-19-

Other Completed 91921

Ainulandang.kedepan sambil mendengar lagu dari Datuk Siti Nurhaliza. Baru pertama kali dia duduk berdua bersama dengan Nadzmi.

"Ainul tak kisahkan duduk sini hingga Ahad?" Tanya Nadzmi.

"Tak. Lagipun Ainul dah apply cuti awal." Kata Ainul.

Nadzmi mengatur suaranya agar tidak gugup membicarakan sesuatu pada Ainul.

"Err Ainul. Abang Mi nak bagitahu sesuatu pada Nul ni?" Kata Nadzmi.

"Apa dia ." tanya Ainul.

"Nuk dah ada yang punya ke?" Tanya Nadzmi.

"Takde. Single Available. Kenapa?" Tanya Ainul. Tapak tangannya mula berpeluh.

"Mi nak bagitahu, Mi dah lama simpan hati dekat Nul. Sejak Nul datang bengkel cari Su dulu." Kata Nadzmi.

Ainul hanya diam mendengar apa yang dikatakan Nadzmi.

"Mi taknak cakap basa basi, Mi nak bagitahu Mi nak hantar minang Nul hujung bulan ni." Kata Nadzmi.

"Ainul tak sebaik wanita kat luar tu. Tapi Nul akan cuba sedaya upaya Nul untuk bahagiakan Abang Mi. Harap Abang Mi terima kekurangan dan kelebihan Nul." Kata Ainul.

Dia juga sama menyimpan rasa sayang dan cinta pada Nadzmi sejak dulu lagi. Namun dia pendam sebab dia tahu Nadzmi sudah mempunyai kekasih hinggalah dia dikecewakan dan hingga kini Cintanya pada Nadzmi masih sama.

"Mi akan terima baik dan buruk Nul. Mi harap Nul akan bahagia dengan Mi lepas ni. Dan Mi harap Nul tak kisah, Su tetap jadi tanggungjawab Mi sebelum dia menemui insan yanv boleh menerkmanyq sebagai seorang janda single mom." Kata Nadzmi.

"Nul takkan halang. Su adik abang. Darah daging Abang. Sebelum Nul dalam hati abang, Su dah jadi psnghuni hati Abang sejak dia lahir kedunia. Itu Nul tahu. Sama macam yang Su cakap pada Nul. Abang Cinta hati pertama dia." Kata Ainul.

"Setia dengan Mi. Sentiasa ada disaat Mi susah dan senang." Kata Nadzmi menggnggam jemari Ainul yang ada di atas pahanya.

"Nul janji. Andai jodoh kita panjang, Susah dan senang Abang adalah susah dan senang Nul juga." Kata Ainul.

"Terima kasih Sayang." Kata Nadzmi mengucup lembut jemari Ainul.

Lain pulak didalam kereta milik Zaril. Bila si kembar dah nyenyak dipangkuan Sumayyah. Sumayyah jadi sukar untuk bergerak.

Melihat wajah datar dari Zaril membuatkan dia telan liur. Dia hanya diam walaupun merasa kakinya kebas akibat sikembar.

"Siapa Sumayyah dan Nadzmi yang sebenarnya?" Tanya Zaril akhirnya.

"Apa Maksud Boss?" Tanya Sumayyah.

"Kenapa lelaki tadi panggil Nadzmi Tengku muda dan dia panggil Sumayyah Dengan gelaran Tengku Bongsu." Tanya Zaril.Rasa ingin tahunya tak mampu dibendung lagi.

"Dah betul kami keturunan Tengku takkan dia nak panggil kami Datok dan datin kot." Gurau Sumayyah.

"Adawiyah." Sebut Zaril sepatah.

Sumayyah tahu kalau Zaril memanggilnya dengan panggilan Adawiyah, maksudnya dia serius dalam pertanyaan.

"Ye. Saya dan Along msmang keturunan Tengku. Cuma sejak Su berusia 9 bulan, Paoa dan Mama meninggal kemalangan, Kami dijaga Tok dan Nek. Hinggalah Su berusia 13 tahun, Dan masa tu Bengkel Along dah sukses sikit. Lepas tu Tok dan Nek meninggal sama juga kemalangan dalam perjalanan melawat Pak Long yang sedang sakit dekat Hospital." Kata Sumayyah.

"Sejak tu, Su tinggal dengan Along. Kami buang nama Tengku didepan nama kami. Apong adalah orang kepercayaan Tok yang menjaga Su masa kecik hinggalah sekarang. Namun sekarang ni Su yang tak nak dia jaga Su. Sebab bagi Su cukup dengan Along je yang jaga Su." Kata Sumayyah lagi.

"Tapi PakLong cari kami dua beradik nak tuntut harta peninggalan Tok dan Nek." Kata Sumayyah.

"Jadi?" Tanya Zaril.

"Ssshhhhh." Sumayyah menampar lembut paha sikembar kerana terganggu.

"Sebab tu Apong balik tadi. Sebab Pak Long dan MakNgah ada dekat Banglo Tok. Kami tak pakai pun harta Tok dan Nek. Sama juga dengan Harta Papa dan Mama. Bengkel Along tu semua duit simpanan Along. Duit Su belajar pun duit Along. Kami takde rumah, Bengkel tulah rumah kami." Kata Sumayyah.

"Maaf Zaril bertanya tadi. Sebab Ril taknak ada salah faham disini satu hari nanti." Kata Zaril.

"Semua orang sangka kami budak miskin datang dari kampung, Sedangkan kami mampu beli apa je yang kami mahu. Tapi takde makna pun dengan semua tu. Nama hanya tetap nama. Kalau mati tanam kat tanah juga kan." Kata Sumayyah.

"Please jangan ungkit soal keturunan Su. Along taknak orang pandang kami sebab keturunan kami." Kata Sumayyah.

"I promise Honey." Kata Zaril sambil mengusap kepala Sumayyah yang bersarung dengan shawl warna purple.

Zaril membelokkan keretanya kestesen minyak berdekatan. Zaril melihat Sumayyah yang sedang memegang Dhia dan Dhian dalam keadaan tak selesa.

Zaril mengangkat tubuh Dhia dan meletakkan diatas ribanya. Sumayyah terlena lepas bercerita pada Zaril siapa dia dan Nadzmi.

Zaril memulakan semula pemanduannya dan dibuntuti oleh kereta Nadzmi dibelakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience