-56-

Other Completed 92033

Tengah hari itu, Azman dan Azza yang sedang menanti lampu isyarat bertukar warna, Dia terlihat Sumayyah yang sedang memimpin tangan Zaril keluar dari Shopping complex.

"Man, tu Sumayyah kan?" Tanya Azza.

"Haah. Sumayyah." Kata Azman. Kebencian dalam diri muncul.

Dia terfikir untuk mencelakai suami isteri yang bahagia itu. Sedangkan Azril.

Kereta dibelakang membunyikan hon apabila mereka tidak perasan lampu telah bertukar warna.

Mereka berlalu pergi dengan perasaan yang bercampur antara benci dan dendam.

"Aku memang tak puas hati dengan dia tu. Kenapa dia bahagia sedangkan Ril?" Kata Azza.

"Aku dengar si Dhia dan Si Dhian dia dah hantar kesekolah?" Kata Azman.

"Dimana?" Tanya Azza.

"International School." Kata Azman.

"Mentang mentang kaya." Kata Azza.

"Kau terfikir tak apa yang aku fikirkan sekarang?" Kata Azman.

"Apa?" Tanya Azza.

"Aku akan ambil mereka berdua disana." Kata Azman.

Azza yang mendengar mengerutkan dahi.

"Kau dah gila ke Man. Kau sendiri dengarkan Hakim melarang kita untuk memdekati Sumayyah dan familynya." Kata Azza.

"Aku tak gila. Tapi perempuan tu yang membuatkan aku gila." Kata Azman.

"Kau nak buat apa ambil cucu kita tu?" Tanya Azza.

"Jangan cakap dia cucu kita. Aku tak pernah anggap dia anak Azril." Kata Azman.

"Habistu kau nak buat apa?" Tanya Azza.

"Culik dan minta tebusan." Kata Azman.

Azza tersenyum dengan fikiran suaminya. Dia terfikir berapa tebusan dia nak mintak.

"Kita nak mintak berapa ni?" Tanya Azza.

"Seluruh kekayaannya." Kata Azman.

"Betul juga. Lepas tu kita mintak dia tarik balik tuduhan atas Azril bisr Azril lepas." Kata Azza.

"Betul." Kata Azman.

"Bila kita bertindak?" Tanya Azza.

"Hari ni." Balas Azman pula.

"Hah?" Azza terkejut mendengar suaminya.

Mereka menanti diluar Tabika International school yangbberada dekat area taman perumahan tak jauh dari Villa Sumayyah.

Azman dan Azza Parking jauh dari tabika. Dia melihat ramai ibu bapa yang mengambil anak mereka. Dan apabila melihat Dhia dan Dhian yang sedang bermain ditaman permainan dalam tabika tadi, Mereka mendekat dengan kereta. Azza memandu manakala Azman akan mengambil keduanya.

Meliahat Cikgu yang menemani sedang leka bermain phone, Azman keluar dan perlahan berjalan masuk kedalam pagar sekolah. Dia hanya sempat mengambil Dhia dan Dhian sudah berteriak.

"Dik!! Dik!!! Dhia!!!" Teriak Dhian. Cikgu yang leka melihat tubuh Dhia dibawa pergi oleh kereta toyota Camry.

"Dhia!!!! Tolong!! Tolong!!" Kata Cikgu meminta pertolongan pada Cikgu lain yang ada dalam bangunan.

Sumayyah datang bersama Nadzmi menjemput Dhia dan Dhian di tabikanya. Zaril tidak dapat menjemput mereka kerana lepas menghantar Sumayyah dia menerima panggilan dari Syarikatnya.

Nadzmi melihat Dhian menangis memeluk Cikgunya yang menangis sama.

Lalu mereka keluar dan menapaknkearah Dhian dan Cikgu.

"Ian." Panggil Sumayyah.

Dhian berlari memeluk Sumayyah erat.

"Kenapa ni? Mana Dhi?" Tanya Sumayyah.

"Maaf Puan. Ada sesuatu terjadi keatas Dhia." Kata Ketua Guru disana.

"Hah? Kenapa dengan Dhia?" Tanya Nadzmi.

"Sebuah kereta telah membawanya pergi dari sini." Kata Ketua Guru.

"Aaa....Apa? Dhia?" Tanya Sumayyah yang mula mengalirkan airmata dipipi apabila mendengar anaknya diculik.

"Tak Cikgu tipu. Ian tipu Mumy kan?" Tanya Sumayyah.

"Ian tipu Mumy kan. Ian jawab Mumy." Kata Sumayyah.

"Su. Sabar. Kita caritahu siapa mereka." Kata Nadzmi.

"Dhia, Along. Dhia." Tangisnya pecah memilukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience