13

Romance Completed 177263

WAJAH NISA dilihatnya lama,Senyuman terukir dibibir secara tiba-tiba.Kalaulah satu hari nanti wajah itu tidak lagi ada di depan matanya..Entah macam mana dia mahu meneruskan hidupnya lagi.Nisa Diandra satu-satu nya perempuan yang boleh mengisi hati nya yang keras ini.

Bila perasan sahaja Zafriel melihat sepelik itu dia terus menilik-nilik tudung nya .Ada apa-apa yang tak kena kah ?

"Tuan.." Tangan dilambai-lambai dihadapan wajah Zafriel menyedarkan lelaki itu dari lamunan.

"Ah?" Ucap Zafriel baru tersedar dari khayalan.

Nisa menghembuskan nafas perlahan.Sempat pula lelaki itu termenung di saat-saat penting seperti ini.

pen yang dipegang oleh Nisa di ajukan ke depan nya.menyedarkan tentang kedatangan Dato'Sharizal sudah berada di hadapan mereka sekarang.

Kepala di alihkan kedepan mengikut arah tuju pen yang berada di tangan Nisa.

Hem!

Automatik tubuh Zafriel berdiri tegak dan bersalaman dengan lelaki dihadapannya itu.Senyuman lebar dipaksa mengukir dibibir.Kenapalah dia boleh lupa kehadiran lelaki yang berhormat itu.Nasib baik Nisa ada disisi yang menyedarkan dia dari terus mengelamun Kalau tak boleh nahas!

"Asalamualaikum .Dato'.." Sapa Zafriel terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam..Ermm jauh menung tadi tu encik Zafriel ?" balas Dato' Sharizal ada nada bergurau di hujung kata.ketawa kecil terlontar sedikit.

"Arrr? "

"Takpe..Marilah kita mulakan meeting kita hari ni..sebelum tu Kamu ada bawa Arkitek mahir dari office kamu? Kalau tak silap nama dia Adam.. right?" Soal Dato' Shahrizal meneka.

Tangan di ajukan kedepan sebagai tanda untuk mempersilakan Zafriel duduk bersama nya.Kaki disilang ala-ala Orang kaya.

Zafriel sudah tersenyum nipis .Tak tahu macam mana mau mulakan kata untuk beritahu Nisa adalah arkitek yang menguruskan pembangunan kali ini.Ya! memang Adam seorang arkitek yang sangat profesional tapi dia sengaja tak beri projek besar ini dekat Adam sebab nak tengok sejauh mana kemahiran Nisa menjadi arkitek.

Melihat sahaja Zafriel seakan susah untuk berbicara .Nisa sudah mengeluh nafas panjang .Eleh nak beritahu dia arkitek untuk projek ni pun susah sangat.Tak harap kan dia lah tu!

"Saya arkitek untuk projek ni" Beritahu Nisa tanpa segan silu.Kan senang!

Dato' Sharizal sudah melihat Nisa di sebelah Zafriel dia hampir terlupa tentang kehadiran Nisa disisi Zafriel .Biasalah kalau setakat PA sahaja dia memang tak akan pandang.

"You?" Soal Dato' Shahrizal sekali lagi seolah-olah tak percaya.Setahunya syarikat itu tak pernah ambil arkitek perempuan tapi kali ini lain pula yang jadi.

"Yalah..saya..lagu ni lah Dato'..saya ni sejak azali lagi memang ambil jurusan arkitek tapi ..ni sebab tuan Zafriel saya jadi PA pula dah..tak patut betui!" Bebel Nisa senafas.

Zafriel yang melihat sikap Nisa terus menekup mulut Nisa dengan telapak tangannya .Senyuman lebar memperlihatkan gigi sebaris nya diberikan untuk Dato' Shahrizal .Malu!

"Shhhh..Jangan bising lah Nisa.." bisik zafriel.

"Ahh?okay..okay..sorry" Ucap Nisa sedar akan silap nya.kalau dah nama pun Nisa Diandra memang satu saat pun tak akan pernah diam.aduilah!

Ha'Hem!
Dato' Shahrizal berdehem menyedarkan tentang kewujudan nya dihadapan mereka berdua.Zafriel membuka tangannya,Dilihatnya wajah Dato' Sharizal.

"I'm sorry Dato'..ermm ya..Nisa arkitek yang akan uruskan projek ni" ucap Zafriel.

Dato' Sharizal sudah berdiri .Kepala digelingnya beberapa kali.Bila sahaja dia melihat sikap Nisa seperti dia tak yakin perempuan itu boleh jalankan projek ini dengan lancar tapi buat macam mana sudah Zafriel yang pilih Nisa untuk jadi arkitek mereka terpaksa sahaja dia terima.

"Erm..baiklah..I want to go first..And you ..jalankan projek ni dengan betul tanpa ada cacat cela satu pun.." Ucap Dato' sharizal sebelum pergi meninggalkan mereka berdua.

Jelingan maut diberikan untuk Nisa sebelum pergi .

Rasa 'Anoying' pula dia bila melihat wajah Dato' Sharizal tadi.Ingat dia calang-calang orang kah ? dia belum tahu lagi siapa Nisa Diandra .Takpe liat sahaja macam mana dia uruskan projek itu..confirm gempak !

"Huh! Menyampah!" Luah nisa.kesal.

Zafriel melihat wajah nisa sambil ketawa kecil .

"Jangan ambil hati sangat lah ..Dato' Shahrizal tu memang macam tu.." Kata Zafriel sambil memasukkan kedua tangannya di dalam poket seluar.

"Ialah ..nasib baik saya ni penyabaq" puji Nisa sendiri .

"perasan.."

"Betui lah tuan..kalau tak dah lama saya ketuk kepala orang tua tu tadi.."Ucap Nisa meluahkan segala kekasalannya.

"amboi main ketuk-ketuk..dah jom!"zafriel terus sahaja menarik lengan Nisa.

"Apa ni?" Ucap Nisa melepaskan lengan nya dari tangan Zafriel.Matanya sudah melihat Zafriel tajam .Entah kenapa perbuatan Zafriel tadi membuat kan dia teringatkan seseorang.Seseorang yang hampir merosakkan hidupnya..

Zafriel melihat anak mata perempuan itu dilihat nya mata Nisa sudah mula berpinar-pinar menandakan perempuan itu menahan air mata dari keluar.Lengan Nisa terus dilepaskan nya.

"Nisa..I.."

"Tuan..jangan pernah sentuh saya..please.." Rayu Nisa sudah mengalir kan air mata .

Beg sandang di bawa ke bahu dan mula melangkah kedepan meninggalkan Zafriel.

Zafriel menunduk layu.

'Kalau aku sentuh dia macam tu pun dia dah benci macam mana kalau dia tahu Adrian tu abang aku?Aku tak nak kehilangan kau Nisa..' Bisik hati Zafriel.

Langkahan Nisa di kejar nya.

"Nisa ..I Minta maaf..I..I"

Nisa melihat wajah Zafriel.

"saya okay..Tuan nak ajak saya pi mana?" Ucap Nisa mengumpulkan kekuatan hati.

Zafriel tersenyum nipis.

_______

"SINI LAGI?"
Soal Nisa sudah mula bosan dengan tempat itu.Ya tasik.. mana lagi?

Huh!

Keluh Nisa.bosan sungguh! Apalah test lelaki itu melihat tasik yang sama sahaja tak bosan kah ? tak muak kah Zafriel? Dilihat nya wajah Zafriel sekilas sebelum duduk di atas bangku .

Zafriel ikut duduk di sisi Nisa .

"Nisa..tempat ni okay Apa..tenang rasa hati ni.." Ucap Zafriel.

"Arrr! tenang..saya bosan adalah tuan..memang saya tak nafikan tempat ni cantik sungguh ..tapi tuan..Ish..bosanlah!" Rungut Nisa.

Nisa belum tahu lagi yang tempat inilah menyimpan banyak sejarah tentang diri nya sendiri .Menyimpan banyak makna .Tempat ini jugalah pertama kali dia tahu tentang rahsia Nisa dan Adrian.Tempat ini jugalah dia tahu betapa besarnya dosa-dosa Adrian kepada Nisa .

Dilihat nya wajah Nisa.kening mula menurun ke bawah.Sayu hati bila melihat wajah perempuan itu.Terlihat bahagia didepan namun dihati perempuan itu sahaja tahu.

"Awat tuan pandang lagu tu..saya cute,Cantik,Ada macam neloffa kah?" Soal Nisa sempat buat lawak.

Wajah Nisa ditatap nya lagi.

"Nisa kalau satu hari nanti you tahu siapa I Sebenarnya ..you akan lari dari I ke?" Soal Zafriel .

Nisa terdiam sejenak mendengar soalan itu.tiba-tiba hati seakan tak tenang .ada apa-apa kah lelaki itu sembunyikan?

"Siapa tuan sebenarnya?" soal Nisa kembali ingin tahu apa maksud Zafriel .

Kepala di tunduk layu.

"I ...I.."

Nisa melihat wajah itu .

"I apa?" Ucap Nisa ingin tahu.hati tiba-tiba tak tenang.

Wajah di donggaknya melihat wajah Nisa.Mata nya terlihat sayup .Apa yang dia ingin katakan akan membuatkan Nisa benci akan dirinya.sangup kah dia untuk jujur dengan perempuan itu?

"I"

"CAKAPLAH APA!?" Teriak Nisa sudah mula kesal.

senyuman terukir dibibir lelaki itu.

"I love you.." Ucap Zafriel.Nisa hanya melihat sahaja wajah Zafriel penuh makna hanya senyuman nipis yang diberikan nisa.dia tahu bukan itu yang ingin Zafriel katakan.

Nisa mengangguk perlahan.

"Samalah.."Ucap Nisa.

Zafriel memaksa senyuman terlukis dibibir.Tak ini bukan waktunya lagi untuk dia beritahu Nisa...hubungan mereka masih dalam proses kenal ..tak mungkin dia beritahu siapa Adrian didalam hidup nya ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience