-51-

Other Completed 92033

" Su tunggu Abanv kejap." Panggil Azril.

Namun Sumayyah tak memperdulikan panggilan Azril.

Azril mengejar Sumayyah dengan langkah cepat. Sedangkan Sumayyah sudah jauh meninggalkannya didepan.

Sumayyah mengambil Phonenya dalam poker seluar dan menghuhungi Suaminya. Namun tidak dijawab. Akhirnya dia menghantar pesanan pada Zaril.

-ASAP -Sumayyah.

Dia berjalan semula lebih laju dan memasuki Supermarket yang tak jauh dari sana.

Azril yang melihat Sumayyah masuk kedalam Supermarket mengejarnya kesana.

"Aku akan pastikan kau akan jadi milik akj lepas ni walaupun dengan cara paksa Su." Kata Azril.

Dia masuk kedalam supermarket mencari kelibat Sumayyah. Melilau mencari Sumayyah. Dan terlihat Sumayyah sedang membeli sesuatu. Dia menapak dan teeus menarik kuat lengan Sumayyah hingga Sumayyah hampir tersungkur.

"Kau dah kenapa ni hah!!! Dah gila ke?" Tengking Sumayyah.

"Ye. Aku gila..Gilakan kau. Kau faham tak!!" Suara Azril sama tinggi dengan Suara Sumayyah tadi.

Semua pengunjung didalam supermarket melihat mereka berdua. Dan salah seorang dari mereka adalah pelanggan didalam bengkel Nadzmi.

Dia dengan cepat menghubungi Nadzmi namun tak bersambung. Akhirnya dia menghubungi bengkel Nadzmi. Dan hanya beberapa deringan panggilannya disambut.

"Adik boss bengkel kena kacau dekat supermarket 88." Kata Lelaki itu.

"Sumayyah?" Tanya Ah Seng.

"Hah betul Sumayyah." Katanya lagi.

AhSeng terus memutuskan panggilan dan mencuba menghubungi Zaril. Namun sama seperti Su menghubunginya tadi.

Dia tiada cara lain selain pergi membantu Sumayyah. Dia memberitahu pada temannya dia mahu keluar kerana ada kecemasan.

Sedangkan Su kini ditarik kuat hingga dia terpaksa menyeimbangkan badannya agar tak tersungkur dan Azril membawanya keluar dari Supermarket.

"Lepaskan Akulah Iblis!!" teriak Sumayyah.

"Kau yang jadikan aku iblis Su. Kau main tarik taki dengan aku." kata Azril.

"Aku tak pernah kata aku akan kembali pada kau. Melainkan kau yang berfikiran lebih dari jangkauanmu." Kata Sumayyah menarik kuat tangannya dari cengkaman Azril.

Koyak baju dilengannya dia tak kisah walaupun luka kulit tangannya yang penting dia boleh lepas dan lari dari Azril.

"Kenapa? takut? Sedih? Sakit?" Kata Azril.

"Aku rela matilah daripada aku mati ditangan binatang seperti kau!!!" Tengking Sumayyah dikaki lima menuju kekereta Azril diluar syarikat tempat Ainul bekerja.

"Kurang Ajar!!" Tengking Azril.

Pakk!!

Penampar dihayunkan dan terkena pada pioi kanan Sumayyah.

"Kau nak sangat kan!!" Kata Azril.

Sumayyah memegang pipinya dengan tangan kanannya manakala tangan kirinya masih dicengkam erat oleh Azril.

"Kau ingat aku akan menangis?" Tanya Sumayyah.

"Kenapa kau ni Su. Kau suka uji kemarahan aku. Kau pancing emosi aku." Kata Azril mulai naik berang.

"Kenapa Kau tercabar. Lelaki DAYUS." kata Sumayyah dalam senyum sengetnya.

Azril membuka pintu penumpang keretanya lalu mendorong Sumayyah agar masuk kedalam keretanya.

Sumayyah menghalang dirinya dari dapat masuk kedalam kereta Azril.

"Aku dah cakap kau jangan uji kesabaran aku." Kata Azril menarik kepala Sumayyah lalu menghentakkan kebadan kereta.

Apalah Kekuatan seorang perempuan. Sumayyah terdorong kedepan hingga kepalanya luka akibat hentakan kuat dekat pintu kereta.

"Auch." Sumayyah merasa ada darah mengalir diatas matanya membuatkan kelopak matanya basah.

"Aku dah cakap banyak kali. Jangan Uji kesabaran aku. Kau faham tak!!" Teriak Azril.

Orang awam menghampiri ingin menyelamatkan Sumayyah namun Azril mengugut akan melukai Sumayyah lebih teruk lagi.

"Kau maju, Aku akan pastikan dia akan tinggal jasad." Kata Azril.

"Masuk!!" Tolak Azril lagi.

"Aku kata aku taknak!!" Tengking Sumayyah.

"Kau!!" Satu patah perkataan keluar dari mulut Azril dia mulai menampar Sumayyah hingga dia puas hati.

"Mati kau!!" Kata Azril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience