12

Romance Completed 177269

RENUNGAN MATA seakan menyimpan seribu rahsia.Telapak tangan meraup wajahnya yang mula kusut memikirkan apa yang ada di kepala nya pada saat ini.Perasaan cinta dan takut kehilangan Nisa seorang perempuan yang dia sayang sentiasa menghantui diri nya.

"Ad kenapa kau seksa hati aku? Kenapa dia yang kau sakiti?" Ungkap Zafriel menghembuskan nafasnya perlahan.Mata lelaki itu mula berkaca-kaca.Tak sanggup seandainya Perempuan itu tahu siapa Adrian di dalam hidupnya.

"Kenapa aku!?" Esakkan Zafriel mula kedengaran dan memenuhi setiap ruang bilik nya.penumbuk di tangan didaratkan di atas katil nya.Air mata mengalir deras .Rasa sakit yang ada dihati tidak dapat ditahan lagi.

Dia takut kalau Nisa akan meninggalkan dia pergi!

Dia takut kalau perempuan itu akan membenci nya seperti mana Nisa membenci Adrian!

Dia takut Nisa akan melupakan dia untuk selamanya!

kenapa rasa takut itu sentiasa membelenggu diri?

KENAPA?

KENAPA?

DAN KENAPA?

Mata nya dibawa Kehulu ke hilir cuba menenangkan hati yang semakin gundah.
Tiba-tiba Anak mata automatik tertumpu kearah Rak meja dihadapannya.

Kaki nya pantas sahaja melangkah ke arah rak meja.Laci dibuka perlahan.Sekeping gambar di dalam laci dilihat lama.Gambar itu di ambil lalu ditenung penuh makna ,Mata kembali memerah bila melihat wajah seorang lelaki iaitu abang kandungnya sendiri didalam gambar.

Esakkan tangis menguasai diri lagi.

"Ad ..Aku cintakan dia..tolong jauhkan diri dari dia.." Bisik perlahan Zafriel.Setitik air mata lelakinya mengalir di pipi.sebak!

Gambar itu di koyakkan kasar lalu di baling diatas lantai.Apa yang Adrian buat dekat Nisa 8 tahun lalu semua dia tahu...Semua rahsia Abangnya itu semua dia tahu..dan takkan pernah dia lupakan walau sesaat pun.

Kerna itu dia mahu menebus kembali kesilapan besar Abangnya dulu dengan membahagiakan seorang perempuan yang bernama Nisa Diandra .

Dia janji!

***

NISA YANG sudah bersiap sedia mahu pergi ke Office melihat handphone nya terlebih dahulu,mana tahu kekasih hati ada menchat nya pagi-pagi begini.Jarinya mula bermain di atas skrin telefon.Namun masih tidak ada sesiapa yang menghantar pesanan.

Hmm!

Keluhan kecil dilontarkan oleh Nisa.Ingatkan Zafriel ada menanya kan khabar nya atau menghantar mesej rindu kah ? rupanya langsung tiada.Betullah lelaki itu sedingin ice .Mesti Nisa juga yang terhegeh-hegeh pergi chat dahulu..Hm! Tak sweet Langsung!

"Ingat aku nak chat hang Dulu kah? jangan harap !" Ucap Nisa . Handphone Samsung nya di masukkan ke dalam beg sandang .Kemudian,Kakinya terus melangkah laju menuruni anak tangga .Dan pergi ke dalam kereta.Malas nak lewat-lewat kan masa nanti dia juga yang kena tengking oleh CEO syarikat itu.Menyampah!

Kereta di bawa laju.

________

SAMPAI SAHAJA di tempat kerja nya .Kereta di parking dengan berhati-hati .Dilihat kekiri kekanan dahulu sebelum keluar dari keretanya.Yalah,mana tahu ada permata hati lalu tapi hampeh!

"Mana hang ni?" Rungut Nisa sambil matanya melihat jam di tangan.Bibir dimuncungkan nya.

Kaki mencapai tanah dan mula pergi ke pejabat nya dengan pantas.

Selesai menaiki lif .

Pintu pejabat terlihat terbuka luas terus sahaja dia melangkah masuk dan mencari-cari kelibat Zafriel namun tidak jumpa.Matanya kembali mencari sosok Anis di sekeliling pejabat.

Terlihat Anis sedang makan Nasi lemak di ruangan Dinning room

Anis yang sudah sedar akan kedatangan Nisa melambai-lambai kan tangan nya dan mengangkat bungkusan nasi lemak di depan Nisa mahu mengajak Nisa makan sekali dengannya.Alang-Alang Nisa ada disitu baik dia suruh Nisa kawankan dia sekali makan bersama tak lah dia seorang diri sahaja disitu.

Nisa melempar kan senyuman lebar.Fuh! memang rezeki dialah hari ini dapat makan free.Haha!

Kaki melangkah mendekati Anis.

"Asalamualaikum kak Anis ku sayang..Nasi lemak tu untuk Nisa kah?" Soal Nisa pura-pura tak tahu.

"Untuk awak lah takkan untuk saka kat belakang awak pula " Gurau Anis .

Nisa mencebik kan bibir.Alah..gurau kasar nampak kak Anis !

Nisa mengambil tempat untuk duduk di atas kerusi berhadapan dengan Anis .senyuman pagi diberikan untuk Anis terlebih dahulu.

"terima kasih ka Anis..Ermmm...tu dia sedapnya Bau .." Kata Nisa sambil mengibar-ngibar kan tangan menghirup bau Nasi lemak.

"Makanlah kalau sedap.."Pelawa Anis.

Nisa mengambil sudu di dalam plastik lalu di buka perlahan bungkusan nasi lemak itu.

Tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki yang baru sahaja masuk kedalam office.Sudu diletakkannya semula .Dia pasti itu Zafriel.Kaki nya mencapai lantai mahu melangkah menghampiri Mr.dingin nya itu.

Nisa berdiri menyandar di pintu Dinning room sambil memberikan senyuman lebar ke arah lelaki itu.

"Saya dah tak lambat dah tuan.." Kata Nisa sedikit riak .Yalah mana tak riak nya hari ini dia awal datang sedangkan lelaki itu baru sahaja sampai.

Langkah terhenti seketika,Wajah Nisa dilihatnya sekilas.Hati lelaki itu tak sanggup melihat wajah polos nisa.Sebak dihati ditahan agar tidak terbawa suasana.

"Baguslah.." balasan sepatah dari Zafriel kemudian berlalu dari situ.

Nisa sudah ternganga mulut bila melihat sikap Zafriel sedingin itu.Mungkin lelaki itu tiada mood Kut pagi-pagi begini itu sebab lah Zafriel murung sahaja tanpa senyuman manis yang selalu membuatkan dia cair hilang entah kemana?

Nisa mengikuti Zafriel dari belakang.

"Tuan...senyum lah sikit..pagi-pagi lagu ni baik tuan senyum ..segak sikit.."Kata Nisa berusaha membangkitkan semangat gembira lelaki itu.

Ermm..

Keluhan berat dilepaskan oleh Zafriel.Badan diputarkan nya kebelakang dan mata melihat wajah Nisa .

Senyuman diukir nya paksa.

"puas.." Ucap Zafriel kembali melangkah masuk ke bilik nya.Nisa yang masih belum puas hati dengan sikap lelaki itu masih mengikuti nya hingga masuk kedalam bilik Zafriel.

Rasa risau mulai menerjah hatinya.

'Awat mamat ni moody semacam?' Bisik hati Nisa .

"Tuan..saya ada buat apa-apa salahkah?" Soal Nisa.

Zafriel yang sudah duduk diatas kerusi nya .melihat sekejap wajah Nisa lalu memberikan senyum sengit sebelum kembali mengambil beberapa fail di lacinya.

"you rasa you ada buat salah ke?" Soal Zafriel kembali sengaja mahu melihat wajah panik Nisa.

Nisa mengeling cepat.

"So?" Ucap Zafriel yang hanya melihat Nisa dihujung mata.

Nisa menatap wajah Zafriel.Dikecilkannya matanya sekecil yang mungkin.

"Tuan tak jadi lamaq saya kah? tu lah pasai nya tuan lagu ni? tuan dah berubah fikiran kah? sebab tuan dah jumpa lagi bagus dari saya? kalau tuan dah jumpa yang lagi bagus dari saya ..saya okay ja..walau hati saya ni terluka.." Ungkap Nisa jujur tak mahu berselindung lagi.buat apa dia teruskan untuk menjadi isteri lelaki itu kalau hati Zafriel sudah dimiliki orang lain.

Mendengar sahaja kata-kata itu dari mulut Nisa automatik mata lelaki itu berpindah pantas ke arah Nisa.pandangan tajam diberikan untuk Nisa.

"Siapa cakap yang i ni tak jadi lamar you?"Ucap Zafriel lagi.

Nisa menaikkan bahu.

"Hati lelaki senang berubah encik abang Oi.." Sindir Nisa.

Zafriel menghembuskan nafas perlahan.Fail yang dipegang nya tadi diletakkan sahaja di atas meja.Dilihatnya wajah polos nisa.

"Tapi hati encik abang kat sini hanya untuk cik adik kat sana.." Ucap Zafriel sambil menunjuk ke arah nisa.senyuman terlukis dibibir.

Nisa sudah tersipu sedikit namun masih dicover nya.Wajah di alih ke tepi tak mahu senyuman dari bibirnya kelihatan.

'Lama-lama boleh kencing manis aku kalau lagu ni..' bisik hati Nisa.

Mata kembali mengarah ke arah Zafriel.

"Kalau lagu tu..awat tuan lagu ni?"

Mata dikecilkan oleh Zafriel.

"Lagu mana ? " Ejek Zafriel .

"Lagu ni lah" Balas Nisa lagi.

"Ialah lagu mana sayangku.." kata Zafriel masih tak mahu kalah dengan Nisa.

Bergerak sedikit hati Nisa bila mendengar kata 'sayang' dari lelaki itu.Baru kali ini Zafriel panggil dia sayang.Omg! mahu berderau darah nya ketika ini.Aduhai! hang ni Mr.dingin bikin hati tak tenang.

Nisa mengetap kan gigi pura-pura kesal.

"Jangan lah main-main tuan..saya tanya betui-betui ni"

Zafriel ketawa kecil.Wajah Nisa dilihatnya lalu melangkah menghampiri Nisa..namun masih menjaga jarak antara mereka berdua Al-maklumlah belum muhrim kalau dah muhrim nanti mahu dia peluk perempuan itu ketat-ketat.

"Nisa ...look me.." Kata Zafriel lembut.

'Begegaq lutut aku..' Bisik hati Nisa tak tahan betul dia kalau berhadapan dengan Zafriel seperti terasa fikiran melayang.

"Tengah tengok lah ni" balas Nisa sambil senyuman tak lekang dibibir.

Mata nisa ditatap nya lama.

" I'm okay.." Balas Zafriel sepatah sambil senyuman manis diberikan untuk Nisa.
"Dah pergi lah buat kerja..nanti kita keluar jumpa client yer.." Pesan Zafriel lagi sebelum dia terlupa.

Nisa sudah mengangguk tanda faham .Ops! hampir dia terlupa tentang meeting dengan client hari ini tentang pembangunan yang dia akan urus bersama-sama dengan Zafriel .

Langkahan kaki melangkah perlahan meninggalkan Zafriel.

Krukkkk...

Pintu dibuka semula.

"I love you Tuan.." Luah Nisa sambil memberikan senyuman manis .sempat pula dia membuat pesanan mahal itu.

Zafriel hanya tersenyum melihat sikap comel Nisa tadi.Dia tahu cinta Nisa tulus ikhlas untuk dirinya tapi layakkah dia untuk memilikinya.Macam Mana dengan Adrian..seseorang yang perempuan itu benci!

Ya ! Adrian..abang kandungnya sendiri...

Share this novel

Eyla Qiera
2020-10-06 10:58:41 

wahh x sabar tggu netx chapter..pliss admin update cpt ckit


NovelPlus Premium

The best ads free experience