-14-

Other Completed 91921

Qayyum terduduk lesu bila dapat tahu siapa Qisya.

"Jangan nilai seseorang dariasa silamnya sebab kita tak tahu masanya akan datang." Kata Zaril.

"Betul tu Abang Ril. Cantik kat luar tak semestinya cantik kat dalam. Mia dapat rasa Kak Sumayyah bukan jenis perempuan kasar dulu. Lihat dari anak matanya dia berubah sebab keadaan memaksanya untuk berubah." Kata Mia.

"Aku taknak kau dengar dari mulut kami sebenarnya, Tapi bila kau yang mulakan dulu isu ni, Nak tak nak aku paksa bagitahu." Kata Zaril.

"Sama Mia pun taknak Abang Yum kena tipu Qisya. Prof. Mia pun tunangnya dia sanggup tipu, Nikan pulak Abang Yum." Kata Mia.

"Dia pernah gugurkan kandungan dia 2 kali dekat klinik swasta." Kata Mia lagi.

"Aku sayangkan Sumayyah sebagaimana kau Sayangkan Qisya. Sekali aku kecundang tersungkur jatuh. Dan Kini bila Allah dah temukan aku dengannya semula, aku takkan lepaskan peluang ni." Kata Zaril.

Dia berlalu pergi dari hadapan Qayyum. Dia taknak terlalu ikutkan emosi, Dia dan sahabatnya akan bermasam muka.

"Abang Ril jangan risau,Nanti Mia kejut Akak Sumayyah." Kata Mia.

"Thanks Mia." Ucapan terima kasih dari Zaril sambil mengusap lembut kepala Mia.

Zaril meninggalkan Mia dan masuk kedalam biliknya. Dan keluar semula dengan sibiji bantal dan selimut tebal.

"Bagi Kak Sumayyah. Takut dia sejuk." Kata Zaril.

"Ok Abang Ril." Kata Mia dan masuk kebiliknya.

Mia melihat Sumayyah yang nyenyak tidur diatas sofa, Tak sampai hati nak kejut. Akhirnya Mia hanya menukar beg yang mengalas kepala Sumayyah dengan bantal yang diberikan Zaril dan menyelimuti tubuh Sumayyah dengan selimut ditangannya.

"Mia tahu, akak bukan jenis berkelakuan seperti tomboy atau keras hati,Tapi Mia tahu disebalik semua perubahan dekat Akak disebabkan keadaan." Kata Mia perlahan.

"Abang Zaril selalu cerita kat Mia, Akak ni baik lemah lembut, lepas tu suka bergurau. Manja. Cuma disebabkan Abang Ril taknak melihat Akak bersanding dengan lelaki lain Abang Ril sanggup bawa hati dia datang sini. Tapi 2 tahun kat sini nama akak tetap pertama dalam hati Abang Ril." Kata Mia lagi lalu menapak menutup lampu bilik.

Tanpa sedar Sumayyah yang mendengar apa yang Mia cakapkan mengalirkan air mata.

Rupanya inilah sebabnya aku tak tenang, Seperti ada sesuatu yang membuatkan Allah menduga aku hingga macam ni. Bisik hati Sumayyah.

"Maafkan Su Zaril. Su tak tahu disebabkan Su Zaril menjauh hingga ke sini." Bisik Sumayyah.

Hingga ke subuh dia tak boleh tidur, Akhirnya dia bangun dari pembaringan dan menapak keluar untuk minum kerana terasa haus.

Sumayyah perasan ada seseorang duduk didepan Tv. Dia melihat Qayyum yang tengah duduk disana sambil melamun.

Sumayyah masuk kedapur dan mengambil air suam dan membancuh dua gelas hot coklat yang dibawanya dari rumahnya semalam.

Menapak menghampiri Qayyum, Dia menghulurkan Hot Coklat kesisi Qayyum.

"Nah." Kata Sumayyah.

"Hah?" Terkejut Qayyum dari lamunan.

"Tak baik tau duduk dalam gelap, Hanya diterangi dengan cahaya Tv." Kata Sumayyah lalu menghidupkan lampu diruangan Tv lalu duduk semula di sofa single disisi Qayyum.

"Ceritalah dengan Su. Su dengar. Tak baik oendam sendiri takut makan hati." Kata Sumayyah.

Qayyum mengeluh berat. Dia nak cerita namun malu menguasai diri.

"Anggap je Su kawan awak." Kata Sumayyah yang sedang minum coklat dibancuhnya tadi.

"Kenapa perempuan lebih memilih untuk menduakan berbanding setia oada yang satu." Kata Qayyum akhirnya.

Terpaku Su mendengar apa yang dikatakan Qayyum tadi. Akhirnya dia tahu masalah yang dihadapi Mamat disebelahnya.

"Ok macam nilah Su cakap senang." Kata Sumayyah meletakkan mug diatas meja.

"Apa yang awak rasa sekarang, girlfriend awak menduakan awak. Dan apa yang awak rasa sekarang, Sama seperti yang Su rasa 2 tahun lepas. Kenapa lelaki yang bergelar Suami sanggup menduakan isterinya." Kata Sumayyah.

"Apa yang awak rasa sekarang tak seperti yang saya rasa dulu. Awak dan dia masih boleh mencari jalan dan haluan masing masing sebelum masuk kefasa perkahwinan. Macam Su, Dah masuk dah alam perkahwinan, dan apa yang Su dapat masa tu, hanyalah penyesalan." Kata Sumayyah lagi.

Qayyum melihat Sumayyah lekat. Patutlah Mia cakap apa yang dilihatnya pada Sumayyah.

" Maaf Sumayyah, Aku takde niat nak buat kau sedih." Kata Qayyum.

"Sampai bila aku nak sedih. Yang aku harus buat sekarang, aku takkan oandang belakang lagi. Kerana Allah dah bagi aku jalan untuk mencapai bahagia aku didepan." Kata Sumayyah walaupun perasaan tu tetap datangenjentik hatinya yang rapuh.

" Aku tak sangka, Dia tunang orang. Pernah gugurkan kandungan dia lagi. Aku kena tipu bulat-bulat Sumayyah." Kata Qayyum mengalir airmata jantannya.

"Menangislah kalau tu buatkan hati kau senang. Keluarkan semua yang kau pendam. Dan esok aku nak kau jadi lebih kuat atas apa yang dah jadi ni." Kata Sumayyah.

"Aku tahu kau juga banyak oendam perasaan dan luka hati kau. Tengok je aku dapat rasa yang bukan jenis perwatakan macam ni." Kata Qayyum menghapus air matanya.

"Aku terpaksa. Aku taknak jadi macam ni. Tapi keadaan yang memaksa aku jadi macam ni. Aku kena kuat demi sikembar aku kat sana." Kata Sumayyah meluah.

"Aku dulu hanyalah mangsa keganasan rumah tangga. Lepas tu aku sendiri yang tangkap basah dia dengan oerempuan lain dekat hotel. Apa perasaan aku yang kau rasa masa tu?" Kata Sumayyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience