31

Romance Completed 177263

AIR MILO panas di bancuh perlahan oleh Nisa untuk dibawa kedepan mahu diberikan kepada Zafriel yang sedang leka duduk menghadap tv.Entah drama apalah yang lelaki itu tengok sampai langsung tak berkelip mata dari tadi.

Kaki melangkah perlahan ke arah ruang tamu.Gelas yang berisi air Milo panas di berikan pada Zafriel .Zafriel menyambut gelas itu dengan berhati-hati.

"Terima kasih sayang..Ni Sayang dah siap kan lakaran tu?" Soal Zafriel sambil wajah nya dihadapkan ke arah Nisa.Air Milo panas yang di berikan oleh Nisa tadi di minum nya perlahan.

"Sama-sama..Erm..Hampir siap dah.." jawab Nisa selamba .Anak matanya tertumpu ke arah rancangan reality show yang di tayang kan di tv sekarang ini.

"Owh" Balas Zafriel lagi .Wajah Nisa ditatap nya penuh makna.dia mengeser sedikit ke arah isterinya itu .sebelah tangannya sudah hinggap ke bahu Nisa.

Nisa yang baru tersedar dengan perlakuan Zafriel , automatik menelan air liur tiba-tiba pula dia berdebar kencang saat ini.Terus sahaja dia melihat wajah Zafriel dan tanpa berfikir panjang melarikan tangan Zafriel yang berada di bahu nya.

Takut !

"Berat lah .." Alasan Nisa .sebenarnya dia sudah mula rasa semacam sahaja bila Zafriel terlalu dekat dengannya tadi.Kalau boleh mahu sahaja dia lari dari lelaki itu sekarang ini.

Wajah nya di dekatkan ke arah wajah Nisa .

"I love you sayang.." ungkap Zafriel .Gelas yang berada di tangan di letakkan di atas meja.Kedua pipi perempuan itu di pegangnya lembut lalu anak mata Nisa di tatap nya penuh cinta.

'Aduh apa aku nak buat ni?' Kata hati Nisa .Entah kenapa pula dia terasa beku sahaja pada saat ini.Mahu melarikan pandangan pun semacam tak boleh lagi.Suara lelaki itu pula terasa merdu sahaja ditelingganya.

Zafriel mendekatkan lagi wajah nya ke arah Nisa .sekarang ini hanya tinggal beberapa cm sahaja lagi bibir mereka akan bertemu.

Dan!

Bibir merah Zafriel di daratkan ke arah bibir isterinya itu dengan sekelip mata.Nisa tidak mampu berbuat apa-apa lagi.OH MY GOD ! Firts kiss!

Dalam keadaan itu tiba-tiba pula dia teringat kembali kejadian dulu yang dia pernah cium kasut lelaki itu semata-mata ingin melepaskan diri dan hari ini tak sangka dia jatuh di dalam pelukan Zafriel pada malam ini.

Dia berharap kebahagian ini kekal sampai bila-bila.

Tubuh Nisa di angkat oleh Zafriel untuk masuk ke dalam bilik mereka .Dan dia hanya mengikuti sahaja apa yang akan terjadi selepas ini.Zafriel adalah suaminya dan lelaki itu berhak melakukan apa pun ke atas dirinya...

****

7:30 PAGI

NISA yang baru selesai menyiap kan sarapan pagi untuk mereka berdua.Melangkah kembali ke arah anak tangga mahu membangun kan Zafriel daripada tidurnya.

Tadi subuh dia dan zafriel sudah bangun awal tapi kata zafriel dia nak tidur sekejap sebab terlalu penat.

Pintu bilik di buka perlahan.Dilihatnya Zafriel sudah terbaring lena di atas katil.Kepala digeling kan oleh Nisa.

Sebelum dia melangkah pergi ke arah Zafriel .Mata nya melihat ke arah cermin terlebih dahulu lalu melangkah menghadap depan cermin.

Seluruh leher dibelek-belek oleh nisa ialah Mana tahu ada benda yang tak di ingin kan pula tertampal di situ.Nafas dihembuskan nya perlahan..Nasib baik tak ada !

"Sayang tengok apa tu?" Soal Zafriel .

Nisa yang sudah tak tentu arah bila mendengar suara itu automatik terdiam kaku.Aduh! masa bila pula suaminya itu sudah bangun dari tidur ..Kalau Zafriel nampak apa yang dia buat tadi .Malulah dia!

Nisa tersengih kambing .

"Ah? Tak ada apa-apa...erm Ni,abang tak nak sarapan?" Tanya Nisa mengalih kan soalan Zafriel tadi.

Zafriel sudah mula tersengih-sengih sendiri.Ingat dia tak tahu ke apa yang Nisa cari tadi.

"Sayang cari 'love bite' eh?" Sakat zafriel saja mengenakan perempuan itu.Kening nya di naikkan sebelah.Bibir sudah tersenyum lebar menampakkan seluruh gigi nya yang tersusun rapi.

Bila sahaja terdengar kata-kata Zafriel .Nisa sudah menelan air liur kelat.Argh! dia dah tak tahu mahu jawab apa ? takkan lah dia nak mengaku kut?

"Mana ada!" Dalih Nisa.

Zafriel sudah mencebik kan bibir .

"Sayang..." Zafriel melangkah pantas menuju ke arah isterinya itu.Wajah Nisa dilihatnya lama.

"Abang ni lembut orang nya..takkan lah abang nak gigit sayang pula.." kata zafriel.satu ciuman mendarat ke arah dahi isterinya itu.

"Dah abang nak sarapan dulu..mesti sedap kan sayang masak.." Kata zafriel perlahan meninggalkan Nisa yang masih kaku di situ.

Aduhai!

Rasa macam dia nak terjun dari tingkat 10 juga sekarang ini !

Malu!!

"Nisa........"jerit nisa perlahan.dahi nya di ketuk beberapa kali,sedar dengan kebodohan yang dia buat sendiri.

"malu ! malu! malu!!!"Jerit nisa lagi namun di perlahan kan takut-takut Zafriel dengar pula suara nya nanti.Cermin di hadapnya lagi.Mahu memastikan tiada apa-apa yang ada dilehernya itu.

"Ish!..aduh malu nya aku!" Nisa menarik nafas panjang dan dihembuskan nya perlahan .kaki nya melangkah pergi dari bilik itu mahu pergi sarapan bersama-sama Zafriel.Tak tahu macam mana lah dia nak menghadap suaminya itu nanti.

Sampai sahaja di ruang makan .Kerusi di tarik nya perlahan .Wajah Zafriel langsung dia tak lihat ialah malu punya pasal !

"macam mana ? ada?" Soal Zafriel lagi saja mengenakan perempuan itu.padahal dia tak buat pun 'love bite' yang di cari oleh Nisa tadi.bukan apa dia cuma tak nak terlalu terbawa nafsu ..niatnya hanya ingin mendapatkan seorang cahaya mata tanda cinta mereka berdua bukan semata-mata kerana nafsu.

wajah Zafriel dilihat sekilas sebelum memasukkan nasi goreng kampung yang dimasak nya tadi di dalam mulut nya.saja je kan Zafriel nak kenakan dia !

"tak ada" kata Nisa cuba berlagak selamba namun pipi nya sudah mula memerah akibat terlalu malu.satu suapan lagi di suap ke dalam mulutnya.

"Abang ni tak ganas macam lelaki lain tau jadi ..sayang jangan risau.."

Nisa sudah meletakkan sudu nya di tepi pinggan.wajah zafriel dilihatnya sekilas dan menghembuskan nafas geram.

"sudah lah tu..dah abang pergi lah mandi paihtu abang pi office.Tu baju kemeja abang,Nisa dah sedia kan dekat tepi almari tu" Beritahu nisa.jari telunjuknya mengarah ke arah atas bilik mereka.

"Comel lah sayang..Aurmm!" Usik Zafriel lagi sebelum pergi melangkah ke arah bilik mereka.Muka Nisa sudah habis merah padam dah macam tomato pun ada !

"Abang!!" Jerit Nisa kesal.Tak habis-habis zafriel nak kenakan dia,Siap main dengan 'aurmm-aurmm' lagi .kalau dia merajuk nanti baru padan muka!

Kerusi ditolak kebelakang.pinggan di atas meja makan di kemaskannya dan di letakkan di singki terlebih dahulu untuk di cuci nanti.Dia pun kena bergegas untuk bersiap sebab dia juga mesti masuk office hari ini.Nak siap kan lakarannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience