-40-

Other Completed 91921

"Kau baliklah Ril dengan mereka ni. Aku dah katantadi pada kau, Aku dan Sumayyah dah takde apa apa hubungan. Jadi kau cari dia sendiri. Pandai pandai kau orang lah." Kata Nadzmi mula melanjutkan lagi kerjanya.

"Habis tu, Su kat mana sekarang?" Tanya Azril.

"Aku dengar dia denga anaknya ada dekat sempadan. Orang oranv aku bagitahu, Dia nak nikab dekat sempadan." Tipu Nadzmi.

"Hah!! Sempadan?" Kata Azril.

Azza dan Azman tak habis fikir Sumayyah akan buat macam tu.

"Habis tu siapa jadi wali Su?" tanya Azril.

"Pandai-Pandai dia lah dan Bakal suami dia." Kata Nadzmi.

Azril menapak meninggalkan Nadzmi dalam keadaan marah yang tak terbendung. Degitu jua dengan Azman dan Azza.

"Huh sombongnya." Kata Azza.

"Ril akan cari tahu dimana Su sekarang." Kata Ril.

"Kau dah dengar tadi kan Nadzmi cakap dia dah dekat sempadan Thai." Kata Azman.

"Azril tahu, Sumayyah takkan buat benda macam tu." Kata Azril.

"Dah namanya Janda ketandusan kasih sayang ni. Apa je dia sanggup buat Ril. Walauoun sekedudukan dengan Jantan bukan mahramnya." Kata Azza.

"Su takkan buat benda tu!!" Herdik Azril.

"Kau memang dah buta oleh peremouan tu Ril." Kata Azman pula.

"Dan Papa dan Mama dibutakan oleh darjat yang ada pada Su. Sebab tu Mama dan Papa nak Ril berkahwin semula dengan Su. Bukan!" Kata Azril meninggikan suaranya.

Serentak keduanya diam tak terkata. Apa yang dikatakan Azril mengenai batang hidung mereka berdua.

"Mama dan Papa nak Ril kahwin dengan Su bukan sebab pangkat darjatnya taoi sebab anak anak kamu." Kata Azman menidakkan tuduhan Azril.

"Kenapa tak dari dulu. Kenapa baru sekarang selepas Papa dan Mama tahu siapa Sumayyah dan Nadzmi." Kata Azril.

"Kenapa juga Kau bodoh Ril sampai kena tangkap basah dengan Zizi. Cukup kau lakukan dekat rumah. Dan Sekarang Ril nak Salahkan Mama, Papa?" tanya Azman.

"Dah lah Pa. Semua jadi ni memang salah Ril. Kalau waktu tu Ril boleh putar kembali, Ril tak nak hidup dalam keluarga ni. Ril sanggup tak lahir kedunia." Kata Azril.

"Apa Ril cakap ni?" Kata Azza mula meninggikan suaranya.

"Berdosa Ril buat Su macam tu. Dah cukup baik Allah hantar Su pada Ril tapi Ril bodoh sia siakan Su hingga Ril dah terima Karma mengejar semula cinta Sumayyah." Kata Azril.

"Tapi, Papa nak Ril dapatkan semula Sumayyah. Tebus kesalahan yang Ril buat dulu. Bahagiakan dia hingga akhir hayat Ril." Kata Azman.

"Tak mungkin Su akan terima Ril semula. Lepas apa yanv Ril dah lakukan padanya dulu. Ril je yang lebih berangan daripada menerima kenyataan ni." Kata Azril mula mengalah dari mengejar Sumayyah.

"Ril jangan cakap macam tu. Mama akan sokong Ril. Mama akan ada disamping Ril untuk dapatkan Sumayyah semula." Kata Azza.

"Papa dan Mama nak tebus silap kami pada Su." Kata Azman.

"Percayalah Su memang tercipta untuk Azril Azman." Kata Azza.

"Doakan jodoh Ril dengan Su bertemu semula Pa, Ma. Ril dah tak sanggup hidup berjauhan dari Su. Sakit rasanya melihat Su disamping lelaki lain. Sakit." Kata Azril sebak.

Dalam hati Azza, Akhirnya Azril masuk semula dalam genggaman mereka untuk mendapatkan harta Sumayyah Adawiyah.

Kalau mereka tahj dari awal Sumayyah dari kerabat Tengku, Mungkin dia takka. benarkan Azril mensia siakan lubuk emasnya.

Namun kini dia dan Azman terpaksa berusaha lebih untuk mendapatkan Sumayyah semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience