18

Romance Completed 177269

SINAR MATAHARI membangun kan Nisa daripada lenanya.Kedua mata digosok-gosok nya menggunakan jari telunjuk dengan perlahan pandangan matanya semakin jelas.

Dilihatnya sekeliling,Wajah Zafriel dilihatnya tepat .

"Belum sampai lagi kah?" Soal Nisa polos . Mulutnya menguap beberapa kali.

Zafriel hanya mengelingkan kepala menanda kan mereka belum lagi sampai ke destinasi yang ingin dituju.Tangan disilangkan nya .

"Apa sai lama sangat nak sampai?" Rungut Nisa sudah memuncungkan bibirnya .

Ialah hampir 5 jam mereka berada di bas itu habis lenguh seluruh badan mereka berdua.

Hmm..

Keluh Zafriel yang juga turut merasakan penat duduk sahaja dikerusi bas itu .Wajah Nisa dilihatnya sekilas sebelum memejam kan mata sebentar menghilangkan rasa mengantuk .Yalah dari tadi dia duk jaga Nisa tidur sampai dia sendiri pun tak tidur-tidur lagi.

"Itulah I suruh naik kapal terbang tak nak..kan dah berkulat duduk kat bas ni ah"
Sindir Zafriel sambil tersenyum sengit .

Anak mata dikecilkan oleh Nisa,wajah Zafriel dilihatnya penuh rasa geram.Fine! memang dia yang salah!

"alah Sama ja beza sikit ja pun ..lagi 2 jam sampai lah kita..sabaq lah" Ucap Nisa membela diri sendiri padahal dia sendiri yang merungut tadi.

Mata dibuka oleh lelaki itu.Kening dikerutnya .Erk? siapa yang tak sabar ni sebenarnya,Setahunya dia langsung tak merungut dari tadi asyik perempuan itu sahaja yang merungut .

"Amboi..siapa yang duk merungut dari tadi..hang kan" Perli Zafriel sengaja menggunakan loghat utara untuk menyedarkan Nisa.

Nisa memutarkan anak matanya 360 darjah bila mendengar kata-kata Zafriel tadi .eleh! saja lah tu nak perli dia siap dengan loghat utara lagi.ish!

"tuan jangan nak duk perli saya ..nanti kalau saya merajuk susah nak pujuk tau dak" Kata Nisa sambil membetulkan tudung nya yang sedikit sengit.Mata nya masih menghadap ketepi malas melihat wajah lelaki itu.Anoying!

Zafriel sudah mengubah kedudukan nya untuk menghadap Nisa.

"Takkan tu pun you nak merajuk I Gurau jelah ..tapi betullah kan you yang dari tadi asyik merungut je ..jadi siapa yang tak sabar ni sebenarnya?" Kata zafriel berbalik pada tajuk mereka tadi.Mana boleh dia biarkan kekasih hati nya bermasam muka seperti itu.

Nisa menghembuskan nafas perlahan.Wajah Zafriel dilihatnya tepat.Senyuman nipis diberikan untuk lelaki itu.

"yalah saya yang salah..lagipun saya nak naik bas pasai murah sikit kalau naik kapal terbang mahal" jelas Nisa walaupun dia tahu bagi Zafriel tak lah semahal mana .

Zafriel tersenyum lebar menampakkan giginya yang putih dan teratur lurus.

"Mahal takpe asal kita cepat sikit sampai ..tengok macam sekarang ni penat belakang asyik duduk." kata zafriel sambil mengurut belakang badannya .

Sudah perempuan itu teka awal memang itu jawapan Zafriel .

"Takpalah asal kita selamat sampai ..tahan sikit ja lagi ..2 jam ja lagi" ucap Nisa sambil melayangkan dua jari kehadapan Zafriel dan tersengih kambing.

"Nisa..2 jam tu lama Nisa.." Rungut Zafriel seperti budak 5 tahun.alahai comel pula mr.dingin nya itu kalau bertingkah seperti ini rasa macam dia nak cubit-cubit pula pipi lelaki itu.

'Awat lah hang cute sangat ni !' Bisik hati Nisa .Senyuman automatik terukir dibibir.

Bila melihat Nisa melihatnya pelik semacam dia terus melambaikan tangan nya beberapa kali di hadapan nisa menyedarkan Nisa dari lamunan panjang nya.

"Sempat lagi kan you melamun.." Kata zafriel sambil ketawa kecil dihujung kata .

Nisa mengelip kan mata nya beberapa kali.kepala digaru nya .

"Manada melamun saya duk pikiaq ni "Alasan Nisa tak mahu Zafriel perasan pula dia melamun kan lelaki itu tadi.

"fikir apa ?" Soal zafriel.

"Pikiaq pasai..siapa nak ambil kita kalau kita sampai sana nanti..takkan suruh abah Kut .." Kata Nisa baru teringat tentang hal itu kebetulan pula dia teringat itu bolehlah cover sikit tentang hal tadi.haha !

"Ha'ah ..kan macam mana ni..?" soal Zafriel kembali.

Nisa mengerutkan dahi memikirkan siapa lah yang dia boleh harapkan untuk jemput mereka nanti .Kalau suruh abah nya takut pula orang tua itu masih bekerja dilaut ialah nelayan kan tak kira pagi, petang, ataupun malam .

Sebenarnya,Sudah banyak kali dia menyuruh abah nya itu berhenti menjadi nelayan dan berehat sahaja dirumah tapi orang tua itu masih degil untuk meninggalkan pekerjaan nya itu.dia pun tak tahu apa alasan abahnya itu masih mahu berkerja sebagai nelayan.

Kalau susah sangat baik dia minta tolong dekat kakak sepupu nya Kak Pia untuk jemput mereka nanti haraplah kakak sepupunya itu mahu kalau tak entah siapa lagi yang boleh dia fikirkan.

"Apa kata kalau kita minta tolong kak Pia kakak sepupu saya kat kampung ..tak pa saya call dulu na" Kata Nisa mengambil handphone nya yang berada di dalam beg sandang .Zafriel hanya melihat sahaja tingkah laku Nisa.

Nombor telefon Sapia A.k.a kakak sepupunya di tekan nya pantas untuk menghubungi perempuan itu.Haraplah Sapia angkat call nya maklumlah lama dia tak menghubungi perempuan itu entah ingat atau tidak pada dia lagi pun dia tak pasti.

Pangilan diterima.

"Asalamualaikum kak Pia.." Kata Nisa memulakan perbualan.

"Waalaikumussalam Nisa hang kah?" kata Pia yang hanya meneka dari suara perempuan itu.

Nisa sudah tersenyum lebar .syukurlah Sapia masih ingatkan dia.Alhamdulilah lega hati !

"Ha'ah saya kak..ni nak minta tolong sikit boleh kah? "

"Minta tolong apa nisa.."

"Ni..boleh dak ambil ceq kat perhentian bas kat bandaq nanti..?" Tanya Nisa malu pula dia minta tolong dengan kakak sepupunya itu.ialah lama mereka tak berhubung tup..tup dia pula yang minta tolong.

"Boleh ja..pukul berapa hang sampai sini.."Soal Sapia dalam talian.

"kira-kira jam 4 petang kak" beritahu nisa.Akward!

"Lama lagi tu ..jam berapa hang bertolak tadi Nisa..awat lama sangat hang sampai?" Soal Sapia pelik ialah biasanya 7 jam sahaja sudah sampai itupun kalau mereka bertolak awal.

"Jam 6pagi kak ..tapi ialah jalan banyak sangat masalah ..jame lah apalah..tu lambat sikit.."Ucap Nisa mengaru-garu kepala nya beberapa kali .aduh gatal pula kepala nya seharian tertutup dengan tudung nya itu habis berpeluh muka .

"Emm..patutlah..hmm Ialah kalau sampai sini call ja akak.." Kata Sapia mematikan panggilan .

Handphone nya di simpan ke beg sandangnya kembali.

"Yakin...je you kan cakap kita sampai jam 4 kalau buatnya awal sikit dari tu macam mana ?" Kata zafriel.

"Takpalah saya call ja nanti.." Kata Nisa sebenarnya dia tahu mereka sampai lebih awal dari jam 4 tapi sengaja dia bagitau Sapia begitu agar perempuan itu tidak terlalu awal menunggu mereka di sana nanti .kerna prinsip nya 'Biar kita yang tunggu orang jangan orang yang tunggu kita' pesan mak nya masih di simpan nya sampai sekarang.

***

3:50 P.M

SAMPAI sahaja mereka di Kedah .Nisa terus menghubungi Sapia untuk menjemput mereka.Sambil menunggu Sapia datang Zafriel dan Nisa duduk sebentar di bangku yang berada di bus stop itu.

Zafriel mengurut sedikit tengkuknya.

Wajah Nisa di liatnya.

"Nisa " panggil Zafriel .

Nisa terus menoleh ke arah Zafriel kening dinaikkan nya.

"you tak de adik beradik ke ?" Soal Zafriel pelik juga dia kenapa Nisa tak minta tolong adik beradik nya sahaja jemput mereka kan lagi senang tak payah susah-susah cari kakak sepupu bagai.

"Hmm..Kalau saya ada abang kah kakak kah atau adik lama dah saya call depa untuk jemput kita ni Ah..Tapi saya ni anak tunggal ja tuan.." beritahu Nisa kepada Zafriel.

Zafriel sudah mengangguk tanda faham .

"Kalau tuan ada adik beradik ? kah anak tunggal macam saya juga?" Soal Nisa setahunya dia tak pernah pula melihat adik beradik lelaki itu.

Glup!

Tiba-tiba hati seakan berdebar bila mendengar soalan itu dari mulut Nisa .Air liur ditelan kelat.Hembusan nafas perlahan dilemparkan nya menyembunyi kan rasa tak keruan nya pada saat ini.

Wajah nisa kembali dipandangnya.

"Kalau I..I Ada Seorang abang.." Kata zafriel sambil tersenyum nipis.

Nisa mengangguk kan kepala.

"Untunglah tuan ada abang boleh bual sama..tak macam saya ni tak siapa nak dengaq ..Kalau nak harap kan mak abah saya Hm..payah sikit ..tapi kalau mak okay juga lah.." jelas Nisa .

Zafriel hanya mampu tersenyum .Ya! mungkin dulu dia berasa bersyukur sebab di berikan seorang abang yang memahami nya..Tapi sekarang mungkin dia lebih memilih untuk jadi anak tunggal..Ada abang seperti Adrian sama sahaja bersaudara kan dengan seorang iblis.

"tapi awat saya tak pernah tengok pun muka abang tuan?" Soal Nisa lagi.musykil !

Zafriel terdiam lagi dengan soalan Nisa tadi.

"Dia tak de kat sini..dia kat luar negara" Bohong Zafriel ,terpaksa dia berkata begitu untuk menutup keberadaan Adrian sekarang bukannya dia mahu menipu Nisa tapi ini untuk kebaikan hubungan mereka berdua.

"Owh" ringkas sahaja balasan dari Nisa.

Bila sahaja terlihat kereta Myvi yang dibawa oleh Sapia mendekati mereka Nisa terus melambaikan tangan memberitahu keberadaan mereka kepada kakak sepupunya itu.

Kereta Myvi berhenti elok dihadapan mereka.cepat-cepat nisa masuk kedalam kereta sementara itu Zafriel memasukkan semua beg kertas nya yang berisi pakaian yang baru dibeli nya pagi tadi kebelakang kereta terlebih dahulu.

Sapia melihat wajah Zafriel yang masih menyusun beg kertas yang berada ditangannya tadi .Bibir automatik tersenyum.

"Nisa ..tu siapa ..segak nya...bakal laki hang kah?" Soal Sapia.

"ya kak..bakal laki a.k.a bakal daddy pada anak-anak saya nanti.." beritahu Nisa tanpa rasa malu.

"Amboi daddy..citarasa hang upgrade na" Sapia menguis bahu Nisa .

Nisa Menaikkan kedua kening nya.

Ha'Hem!

deheman di keluarkan oleh Nisa sengaja memberikan isyarat pada Sapia agar menutup perbualan tadi bila melihat Zafriel sudahpun masuk kedalam kereta nanti tak pasal-pasal pula dia malu sepanjang perjalanan ke rumah .

Sapia sudah diam membisu .stereng kereta di putarkan lalu memandu dengan berhati-hati.

____

KERETA di parking elok di perkarangan rumah mak abah nisa. pintu dibuka panas lalu kaki dicapai ke tanah.

Terlihat sahaja Mak Leha sedang menyapu halaman dirumah,Nisa terus berlari dan memeluk tubuh ibunya itu.Rindu !

"Nisa..bila hang balik?" Kata mak Leha memeluk kembali pelukan anak dara nya seorang itu .Dia juga rindu benar dengan putri nya itu .Pipi dan dahi Nisa dicium nya untuk melepaskan rindu.

"Nisa rindu mak.." Luah Nisa .

Penyapu ditangan di sandarkan di tiang rumah .Nisa di ajak nya duduk di bangku yang sedia di halaman nya itu.

"Lama nya hang tak balik Nisa..mak rindu sangat kat hang..hari-hari mak duk teringat kat hang ,awat tak abaq dulu nak mai sini kalau hang abaq awal boleh mak masakkan sedap-sedap.." Ucap mak Leha senang hatinya melihat anak nya ada didepan matanya sekarang.

Zafriel yang mendengar perbualan anak dengan mak dihadapannya sudah menahan ketawa dengan senyuman yang dilukiskan nya dibibir .Sekarang dia tahu kenapa Nisa tak berhenti-henti bercakap rupanya gen dari mak..mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi..betul tak?

Mak Leha melihat ke arah Zafriel.Kening dikerutkan nya .Siapa pula yang anak nya itu bawa ?

"Nisa siapa tu?"Kata mak Leha ingin tahu.

"Ahh tu lah bakal laki ceq mak..Dia nak melamaq Nisa.." kata Nisa street.

Mendengar sahaja hal itu Mak Leha sudah melihat Nisa kembali.amboi! rupanya pulang ada makna anak nya seorang ini.

Lengan Nisa dicubit nya .

"aduh! awat mak cubit Nisa pula..Betuilah tu laki Nisa..eh laki..bakal laki Nisa.." Ucap nisa sampai tersasul dia menerangkan hal itu kepada mak Leha.

"Gatai nah..ingat rindu mak pasai tu hang nak balik kampung rupanya bawa jantan.." Kata mak Leha mencubit lengan perempuan itu lagi.

"Awww! sakit lah mak!" Nisa sudah memeriksa lengan nya yang masih belum pulih dari luka akibat kejadian baru-baru ini.

Tak sedar mak Leha ada disitu dia buka sahaja lengan baju nya melihatkan balutan di lengannya pada saat ini.

Terbeliak mata mak Leha melihat keadaan anak nya seperti itu.Lengan Nisa di lihatnya .

"Astagafirungloh Al-azim ..Nisa awat dengan lengan hang ni? Allah Hu Akbar lagu mana boleh jadi lagu ni ?kan.. hang tetegaq Nisa ..mak dah kata kat hang jangan pi kuala lumpuq..bahaya-bahaya-bahaya.. tapi hang degil..keras kepala macam abah hang juga!" bebel mak Leha risau dengan keadaan anak nya itu.

"Hang bakal laki dia kan?" soal mak Leha kepada Zafriel.zafriel terus mengangguk cepat.

"awat tak jaga dia? tak sayang dia kah?" Soal mak Leha lagi membuat kan Zafriel serba salah.

Kalau diberi peluang untuk putar balik masa dia tak akan biarkan Adrian buat sampai macam tu sekali dekat nisa.Tapi semuanya sudah terlambat.

"Saya sayang kan dia mak cik ..sangat sayang tapi saya gagal untuk lindungi dia sebab saya tak mampu berada disisi dia masa tu ..sebab tu saya nak kawin dengan dia supaya saya boleh lindungi dia setiap jam 24 hours.." Ungkap Zafriel sambil melihat wajah Nisa disisi mak Leha.

Nisa yang mendengar kata-kata itu sudah terharu dengan keikhlasan Zafriel kepadanya.Terima kasih ya Allah sebab sudah memberikan dia seorang lelaki yang tulus mencintai dia dan menerima dia seadanya.

Senyuman terukir dibibir Nisa.

Mak Leha melihat wajah anak nya itu.Bahu nisa dikuis nya.

"Nisa..nanti pandai-pandai lah abaq kat abah hang pasai ni.. insyaallah abah hang okay ja tu.." Pesan mak Leha sebelum masuk kedalam rumah .

Zafriel memberi isyarat dengan menunjuk beg kertas yang dibawanya mahu di letakkan ke dalam rumah.malu pula dia memegang semua beg kertas nya itu macam dia pula yang perempuan.

Nisa mengganguk tanda faham.

"Tuan..tolong jangan pernah tinggalkan saya ..ya.." Bisik perlahan Nisa..tiba-tiba perasaan sebak menyelubungi hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience