-36-

Other Completed 92033

Akhirnya Zaril menemui Sumayyah bersama sikembar dan Apong di Shopping complex. Zaril menapak memeluk tubuh Sumayyah erat.

Sumayyah tak mampu menahan airmatanya yang laju turun membasahi pipi.

"Menangislah kalau itu boleh membuatkan sayang tenang." Kata Zaril.

"Along dah tak sayangkan Su." Rintih Sumayyah pilu ditelinga Zaril san Apong.

"Hubby ada. Hubby akan sentiasa ada bersama Sayang." Zaril menghapus air mata Sumayyah yang membasahkan pipi pujaan hatinya.

"Papa papa." Panggil Dhian sambil menarik jemari Zaril.

"Eh alaa sayang Papa." Kata Zaril lalu mengangkat tubuh kurus Dhian dan Dhia.

"Kenapa kurus ni?" Tanya Zaril.

"Rindukan Papa dia." Kata Sumayyah.

"Apong, Boleh tak tolong saya?" Kata Zaril.

"Tolong apa?" Tanya Apong.

"Carikan Wali hakim untuk mewalikan Sumayyah." Kata Zaril.

"By.." Kata Sumayyah seperti tidak bersetuju seawal ini dia akan menikah semula bersama Zaril.

"Tak Hubby tahu selama ni Sayang diganggu Azril ditempat kerja dan sekarang Along dah takde disisi Sayang. Hubby taknak terjadi sesuatu pada Sayang dan dua ketul ni." Kata Zaril mengucup pipi Dhian dan Dhia.

"Saya akan urus sekarang." Kata Apong lalu pergi dari sisi mereka.

"Jom. Papa belanja Shopping." Kata Zaril.

Dalam diam, Sahabat Azril menangkap gambar Sumayyah dan Zaril yang sedang mesra dan Zaril erat memeluk tubuh Sumayyah lalu menghantar pada Azril.

Azril yang sedang ralit menekan keyboard diatas mejanya menoleh ke handphonenya akibat getaran.

Dia mengambil dan melihat ada pesanan dari temannya. Dia membuka dan senyuman yang tadi manis bertukar menjadi wajah murka seorang Azril.

"Kau menguji aku Su. Siall. Perempuan Siall!!!" Teriak Azril.

"Aku dapat kau, Kau tahu lah siapa Azril Azman." Kata Azril menumbuk meja didepannya.

Azril yang tak tenang dipejabatnya akhirnya menapak keluar lalu oulang kerumah orang tuanya.

Sampai disana, Dia masuk kedalam rumah Azman dan melihat Papa dan Mamanya sda diruang tamu sedang menonton nerflex.

"Kenapa ni? Monyok je?" Kata Azza.

"Nah mama tengok sendiri." Kata Azril sambil membaling phone keatas meja.

Azman mengambil phone dan melihat.gambar yang terpapar dekat screen

"Sumayyah?" Terkejut Azman.

"Haah. Lelaki tu Ex boss dia." Kata Azril.

"Kenapa dia berani peluk Sumayyah? Sumayyah ni memang tak tahu ke dia tu dah bakal jadi isteri Rik semula?" Kata Azza.

"Ril nak percepatakan majlis tu Ma." Kata Azril.

"Majlis Apa?" Tanya Zizi muncul didepan pintu utama.

Azman dan Azza terkedu melihat Zizi disana.

"Aku tanya Majlis apa?" Tanya Zizi.

"Majlis nikah aku dengan Sumayyah. Dah Puas." Kata Azril. Emosinya sedang tak terkawal sekarang.

"What? You dah gila ke apa Ril. I takkan setuju. dan I takkan Sign borang persetujuan." Kata Zizi.

"Aku tak perlukan persetujuan dari kau Zi, Sebab aku akan ceraikan kau." Kata Azril.

Terkedu Zizi mendengar Azril akan menceraikannya. Lalu dia ketawa dan bertepuk tangan.

"Good. memang itu aku tunggu." Kata Zizi.

Dia berlalu meninggalkan rumah mertuanya dan bersorak gembira kerana akan diceraikan lelaki seperti Azril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience