33

Romance Completed 177263

HOSPITAL

LIZ cepat-cepat mengambil handphone nya di dalam beg sandang nya untuk memberitahu tentang hal ini dengan Zafriel dan Nisa .Nafas di tarik dan dikeluarkan dengan berkali-kali perasaan bimbang menguasai dirinya pada saat ini.

Panggilan di angkat...

"Nisa...Nisa hang mesti datang sekarang juga..Malik kritikal ..aku risau Nisa.."Jelas Liz . tercungap-cungap nafas nya sekarang ini.Air mata mengalir dipipi kerana terlalu bimbang dengan lelaki itu.

Dia takut Malik tidak ada peluang untuk di selamatkan lagi.
"Astagfirullah al-Azim..hang kat mana ni??" Soal Nisa sudah bergegas mahu pergi ke hospital .dilihatnya Zafriel masih sibuk memeriksa data-data syarikat .Dia hanya membiarkan sahaja lelaki itu membuat kerja.

"Hospital" jawab Liz .panggilan dimatikan dengan serentak.

Handphone di mati kan dan diletakkan kembali ke beg sandang.dia terus melangkah pergi meninggalkan meja nya dan menuju terus ke lif .sempat dia menulis nota dan dilekatkan di atas meja agar Zafriel tahu dia berada di mana.

***

SAMPAI sahaja di depan hospital Nisa memberi wang kepada driver grab Itu dan terus pergi melangkah menemui Liz .

Terlihat sahaja Liz yang sedang duduk di bangku luar wad ICU,Nisa terus mendekati Liz .Tubuh Liz di peluk nya agar perempuan itu dapat bertenang sedikit.

"Nisa.." Esakkan Liz membalas pelukan Nisa dengan erat.

"Jannah hang tak boleh lagu ni..kita doa kan yang terbaik untuk Malik . InsyaAllah dia akan selamat."

"ni semua salah aku..kalau dia tak selamat kan aku dia takkan jadi lagu ni.."

Pelukan dilepaskan perlahan oleh Nisa .Wajah Liz dilihatnya.

"Jannah..kalau dia tak selamatkan hang..macam mana dengan nasib hang..hang tak boleh salah kan diri sendiri.Dia akan selamat..kita doa ja" Kata Nisa .Senyuman ikhlas diberikan untuk sahabat nya itu tak mahu Liz terus bersedih seperti sekarang.

Liz mengangguk perlahan.Namun,Didalam hati nya masih ada rasa bimbang.

Liz yang merasakan ada sesuatu yang ganjil melihat di sekeliling Nisa.Kening dikerutkannya.

"Zaf mana Nisa?" Soal Liz yang baru sedar yang Nisa hanya datang seorang diri.

Nisa mengukirkan senyuman terlebih dahulu.

"Dia ada ja kat office ..sibuk sangat tadi aku tengok ..malas lah aku nak ganggu dia..tapi aku dah tulis pesanan dalam kertas tadi kalau dia baca jap lagi dia mai sini lah tu." Terang Nisa .

"Kenapa hang tak chat ja dia?" Soal Liz .

Nisa terdiam seketika ,Dahi tengah di ketuknya agak kuat.Betul juga kata Liz tadi kenapa lah dia tak terfikir langsung?

"Ha'ah lah..aduh! aku terkejut besaq tadi bila hang bagitahu Malik masuk wad ICU ..semua benda aku lupa..jap. "Jelas Nisa .

Beg sandang di bawa ke depan .Tangan nya meraba-raba handphone nya yang berada dalam beg sandang itu.

Jumpa sahaja handphone nya dia terus mengon telefon itu.kening nya dikerutkan bila melihat handphone itu langsung tak dapat di 'on' .pelik juga perasaan dia dah cas penuh tadi!

Dilihat nya telefon itu agak lama dan dibelek-belek nya.

'yaAllah..patut lah ..ni bukan handphone aku ni handphone Zafriel..Nisa..Nisa macam mana hang boleh lupa handphone laki hang ada kat dalam beg sandang hang ni..nyanyuk betui lah' Bisik hati Nisa .kepala nya diketuk lagi sekali.

Liz sudah mula pelik dengan tingkah Nisa.

"kenapa Nisa?" Soal liz.pelik?

Nisa sudah terpinga-pinga.handphone zafriel yang dipegang nya di letak kan kembali di dalam beg sandang dan dia terus mengambil Handphone nya dan mengirim kan pesan untuk Zafriel agar suaminya itu datang ke sana.

"Tak da Apa lah.."Jawab Nisa ringkas.

Setelah beberapa jam mereka menunggu.akhirnya, terlihat Doktor lelaki sudahpun keluar dari wad ICU itu ditemani dua jururawat yang sudah berlalu dari situ.

Nisa dan Liz terus mendekati doktor itu.

"macam mana dengan kawan kami doktor?" Soal Liz hatinya benar-benar risau dengan keadaan Malik.

Doktor lelaki itu menghembuskan nafas perlahan.

"Hmm..kawan kamu berdua masih dalam keadaan koma .kecederaan yang di alami oleh pesakit sangat kritikal dan bukan secara tak sengaja tapi di sengaja kan..kesan teruk di belakang badannya sangat ketara yang pesakit seperti ditikam curi..tapi kami akan berusaha sebaik mungkin. saya pergi dulu"Beritahu doktor lelaki itu lalu beredar dari situ.

Liz sudah tidak dapat menahan sebak didada .

"Nisa.." esakkan Liz memecah kan ruang hospital itu .tubuh Nisa dipeluk nya erat.

Sampai sahaja Zafriel di depan wad ICU Malik .Zafriel terus mendekati mereka berdua dengan pantas.

"macam mana dengan keadaan Malik ?" soal Zafriel yang secara tiba-tiba sahaja sudah berada di depan mereka.Liz yang sedar dengan kehadiran Zafriel sudah melepaskan pelukan nya dari Nisa.Dia terus melangkah ingin duduk di bangku agar dia boleh menenangkan dirinya sendiri.

Nisa mengelingkan kepala sayu.

"Dia masih kritikal..kata doktor dia ditikam curi" beritahu Nisa kepada Zafriel.

Zafriel sudah menelan air liur kelat.Dia tahu Adrian yang melakukan semua itu.perbuatan Adrian memang sudah melampau dan tak boleh di biarkan lagi!

Mata Zafriel sudah mula memerah namun cuba dikawal nya.Tak mahu Nisa perasan.

"Hm..nisa duduk dulu ye..abang nak pergi jumpa kaunter nak bayar bil hospital untuk Malik.." Kata zafriel memberi kan alasan agar dia boleh menjauh dari Nisa sementara kerana mahu menghubungi Adrian .

Nisa hanya mengangguk.

Kaki nya cepat melangkah .

Bila sahaja dia sudah jauh dari Nisa dan liz.handphone di poket seluar di keluarkan dan dia terus menghubungi Adrian.

Panggilan terus diangkat.

"Kau ni kan memang iblis!!" tengking Zafriel .kemarahan didalam dirinya sudah sampai tahap maksimum.

Terdengar bunyi ketawa di dalam talian.

"Hmmm...Zaf..Zaf..aku dah cakap dengan kau jangan main-main dengan aku! tapi kau DEGIL! tu baru sikit tau..lepas ni kau tengok je muka mak bapak kau akan hilang dalam muka bumi ni! "Balas Adrian .puas hati dengan kemarahan Zafriel sekarang ini.lagi lelaki itu marah lagi dia suka!

Zafriel meraup wajah nya kasar.handphone di pegang nya kuat.

"kau dah gila ke ad! mama dengan papa tu ibu bapa kau juga..kau tak pernah ke ada rasa sayang sikit dekat Dorang!!"

"Aku nak sayang Dorang? Dorang pun tak anggap aku ni anak dorang nak sayang apa benda ? kau bodoh ke?!!!" Tengking Adrian melepaskan kekesalan di hatinya.bagi nya keluarga nya sudah mati.adrian yang dulu dah lama mati!

"Kau usik Dorang ..kau akan menyesal!"ucap Zafriel memberikan amaran kepada Adrian.

Adrian sudah ketawa besar mendengar kata-kata Zafriel tadi.

"ish-ish-ish..takut nya aku..KAU INGAT AKU TAKUT !! kau boleh pilih Nisa atau mak bapa kau? aku boleh je hantar mayat mama dengan papa kat depan rumah kau..tunggu ye adik ku!" Ugut Adrian.

"KAU JANGAN PERNAH SEKALIPUN SENTUH MAMA DENGAN PAPA! KAU NAK APA SEBENARNYA!!" Teriak Zafriel dalam talian.kemarahannya semakin memuncak.

"Nisa.aku nak Nisa!" Jawab Adrian ringkas.

Zafriel sudah terkedu.

"Kau takkan pernah dapat kan dia ! takkan pernah aku akan jaga dia sampai akhir hidup aku! "

"Owhhh...aku tahu kenapa !! sebab dia bini kau!!KAN! KAU INGAT AKU TAK TAHU KE??!!KAU MEMANG MEMINTA KAN!! " terdengar bunyi tumbukan kuat di dalam talian.kemarahan Adrian sudah tidak boleh dikawal lagi.nafas Adrian kedengaran tak teratur di telingga Zafriel.

"Memang! memang dia bini aku..aku akan jaga mama papa dan Nisa..!! kau takkan boleh usik Dorang..polis akan cari kau!kau ingat tu!"

Hembusan nafas panjang dihembuskan oleh Adrian.kedengaran bunyi meja diketuk beberapa kali.

"Polis? hmmm...kau tunggu mama dengan papa akan mati dalam tangan aku!" Ugut Adrian lagi tanpa berasa bersalah sedikit pun .dia dah tak kisah dengan darah yang mengalir di badannya, darah kedua ibu bapa nya! baginya dendam yang ada di hati lebih penting dari segala-galanya!

Panggilan diputuskan oleh Adrian.

Zafriel sudah terkaku.Mata mula memerah menahan keperitan yang ada dihatinya ,fikiran nya bercelaru.

Harapan nya sekarang ini cuma satu iaitu Malik .Malik sahaja yang boleh jadi bukti untuk menangkap Adrian.kerana hanya Malik sahaja satu-satu nya orang yang tahu tentang Adrian.

****

SEMINGGU berlalu .sedar tak sedar sudah seminggu Nisa dan Zafriel berkawin.cepat sahaja masa berlalu.

Sarapan pagi sudah pun disiap kan oleh Nisa ,Semua makanan di bawa ke atas meja untuk di makan bersama-sama dengan Zafriel nanti.

kepala di picit nya beberapa kali.Entah kenapa dari semalam lagi dia rasa tak sedap badan.kepala pun pening tak tentu pasal.

Mata dipejam nya sebentar agar keadaan nya baik sedikit.

Turun sahaja dari anak tangga Zafriel terus menuju ke arah nisa.dahi Nisa di cium nya sebelum melabuh kan punggung di kerusi.

Nisa mengaut kan terlebih dahulu nasi goreng di pingan Zafriel sebelum duduk .

"Sayang ..kepala abang tiba-tiba peninglah nanti ambil kan abang ubat Panadol ye .." Beritahu Zafriel kepada Nisa .Nisa sudah melihat wajah suaminya itu ,mata nya sudah membulat.Aik ?tak sangka pula Zafriel pun pening kepala juga.

'kalau iya pun serasi takkan sakit pun sama-sama' kata hati perempuan itu.ialah pelik pula boleh bersama-sama sakit.macam kembar pulak dah!

mungkin faktor cuaca Kut!

"Itulah kan ..Nisa pun pening juga ..cuaca Kut tak menentu sekarang ni tu lah kita pun jadi pening sampai lagu ni sekali.." teka nisa .

"Maybe?" balas Zafriel ringkas.pinggan berisi nasi goreng di makan dengan perlahan.

Nisa menyuap kan nasi ke dalam mulut nya.Dikunyah perlahan.Tapi entah kenapa pula tak sedap tekak sahaja dia mahu telan nasi itu tapi tetap dipaksa masuk kedalam tekak nya.

Sudu besi di letakkan nya ke tepi.

"Nisa dah kenyang.." kata Nisa sambil melihat wajah Zafriel.

"erk? Sayang ada makan ke tadi macam tak berusik je?" kata zafriel .hairan?

"ada lah...abang ja tak perasan."jawab Nisa selamba.

Zafriel hanya mengangguk.

"hm..Abang..boleh dak Nisa tak masuk office Hari Ni ..sakit kepala lah..badan pun lemah ja semacam " Jelas Nisa .kalau dia paksakan diri juga masuk office sekarang mesti dia jatuh terlentang masa kerja nanti.baik ambil langkah berhati-hati.

Selesai sahaja makan.Zafriel terus berdiri tegak di hadapan Nisa.kepala Nisa di usap nya perlahan .

"boleh..Nisa rehat eh..Abang ingat pun macam tu juga ..kesian sayang nanti..dah abang nak pergi kerja ye.kalau ada apa-apa call abang"

Tangan Zafriel di salamnya mesra.terus sahaja zafriel berlalu dari situ.

Hilang sahaja bayang Zafriel .Nisa terus naik ke dalam bilik.memang dah tak boleh bawa bincang dah sakit kepala nya saat ini! sakit yang amat!

Kepala di pegang nya perlahan .aduh! sakit betul kepala nya saat ini macam magrain pun ada.tekak pun rasa macam mual sahaja.

Badan di sandarkan nya di kepala katil.baru selesa sikit.Beg sandang yang berada di tepi meja menjadi tatapan nya.diambil perlahan .

Handphone iPhone milik zafriel di keluarkan nya dan diletak kembali beg sandang nya di atas meja.Dibelek-belek nya handphone itu.charge handphone di ambil didalam laci dan di pasang ke handphone iPhone milik zafriel.

"Kalau tak boleh on tak jadi lah aku nak surprise kan Zafriel nanti.." Kata Nisa seorang diri .handphone iPhone di on kan nya.

Senyuman sudah terukir dibibir bila melihat telefon itu dapat juga di hidupkan .

"Wahhh dah elok dah.."kata Nisa .baru kali ini dia on handphone itu kembali.

Senyuman terukir dibibir lebar.mesti suaminya itu gembira dapat tahu iphone kesayangan diperbaiki semula.tak sabar rasa hati nak beritahu Zafriel tentang hal ini!

"tak sabaq nya aku tunggu dia pulang rumah.." Kata Nisa.

Bila sahaja dia melihat depan skrin banyak panggilan telefon tapi tak tahu siapa .nombor itu langsung tak ada nama.

"Siapa pula ni?" Soal Nisa sendiri.

Senyuman di bibir sudah semakin memudar.cepat-cepat dia cuba membuka handphone itu namun tak boleh dibuka kerana terkunci.Perasaan tak sedap hati mula menguasai hati.

"Kunci?"

Nisa tanpa ragu memasukkan tarikh lahir Zafriel ke dalam pin handphone itu.Mana tahu dapat terbuka.perasaan nya betul-betul tak boleh nak tenang sekarang ini.Takkan lah Zafriel ada sembunyi kan apa-apa rahsia dengan dia?

Senyuman nipis terukir dibibir bila handphone itu terbuka.Kebetulan betul ..tak sangka boleh terbuka.

tanpa ragu dia terus melihat nombor telefon yang menghubungi Zafriel berulang kali.

Hembusan nafas kecil dilemparkan nya .Nombor itu langsung Zafriel tak beri nama dan dia langsung tak tahu siapa pemilik nombor itu? Dilihatnya lagi whatsapp suaminya itu.

Dan!

Air liur ditelan nya perlahan.Air mata tiba-tiba sahaja mengalir dipipi.handphone milik zafriel ditutup nya dan diletak di atas meja semula.

Kenapa?

kenapa?

kenapa ini yang terjadi?

"Nisa percaya kan abang ,tapi sanggup abang tipu Nisa.." Esakkan tangis menguasai bilik itu.Kepala nya di pukul nya beberapa kali.Hatinya betul - betul sakit ! Hanya Allah SWT dan dia sahaja tahu kesakitan yang dia alami sekarang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience