14

Romance Completed 177269

PULANG SAHAJA dari tasik ,Kunci kereta berjenama Mazda nya di letakkan di atas meja.Leher nya yang lenguh di tolak kekiri kekanan baru selesa sikit.Keluhan kecil di lontarkan sebelum menyandar di atas sofa.Selesa !

Mata di pejam sekejap untuk menghilangkan rasa penat.

"Zaf" Panggilan daripada seseorang membuatkan dia terganggu.dekat sahaja suara itu di telingganya .Mata dibuka nya mengejut.Namun,Satu orang pun tidak ada di dalam rumah itu.lagipun selama ini dia memang duduk sendiri.Malas mahu menyusahkan kedua ibu dan ayah nya kalau dia masih tinggal sama-sama dengan orang tua nya itu.

Mata nya memandang kekiri kekanan tidak aman rasa hatinya .

Tiba-tiba dia terpandang satu gambar di atas rak meja.Kaki melangkah mendekati gambar itu.Kening dikerutkannya.

"Ad?" Satu nama yang tiba-tiba terlintas di kepalanya.

Hmm!

Hembusan nafas kasar di lontarkan .Tangannya di bawa ke atas pinggang .Anak Mata melihat pintu utama yang masih tak terkunci mungkin sebab dia penat sangat jadi lupa untuk mengunci pintu terlebih dahulu sebelum berehat.

"Please lah ad ..Kalau kau ada kat sini kau muncul lah ..jangan jadi pengecut ..kita bincang baik-baik apa yang kau nak?" Pinta Zafriel sudah malas mahu melayan permainan bodoh yang diciptakan oleh abangnya sendiri.

Adrian dan Zafriel memang saudara sedarah namun sikap dan perwatakan sangat berbeza bagai langit dengan bumi.Masing-masing dengan kepala sendiri tak pernah ber ngam .Tapi kalau dah nama pun adik-beradik kandung memang memerlukan antara satu sama lain.

Memang dia tak nafikan Adrian seorang pendengar setia untuknya..tapi tak tahu kenapa sikap lelaki itu berubah 360 darjah tak seperti Adrian yang dulu lagi.

Pak!Pak!Pak!

Sebelah Tangan nya yang masih sempurna di tepuk ke paha nya. diiringi bunyi telapak kaki mula kendengaran di telinga Zafriel terus sahaja badan nya berputar ke belakang melihat siapa pemilik suara itu.

"Dah lama kau tahu aku kat sini? Kau nak apa dari aku?" Soal Zafriel street .

Adrian melihat wajah Zafriel tepat.Terlihat Wajah nya yang di cacati parut besar di wajah.Fizikal nya yang dulu sempurna kini satu tangan nya telah hilang kerana kemalangan yang berlaku 8 tahun lalu.

"Kau terkejut tengok aku?" Soal Adrian bila melihat wajah Zafriel sudah pucat lesu melihat kedatangannya dengan rupa seperti itu.Tudung Jaket di atas kepala dibuka perlahan melihatkan kesan jahitan besar di atas kepala nya .

"Zafriel kau kenal kan pempuan yang buat aku sampai macam ni sekali...Kau kenal kan?" Soal Adrian berterusan .

Zafriel melihat ke arah lain .

Adrian mula mendekati Zafriel.Bahu lelaki itu dipegangnya .Kalau sekali sahaja Zafriel cuba untuk tipu dengannya tahu lah apa yang dia akan lakukan pada Zafriel.

Dilihat tajam wajah Zafriel.Senyum sengit diberikan untuk Zafriel.

"Kalau aku kenal dia sekali pun .apa kau nak buat?"Soal Zafriel.

Ketawa besar di lemparkan oleh Adrian .

"Zaf..kau ingat kalau aku jumpa dia aku akan minta maaf ke? Tak bro...aku akan buat dia sakit macam mana yang aku rasakan sekarang dan luka tu takkan pernah hilang ..macam parut kat muka aku !"

"Kau nak buat apa lagi ad..Tak cukup ke kau seksa hati dia selama 8 tahun . tak cukup ke kau buat dia terbayang kan ketakutan dia ! TAK CUKUP LAGI KE!!" Zafriel betul-betul Sudah cukup sabar dengan sikap abangnya itu.Kenapa harus Nisa Diandra yang dia mahu.Tangan Adrian yang berada diatas bahu di tepisnya kasar.

"kau banyak berubah kan zaf!..kenapa kau dah bodoh! ..kau tahu kan Sebab dia aku hidup cacat macam ni!Kau ingat aku boleh senang-senang lepas kan dia! TAK ! TAK ! Zaf.."

Hati Zafriel sudah berdegup kencang .Tak tahu apa yang akan dia akukan oleh Adrian pada Nisa..tolong lah jangan seksa Nisa lagi..Tolong lah jangan hilangkan orang yang dia sayang dalam hidupnya.

Anak mata melihat tajam ke arah Adrian.

"aku akan buat dia faham...apa itu erti sakit!"Tegas Adrian sambil memberikan senyuman sengit ke arah adiknya.

Kepala digeling kan oleh Zafriel.

"Cukup lah Ad...berapa banyak dosa lagi kau nak buat dekat dia?" Zafriel berpaling ke belakang menahan diri untuk marah .

"Zaf...kau tengok aku..aku jadi macam ni sebab dia! aku jadi cacat sebab dia! Ibu dengan ayah dah tak mengaku aku ni anak dia ..sebab dia! " Ulang Adrian lagi menegaskan yang semua yang berlaku padanya memang salah dari Nisa Diandra .

EHH!

Zafriel berpaling kembali .Baju Adrian di putar nya lalu ditarik nya kuat ,Sudah cukup dia sabar dengan sikap Adrian selama ini.Perempuan itu yang menjadi mangsa nafsu iblis lelaki itu tapi lelaki itu nak cakap seolah-olah seperti dia yang mangsa keadaan? alasan yang langsung dia tak akan pernah terima dari mulut Adrian !

"KAU YANG SALAH AD..KAU YANG CUBA NAK ROGOL DIA ! KAU TAK SEDAR-SEDAR LAGI KE?! MANUSIA JENIS APA KAU NI.." Baju Adrian dilepaskan nya kasar sehingga lelaki itu sudah tersungkur diatas lantai.

Nafas di hembus dan ditarik menahan rasa amarah di hati.

"Kenapa kau nak pertahan kan sangat pempuan tu ? "

Zafriel melihat tepat kearah Adrian bila mendengar soalan itu.

"Kau tak perlu tahu kenapa aku pertahan kan dia..kau tak perlu tahu ..itu urusan aku! " kata zafriel.

Adrian tak boleh tahu kalau dia mencintai perempuan itu .Kalau lah lelaki dihadapannya itu tahu mesti lebih teruk yang akan berlaku.

Adrian berdiri semula .Ketawa besar sudah terdengar di mulutnya .

"Zaf ..kau ingat aku tak tahu ke ..Yang dia tu PA kau.."

Terbeliak mata Zafriel apabila mendengar ayat dari mulut Adrian tadi.Entah macam mana lelaki itu mengetahui tentang hal itu? Dimana lelaki itu tahu? Yang dia tahu Adrian memang tahu dia kenal siapa Nisa Diandra sebab adrian sendiri yang menyuruh nya menyiasat tentang kewujudan perempuan itu tapi bukan tentang Nisa yang bekerja di office nya.

Ya ! dia tahu dia bodoh pada masa itu sebab mengikut semua permintaan abang nya itu,Tapi bukan sekarang..

"You Look and see..what can I do ! " Tegas Adrian lagi memberi amaran kepada Zafriel.

Tudung jaket dipakai semula.Kaki melangkah meninggalkan rumah Zafriel.

Zafriel sudah terduduk layu di atas sofa .Apa yang harus dia lakukan.Kalaupun dia menjadi pelindung untuk perempuan itu sekalipun ..tapi tak mungkin akan sentiasa bersama Nisa untuk 24 jam .

"YaAllah ...Aku sayang dia.." Air mata jantannya mengalir dipipi .Tak tahu kenapa perasaan sayang itu muncul sejak pertama kali dia melihat Nisa..Setiap kali dia bertemu Nisa seperti dia boleh rasakan hati perempuan itu sungguh Baik ..Sikap polos Nisa membuatkan dia tambah merasakan sesuatu yang aneh dihati.

jujur memang pada mula nya dia hanya merasa kesian kepada Nisa dan tak sanggup untuk melihat perempuan itu menderita tapi lama kelamaan perasaan itu bertukar menjadi cinta ..Dan dia tak mahu kehilangan perempuan itu !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience