37

Romance Completed 177263

OFFICE

BILA SAHAJA nisa teringat sesuatu hal .dia terus menuju ke Office sebelum kembali ke rumah untuk berehat.Walaupun badan nya terasa betul - betul lemah,kepala pun asyik pening sahaja dari tadi.Tekak pula terasa loya semacam.Mungkin kerana bawaan baby didalam perut membuat dia sedikit sebanyak tak selesa..

kereta diparking ngam-ngam dihadapan syarikat milik Zafriel .hembusan nafas perlahan di keluarkan terlebih dahulu sebelum melangkah kan kaki mahu masuk ke dalam syarikat itu.Dengan segera dia menaiki lif agar cepat sampai .

Perlahan kaki nya melangkah menuju office.Masuk sahaja di office semua mata menuju ke arah nya namun,nisa hanya bertingkah selamba seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Semua staff di situ semakin hairan kerana setahu mereka Nisa tak akan masuk kerja kerana ambil cuti tapi tiba - tiba sahaja perempuan itu datang ke Office .

Pintu bilik Zafriel sudah di buka oleh Zafriel luas.Tak sangka Nisa masih mahu masuk bekerja di office.Senyuman terukir di bibir Zafriel apa bila melihat isterinya ada di hadapannya ketika ini.

Nisa melihat wajah Zafriel tajam lalu terus ke arah meja nya .

Segala fail-fail hitam di susun kemas di satu tempat.barang - barang nya yang di simpan di laci di ambil lalu di simpan di dalam bekas yang ada di bawah mejanya.Kotak di tepi meja di ambil kemudian di letakkan nya semua barang - barang nya.Tiada satu pun terkecuali.

"Nisa buat apa ni? kenapa nisa kemas semua nya?" Soal Zafriel .hatinya terasa tak tenang.lengan Nisa di pegang nya menghentikan perbuatan isterinya itu.

Nisa menepis pegangan Zafriel .Anak mata Zafriel ditatap nya tajam.

"saya nak berhenti kerja." Ucap Nisa dengan kata hormat dia masih mahu menutup masalah rumah tangga nya di hadapan staff - staff office.Tak mahu aib keluarganya sendiri tercemar.

Zafriel mengelingkan kepala perlahan.dia tak mahu Nisa berhenti dari office itu .Dia mesti menjaga perempuan itu selama 24 jam.

Tangan Nisa di genggam nya lembut.

"Nisa..please..be professional.Jangan berhenti kerja sebab masalah rumah tangga kita.Abang boleh terangkan dekat Nisa apa yang jadi antara abang dengan Adrian."

Mendengar kata - kata zafriel Nisa sudah melihat wajah lelaki itu dengan tajam.

"saya rasa .saya dah profesional.tuan tu yang tak profesional..ini keputusan saya .So..apa yang salah ?" Tegas Nisa masih dengan keputusannya.tangannya yang berada di genggaman Zafriel diambil nya kembali.

Barang - barang nya yang masih tertinggal di atas meja diisi semula kedalam kotak.

"Nisa please..Jangan buat abang macam ni."

Nisa kembali menghadap wajah suaminya itu.

"Buat macam mana? ah! saya nak berhenti kerja itu keputusan saya.apa yang salah ..tak ada kan!" Nada suara perempuan itu semakin tinggi .Tangannya kembali ligat menutup kotak yang sudah terisi penuh.Emosi di hati masih di tahan lagi!

Bahu Nisa ditariknya perlahan untuk menghadap ke arah nya.

"Jangan buat abang terseksa macam ni Nisa! tolonglah .Abang tak salah! Nisa tu yang salah faham ! abang dah banyak kali cuba nak explain dekat Nisa Tapi Nisa tak pernah nak dengar ! "

Emosi Zafriel tiba - tiba meningkat .Bahu Nisa ditekan nya agak kuat.

Nisa cuba lari dari pegangan Zafriel namun tak berdaya.

"Lepaslah ..apa ni!" Jerit nisa tanpa memperdulikan mata - mata yang melihat mereka .

"Abang takkan lepas kan Nisa !"

"Apa yang kau nak ni? ah! apa lagi! tak cukup lagi kau tipu aku ah! APA LAGI !"

"Abang cuma nak satu je..tolong percaya kan abang ..tolong lah jangan jauh kan diri dari abang.."

Mata Nisa sudah berkaca - kaca perasaan nya bercampur baur antara kecewa dan sayang.jujur dalam hatinya yang paling dalam dia sayangkan Zafriel..dia tak mahu berpisah dengan lelaki itu tapi hatinya tak kuat untuk menerima bahawa Zafriel adalah adik kandung kepada lelaki yang paling dia benci ! lelaki iblis !

"aku tak boleh terima kau dalam hidup aku..aku benci Adrian..aku benci kau..aku benci keluarga kau..aku tak nak ada kena mengena dengan kau lagi..jadi tolong lepas kan aku.." Ungkap Nisa .Air mata mengalir dipipi dia sudah tak mampu menahan sebak di dadanya.

Penganggan Zafriel di lepaskannya dengan tenaga yang masih ada.

Zafriel terdiam mendengar kata-kata dari Nisa .setiap kata yang perempuan itu katakan semua memberi kesan di hatinya.Kenapa dia yang jadi mangsa kebencian perempuan itu ? dia sayang kan Nisa..

"Abang sayang kan nisa! .abang takkan pernah lepas kan nisa.abang cintakan Nisa.Tak pernah sikitpun dalam hati abang untuk lepaskan Nisa...tak pernah " luah zafriel .

Air mata mengalir deras.mask di wajah di buka untuk melap air mata nya dan di pakai semula.Wajah Zafriel di tatap nya dalam.

"Sudah lah ..kau jangan nak berlakon jadi baiklah..kau nak apa dari aku ? kau jadikan aku isteri kau ? kau jadikan aku PA kau ? Kau nak apa ni sebenarnya ?! kau nak bunuh aku ke?" Ungkap nisa.kepalanya yang terasa pening dipegangnya.

Zafriel terdiam mendengar semua tuduhan Nisa.Jujur dia katakan setiap hari dia mahu lindungi perempuan itu dari adrian.Namun,Semakin hari niat nya bertukar menjadi sayang dan cinta.

Kepala di pegang oleh Nisa kuat sakit kepala tidak mampu untuk di tahan lagi.Ditekannya kuat kepala nya .Tekak terasa muak dengan cepat Nisa terus meninggalkan Zafriel dan terus pergi ke bilik air .Dia betul-betul sudah tak tahan!

Zafriel yang melihat tingkah laku Nisa terus berlari mengikuti Nisa.dia risau dengan keadaan isterinya itu.

Sebaik sahaja Nisa keluar dari bilik air.Zafriel mendekati isterinya itu.

"Nisa tak apa - apa ke ? jom pergi hospital muka sayang pucat ni.."

Wajah Zafriel di tatap nya tajam sebelum dia jatuh ke pelukan lelaki itu.

Zafriel terus mengangkat tubuh Nisa.lelaki itu pantas berlari untuk keluar dari office..

"Ka Anis kalau ada apa - apa hal beritahu saya sibuk " pesan Zafriel sebelum keluar.Dia berlari sepenuh tenaga nya.Tombol lif yang berada di tepi di tekan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam untuk pergi ke tingkat bawah.

SAMPAI sahaja tingkat bawah ,Zafriel dengan cepat berlari ke kereta nya.Dia tak mahu ada apa - apa yang terjadi kepada perempuan itu.

****

HOSPITAL

Zafriel duduk di hadapan meja doktor.Wajah doktor perempuan itu di lihat nya penuh risau.Dia risau jika berlaku apa - apa kepada Nisa.

Doktor perempuan itu melabuh kan punggung di kerusi bila sahaja selesai memeriksa Nisa.

Wajah Zafriel di lihat nya dengan senyuman nipis yang berada di bibir.

"Lain kali hati - hati tau ..jangan bagi puan Nisa terlalu penat ..kesian baby dalam perut nanti.." Pesan Doktor itu kepada zafriel.

Kening dikerutkan oleh Zafriel .Tak faham apa yang doktor itu cuba katakan ? Baby ? Kalau nisa pregnant kenapa isterinya itu tak pernah beritahu kepada dia tentang hal ini ? dia sudah tak penting kah di dalam hidup perempuan itu sampai perkara sepenting ini langsung Nisa tak beritahu dia ?

"Apa ? maaf saya kurang faham .." Soal Zafriel kembali ingin memastikan maksud disetiap kata Doktor itu tadi.

"Tuan tak tahu ke ? puan Nisa kan pregnant .dah hampir 3 minggu dah pun.." Beritahu Doktor perempuan itu .

Zafriel sudah terdiam kaku.bibir nya tersenyum lebar.Namun, hatinya ada terasa sedikit kecewa kepada sikap Nisa .Sanggup perempuan itu rahsia kan hal yang berharga ini kepada nya .

Dalam keadaan seperti ini tiba-tiba sahaja dia teringat tentang hal semalam.Dayusnya dia sebagai seorang suami menampar Nisa sekasar itu semalam sedangkan Nisa dalam keadaan pregnant.Wajar kalau emosi perempuan itu tak stabil..

Kalau dia tahu tak mungkin dia perlakukan Nisa seburuk itu.YaAllah ampun kan lah hamba mu..

Tapi...kenapa Nisa tak beritahu dia awal - awal ? benci sangat kah Nisa terhadap diri nya ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience