15

Romance Completed 177269

"MACAM MANA kalau dia ajak kau kawin?" Soal Liz saja menakut-nakutkan Nisa .Kening di naik kan nya dan digerakkan beberapa kali.

Nisa memandang ketepi .Sebenarnya dia pun tak tahu apa nak buat kalau tiba-tiba sahaja Zafriel ajak dia kawin Satu hari nanti.Kerjaya nya sebagai arkitek belum lagi tercapai ,Ekonomi nya pun belum stabil lagi jadi dia tak pasti akan terima atau tak untuk berkahwin secepat itu.

'Tak mungkin Kut pasai nya tuan Zafriel tu pun sentiasa busy..takkan lah dia ada terfikir nak kawin dengan aku secepat mungkin.dak Kut..' Bibir dicebik nya .

"kau ingat dia tu Express sangat kah nak kawin dengan aku..dak eh ..orang jantan ni kalau dia nak kawin dengan pempuan dia mesti siasat dulu latar belakang pempuan tu...tambah-tambah lagi lelaki macam tuan Zafriel tu.." Jelas Nisa .Ya,dia tahu takkan semudah itu Zafriel akan ajak dia kawin.Lagipun hubungan mereka masih baru lagi Mustahil Zafriel akan mengambil keputusan secepat itu .

Anak mata diputarkan 360 darjah.Eleh! dia teka sahaja bukannya betul pun kecoh betul kawannya seorang itu.

"Ish hang ni aku cakap ja..yang hang inggaq sangat pasai pa..Aku bagi sat lagi ..baru hang tau!" Kata Liz geram dengan sikap kawannya seorang itu.

Nisa menjulurkan lidah nya kearah Liz.Menyampah! sengaja nak buat dia berdebar.

TRING! TRING!

Ringtone berbunyi secara tiba-tiba sahaja.Ish! Kacau betul baru mereka nak membawang.

Nisa mengambil handphone nya di atas meja .lalu di lihat nama yang tertera diatas skrin telefon itu ,Bila sahaja terlihat nama Zafriel terus sahaja dia mengangkat telefon tanpa ragu.Senyuman lebar terlukis dibibir.

"Tu mesti putra raja hang kan..pasai tu senyum sampai telingga" sakat Liz .

Shhhh!

Jari telunjuk di taruh di bibir memberi amaran kepada Liz supaya tidak bising.

"Asalamualaikum Nisa.." Ucap Zafriel memulakan kata .terdengar hembusan nafas perlahan dihujung kata.

"Waalaikumussalam wbt ..awat tuan call saya malam-malam rindu kah?" Balas Nisa sambil senyum tikus.Liz yang berada di hadapannya sudah mahu termuntah di atas katil itu.

Nisa melayangkan penumbuk nya kearah Liz.ada juga yang kena penampar malam ni karang!

Zafriel berdehem sebelum menyambung kata-katanya.Terasa hati berdegup kencang dia tahu ini bukan waktu yang tepat dia beritahu hal ini tapi dia dah tak boleh tunggu lama lagi .Selagi Adrian ada kat luar sana dia akan selalu risau kan keadaan Nisa.sangat risau!

"Jom kita kawin" Street to the point Tanpa berselindung disebalik kata-kata yang berkias.

ARGH!

SUDAH!

KENAPA MALAM INI!

Mata membulat melihat wajah Liz yang berada dihadapan nya .Telapak tangan di kibar-kibar beberapa kali .Aduh ! apasal sejuk semacam pula dia sekarang ini.Gigi diketap kuat.

Alamak..Alamak..Alamak..

Gelabah !

'Apa aku nak abaq ni...aduh hang ni lah mr.dingin ada ja kan nak bagi aku tak senang duduk..tiba pula dah.. ajak aku kawin...apa ni ..' Bisik hati Nisa ,Mulut nya tiba-tiba bergetar menahan rasa terkejut dihati.boleh sakit jantung dibuatnya!

Liz yang berada disitu sudah terkejut dengan kelakuan sikap pelik nisa.tadi okay sahaja perempuan itu sempat lagi bagi penumbuk dekat dia,Ini tiba-tiba pula dah macam cacing kepanasan.

"Awat dengan hang ni Nisa..?" Tanya Liz ingin tahu.

Hanya gerakkan tangan yang mampu diberikan oleh Nisa tanpa bersuara .Ah kan dah cakap dia memang gelabah nak mampus sampai suara pun tiba-tiba hilang.

Handphone diberikan kepada Liz dengan cepat dia terus masuk kedalam selimut .

Liz yang masih tak tahu apa-apa hanya mengambil handphone itu .Mata dikelipnya beberapa kali.

"Awat dengan hang ni.." Ucap Liz sebelum mengangkat kembali panggilan telefon dari Zafriel. "Hello ..." Liz memulakan kembali perbualan yang tadi terputus gara-gara Nisa.

"Nisa..I tahu terlalu awal untuk ajak you kawin tapi I just nak jaga you..I risaukan you.." Zafriel berterus terang.

Senyuman sudah mula timbul di bibir perempuan itu.Hmm! patutlah Nisa gelabah nak mati tadi rupanya sang putera idaman datang melamar .Mata nya menjeling ke arah Nisa .Selimut yang menutupi tubuh Nisa ditarik kuat.

"Nisa..hang terima kah dak?" Soal Liz sambil ketawa-ketawa.

Nisa mengambil selimut nya sekuat mungkin ingin kembali menutupi badannya tapi ditahan oleh Liz dengan lebih kuat.terus sahaja dia membuat muka. kesal! namun,masih tak bersuara .seolah-olah tekak nya tersumbat sampai langsung tak boleh nak bercakap.

"Cepat lah Nisa Oi..putra raja hang dah tunggu lama ni.."Kata Liz lagi sengaja dibesarkan suara nya agar kendengaran suara nya melalui handphone tersebut.Saja nak dengar kan Zafriel .Haha!

Zafriel yang masih berada ditalian sudah mengetuk dahi tengah.ingatkan Nisa yang bercakap tadi rupanya kawan satu rumah perempuan itu .Segan pula dibuatnya.

"Nisa....!!! " jerit Liz

Nisa sudah memuncungkan bibirnya kedepan.Hanya Anggukkan kepala menjadi tanda terima,Yalah! sudah susah sangat suara nya mahu keluar paksa lah gunakan kepala sahaja.

"Lagu tu lah.." Ibu jari di layangkan ke arah depan mata Nisa. "Dia kata dia terima .." Beritahu Liz tanpa ragu.

Nisa sudah menarik cepat selimut dan menutupi seluruh badannya..Malu!

Kenapalah masin betul mulut kawan nya seorang itu.Kan betul-betul malam ini Zafriel ajak dia kawin.Bertuah punya kawan! Ish!

"Bagitau kat dia terima kasih.." Ucapan terakhir Zafriel sebelum mematikan panggilan.

Handphone di letakkan diatas meja oleh Liz.Dilihatnya nisa yang sudah ditutupi seluruh badannya dengan selimut.

"Dia cakap terima kasih kat hang pasai dah terima dia.." Beritahu liz sambil mencolek sedikit bahu Nisa.

Nisa hanya diam sambil menutup kan matanya .walau pun dia tahu malam ini dia tidak akan tidur malam..Arrrr!

***

PAGI YANG DISINARI matahari membangunkan Nisa dari tidurnya .Sumpah malam tadi dia tidur jam 3 pagi..Mengantuk! Ini semua salah Zafriel!

Senyuman tiba-tiba terukir dibibir teringat dengan peristiwa semalam.Tangan menutup seluruh muka nya.Arghhhh!!! tak sangka secepat itu Zafriel boleh terima dia jadi isteri.

"Zafriel...kenapa lah hang selalu ada kat kepala otak aku ni.." Kata sendiri Nisa.Selimut dibawa ketepi ,kaki nya terus melangkah ke arah bilik mandi.

"Seandainya aku yang
pergi dulu sampai
mati,

Ku kan mencintai kamu
Kerna aku lah,
Bidadari syurgamu,"

sempat nisa menyanyikan barisan lirik terakhir lagu Dato' Siti Nurhaliza pagi-pagi begini.Yalah! hati dah berbunga-bunga sebab dah dilamar pujaan hati.Haha!

________

NISA TERMENUNG seorang diri sambil memegang pen ,Fail di belek-belek tanpa melihat sedikit pun fail tersebut.Senyuman masih tak lekang dibibir.

"Nisa.." Anis cuba untuk membangun kan Nisa dari khayalan nya tapi tidak berjaya.Hembusan nafas dilontarkan perlahan.

"YaAllah budak ni..Nisa!" Panggil Anis sedikit kuat .

Nisa tersedar dari lamunan .wajah Anis di lihat tepat.

"Ah? Apa dia kak?" Soal Nisa.

"Kamu ni kan ..menung je kenapa tuan Zafriel dah bagi jampi ke?" Sakat Anis .

Nisa sudah tersenyum kambing .Malu-malu kucing konon.

"Ha'ah dia bagi saya jampi cinta.." Bisik Nisa ke telinga Anis.Anis sudah tergelak kecil.Amboi! bukan main gatal lagi perempuan seorang ini.

"Ada-ada je kamu ni kan..dah sambung kerja tu jangan melamun je memanjang...takkan lari lah tuan Zafriel kamu tu.."

"Okay kak" Balas Nisa . Malu-malu.

Sebaik sahaja Anis berlalu dari mejanya .

Nisa terus sahaja mula membuat lakaran pembangunan dengan teliti.Tak boleh ada yang salah dia mesti buktikan pada Dato Sharizal yang sombong itu dia boleh jadi arkitek yang baik dan setaraf dengan kerja Adam salah satu arkitek profesional di office ini.

Kepala sesekali digaru memikirkan bahagian mana yang tak kena lagi.Hembusan nafas dilontar perlahan.Okay baru sekejap dia dah mula penat!

"Nisa..You okay?" Suara garau itu seperti dia kenal.Muka terus memerah menahan malu ..Nisa please cover!

"Okay ja" Balas Nisa mengigit bawah bibirnya .Hati tiba-tiba berdegup laju.

"Okay bagus.." Kata Zafriel meletakkan tangan nya di atas kerusi yang diduduki Nisa.Lakaran yang dilukis Nisa dilihat nya teliti.

Dup! Dap! Dup! Dap!

Debaran semakin terasa di dada.Kepala didonggak kan kearah Zafriel dilihatnya wajah Zafriel tepat.Kening di turun kannya .ada sesuatu yang tak kena dihatinya kalau terus begini mahu tak fokus dia buat kerja.

"Tuan..." Panggil Nisa.

"Hmm?"

"Tuan boleh dak jauh sikit.." Pinta Nisa..Hati dah rasa tak tenang dah sekarang ini jangan sampai dia teriak macam beruk sahaja di office Ni nanti viral satu office bercerita tentang dia nanti.

"Kenapa pula..I suka lah macam ni" Ucap Zafriel mengeyitkan matanya.

Dia buat lagi! aduh gugur jantung perempuan itu.

"Jauh lah sikit..saya tak boleh" Rungut Nisa.

"Kenapa ? tak masalah pun I Tak sentuh you pun kan..so?" Balas Zafriel masih belum berganjak.

"Masalahnya sekarang ni ..jantung saya ni dari tadi duk dup dap dup dap..Tak tenang kalau tuan ada kat sini.." Beritahu Nisa.terus terang .

Zafriel sudah ketawa besar mendengar alasan Nisa.Nisa..nisa ada-ada sahaja .

"Kenapa boleh macam tu?" Sengaja Zafriel bertanya kan soalan itu.

'memang nak kena SmackDown betul bos aku seorang ni ...AIH! ' Bisik hati Nisa.geram!

"Sebab tuan ajak saya kawin semalam lah.." Ucap Nisa .mulut nya terus sahaja di tekup nya.satu lagi kesilapan mulutnya itu tak bertindak mengikut arahan.

"Hmm..Tapi I belum dengar dari mulut you..you terima ke tak?" Sengaja Zafriel menyakat perempuan itu.

Glup!

Air liur ditelan kelat ,Blushing Terus muka nya pada saat ini.Why! Soalan itu yang terkeluar dari mulut lelaki itu.Malu lah dia!

"Nisa...you terima I ke tak?" Soal Zafriel lagi dengan senyuman mengoda nya yang menampak kan lesung pipit dikedua belah pipi.Cair hati Nisa dibuatnya!

Nisa mengeluh perlahan.kena jawab ke?

"Saya terima" perlahan sahaja suara Nisa .

"Ah? apa tak dengar lah Nisa.." Pura-pura Zafriel begitu .sengaja nak kenakan Nisa.

"Terima..." ucap Nisa lagi lebih kuat dari tadi.

"Apa.."

Anak mata dikecilkan oleh Nisa.dia tahu Zafriel sengaja buat-buat tak dengar.

"Mengada kan...ni dengaq..Terima! terima! terima!"Ucap Nisa kuat .geram betul dia dengan lelaki itu .sengaja nak bagi dia Blushing.

Ketawa besar terkeluar dari mulut Zafriel.Wajah Nisa ditatap nya penuh rasa sayang.

"Nisa..Thanks" Ucap Zafriel melihat wajah Nisa tepat..Anak mata tak berhenti melihat perempuan itu.
Nisa mendonggakkan kepala melihat wajah lelaki itu.

"Thanks juga.." Balas Nisa mengeluarkan senyuman manisnya.

Senyuman itu tak akan pernah dia lupa kan.senyuman yang penuh dengan keikhlasan dari hati Nisa.tiba-tiba hatinya sayu. Dia takut kalau-kalau senyuman perempuan itu akan hilang suatu hari nanti......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience