10

Romance Completed 177269

KOPI DIATAS MEJA diambil ,Matanya tepat melihat sosok Nisa yang masih tak perasan akan kehadirannya.Kopi diminumnya perlahan.

Ha'Hem!

Terdengar sahaja deheman itu badan perempuan itu sudah berputar ke belakang.Air kopi yang baru dibancuh nya tadi sudah terlihat berada ditangan Zafriel.Mata dikecilkan nya .Nafas ditarik dan dihembus perlahan.Sabar Nisa sabar...

'Amboi..tadi bukan main marah macam gorila lah ni minum pula kopi aku yang sedap tu..amboii..Kuang ajaq betui..sabaq-sabaq..' Bisik Nisa .geram pula dengan lelaki itu .

Jelingan mata diberikan untuk Zafriel sebelum pergi meninggalkan lelaki itu sendiri .Lantak lah nak minum berapa kopi sekalipun ..Ada dia kisah! Yang penting sekarang ini dia nak merajuk dengan lelaki itu.

Lengan Nisa yang terlapik baju lengan panjang itu di pegang oleh Zafriel dengan cepat .Tak mahu perempuan itu lari darinya.Senyuman nipis diberikan oleh Nisa.Senyuman lelaki itu melambangkan yang dia betul-betul nak Minta maaf dengan Nisa atas sikap nya yang keterlaluan tadi.

"Apa! nak minta maaf lah tu..jangan harap lah saya ni nak maaf kan tuan..hati saya sakit bagaikan kaca yang jatuh pastu pecah tuan tau dak.." Ungkap Nisa sambil mengambil lengan nya kembali.Kaki nya melangkah perlahan lagi.Biar 'Slow-slow' sikit dia jalan mana tahu lelaki itu akan memujuk nya lagi.Haraplah..

Langkah demi langkah tapi langsung tiada tanda pun Zafriel mahu menahan nya lagi .Semua lelaki sama sahaja langsung tak peka ! pujuk lah sikit.

Ermph!

Kaki berhenti melangkah .Badannya berputar kebelakang kembali menghadap Zafriel yang sudah tersenyum lebar.Tangan disilangnya aras dada.Eheh..Boleh pula lelaki itu hanya senyum macam tu sahaja.Tak sweet Langsung !

"Kenapa tuan tak pujuk saya lagi ?" Soal Nisa .

Mata dikelip-kelipkan oleh Zafriel .Ada ke orang merajuk minta dipujuk ?.Kepala yang tak gatal digaru-garu nya.Bingung!

"You merajuk ke? Tak nampak macam merajuk je?" Sakat Zafriel bila melihat bibir Nisa sudah muncung kedepan .Comel betul kekasih hatinya itu.

Anak mata di bawa ketepi .Terpampang wajah kesal Nisa saat ini.

"Ialah-ialah jangan lah buat bibir macam tu..I Cium nanti baru you tau" Sakat Zafriel lagi ada nada ketawa kecil dihujung kata.

Mendengar sahaja kata-kata Zafriel terus sahaja dia menyimpan kembali bibirnya .Wajah Zafriel ditatap nya lama.

"Tuan jangan ingat saya maafkan tuan..Saya tengah lapaq..kalau makan Mee goreng udang pun boleh ni..Tuan belanja saya makan baru saya maafkan tuan.." Ucap Nisa .Perut sudah berkeroncong siapa lagi nak belanja dia kalau bukan Mr.Dingin sayang.Haha !

"Macam tu je dah boleh maaf kan i ?" Soal Zafriel .pelik?

"Yalah..awat tuan nak saya merajuk sampai tua kah ?"

Ketawa besar dilontarkan oleh zafriel .

"Tak lah macam tu..ialah jom..janji you maafkan I " Kata zafriel sambil melanyangkan senyum manis semanis gula Melaka.Alamak! cair lagi Nisa dibuatnya.

Hem!Hem!

Batuk buatan Nisa menyedarkan dirinya sendiri.Setiap kali melihat senyuman dihiasi lesung pipit lelaki itu mesti dia cair habis.Yalah bukan selalu Zafriel senyum seperti itu jarang-jarang tau.Mestilah dia cair.

"Sudah dia buat lagi senyum gula dia tu..ni yang caiq ni" Bisik perlahan Nisa sambil menunduk kelantai menyembunyikan senyum nya.

Mahu sahaja dia liat lama-lama Zafriel saat ini tapi apalah daya dia masih dalam mood merajuk lagi.

Kepala didongakkan kembali .Tangan di hulurkan memberi jalan untuk Zafriel terlebih dahulu .Dia mana tahu restaurant mana Zafriel mahu bawa dia.

Zafriel pun mengambil langkah beredar dari situ.

Nisa hanya mengikuti dari belakang.

____

JAM DITANGAN DILIRIK sebelum melihat wajah Zafriel yang masih men'drive' keretanya yang berjenama Mazda CX-5.Streng kereta dibelok kekiri.Tiba-tiba sahaja kereta itu terparking di depan sebuah tasik .

Nisa sudah mengerutkan dahi.Ini bukan restaurant ? ini tasik.Ish! sudah pun dia lapar kenapalah mesti pergi tasik dulu ..kalau ye pun nak sweet-sweet dengan dia pergi lah dulu restaurant kalau tak pun warung tepi jalan .tolonglah perut dah berkeroncong lagu M.Nasir dah ni.

Zafriel melihat wajah Nisa .

"Jom turun" Ajak Zafriel dengan senyuman mengodanya itu.

Nisa membalas kembali senyuman itu namun ada makna disebaliknya.

"Tuan saya ni lapaq sat lagi kalau saya makan tuan baru tuan tau !" Ucap Nisa .geram!

Zafriel mendekatkan wajah nya kearah Nisa.Nisa sudah kebelakang sedikit tak mahu terlalu dekat dengan lelaki itu .Haram !

"Kalau I yang makan you macam mana..Aurmm!" Zafriel sudah mengerak-gerak kan keningnya keatas.sengaja menyakat perempuan itu .Itulah tadi masa dia marah bukan main lancar sahaja mulut melawan sekarang ni tahu pula perempuan itu takut dengannya.

Glup!

Air liur ditelan oleh Nisa.

'Amboi dia ambil aku punya Aurmm pula dah..Dah lebih dah hang ni Mr.dingin' Bisik hati Nisa .Muka mula memerah menahan malu.Blushing teruk!

"Gatai nah..sana!..saya nak turun" Bidas Nisa melarikan kepala lelaki itu ditunjal nya sedikit.Pintu kereta dibuka lalu kaki mencapai lantai.Rasa kecewa dalam hati sebab tak boleh nak makan Mee goreng udang yang dia ingin kan.Hah! Lapar!

Suasana ditempat itu memang segar dan cantik terlihat air didalam tasik jernih sahaja dan terlihat juga sekelompok itik yang berenang-renang di dalam tasik .Comel.Bunga Teratai yang berada di tasik itu menambahkan lagi keindahan tasik itu.Bolah dikatakan tempat itu memang perfect !

Walaupun perut sedang lapar.

Terlihat ada satu bangku di depan tasik itu .terus sahaja dia mengambil tempat di bangku itu.Dia menghirup udara segar di tasik itu.MasyaAllah indah ciptaan-MU.

"Cantik kan..tempat ni ..dulu I selalu lepak sini yalah nak relax tension Kan ..Inilah satu-satunya tempat dapat merehatkan sikit minda I dari semua masalah kat office and my home.." Luah Zafriel yang juga ikut duduk di sebelah Nisa .

'Tak tanya pun ..' bisik hati Nisa..

"Owh.." Sepatah sahaja Nisa membalas.Ingat dia masih dalam mood merajuk.pandai-pandai lah Zafriel pujuk dia.

Zafriel melihat Nisa .senyum kecil diberikan untuk perempuan itu.

"You masih merajuk ke? "Soal Zafriel perasan dengan sikap perempuan itu.

"Entah.." Balas Nisa.

"I Minta maaf Nisa..i betul-betul minta maaf ..I Tak boleh kawal emosi lagipun I memang pantang bila tengok staff I datang lambat..I'm really sorry" Pujuk Zafriel sambil wajah Nisa dilihat penuh kasih .

Nisa mula melihat wajah Zafriel .Senyum nipis diberikan untuk lelaki itu.

"Ya..saya maafkan..saja ja nak manja-manja." Jujur Nisa.

Zafriel ketawa kecil dengan gelagat Nisa yang satu itu.terlalu jujur dan hal itu lah membuatkan Zafriel sentiasa rindu dengan Nisa.

Anak mata kembali melihat tasik di depannya .terlihat sepasang itik di dalam tasik itu sedang berlari-lari di tengah tasik.Dilihatnya wajah Zafriel kembali.Anak mata di kecilkan nya.

"Sat...lagu mana tuan boleh suka kat saya ? " Soal Nisa street.

Ha'Hem!

Automatik Zafriel terbatuk kecil bila mendengar soalan itu dari Nisa .Memang dari hari dia melamar Nisa belum lagi dia beritahu sebab kenapa dia cintakan nisa.

"Maybe..bukan sekarang masa nya i bagitahu you sebab I cintakan you tapi mungkin satu hari nanti i akan bagitahu you.." Beritahu Zafriel masih mahu berahsia dengan Nisa.

Nisa memutarkan matanya 360 darjah.Alamak Aii! nak berahsia pula Zafriel kepadanya.Cakap ajelah apa yang susahnya?

"Abaq ja lah"

"Tak boleh Nisa..sekarang I Tak boleh ceritakan kenapa I boleh cintakan you dan sayang kan you ..Sekarang ni yang paling penting I love you so much.." Luah Zafriel menatap anak mata perempuan itu.

Tatapan mata Zafriel di balas oleh Nisa.

"Tapi tuan..."

"Dah jom pergi makan..tadi lapar kan?"Potong Zafriel sengaja tak mahu persoalan Nisa berterusan diberikan untuknya.

Zafriel sudah mengambil langkah kembali ke kereta Mazda CX-5 nya yang berwarna hitam .

"Tengok ! aku belum habis cakap lagi kat dia..dah pi ja lagu tu..Ish! sakit jiwa betui lah aku dengan mamat ni..Sewel..dah lah sewel dingin semacam .Bila dia nak marah dia marah bila nak happy dia happy ..pening betuii..tapi...aku sayang juga..Apa gila test hang ni Nisa.." Rungut Nisa sambil membetulkan beg sandangnya yang terturun sedikit.Mulut masih tak berhenti-henti bercakap.

Zafriel menurun kan cermin kereta .kepala nya dikeluarkan mahu memanggil Nisa yang dari tadi belum juga muncul-muncul di dalam keretanya .

"Nisa dah lah tu ..cepat masuk ..sambung you punya Pok pek Pok pek kat dalam kereta.. " Laung Zafriel.

"Sat lah!" Laung Nisa kembali.

Kaki melangkah pantas masuk kedalam kereta.

Wajah Nisa dilihatnya teliti.

"Awat pandang saya lagu tu..cantik..terima kasih.." Ucap Nisa tak suka dilihat tajam seperti itu.Tak selesa!

"You memang suka pok pek..Pok pek je ke setiap masa? Tak penat ke mulut you tu ? Tak pernah ke rasa nak diam ? sebab I rasa telinga I Ni dah tersumbat dengar you bercakap je dari tadi."Rungut Zafriel bila melihat Nisa tak berhenti-henti bercakap .Sesekali pernah juga terlintas dalam hati .Tak penat kah perempuan itu asyik 24 jam bercakap tanpa henti.

Ternganga mulut Nisa mendengar soalan itu dari Zafriel.Eleh ! perempuan itu juga yang dia sayang kan.Lepas ni kalau nak jadi suami nya mestilah tahan telingga .

Nisa mengambil earphone di dalam beg sandang lalu di masukkan di lubang radio handphone nya .Malas nak layan Zafriel lebih baik dia dengar lagu .lagi baik dan bermanfaat!

Mata di pejam nya.

"Erm..Tuan belum kenal lagi siapa saya ..Kalau tiba masa saya diam.saya diam untuk selamanya.."Ucap Nisa tanpa membuka mata sikit pun.Dia tak mahu menjadi Nisa yang dulu Nisa yang terperangkap dalam penjara iblis.Tak mungkin dia mengingati semua kenangan hitam itu lagi.

Hanya satu kata yang boleh dia gambarkan bila mengingati semua kenangan itu iaitu 'Takut' .

Ya ! dia takut ! sangat takut!

Bila mendengar ungkapan itu dari Nisa. Tak tahu kenapa zafriel hanya diam dan melarikan pandangannya dari Nisa.Seolah-olah apa yang dikatakan oleh Nisa tadi ada maksud yang tersirat .Enjin kereta di panas kan lalu stereng kereta di putar laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience