6

Romance Completed 177269

......

LIZ YANG dari tadi mendengarkan semua cerita nya pun hanya mampu gelak sakan sahaja. Langsung dia tak tahu di mana lucu nya pun.Baginya semua kejadian malam ini menguji kesabaran nya sahaja .Tambah-tambah lagi bab dia kena cium kasut Zafriel tadi .Aish ! sakit hati betul .Bila sahaja dia melihat Liz ketawa seperti itu dia terus menghalau pergi sahabatnya itu.Bukan nak tolong gosip pasal Si bos catwalk itu gelakkan dia lagi adalah.

Bibir nya di sentuh perlahan dan disapu kuat .Eh! virus Carona betul lah.Kenapa lah dia bodoh betul nak buat semua benda tu tadi mesti sekarang ini Zafriel tengah ketawa kan dia sekuat yang mungkin.

ARGH!

BENCI!

bantal di atas kepala diambil lalu ditekup kan di mukanya.Rasa sakit hati,malu,geram semua sudah bercampur baur tinggal tunggu masa sahaja lagi mahu meletus keluar .

Tok!Tok!

Pintu bilik di ketuk agak kuat dari luar.Itu tak lain tak bukan mesti Si Liz.Belum berangkat lagi kah kawannya itu ? tadi dia cakap nak balik kampung sangat malam ni tak sabar-sabar nak tunggu esok.

"Sat" Laung Nisa agak malas.

Selimut di badan di alih kan ketepi .Kaki nya melangkah malas.Tangan kanan memulas tombol pintu lalu dibuka luas pintu biliknya itu.Senyuman datar diberikan untuk Liz sambil badan nya di sandarkan ke pintu.

Liz yang sudah bertengik di depan Nisa mula menekup mulutnya rapat masih teringatkan cerita Nisa tentang Zafriel tadi.

Anak mata dikecilkan oleh Nisa.

"Ahh hang nak gelak kan aku lah tu..Aku tonjol muka hang sat lagi padan muka!" Ucap Nisa melanyangkan buku lima nya yang hanya sebesar buah Oren di pasar.

"Jangan lah marah cik kak Oii..aku nak ambik Powerbank Aku ja ..sini" Kedua telapak tangan di tujukan kearah Nisa meminta Nisa untuk mengambil kan Powerbank nya yang berada di atas katil .Nisa menoleh sekilas dan memandang Liz kembali .

Kecil besar kecil besar sahaja dia liat Liz sekarang ini .Jelingan maut diberikan terlebih dahulu sebelum mengambil Powerbank diatas katil.

Powerbank diberikan kearah tangan Liz lalu pintu di tutup rapat .malas nak layan perempuan itu lagi .Argh! menyesal betul dia beritahu semuanya pasal Zafriel tadi bukan kah dia yang jadi bahan gelak Bff nya itu.

"Nisa! jangan lupa ..ingat ciuman hang kat kasut tuan Zafriel hang tu..Bye Nisa aku pi dulu..Jangan angau sudah lah!" Perli Liz kemudian,Berangkat pergi ke kampung nya.Beg bagasi di ambil lalu di angkat terlebih dahulu melalui anak tangga sebelum menyorong beg nya itu untuk masuk kedalam kereta.

Telingga ditutup ketat oleh Nisa malas nak dengar gurauan tak bertaraf dari Liz lagi.Sebaik sahaja dia mendengar bunyi enjin kereta yang sudah berlalu pergi.Telingga di bukannya kembali.Bantal empuk di peluknya,Tiba-tiba sahaja dia memuncungkan mulutnya.

senyuman terukir di bibir.

'Awat lah aku tak cium hang ja..' Bisik Nisa masih memuncungkan mulut nya .Sedar sahaja dari lamunannya Tangan nya di kibar-kibarkan melarikan imaginasinya yang sudah jauh ke angkasa lepas.Tiba-tiba pula mood gatal nya itu muncul malam-malam begini.

"Eh..apa hang Ni Nisa ..dah gila ! haram Nisa Oii nak kena tangkap khalwat kah apa hang ni..Malu mak abah hang kalau tahu anak dia gatai nak kiss-kiss jantan yang belum muhrim."kutuk Nisa untuk dirinya sendiri bantal yang dipeluknya tadi di letakkan kembali di atas katil dan di letakkan kepalanya diatas bantal empuk itu.

Badan di serongkannya kesebelah kiri mencari keselesaan untuk tidur.Matanya melihat kesana sini.Terlihat kasut nya yang belum bersusun akibat dia terlalu penat berkerja hari ini.Seiingatnya dia langsung tak makan lagi dari tadi ialah sudah Zafriel tak benarkan dia makan dalam office Jadi tiada pilihan terpaksa lah dia puasa satu hari ini.

Kasut tumit tinggi nya diperhatikannya.Automatik bibirnya kedepan.

KASUT?

ZAFRIEL?

CIUM?

"Ehhhh! awat ke sana pula hang melalut Nisa ..Kasut ja pun hang nak jadikan Isu kah ..hang ni memang loqlaq lah Nisa..!" Ucap Nisa masih kesal dengan dirinya sendiri.Pipinya ditampar-tampar nya beberapa kali agar tidak teringat kembali kejadian itu lagi.Mata di tutup rapat mencuba untuk tidur.

Tring!Tring!

Bunyi Ringtone Handphone Samsung S3 Nisa berbunyi agak kuat membangunkan perempuan itu kembali .Baru sahaja dia mahu lenyapkan memorinya tentang zafriel tadi ada sahaja yang menganggu.

Panggilan diangkat pantas.Tak mahu handphone itu berbunyi bising lagi.

"Ah..Awat?" Nisa memulakan perbualan terlebih dahulu tanpa melihat siapa yang memanggil nya malam-malam buta seperti ini.Alah lagipun dia bukannya banyak kenalan sangat dalam handphone nya itu.Jadi tak kisah lah kalau dia berbicara sesantai itu.

"Aik? marah ke ?" Balas orang didalam pangilan itu.

"Dak eh..Suka..dah hang call aku malam-malam lagu ni..marah lah!" Rungut Nisa lagi.Kepala digaru-garu nya .gatal!

Mendengar sahaja intonasi kasar dari perempuan itu terus sahaja dia berdehem menyedarkan Nisa dengan siapa perempuan itu bercakap sekarang,berani betul Perempuan itu kurang ajar seperti itu dengannya.

"Apa? hang batuk pi lah jumpa doktor ..Awat hang nak call aku ni? Sir I'm not a doctor..aku nak tidoq hang tau dak .."

"Nisa ..I Ni..Zafriel" Ucap Zafriel dengan nada yang sedikit datar.

Mendengar sahaja nama 'Zafriel' didalam talian .Mata yang tadinya agak mengantuk tiba-tiba membulat,Dahi tengah di ketuknya kuat .Sedar dengan kesilapan yang dia lakukan sebentar tadi.

Apa hal lah Zafriel menelefonnya malam-malam buta seperti ini.Takkan baru cium kasut dah rindu Kut?

"Saya Minta Maaf tuan saya tak sengaja..mana lah saya tahu Tuan yang call saya malam-malam lagu ni" Ucap Nisa gelabah.

Senyum sengit Zafriel pada ketika ini.Maaf-maaf-maaf itu sahaja lah perempuan itu tahu tapi tetap juga tak pernah nak hormat lelaki itu.Bila bertemu depan-depan sekalipun mulut perempuan itu tak reti nak diam asyik nak melawan sahaja.

"I want ask you something?" Ucap Zafriel.

"Apa dia?" Balas Nisa.

"You can sleep after you kiss my shoes?" Soal Zafriel sambil tersenyum penuh makna ,terdengar bunyi ketawa kecil dihujung talian.

Panas sahaja muka Nisa pada saat ini.Membahang seluruh tubuh .Siapa pula yang nyalakan api malam-malam seperti ini sampai berpeluh dahi Nisa dibuatnya.Tak guna betul punya soalan!

Sengaja sahaja lelaki itu nak malukan dia.

"Tuan nak ejek saya kah ?" Soal Nisa kembali .sakit betul hatinya mendengar kata-kata Zafriel tadi.

Ketawa besar Zafriel memenuhi talian panggilan mereka.Namun,Nisa hanya terdiam ditalian malas betul dia nak layan lelaki itu asyik nak menyakitkan hati dia sahaja .

Eh kejap betul kah dia sakit hati ? bukannya suka sebab dah tercium kasut si pemilik hati.mengarut ! Kepala digelingnya beberapa kali .Apa hal pula dengan otaknya sekarang kejap suka kejap benci pula .Argh! dia sendiri pun tak tahu apa yang dia rasakan sekarang ?

"Tak delah I gurau je..Erm I just nak tahu apa aktiviti I esok ." Soal Zafriel.

"Owh iya..sat ya Tuan Zafriel saya nak cari kat laci dulu buku nota saya .Sat..sat" Nisa cepat-cepat pergi kearah laci meja nya tangan nya menyeluk disetiap ruang laci itu. "Apa susah sangat aku nak ambik hang ni buku .." Ucap Nisa bersahaja tak sedar yang dia masih dalam talian.

Zafriel sudah tergeling-geling mendengar Nisa yang berbicara seorang-seorang didalam talian itu.Punggung dilabuhkan di atas sofa sementara menunggu PA nya itu mencari buku nota yang dimaksudkan tadi.

"AH JUMPA.." Kata Nisa penuh semangat. " Tuan esok tuan ada client dari Selangor pasai pembinaan pembangunan yang baru nak dibina tu ..pastu Pukui 2 P.M tuan ada meeting dengan Dato' Sharizal,Ah pastu pukui 4 ..takda apa-apa sampai lah pukui 9 takda apa-apa lagi...Ahh last tuan ada dinner..dengan.." Tiba-tiba bacaan Nisa terhenti.

Mata di pejam celik kan apa pula tanda Soal dalam buku nota itu.Apa maksud nya pula? Kalau nak call Anis malam-malam seperti ini confirm dah tak sempat.Lagipun yang urus nota-nota tentang aktiviti itu Anis bukan dia.

"Apa pula lah tanda soal ni? takkan lah orang tak dikenali ? atau orang misteri? eh ya kan?" Bisik Nisa perlahan namun masih boleh didengar melalui handphone.

Kepala hanya mampu digeling kan oleh Zafriel .Cukup muak dengan tabiat semula jadi Nisa itu.

"Nisa ..Tanda soal tu ertinya orang penting ..but is my privasi" Beritahu Zafriel kepada Nisa .Nisa yang mendengarkan itu hanya menganggukkan kepala .

"Ah ialah ..itu sahaja.Dah saya nak tidoq ." Ucap Nisa .

"Ermm..okay bagus ." Balas Zafriel lagi.

"sat sebelum tu ..siapa pula orang penting yang tuan nak jumpa tu..ni mesti girlfriend Tuan kan ..abaq kat saya kalau tak saya viral kan satu dunia.."

"Eh ..kecoh lah you ni.." Ucap Zafriel takut pula dia kalau betul-betul perempuan itu viralkan tentang hal ini.

"Abaq lah kat saya tuan.." Paksa Nisa mahu sangat tahu siapa yang ingin dinner dengan Lelaki itu.Ops! bukan jealous saja nak tahu siapa lah beruntung menambat hati Mr.Dingin dia itu.

"Okay..but only she name .."Balas Zafriel.

"Ahh boleh lah siapa tuan..tak payah lah nak malu-malu" Ucap Nisa sudah tersenyum-senyum kambing.Perasaan ingin tahu menguasai hatinya.

"sandra" Ucap Zafriel terus mematikan talian.

"amboi Sandra..hello tuan?" Panggilan sudah dimatikan oleh Zafriel.baru sahaja dia mahu korek sikit rahsia lelaki itu dah dimatikan.

"Amboi tuan Zafriel dah pandai nak bercintan-cintun ..tak pa nanti kalau aku tahu siapa sandra aku viral kan satu dunia" Ketawa Nisa ." Tapi..awat bukan aku? tak cukup cantikkah Nisa diandra untuk tuan Zafriel Khairy ..amboi Nisa berfalsafah ..dah tidoq sambung berangan esok"

Mata dipejam kan oleh Nisa.Tidur!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience