25

Romance Completed 177269

ESAKKAN tangis memenuhi ruang bilik wad nya.Air mata tidak mampu untuk berhenti atas semua yang telah terjadi.Dia penyebab utama Liz menjadi korban.

Kenapa Liz yang menjadi mangsa lelaki itu ! KENAPA?!

Bawah Mata nya mulai hitam kerana tidak tidur dari semalam.Balutan putih di atas kepala di pegang perlahan.Esakkan tangis semakin kuat.

"BINATANG!!!" teriak Nisa kuat sehingga menyedarkan Zafriel yang berada di luar bilik wad nya.

Pintu dibuka dengan tergesa-gesa .dilihatnya Nisa sudah tak bisa mengawal tangis nya.Zafriel terus mendekati perempuan itu.

“Nisa?”

Nisa menghadap ke arah wajah zafriel masih dengan tangisnya .Lutut nya di peluk kuat.

“Nisa apa yang jadi sebenarnya sampai you sanggup cedera kan diri you sendiri?" Soal zafriel masih tak tahu apa sebab utama Nisa melakukan hal bodoh itu yang boleh sahaja meragut nyawa nya sendiri.

Nisa mengelap air matanya.Nafas mula di atur agar dia boleh mengawal emosi nya semula.Namun,Masih tak mampu menghentikan kekecewaan untuk diri nya sendiri.

“Tuan..saya takut..Jan..jannah.." Ungkap Nisa tersekat-sekat.

“jannah? Liz? kenapa? apa yang jadi?" Soal zafriel bertubi-tubi.Seakan dia tahu siapa penyebab utama semua ini berlaku .Kening mula di bawa ke bawah.Keadaan nya mula tegang .Entah kenapa dia tiba-tiba teringat kan sosok Adrian.Mungkin kah semua ini berlaku kerana lelaki itu?

“Saya Tatau apa yang jadi dengan Liz..Dia call saya dia cakap lelaki tu mai rumah.lepas tu saya dengaq ...sa..saya dengaq Liz jerit nama saya...lepas tu saya tatau apa yang jadi..saya takut dia ..." Ungkap Nisa yang tak mahu menyambung ayat terakhir nya.Dia tak mahu perkara itu terjadi kepada Liz .

“polis?" Soal zafriel ringkas.Air liur mula di telan perlahan agar Nisa tidak perasan dengan riak wajahnya pada saat ini.Tak tahu kenapa ada perasaan risau di dalam lubuk hatinya terhadap Adrian .Ya! dia tahu Adrian memang iblis memang dia tak nafikan sama sekali tapi Adrian tetap abang nya..Seburuk mana pun Adrian mereka tetap sedarah.

Tapi...

Yang salah akan tetap salah !

“Nisa..I tahu ..I tahu semua keadaan sekarang ni kucar kacir..tapi you kena ingat you kena jaga diri you sendiri..please Nisa berhenti untuk salah kan diri sendiri..ini semua dugaan dari Allah SWT untuk kita.."

Nisa sudah memerhatikan wajah Zafriel.

"Apa tuan cakap ni? Tuan tak pernah duduk kat tempat saya..Tuan tak pernah pun rasakan apa yang saya rasa selama ni..Tuan.Kawan saya jadi lagu tu sebab saya..sebab lelaki tu nak jumpa saya..tapi saya kat sini..kat sini dan tak mampu nak buat apa-apa! " Pandangan mata Nisa mula memerah melihat wajah Zafriel.Anak mata mula berkaca-kaca menahan tangis.

“Tapi nisa..takkan you nak jadi macam ni? nak cederakan diri sendiri?" Dia tahu Nisa dalam tekanan akibat kejadian itu .Dia tahu bukan Nisa yang salah tapi Adrian.

“Tuan senang cakap..tapi menanggung rasa bersalah tu saya tuan..saya..Apa saya boleh buat? tak da Apa. kosong! saya duduk sini selamat ..sementara dia dalam tangan lelaki binatang tu!" Esakkan tangis kembali memenuhi bilik itu.

"Saya memang tak guna! saya menyusahkan banyak orang ! saya menyusahkan tuan..saya menyusahkan kawan saya sendiri..Saya menyusahkan semua orang!"Luah Nisa yang hanya mampu menyalahkan diri nya sendiri.

Zafriel terdiam kaku .Perlahan dia melabuhkan punggung di atas kerusi di sebelah katil Nisa.laci meja dibuka perlahan.

Handphone milik Nisa diberikan semula kepada Nisa.

Nisa mengambil pantas handphone itu.

“you nak balik KL ?" Soal Zafriel dengan nada sayu.

Nisa hanya mengangguk perlahan.Dia risau dengan Liz..sangat risau.

"kita nikah dulu.." Kata zafriel kedengaran sayu sahaja suara nya pada saat ini .dia bukan pentingkan diri sendiri tapi dia hanya risau dengan keadaan Nisa. jika perempuan itu kembali ke Kuala Lumpur .Dia takut dia tak mampu untuk bersama perempuan itu setiap masa kerana tiada ikatan yang sah.

Nisa menghembuskan nafas perlahan.wajah Zafriel dilihatnya tepat.

"tuan fikir kan diri tuan ja kan? tuan ingat benda ni main-main..tuan sempat terfikir nak nikah dulu baru selamatkan kawan saya? lagu tu kah?" Nisa melihat wajah Zafriel tepat .

“I risau kan you Nisa !..kalau sampai lelaki tu buat apa-apa dekat you macam hari tu dan i tak de Masa tu.apa yang jadi dekat you..I takut kehilangan you.."

"Dan saya takut kehilangan kawan saya.."

****

RAMBUT perempuan itu ditarik nya kuat.Wajah Liz di tekan nya sehingga memerah dan ditampar berkali-kali.

“APA KAU NAK BUAT DENGAN AKU !" jerit Liz dengan esakkan kesakitan.Kaki nya di ikat ketat begitu juga dengan tangan nya sehingga tiada ruang untuk dia cuba membuka ikatan itu sama sekali.

Adrian hanya diam sambil melayangkan senyum sengit.

"KAU TAKKAN LEPAS! POLIS AKAN TANGKAP KAU SUMBAT KAU DALAM PENJARA!!" Ugut Liz lagi cuba menakutkan lelaki itu.Matanya dibulatkan.

"WOI! kau ingat senang polis nak tangkap aku ah? polis takkan tahu kau kat sini...Yang polis tahu kau ada kat rumah kau ! bukan kat sini.." ucap Adrian yang mula mengambil pisau di atas meja lalu mendekati Liz semula .Diacu kan pisau itu di wajah Liz .

Liz mula terketar-ketar.

"Jadi kalau kau berharap polis kau tu akan datang tangkap aku..itu semua hanya mimpi.." Pisau itu sudah diacu kan kearah lengan perempuan itu di koyakkan nya lengan baju Liz sehingga menampakkan aurat perempuan itu.

Liz mula tak tenang dia mengerak-gerak kan kakinya dan tangan nya agar boleh menjauhkan lelaki itu dari dirinya .dia jijik melihat wajah binatang lelaki itu!

“KAU TAKKAN LEPAS!" Air liur di ludahkan kearah Adrian.

Adrian sudah ketawa kuat.

"HHAAHHAA..WOI pempuan aku tak nak kau..aku nak Nisa..aku nak dia jumpa kau dan aku boleh hancurkan dia.."

Liz melihat tepat ke wajah lelaki itu.

“Ad.." Tiba-tiba terdengar suara seseorang dari arah belakang.

lelaki itu mula berbisik-bisik ke arah telingga adrian.Terlihat senyuman puas di bibir adrian.Entah apa yang mereka bincangkan pada saat ini.

Jari telunjuk lelaki itu menghala ke arah Liz.

“Kau nak buat apa dengan pempuan ni?" Soal Malik satu-satu nya kawan yang dia ada sekarang.hanya Malik sahaja yang dia ada sekarang ini.

”Aku nak bagi dia terseksa macam apa yang aku rasa selama ni..aku jadi cacat sebab kawan dia! aku hilang keluarga sebab kawan dia! jadi dia pun patut rasa apa yang aku rasa .." Kata Adrian yang mula mendekati Liz kembali.Liz sudah mula ketakutan dengan kata-kata lelaki itu .wajah nya mula pucat.

“tapi ad..kau nak balas dendam dekat Nisa kan..bukan dia.." balas Malik kembali cuba membetulkan niat awal kawannya seorang itu.dia tak tahu pula dendam Adrian sampai mahu mencederakan orang lain selain nisa.

Adrian melihat kembali wajah Malik.

“aku tahu Nisa dengan dia rapat..jadi kalau dia ni mati ..pempuan tu akan terseksa.."Jelas Adrian.

"jadi kau nak hancurkan Nisa perlahan-lahan.." Malik mula mengetahui apa hasrat sebenar lelaki itu.Tangan di silangkan aras dada.

bibir sudah tersenyum puas.

Anak mata Malik mula melihat seimbas wajah Liz lalu kembali menghadap adrian.

“Aku ingat kau takkan dapat tangkap pempuan ni tadi..ialah tangan kau kan.." Anak mata Malik beralih arah ke arah tangan Adrian yang sudah lama hilang dan hanya di tutup dengan lengan baju panjang.

Adrian melihat sekilas tangannya.

“Aku masih kuat lagi..tapi kalau kau tak de tadi aku rasa aku tak dapat bawa pempuan ni sampai sini"Kata Adrian.

“Aku rasa sekarang ni polis tengah cari kita jadi kita mesti lebih hati-hati.."

"Polis takkan dapat cari kita.sebelum aku dapatkan Nisa" Kata Adrian sambil melihat wajah Liz.Liz sudah menelan air liur kelat.

Adrian mula mendekati Liz.Dagu perempuan itu di pegangnya lalu pipi perempuan itu di tampar nya kuat sehingga hidung perempuan itu mengeluarkan darah .

Liz hanya mampu mengerang kesakitan.

"Kau tak nak test ke pempuan tu bro?" Soal Malik Sambil senyum sengit.

Adrian melihat wajah Liz lama lalu tersenyum.

"Aku rasa dia lebih layak untuk di seksa bukan untuk di nikmati .." Kata Adrian sambil ketawa kuat.

Malik turut ketawa .

"Kau ikut test juga eh bro? Kalau aku ..aku rembat je..aku tengok dia boleh tahan juga.." Kata Malik sambil mengilat bibir bawah nya.

"Test Aku hanya Nisa ..bukan untuk orang lain..tapi semenjak dia buat aku terseksa sampai macam ni ..aku rasa aku dah ubah prinsip aku...aku cuma nak tengok dia dalam penyeksaan! " Kata Adrian sebelum Meninggalkan Malik dan Liz .

Malik yang ditinggal kan sendiri sudah melihat ke arah Liz di lihat nya lengan baju Liz sudah koyak.Menambah kan rasa nafsu nya pada saat ini.Dia mula mendekati Liz.

"Hai sayang.."kata Malik dengan senyuman lebar.

Liz sudah mencebik kan bibir.Air liur diludahkan ke muka malik.

Malik mengelap perlahan air liur itu dan di lihat nya lagi tubuh badan perempuan itu dengan penuh nafsu .sesekali rambut Liz di Sentuh nya lembut.

Liz menepis dengan mengalihkan kepala nya di sisi lain.tak suka diperlakukan seperti itu.

TRING! TRING!

Handphone Malik berdering secara tiba-tiba.Cepat sahaja dia mengambil telefon bimbitnya dari poket lalu diletakkan di telingga.

sebelum dia pergi, sempat Malik memegang dagu Liz namun di tepis pantas oleh perempuan itu.

Bila sahaja bayang Malik sudah tak terlihat.Liz sudah mengeluarkan air mata dengan deras.Kenapa dugaan seperti ini yang Allah SWT berikan kepadanya? sesungguhnya dia benar-benar dalam keadaan takut dan terseksa..

Tubuh nya yang mula lemah di rebahkan di atas lantai .matanya mula tertutup perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience