang tamu mahu menunggu mak Leha bersiap-siap.

tap! tap! tap!

Bunyi tapak kaki terdengar dekat dengannya terus sahaja Nisa berdiri untuk mendapat kan mak Leha.

"Dah siap kah mak?" Tanya Nisa .

"dah..sat sat..ni bakal mak dengan bapa mentua kamu tak mau ikut sama kah?" kata mak Leha sedikit hairan.

Anak mata Nisa terus menghala ke ruang bilik tamu yang dulunya bekas bilik nya juga.Terlihat pintu bilik itu masih tertutup rapat .

"Masih tidoq Kut..tak pa la depa pun Baru ja mai sini kemarin.letih Kut.." balas Nisa memahami keadaan kedua bakal bapa dan ibu mentua nya itu .

Mak Leha hanya mengangguk tanda faham dan mengukirkan senyuman ke arah nisa.tanpa berlengah lagi mereka terus melangkah bersama mahu menaiki kereta tua milik Pak Samad.

Zafriel sudah bersiap sedia memegang stereng kereta .sampai sahaja dekat kereta .pintu kereta dibuka lalu menaiki perut kereta untuk sampai ke bandar.

****

BANDAR


Kaki melangkah keluar dari kereta.Panas terik sahaja cuaca hari ini.Nasib lah Nisa sempat pakai sunblock tadi kalau tak confirm terbakar hangus.

"Jom lah pi sana ..beli apa yang patut " beritahu mak Leha kepada Zafriel dan Nisa.

Nisa sudah terpinga-pinga .tali beg sandang di pegang nya .Sebenarnya dia niatnya mahu pergi ke kedai pembaikan phone dekat-dekat area tempat mereka ingin pergi membeli belah barang-barang nikah.

"Nisa tak ikut Kut mak.." Kata Nisa cuba untuk menjauhkan diri dari mereka berdua.

Zafriel sudah mengerutkan dahi begitu juga dengan mak Leha.

"Nisa sakit kepala..jadi Nisa rasa Nisa patut stay kat sini ja..Migrain ni rasanya .aduh sakit mak!" Alasan Nisa sambil memicit-micit kepala nya yang langsung tak sakit .Saja..biar nampak real !

"Erm yalah..cuaca pun panas terik ..mak nak pi dulu dengan Zaf.." Kata mak Leha yang sudah pun melangkah pergi ke arah kedai yang dimaksudkan nya tadi.

Zafriel hanya mengikuti langkah mak Leha.

"Jangan lupa makan ubat panadol bagi okay sikit sakit kepala tu..." kata zafriel sebelum menyambung kembali jalan nya.

Nisa hanya mengangguk beberapa kali.dan memperlihatkan ibu jarinya tanda 'okay' .

Tidak terlihat sahaja bayang mak Leha dan Zafriel .Nisa sudah menghembus nafas lega terus sahaja dia pergi ke kedai pembaikan handphone .Mudah-mudahan sahaja dapat di perbaiki.Sengaja dia mahu buat surprise untuk Zafriel.

"Asalamualaikum,Em nah" Kata Nisa memberi handphone iPhone milik zafriel kearah pekerja di situ.Kebetulan pekerja disitu kawan sekolah lama nya juga ,Agak rapat jugalah dengan dia dulu.

Dina pekerja A.k.a kawan lama Nisa sudah mengambil handphone tersebut dibelek-belek nya .

"Amboi hang..main nah-nah saja kan.."Kata Dina .

"Handphone aku rosak..boleh baiki lagi dak?" Ucap Nisa sambil duduk di atas kerusi yang telah disediakan di kedai itu.

"Sat aku nak pi tanya tukang baiki phone dulu nah.." Kata Dina meninggal kan Nisa sambil membawa handphone iPhone yang rosak tadi ke arah tukang baiki phone.

Nisa mengangguk dan menunggu di luar kedai.Terlihat sahaja bayang Dina dia terus memanggil Dina untuk pergi ke arahnya.

"Jadi ? boleh?" Soal Nisa ringkas.

"Boleh ..sikit ja tu screen dia pecah paihtu dia punya dalaman tu ada masalah sikit .tunggu esok Kut baru siap.." Beritahu Dina ,Nisa sudah memasang muka kecewa dan menarik nafas panjang.Niatnya mahu berikan Zafriel malam ini juga ialah 2 hari lagi mereka mahu menikah takkan dalam sibuk-sibuk uruskan nikah sempat mahu berikan handphone itu lagi pada zafriel nanti.Baru dia mahu buat surprise malam ini untuk Zafriel.Em!

"Lamanya.." Keluh Nisa agak kesal.

"Hang ingat boleh terus baik lagu tu? ehh memang dak lah..tak pa hang jangan risau nanti aku hantaq rumah hang...Ni aku dengaq hang nak nikah kan..tahniah nah" ucap Dina sambil mengemas dan mengelap meja kaca di kedai itu.

Nisa hanya memberikan senyum dan mengangguk perlahan .

'Cepat nya berita beredar..kalah siaran tv!' Bisik hati Nisa tak sangka secepat itu berita pernikahannya diketahui orang sehingga kawan lama nya pun yang sibuk dengan kerja itupun tahu .Ni mesti Mak Leha yang punya kerja ni..Tak lain tak bukan! pasukan makcik-makcik bawang kalau dah bergosip tak ingat dunia.

" ni mesti Mak hang yang bagitahu kan?" Teka nisa .

"ha'ah mak hang yang bagitahu mak aku kemarin..mak hang call mak aku.." jelas Dina .

Nisa memandang ke sisi lain .Dah agak awal mesti mak nya sendiri yang beritahu orang kampung .Tapi tak pe lah benda yang baik mesti lah diberitahu kan.

"Ha'ah nak nikah dah..2 hari lagi tau..bedebaq rasa hati ni.."Kata Nisa sambil memegang jantung nya.

"nanti aku datang nah..Ni pasai phone hang nanti aku datang rumah hang bagi kat hang ..okay? " kata Dina .

Nisa mengangguk faham dan bersalaman terlebih dahulu dengan Dina sebelum pergi meninggal kan kedai itu.

Pintu kereta dibuka nya perlahan .Hembusan nafas dilemparkan nya.

"Lambat nya siap!!!!!!" kesal Nisa kalaulah dia hantar lebih awal telefon itu mungkin cepat untuk disiapkan tapi dah terlambat!

TRRRR! TRRRR!

Getaran telefon perempuan itu tiba-tiba memecah kan sunyi nya yang berada di dalam kereta.Skrin telefon di seret dan dibuka chat yang masuk daripada Liz .

LIZ : "Nisa aku tatau apa yang aku lihat ni betul ke dak ? tapi aku nampak ad..dia ada kat depan rumah kita sekarang ni? Nisa aku takut ..mesti dia nak cari hang.."

Tiba-tiba tangan nya bergetar-getar ketakutan.Rasa seperti tidak percaya apa yang diberitahu oleh Liz sekarang ini.YaAllah kau lindungilah sahabat baik nya itu!

Papan kekunci di skrin di ketik pantas.

NISA : " Jannah..kau call polis ..please Jannah please ...takut nanti hang yang jadi mangsa..please lah Jannah.."

Balas chat dari Nisa. Air mata perempuan itu sudah mengalir keluar .takut ada apa-apa yang berlaku pada Liz nanti.

Tiba-tiba telefon nya berdering .Terus sahaja dia mengangkat panggilan itu.

"Jannah hang tak apa-apa kah..YaAllah Jannah call polis cepat!! biaq dia kena tangkap ..kena penjara !" Nisa benar-benar sudah tak keruan kenapa mesti Liz yang menjadi mangsa lelaki itu.Tolonglah jangan jadi apa-apa kepada Liz ...Tolong lah...

"Nisa tolong aku Nisa!! dia betul-betul ada kat depan rumah kita..Aku takut Nisa..aku takut.." Terdengar suara Liz sudah teresak-esak dan serak akibat ketakutan.suaranya juga agak berbisik-bisik .

"call polis!!! Jannah!" teriak nisa benar-benar panik dengan keadaan Liz apa yang patut dia lakukan sekarang ? apa yang boleh dia buat sekarang ini ?! dia sangat jauh dari Liz ..

"Aku dah call Nisa..polis belum da..tang...Aku takut Nisa...aku takut..."Esakkan Liz semakin kencang.

PAK!!!!

Terdengar sahaja bunyi pintu seperti di pecahkan dan larian kaki yang benar-benar laju di dalam talian membuat kan Nisa tambah tak tentu arah.YaAllah kenapa ini yang berlaku?!

"Jannah! Jannah! Jannah jawab aku !!! Jannah!!!" Jerit nisa memanggil kawan baik nya itu perasaan risau semakin bertambah bila dia terdengar suara teriakan dari arah talian,Terdengar juga suara nafas seorang lelaki.

ARGHHHHHH!!! LEPAS KAN AKU LAH SYAITAN!

Suara Liz sangat jelas di telingga nya.Air mata sudah menitis keluar dia kecewa dengan dirinya sendiri..Esakkan tangis memecahkan ruang kereta itu..

"JANNAH !!!" teriak Nisa lagi.

"Hai Nisa..kau tak de..kawan kau ada.." Suara garau itu menerjah masuk ketelingganya .Air liur terus ditelan kelat..Mata sudah mula memerah menahan api kemarahan nya pada saat ini.

"HANG JANGAN NAK APA-APA KAN KAWAN AKU! " Teriak Nisa .

"aku dah cakap kan awal-awal aku akan buat kau menderita Nisa termasuk orang yang dekat dengan..kau! aku tengok boleh tahan juga kawan kau ni..." Ucap Adrian penuh nafsu syaitan. " lepas kan aku! Nisa tolong aku Nisa..tolong aku..Nisa.." Terdengar suara teriak kan Liz di dalam talian.

Perasaan sakit nya bila mendengar suara keperitan Liz .Sakit yang amat!

"Jannah....Jannah" Esakkan tangis tersedu-sedu Nisa pada saat ini.air mata habis berguguran .Dia tak boleh lakukan apa-apa ..YaAllah..

"Nisa!! NISA!" Teriak Liz semakin kuat ditalian.sebelum dia terdengar ketawa kuat dari adrian dan talian dimatikan.

"Jannah! Jannah! Jannah!!!!" Esakkan kuat Nisa. ketika ini sakit perasaan nya bila mendengar Liz memanggil nya berulang kali tapi apa yang dia boleh buat hanya duduk dan mendengarkan penyeksaan kawan baik nya sendiri! dia memang seorang kawan yang tak berguna!

Dia tak boleh lakukan apa-apa langsung!

Terngiang-ngiang suara teriakan Liz di telingga nya.kepalanya di hentak nya kuat di cermin kereta sehingga terasa cecair merah pekat keluar dari kepalanya..Hentakkan kepala nya semakin kuat .Cermin kereta retak.Namun dia tetap menghentakkan kepalanya sambil menangis teresak-esak.

"Allah Hu Akbar...anak aku.." terlihat sahaja Nisa seperti itu Mak Leha terus berlari menuju kereta begitu juga dengan Zafriel.

"Nisa hang buat apa ni? yaAllah anak aku..Nisa..." mak Leha menghentikan perlakuan tak waras anaknya itu.Kenapa tiba-tiba sahaja Nisa seperti ini?

"Astaghfirullah al-Azim ..berdarah..YaAllah..kita pergi hospital..Mak masuk dalam kereta.." Zafriel tergesa-gesa mengambil tisu dan mengelap darah yang berada di kepala Nisa pada saat ini.Nisa di bawa ke belakang kereta agar terjaga oleh Mak Leha.

Badan kecil Nisa dipeluk erat oleh mak Leha.

"Kenapa boleh jadi lagu ni Nisa...kenapa?"Mak Leha memeluk erat tubuh anaknya itu.

Terlihat handphone milik Nisa yang terjatuh di bawah kereta .Diambil oleh zafriel dilihat nya nama Liz orang terakhir perempuan itu hubungi dan baru sekejap tadi.dilihatnya cermin kereta sudah pun sedikit retak.Apa sebenarnya yang terjadi?

Handphone di letak di atas kerusi lalu dia memanaskan enjin dan memandu dengan cepat untuk pergi ke hospital.Risau dengan keadaan Nisa sekarang .teruk kecederaan yang dia alami sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience