-8-

Other Completed 91921

Sumayyah disuruh melaporkan diri semasa kandungannya 7 bulan kerana tekanan emosinya tak berapa stabil.

Begitu juga mengganggu pembesaran janin didalam rahimnya.

Pulang dari pejabatnya dia menanti Nadzmi didepan pintu ruangan utama pejabatnya.

Alia mendekat bersama temannya dan berdiri disisi Sumayyah.

"Nanti datang tau Kahwin Azril." Kata Alia tak melihat Sumayyah dibelakangnya.

"Bertuah Ril kan. Dah nak masuk dua bini dia." Kata Nur.

"Hah, Sumayyah tu, Perempuan tak baik tu. Belakang suami ada jantan lain. Entah-entah anak yang dikandung tu anak jantan tu bukan anak Ril.

Kereta BMW milik Nadzmi berhenti didepan Sumayyah. Dia melihat adiknya berdiri tanpa menyedari kehadirannya.

Nadzmi keluar dan merapati Sumayyah. Sumayyah terkejut dengan kehadiran Abangnya.

"Padan muka dia digantung tak bertali. Yang oenting majlis Azril akan dibuat besar-besaran dekat dewan dalam hotel Tiara.

Nur yang melihat gadis belakang Alia adalah Sumayyah dan seorang lelaki, Nur menunduk kerana tertangkap basah.

"Kau kenapa?" Tanya Alia.

"Belakang kau?" Kata Nur.

Alia menoleh melihat Sumayyah dengan seorang lelaki yang jauh lebih tampan dari sepupunya Azril.

"Ehhh Su." Sapa Alia.

"Jom." Kata Nadzmi dengan tatapan membunuh pada Alia.

Sumayyah menoleh kearah Alia dengan senyuman senget.

"Bukan aku digantung tak bertali, Tapi Sepupu kau taknak lepaskan aku. Takpe sikit masa lagi aku akan bebas. Thanks berita gembira ni. Kirim salam ye pada Azril." Kata Sumayyah lalu masuk kedalam kereta.

Sumayyah membuka tingkap disisinya. Dia melihat Jelingan Alia dan Nur masih menunduk disisinya.

"Aku dah cukup bahagia sekarang dekat dengan lelaki ni. Baik, romantik lagi satu membelai aku jauh lebih baik dari Azril, Kaki pukul, Kaki perempuan." Kata Sumayyah.

Nadzmi memandu keretanya meninggalkan pejabat tempat Sumayyah bekerja.

"Kenapa?" Tanya Nadzmi melihat senyuman indah dieajah adiknya.

"Lepas ni Su dah bergelar Janda Anak dua." Kata Sumayyah.

"Kenapa Ril dah nak lepaskan Su?" Tanya Nadzmi.

"Alia tadi bagitahu minggu depan dia akan bernikah." Kata Sumayyah.

"Takpe. Yang penting sekarang, Su serah diri dulu dekat hospital. Kesian Baby tekanan dengan Ibu dia dekat dalam tu." Kata Nadzmi.

"Along dah bawak semua barang keperluan baby dan Su?" Tanya Sumayyah.

"Dah. Semua cukup dekat dalam tu." Nadzmi menunjuk beg dan bakul dekat seat belakang.

"Sapa jaga bengkel Along kalau aAlong jaga Su berpantang nanti?" Tanya Sumayyah.

"Jangan risau, Semua pekerja Along boleh dipercayai. Mungkin Along akan suruh Apong jaga kalau Along tak dapat." Kata Nadzmi.

"Su jangan takut ye. Apa pun jadi Su tetap ada Along." Kata Nadzmi menggenggam erat jemari Sumayyah.

Kereta membelok masuk kekawasan hospital swasta. Lepas mendaftar dikaunter pendaftaran, Sumayyah terus dibawa masuk kedalam dewan bedah. Degupan jantung bayi didalam kandungannya mulai lemah dari yang sebelumnya.

Nadzmi menanti oenuh sabar diruang menunggu. Menanti 3 nyawa yang berada didalam dewan bedah.

45 minit berlalu doktor bedah keluar menemui Nadzmi.

"Tahniah, Ibu dan anak selamat." Kata Doktor.

"Ya Allah terima kasih. Terima kasoh doktor." Kata Nadzmi.

Berita gembira muncul disaat rumah tangga yang dicipta Sumayyah hampir berada dipenghujungnya.

Sumayyah dibawa keluar dari dewan bedah menuju ke ward first class yang telah dibayar oleh Nadzmi tadi.

Sumayyah yang masih mamai membuka matanya sedikit. Jelas Wajah Abangnya ada disisinya.

"Along." Panggil Sumayyah.

"Su." Nadzmi mendekatkan badannya pada Sumayyah agar senang Sumayyah berpaut untuk duduk dari pembaringan.

"Ya Allah." Kata Su.

"Perlahan. Masih kebas kaki tu." Kata Nadzmi.

"Mana Baby?" Tanya Sumayyah melihat sekelilingnya.

"Kejap mereka bawa masuk. Mereka bersihkan baby kejap." Kata Nadzmi.

"Baby apa Long? Girl or Boy? Tanya Sumayyah.

"Girl and Boy." Kata Nadzmi.

"Ya Allah. Alhamdulillah." Sumayyah menangis gembira memeluk Nadzmi.

Jururawat masuk membawa kedua baby milik Sumayyah yang baru dibersihkan.

"Bolehlah Azan dan iqamatkan." Kata Jururawat itu dan berlalu keluar.

"Along tolong ye." Kata Sumayyah.

"Anytime." Kata Nadzmi dan mengambil Baby boy diatas katil Sumayyah.

Beberapa minit kemudian dia menggantikan dan mengambil Baby girl pula.

Selesai azan dan iqamat, Nadzmi menyerahkan Bany girl pada Sumayyah untuk disusukan.

Nadzmi mengambil tuala didalam beg Sumayyah dan menutup separuh badan adiknya yang sedang menyusukan dari terlihat oleh sesiapa termasuk dirinya.

"Dah ada nama ke?" Tanya Nadzmi.

"Ermm ada tapi ringkas sangat. Kalau tak Along tambah boleh?" Kata Sumayyah.

"Boleh." Jawab Nadzmi.

"Baby girl, Dhia dan baby boy Dhian." Kata Sumayyah.

"Kalau macam tu baby Boy Dhian Dharwis dan baby Girl pula Dhia Dharwina. Macam mana?" Tanya Nadzmi.

"Emm sesuai." Kata Sumayyah.

Nadzmi memegang Dhian ditangannya sebelum Dhia kenyang menyusu.

Nadzmi memangdang wajah adiknya, langsung tiada garis kesedihan diwajahnya kini. Dia tahu Sumayyah kini bukan Sumayyah dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience