-25-

Other Completed 92033

Mereka sampai di tapak pameran dan pertunjukkan terjunan payung. Selain pameran ada gerai yang menjual makanan dan barangan.

Zaril yang sedang mengendong Dhian yang lena dan Dhia dipimpin Sumayyah. Nadzmi menggandeng tangan Ainul takut terlepas pandang.

Begitu jua dengan Zaril. Tangannya sebelah memimpin kemas jemari Sumayyah agar tak terlepas dari pandangannya.

Sumayyah membiarkan Zaril memimpinnya. Kerana dia mula membuka semula hatinya untuk seorang bergelar lelaki.

"Jangan jauh sangat." Kata Zaril.

"Hmm." Jawab Sumayyah.

Nadzmi dan Ainul berada dibelakang mereka manakala Qayyum dan Mia berada disisi Zaril.

mereka berhenti didepan kawasan yang dimana tempat pendaftaran untuk menyertai terjunan payung.

Zizi yang melihat kelibat Sumayyah bersama seorang lelaki sedang berpegangan tangan dan membawa si kembar. Dia menarik Azril untuk mendekat kedepan bersama dengan Azza dan Azman yang datang ke sana untuk membantu Zizi mendapatkan semula hati Azril.

"Encik, Puan, Nak cuba melakukan aksi terjunan berdua?" Tanya pegawai tentera itu.

"Hah?" Sumayyah tak faham.

"Maksud saya terjunan berpasangan." Kata Pegawai itu lagi.

"Ooo tak nak. Saya takut gayat." Sumayyah menolak Namun tidak pula Zaril.

Dia menerima cabaran pegawai itu melakukan terjunan berpasangan bersama Sumayyah.

"No. Saya tak nak." Kata Sumayyah muktamad.

"Pergilah biar Along dan Ainul jaga mereka." Kata Nadzmi.

"Along. Please." Rayu Sumayyah. Sejak kecil dia memang takut dengan tempat tinggi. Nak naik pesawat pun berfikir 3 kali.

"Kan ada Zaril tu teman." Kata Nadzmi.

Sumayyah memandang Zaril yang ada disisinya sedang mencabarnya dengan mengangkat keningnya beberapa kali.

"Ingat Su takut ke?" Kata Sumayyah.

"Ok jom." Kata Zaril lalu menarik Sumayyah agar naik bersamanya keatas helikopter yang disediakan.

Disamping lain, Azril mendengar suara yang dirinduinya lalu menoleh kesisi melihat Sumayyah bersama Zaril dengan berpimpin tangan naik keatas Helikopter.

Dalamasa yang sama Zizi yang cemburu melihat Sumayyah dan lelaki itu menyerahkan anaknya pada Azza dan Azman dan dia dan Azril turut serta dalam terjunan berpasangan.

Semasa diatas, Sumayyah langsung menggenggam erat jemari Zaril. Takutnya pada tempat ketinggian memang tak boleh nak dibawa bincang.

"Sabar Puan. Nilah cara nak buang rasa gayat kita." Kata Pegawai itu.

Mata Azril lekat pada wajah takut Sumayyah. Melihat Zaril menggenggam erat jemari itu membuat rasa cemburunya menggunung.

Manakala Zizi perasan Azril bagai terbawa emosi melihat kedekatan Sumayyah dengan lelaki itu.

"Ok Puan. Encik. Saya tolong untuk memasangkan semua peralatan ni." kata Pegawai itu.

"Boleh tak saya tak ikut serta." Kata Sumayyah.

"No. Sayang kena kuat. Buang jauh rasa takut tu. Hubby ada dekat sisi Sayang." Kata Zaril apabila melihat Azril sedang memerhatikan Sumayyah.

"Takut lah." Kata Sumayyah airmata bergenang dikelopak matanya.

"Heyy jangan risau ye. Hubby ada." Kata Zaril lalu menghapus airmatanya yang akan mengalir.

"Janji tau." Kata Sumayyah.

"Promise dear." Kata Zaril memeluk Sumayyah. Pertama kali dia dapat memeluk tubuh wanita yang dicintainya.

Acara terjunan bermula. Sumayyah diletakkan satu payung bersama Zaril dan begitu jua pasangan lain.

"Ok. Sedia. Now!" Kata pegawai itu. Zaril mula terjun dari atas Helikopter dengan Sumayyah berada didepannya.

Sumayyah yang tadi menutup matanya saat Zaril terjun. Kini dia membuka perlahan matanya, Dan alangkah perasaannya sekarang bagai nyawa dihujung tanduk.

Dia kini berada dibawah badan Zaril. Merasa seperti seekor burung. Namun hanya Allah yang tahu betapa degupan jantungnya seperti nak tercabut.

Zaril diajar menarik tali dibelakang nya dan Kain yang ada didalam mengembang dan perlahan mereka terbang semula keatas dan perlahan turun kebawah.

"Macam mana?" Tanya Zaril.

"Ya Allah indahnya ciptaan yang Esa." Kata Sumayyah.

Zaril melepaskan pegangannya dipinggang Sumayyah. Sumayyah berteriak kecil kerana Zaril melepaskannya. Kerana ia takut jatuh.

"Awakkk!!!" Teriak Sumyyah. Zaril yangendengar memeluk erat dengan sebelah tangannya pinggang Zaril.

"Ye saya ada dekat belakang Awak ni." Kata Zaril.

"Please jangan lepaskan hingga kita sampai dibawah." Kata Sumayyah.

"Ok." Kata Zaril mengulum senyum.

Hinggalah kaki mencecah ketanah barulah Zarilelepaskan pelukannya pada pinggang Sumayyah.

"Tolong lah. Ni first and last Su naik. Apabila melihat Nadzmi menapak kearahnya.

Takkan hilang ketakutannya walau apa pun yang dilakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience