-57-

Other Completed 91921

Polis datang selepas pihak Tabika membuat laporan kes penculikan itu. Begitu juga Zaril. Nadzmi menghubunginya agar segera datang menemui mereka.

"Tengku Nadzmi." Sapa Rizal.

"Inspektor. Macam mana? Dah dapat petunjuk?" tanya Nadzmi.

Rizal melihat Sumayyah yang berada dalam pelukan Nadzmi sedang teresak.

"Kami dah dapat rakaman Cctv tabika ni. Dan saya rasa Tengku Sumayyah kenal siapa dia." Kata Rizal.

Sumayyah yang mendengar dia mengenali penculik itu menoleh melihat Inspektor didepan mereka.

"Maksudnya?" Tanya Sumayyah yang masih teresak. Dhian lena dipangkuan gurunya.

"Encik Azman dan Puan Azza. Ex mertua Tengku Sumayyah.

"Ya Allah Along. Tergamaknya mereka." Tangisnya menjadi.

"Mungkin dia sakit hati atas keputusan yang diberikan oleh oihak mahkamah tempoh hari." Kata Rizal.

"Keputusan? Keputusan apa ni?" Tanya Nadzmi.

Sumayyah menceritakan kes yang diurusnya atas pihak Azman ingin mengambil hak penjagaan terhadap Dhian.

"Ya Allah Su. Kenapa Su tak bagitahu Along." Kata Nadzmi mula kecewa kerana Sumayyah membelakanginya.

"Su taknak Along susah hati. Dalam keadaan Along macam tu." Kata Sumayyah.

"Jadi parut didahi tu adalah bekas dipukul Azril?" Tanya Nadzmi.

Sumayyah menganggukkan kepala.

"Zaril tahu?" Tanya Nadzmi.

"Tahu. Tapi Su yang tak suruh dia bagitahu Along." Kata Sumayyah.

"Along kecewa sangat dengan Su." Kata Nadzmi yang mula berdiri dan meninggalkan Su sendiri teresak disana.

"Along." Panggilnya.

Namun Nadzmi meninggalkannya disana dan pergi entah kemana.

Tangisnya menjadi. Tahu akan silapnya. Bukan Sumayyah nak rahsiakan dari Suami dan Nadzmi. Dia hanya fikir sampai bila hsrus bergantung harap atas mereka.

Phonenya berdering meminta diangkat. Tanpa melihat siapa memanggil dia menjawab.

"Siapa?" Tanya Sumayyah.

"Macam mana rasa tiada anak disisi sekarang hah Su?" Tanya Azman.

"Kembalikan Dhia." Mohon Sumayyah.

Rizal mendengar dan meminta agar Sumayyah menggunakan pembesar suara.

"Pulangkan? Boleh. Boleh sangat. Tapi takde benda yang tak menggunakan duit sekarang." Kata Azman.

"Kau cakap berapa?" Tanya Sumayyah.

"Semua kekayaan kau." Kata Azman.

"Ambiklah aku taknak kekayaan ni. Aku hanya nak anak aku." Kata Sumayyah.

Zaril datang mendekati isterinya. Duduk disisi Sumayyah dan merangkul bahu Sumayyah erat.

"Baik. Sediakan semua dokumennya. Aku akan jumpa kau malam ni." Kata Azman.

"Baik." Kata Sumayyah.

"Tapi ingat. Hanya kau sahaja yang aku nak ada disana." Kata Azman.

"Okey." Balas Sumayyah.

"Kau lapor polis atau kau datang dengan sesiapa, Aku akan pastikan Anak kau MAMPUSS!!" kata Azman dan ketawa lalu menutup panggilan.

"Kami akan berada tak jauh dari awak. Jika dia menghubungi dan memberitahu dimana pertemuan terus hubungi saya." Kata Rizal pada Sumayyah dan Zaril.

"Baiklah. Terima kasih." Kata Zaril.

"Dhia. Hubby." Kata Sumayyah memeluk erat Zaril.

"Shh. Ye Hubby pun merasa apa yang Sayang rasakan sekarang. Kita balik. perpare semuanya." Kata Zaril lalu mendekati Cikgu Dhian san mengendong Dhian yanv lena dengan mata Sembab.

"Kesian Anak Papa." Kata Zaril.

Mereka berlalu dari sana dengan beberapa orang pegawai polis masih berasa dan berkawal disana.

Didalam kereta. Zaril melihat isterinya yang masih berendam Airmata.

"Hubby teman Sayang." Kata Zaril.

"No. Hubby sendiri dengar tadi kan." Kata Sumayyah.

"Tapi takkan Hubby nak biarkan Sayang sendiri kesana." Kata Zaril.

Please By. Jangan kusutkan Su dulu." Kata Sumayyah.

"Along mana?" tanya Zaril.

"Entah. Along marah dan kecewa kat Su sebab rahsiakan semuanya pada Along." Kata Sumayyah.

"Ya Allah." Hanya itu yang mampu terucap dimulut Zaril. Rasa bersalah pada Nadzmi dan dalam masa yang sama rasa kasihan pada isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience