1

Romance Completed 177269

NISA DIANDRA menyiap kan segala dokumen nya untuk dia pergi interview sebentar lagi.Roti kering di atas meja di ambil lalu digigit dan dikunyah perlahan .Tangannya masih lagi menyusun semua dokumen nya dengan tergesa-gesa.Sesekali dia menjeling kearah jam dinding di dalam biliknya.

Laci di rak meja kecil di buka dengan tergesa-gesa.selendang di atas kepala yang hampir tergugur di pin cepat.

"Aduh selendang aku ni time Ni lah hang nak buat pasai ..aku dah lambat ni.."Rungut Nisa yang sudah mengambil beg sandangnya lalu disandang di bahu sebelah kanan dan siap!

Kaki nya melangkah laju .

"Amboi Hang Nisa..kalang kabut ..tulah hang aku dah abaq dah kat hang jangan tidoq sampai jam 1 pagi tapi hang degil." Terdengar sahaja suara itu Nisa sempat melihat kebelakang lalu kembali mengambil langkah malas nak layan Mak Jemah seorang itu.Tak lain tak bukan Housemate merangkap Bff perempuan itu yang senang dipanggil Liz.walau pun pada akikatnya nama perempuan itu Nurul Jannah Eliza.Ya,nama kampung tapi mengada nak nama glamour bagai.

Langkah laju diambil oleh Nisa .Kunci kereta yang bergantung di atas pengantung kunci di ambil pantas.

"Hang ni kan Nurul Jannah Satu hari tak kepoh pasal aku tak boleh kah ? " Bibir Liz sudah muncung ke depan.kurang suka mendengar nama nya dipanggil seperti itu.Kasut yang berada benar-benar di hadapan pintu utama di pakai nya kemas.

"Hang ni kan dah berbuih mulut aku ni kata kat hang..jangan panggil aku nama tu lah ..malu aku kalau orang lain dengaq" Tangan diselang ke atas dada sambil matanya masih memerhati setiap langkah Nisa yang sudah masuk ke dalam perut kereta.

Tangan kanan sempat dilambaikan ala-ala ratu cantik antarabangsa .saja mahu menyakat kawannya seorang itu.

Fuh..

Nafas perlahan dihembuskan oleh Nisa perasaan berdebar-debar pada ketika ini.Harap-harap lah dia dapat kerja di tempat itu kalau ikut dari iklan syarikat yang dia nak pergi sekarang .Syarikat itu memerlukan seorang arkitek untuk menyiap kan satu pembinaan .Entah pembinaan apa pun dia tak tahu.Tapi kalau ikut kelayakkan dia memang sangat layak untuk menjadi arkitek di syarikat itu.Confirm berjalan lancar lah kalau dia yang jadi arkitek pembinaan itu.

"Ni Nisa Diandra lah confirm semuanya berjalan lancar tanpa sekatan ..bak kata mak aku ..aku ni bertuah..hahaha" Puji Nisa kepada dirinya sendiri .bibir nya sudah tersenyum lebar telapak tangan di tepuk nya sendiri membayangkan orang lain pula yang memuji dirinya.

Bila saja kereta itu hampir terbabas ke tepi terus sahaja matanya membulat dan memegang kembali stereng kereta dengan cepat.Fuh nasib baik tak incident Kalau tak dah arwah lah pemilik nama Nisa Diandra.

"Aduh hang ni kan Nisa kalau hang terbabas tadi ..confirm tergolek ..mengelumpur atas jalan raya..terima kasih YaAllah kau selamatkan nyawa aku.." Nafas di atur nya perlahan masih merasakan kejutan sekejap tadi atas kelalain nya sendiri.

Bip..Bip..
Kendengaran getaran bunyi handphone di beg sandangnya terus matanya melihat ke arah beg itu namun tidak dipedulikan .biarkanlah telefon nya terus berbunyi yang penting dia selamat .Tak mahu kejadian tadi berulang lagi.

***

SAMPAI SAHAJA di parking kereta ngam-ngam dihadapan syarikat yang dia liat kemarin melalui iklan.rasanya betul tempat ini yang dia ingin interview.kalau ini lah tempatnya memang dia berpuas hati untuk kerja di tempat seperti ini .dah lah cantik ..Luas pula.ditambah lagi syarikat itu memang besar.

Ibu jarinya automatik naik diatas mukanya sendiri.Sangat superb!

"cantik bak hang..ni belum tengok dalam lagi.. aduh tak sabaq aku nak tengok dalam ..mesti cantik juga.." Oleh kerana terlalu terpesona dengan pemandangan di sana tiba-tiba sahaja dia menepuk bahu seseorang .Entah dari manalah dia dapat keberanian itu.Ialah nak tunjukkan yang dia akan bekerja di tempat secantik itu.mesti lah berlagak sikit kan !

Pak!

"Woi..hang tengok tempat aku kerja ..ah cantik kan....amboi cantik sangat,luas.. hang ada tak da kan..dah lah aku pi kerja dulu.." Bahu lelaki itu ditepuk-tepuk nya beberapa kali sebelum dia meninggalkan lelaki itu terdiam seketika di situ.

Kaki melangkah pantas mahu pergi ke tingkat atas menggunakan lif .jam di tangan di lihat seimbas .

"Aduh lah ..lif ni cari pasal betullah..hang tau dak aku ni dah lambat..aku lempang sat lagi terabur hang lif..sakit jiwa betul aku pagi-pagi macam ni." rungut Nisa lagi terlalu kesal dengan lif dihadapannya itu.di liat-liat nya lif itu masih tertutup dengan rapat.

Ha'Hem!

Kepala dipusing kebelakang untuk melihat siapa pemilik suara deheman itu tadi.automatik kakinya melangkah kebelakang untuk berada di samping lelaki itu.

"Erk ..hang Lagi kah..ahh aku tau hang pun nak interview juga kan ? haahah samalah kita..tapi aku rasa hang tak dapat Kut jadi arkitek kat syarikat ni ..pasai aku ni lagi hebat dari hang.." Ucap Nisa dengan senyuman lebar tak lekang dibibir.

lelaki di samping nya sudah melihat wajah perempuan di samping nya.Akrab betul perempuan itu bercakap dengannya.nak kata kenal..memang tak lah dia kenal perempuan seperti itu.entah makhluk asing mana pun dia tak tahu.

"whatever.." Sepatah sahaja lelaki itu menjawab sebelum menekan lif di depannya.lalu masuk kedalam lif.

Mahu ternganga mulut Nisa bila melihat lelaki itu senang-senang sahaja masuk kedalam lif yang dia tunggu sejak tadi..mata dikecilkan nya menahan rasa geram.Tarikan nafas di hembus perlahan.

"Sabaq Nisa jangan stress..hang nak kerja kan .. senyum Nisa senyum.."

Senyuman dipaksa untuk terlukis dibibirnya.mata nya tiba-tiba terlihat tombol di tepi lif yang dia tunggu tadi automatik tangannya mengetuk dahi.Ah ini lah salah satu kelebihan Nisa Diandra..Bodoh tahap maximum!

"Yang hang pun satu Nisa ..bodoh sangat..yang hang tak tekan tombol besaq ni dah kenapa ..hang tak sekolah kah Nisa..ehh nak buat lagu mana lagi naik tangga lah jawab nya ..Arghhh!"

Kaki nya melangkah laju menaiki anak tangga dan setelah dia beberapa kali berehat untuk meneruskan perjalanannya menaiki anak tangga akhirnya sampai juga dia di tingkat tempat dia bekerja.sempat dia melihat sekeliling syarikat .Ok memang tip top ! cantik dan luas !

Peluh di atas dahi di lap nya .tercungap-cungap nafas perempuan itu dibuatnya.

Masuk sahaja dia didalam pejabat itu .dia terus sahaja mendekati seorang perempuan yang agak tua darinya.senyuman di berikan dahulus sebelum memulakan perbualan.

"Ni kak..saya nak tanya ..akak tahu tak tempat nak interview saya ni.."

dahi dikerutkan oleh perempuan awal 30-an itu .tak faham apa maksud dari kata-kata nisa tadi.

"ah ? maksud kamu nak interview Arkitek ke?" Soal perempuan bernama Anis atau lebih di kenali kak Anis.setiausaha di syarikat itu.

"Ahh yang tu lah kak" Ucap Nisa lagi.

Telapak tangan kanan cepat-cepat diletakkan ke bibir nya.Kelakar dengan sikap Nisa yang seakan-akan seperti orang yang tidak tahu apa-apa.polos.

"Rasanya ..kamu dah silap tengok iklan ni .."

"Ah? "

Terkejut beruk Nisa bila mendengar kata-kata dari kak Anis tadi.apa maksud perempuan itu ? apa yang silap? kepala digaru nya perlahan masih blur dengan percakapan kak Anis .

"Sebenarnya.."

"Kak Anis ." Pangilan itu tiba-tiba sahaja menganggu perbualan mereka.serentak mereka berdua melihat kelibat lelaki yang memanggil kak Anis tadi.

"Kejap yer akak nak pergi jumpa tuan Zafriel sekejap" Hanya anggukan kepala Nisa adrina yang menjadi tanda faham mewakilkan dirinya.

Mata nisa langsung tak boleh berkelip bila melihat wajah lelaki sehandsome dan sekacak lelaki itu.kalau lah dia boleh bekerja di tempat ini confirm dia lah manusia yang paling bertuah diatas muka bumi ini.Aih..tak boleh dia bayangkan.

Wajah tiba-tiba memerah . senyuman nya bertukar menjadi tersipu-sipu malu membayangkan yang dia akan bekerja di pejabat itu dan berjumpa dengan lelaki yang di katakan Tuan Zafriel oleh kak Anis tadi.

"Segak nya lah aii...hensem sungguh..aku rasa hati aku dah di curi sepi oleh Tuan Zafriel ni..ahh tengok baru sekali aku dengaq akak tu bagitau aku nama dia terus ada dalam kepala otak Nisa diandra.memang power penahan asmara tuan Zafriel ..Aduh confirm Tak tidoq malam aku"

Pak!

Lamunan nya terhenti apabila bahu terasa sedikit pedih akibat di tampar oleh seseorang.

"Aduh.." ucap Nisa menyapu-nyapu bahu nya yang di tampar agak kuat oleh seseorang tadi.kacau betul ! baru dia nak felling-felling bayangkan tuan Zafriel tadi.

"Tuan Zafriel panggil kamu tu..pergilah masuk dalam.nak interview Jadi arkitek kan ?"

"Ofcous lah kak"

Tanpa ragu-ragu Nisa mengambil langkah mengarah ke arah bilik tuan Zafriel.pintu dibuka cepat.mahu interview mestilah semangat kan!

"Asalamualaikum ..Tuan zafriel.saya dah sedia ni nak di interview " Ucap Nisa yang sudah pun duduk di atas kerusi tanpa di pelawa .siapa tak kenal Nisa Diandra main redah Aje.

Pandangan mata lelaki itu tajam melihat wajah Nisa .Dahi dikerutkan nya .macam dia pernah tengok muka perempuan itu tapi tak tahu pula dimana .Setelah beberapa saat memerhati wajah perempuan baru lah dia perasan perempuan itulah yang menegur nya di bawah tadi.senyuman sinis di lukis di bibir.

Nisa sudah tersipu-sipu .malu pula dia di tenung seperti itu.

"Tuan saya tahu lah saya ni cantik tapi tak payah lah nak tenung lagu tu..malu saya.." Ucap Nisa yang masih tersenyum gedik di depan Zafriel.

Zafriel melihat wajah perempuan itu lagi .kali ini tangannya mengetuk meja sedikit kuat memberhentikan sikap tak sopan perempuan itu.baru kali ini dia melihat orang seperti itu.

"I rasa..I Tak pernah suruh you duduk " Sindir Zafriel yang sudah tersenyum sengit.kerusi di putar-putar nya kekiri kekanan ala-ala lelaki idaman Malaya di drama Tv 3.

Nisa cepat-cepat berdiri lalu mengelap tempat yang dia duduk tadi.cuba cover malu.

'Alamak aii..kerusi pun hang nak kedekut kah' bisik hati Nisa ketika ini geram pula dia melihat sikap Zafriel .

"you nak kerja sini kan ?" Soal Zafriel.

"Ha'ah mestilah..saya nak jadi arkitek kat syarikat ni..tuan tau tak yang saya ni terer dalam bab-bab lagu ni..confirm lah semua pembinaan berjalan lancar..lagu ni tuan" Ibu jari di naikkan di depan mata Zafriel .meyakinkan lelaki itu yang dia betul-betul hebat dalam pekerjaan seperti ini.

Ha'Hem.

Deheman isyarat di keluarkan oleh Zafriel .matanya melihat sosok wajah perempuan di hadapannya itu .

"I cuma nak jawapan ya atau tidak je kan..yang you sampai nak jawab panjang macam ni dah kenapa ?!" nada suara lelaki itu di lantang kan nya sedikit agar kelihatan garang di hadapan perempuan itu.

"Owh ..sorry lah..Saya tatau pun yang tuan nak saya jawab ya atau tidak ja..kalau saya tau saya akan jawab ya atau tidak ja.sorry lah tuan" Jawab Nisa lagi.

"AIH!" Zafriel sudah berdiri tegak .tangannya sudah menghempas meja di hadapannya.tak tahu pula dia Nisa seorang yang tak faham bahasa.

Nisa sudah terperanjat dengan tindakan Zafriel tadi.bahu nya terbaik sedikit akibat bunyi yang kuat dari meja itu tadi.pucat terus muka perempuan itu dibuatnya.

"Ya" Ringkas jawapan yang diberikan Nisa seperti yang dimahukan oleh Zafriel tadi.

Zafriel menghembuskan nafas perlahan.pandangannya tajam melihat Nisa.

"Baiklah ..you boleh kerja kat sini but not become Architect but my PA..."

'Alamak Jadi PA dia pulak dah..tapi ok juga ..boleh aku jumpa hang hari-hari walaupun hang garang nak mampos tapi hang hensem jadi ok lah kut kan' Bisik hati Nisa lagi,sambil tersenyum lebar dihadapan Zafriel entah sedar atau tidak dia sedang diperhatikan oleh lelaki itu.

Zafriel melihat sekali lagi perlakuan aneh perempuan itu.aduh! dah macam terlanjat akal dia tengok perempuan itu.

"EH! YOU NAK KE TAK !" jerit Zafriel menyedarkan lamunan nisa.

Nisa tersedar dari lamunan nya tadi.terus sahaja dia mengangguk semangat .

"mestilah nak jadi PA ..tuan Zafriel yang segak dan hensem ni..siapa ja lah yang tak nak kan.." Puji melampau dari Nisa Diandra.

"Keluar" ucap Zafriel .

Dengan pantas Nisa berlalu dari bilik itu.tak sangka betul dia akan jadi PA dari tuan Zafriel .Tapi ada juga dia terfikir tadi kenapa dia tak kerja jadi arkitek ? dan kenapa pula dia boleh-boleh jadi PA tuan Zafriel ? tak masuk akal betul ! Tapi tak kisahlah yang penting dia dah kerja di syarikat itu.

Share this novel

msrh_ 07
2020-11-06 20:43:26 

smpi situ je ke

MYsterius06
2020-09-21 23:04:42 

sure nnti sya sambung yer.^_^

...
2020-09-21 19:46:06 

nk lg ss! bst sgt.. :)


NovelPlus Premium

The best ads free experience