-32-

Other Completed 91921

Bangun pagi, Su kuatkan diri agar boleh bangun dari baringnya. Dhia dan Dhian sudah bangun dan kini berada bersama Nadzmi.

"Dhia. Dhian." Panggil Sumayyah.

Keduanya berlari mendapatkan Sumayyah. Lalu berebut nak peluk Sumayyah. Begitulah setiap pagi, Akan ada sesi rebut nak kiss Sumayyah.

"Jangan berebut." Kata Nadzmi yang menyediakan sarapan diatas meja makan.

"Dydy." Panggil Dhian berlari mendapatkan Nadzmi selepas memeluk dan mencium pipi Mumynya.

"Lapar dah?" Tanya Nadzmi mula mendudukkan Dhian dalam baby chair dan memberikan nasi goreng kepada Dhian.

"Makan sendiri ok." Kata Nadzmi.

Dhian menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Ok. Dhia pergi tempat Dydy ye sayang. Mumy nak bersiap." Kata Sumayyah.

"Su nak kerja ke?" Tanya Nadzmi.

"Ye Long. Hari ni ada meeting." Kata Sumayyah.

"Ambik MC lah. Su kan demam." Kata Nadzmi.

" Su masih mampu Long." Kata Sumayyah menapak membawa Dhia dan memasukkannya dalam baby chair sebelah Dhian.

Sumayyah berlalu masuk kebiliknya membersihkan diri dan memakai pakaian kerjanya serta mengenakan bawal warna senada dengan baju yang dipakainya.

Sumayyah keluar selepas setengah jam berada didalam bilik bersiap. Hidungnya yang masih kemerahan dek penangan bunga yang dibawa Azril.

"Dah sini duduk sarapan." Panggil Nadzmi.

Bunyi pintu besi bengkel dibuka. Muncul AhSeng serta beberapa orang pekerjanya.

"Hari ni Su kalau senang, Pergi tengok stok dekat kedai aksesori kita tu." Kata Nadzmi.

"Ada stok sampai ke?" Tanya Sumayyah.

"Haah. Jadi Su datang sana, Ambik fail yang berkaitan." Kata Nadzmi.

"Ok. balik kerja Su kesana." Kata Sumayyah.

"Hermm. Kerja tu hati-hati. Apong masih tak dapat nak pantau Su. Sebab proses pindahan nama pemilik masih dalam proses lagi." Kata Nadzmi.

"Iye. Jangan risau. Abang AhSeng kan ada." Kata Sumayyah.

"Seng!! Oo Seng!!" Panggil Nadzmi.

AhSeng muncul dan bertanya.

"Yes Boss." Tanya AhSeng.

"Nah ambik ni. Bawak pekerja lain makan dulu. Ambik kopi 3 in 1 kat dapur tu." Kata Nadzmi.

"Ok Boss." Kata AhSeng lalu membelai kepala sikembar.

"Hai si comel Uncle." Kata AhSeng pada Dhia dan Dhian.

Lepas makan hantar Su kerja." Kata Nadzmi.

"Ok Boss." Balas AhSeng.

Sebenarnya, Sumayyah mendapat tahu yang AhSeng memerlukan duit untuk perubatan adiknya yang mempunyai penyakit Kanser.

Jadi Sumayyah berbincang dengan Nadzmi untuk membantu AhSeng semampu mereka dengan menaikkan gaji AhSeng atas alasan dia akan menghantar san mengambil Sumayyah kerja

Selain itu, Nadzmi dan Sumayyah telah menyalurkan beberapa ribu ringgit kepada pihak hospital yang menangani kes adik AhSeng tanpa pengetahuannya.

Identiti mereka disembunyikan oleh pihak hospital kepada AhSeng.

Selesai sarapan, AhSeng menghantar Sumayyah ketempat kerja. dalam perjalanan AhSeng berfikir macam mana nak memberitahu Sumayyah tentang Ainul.

Dia menoleh melihat Sumayyah yang duduk menyandarkan kepalanya dikepala kerusi penumpang.

Walaupun AhSeng pekerja Abangnya Nadzmi, Namun Sumayyah tak malu nak duduk disisinya sedangkan sepatutnya dia harus duduk dibahagian belakang.

"Kenapa ni Abang AhSeng?" Tanya Sumayyah yang perasan seperti AhSeng ingin mengatakan sesuatu.

"Abang ada nak cakap dengan Su. Tapi Abang takut Su akan marah." Kata AhSeng.

"Kenapa. Cakaplah." Kata Sumayyah.

"Pasal Ainul." Kata AhSeng.

"Kenapa dengan Ainul." Tanya Sumayyah mencelikkan matanya yang tadi tertutup rapat.

AhSeng menceritakan apa yang didengarnya semasa dia masih berada didalam kereta petang semalam.

AhSeng jua menceritakan perubahan Ainul didepan Nadzmi dalam sekelip mata.

"Abang ada bukti tak?" Tanya Sumayyah seperti tidak mempercayai kata AhSeng.

AhSeng mengeluarkan phonenya dan mendengarkan rakaman suara Ainul kepada Sumayyah.

Sumayyah yang mendengar tak percaya akan sikap Ainul. Dan kenapa mesti menyakiti Nadzmi dan kenapa bukan dirinya.

"Jangan bagitahu Along dulu. Sebab Su takut Along kecewa. Biar Su yang akan bagitahu Along nanti." Kata Sumayyah.

Kasihan kepada diri Abangnya, Airmatanya bertakung dikelopak mata.

"Sampai hati kau Nul. Kau sakit hati hanya kerana Zaril tak memandeng dirimu. Dan kau balaskan rasa sakit yang kau terima pada Along. Namun aku takkan benarkan kau sakiti Along." Kata Sumayyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience