-1-

Other Completed 91921

"Azril Bin Azman, Aku nikahkan akan dikau Sumayyah Adawiyah Binti Noh dengan berwakil walikan aku Abang kandungnya dengan mas kahwin sebanyak 300 ringgit tunai." Tangan digoncang.

"Aku terima Nikah Sumayyah Adawiyah Binti Noh dengan mas kahwin sebanyak 300 ringgit tunai."

"Sah? Sah?" Kata wali.

"Sah." Jawab saksi.

Tangan ditadah memohon doa agar perkahwinan yang didirikan kekal hingga ke jannah.

"Su. Along lepaskan Su pada Azril. Ingat tau hidup berumah tangga ni banyak cabarannya. Along harap Su dapat jaga rumah tangga Su hingga ke jannah." Nadzmi.

"Along, Walaupun Su dah Kahwin, Along tetap akan Su jaga. Sebab Along yang Su ada sekarang." Kata Sumayyah.

"Iye. Along tahu. Tapi Su Along nak cakap sikit. Jangan terlalu ikutkan hati jika marah. Jika Su kena buang, Ingat pulang pada Along. Rumah Along sentiasa terbuka untuk Sumayyah." Kata Nadzmi lagi.

Dia tahu sukar untuk melepaskan Sumayyah satu satu keluarga yang dia ada kini. Dialah Racun dialah penawar. Namun Tak mampu untuk Nadzmi halang andai jodoh adiknya sudah sampai.

Azman dan isterinya sedari dulu memang tak suka pada Sumayyah. Namun hanya kerana sayangkan Azril mereka setuju menerima Sumayyah.

Zizi datang dihari pernikahan Azril. Lelaki yang sentiasa didambakannya. Dia menghampiri Azman, dan Azza.

"Aunty. Kenapa Aunty dan Uncle setuju Ril kahwin dengan Perempuan miskin tu?" Tanya Zizi.

"Uncle pastikan perkahwinan mereka takkan lama." Kata Azman.

"Aunty nak kat pejabat nanti Zizi cuba sedaya upaya untuk merebut hati Azril dari perempuan tu." Kata Azza.

Azril yang bekerja di anak syarikat milik papanya dengan Zizi menjadi PA nya sejak dia menggantikan Azman.

Zizi seorang gadis seksi, dadanya yang sentiasa jadi tumpuan mata para buaya. tambahan lagi paha yang mulus.

Manakala Sumayyah bekerja sebagai Akauntan pada salah satu Syarikat yang cukup besar di tengah bandar.

Sejak Habis Spm dia mula bekerja disana hingga kini. Bossnya Zaril seorang yang Cool dan suka berbual walaupun bersama bawahannya. Apalagi bersama Sumayyah.

Zaril boss yang baik pada semua staffnya. Berusia lebih tua 10 tahun dari Sumayyah. Namun terjatuh hati tanpa sengaja pada Sumayyah. Apabila mendapat tahu Sumayyah menikah, Dia akhirnya meminta pertukaran ke Singapore dengan membawa hati yang patah terluka.

"Awak, hari ni kita akan pindah dekat rumah yang saya dah sewa." Kata Azril.

"Saya ikut je." Kata Sumayyah.

Azril taknak membawa Sumayyah tinggal bersama Papa dan Mamanya kerana dia tahu Perkahwinan mereka ditentang sekali oleh familynya.

"Su. Motor Su macam mana?" Tanya Nadzmi.

Su menarik Nadzmi ketepi.

"Along jangan cakap pasal motor tu. Sebab Su bagitahu Ril, Su jual motor tu. Su sayang harta pertama Su tu." Kata Sumayyah.

"Ok Along faham. Su jangan Risau, Along akan jaga." Kata Nadzmi.

"Mi, Kau tinggallah dengan kami dengan rumah sewa kami." Kata Azril.

"Takpe Ril. Lagipun Bengkel aku tu takde yang jaga." Kata Nadzmi. Nadzmi membuka kedai bengkel dari bengkel kereta hinggalah kebengkel Motorsikal.

Nadzmi memang seorang BisnesMan yang membuka 1 baris kedai dengan menjual peralatan Motor dan sebuah lagi bangunan peralatan kereta.

Namun tiada siapa tahu melainkan Adiknya Sumayyah. Orang cuma mengenali mereka dua beradik yang miskin datang dari kampung sedangkan mereka berdua adalah dari golongan elit. Atok dan Neneknya adalah bergelar Tengku.

Begitu jua dengan Papa dan Mamanya. Namun mereka tak menghirau dengan pangkat nama dan harta keluarganya. Bagi Nadzmi dia nak membesarkan adiknya dengan titik peluhnya sendiri.

"Ala tak payahlah Mi kau duduk sana lagi. Rumah aku sewa tu ada banyak bilik. Kau duduk dengan aku." Kata Azril berlagak.

Namun Nadzmi hanya tersenyum senget dibibirnya.

"Takpe Ril. Aku ok tinggal kat sana." Kata Nadzmi lagi.

"Kalau kau taknak, Takkan aku nak paksakan." Kata Azril.

Dia berlalu meninggalkan Sumayyah dan Nadzmi.

"Sombongnya kau." Kata Nadzmi seperti berbisik.

"Along. Please." Kata Sumayyah.

"Mungkin Allah nak uji Along dapat adik Ipar macam tu. Kata Nadzmi.

"Sabar ye." Kata Sumayyah.

"Summayyah!!!" Teriak Ainul menghampirinya dengan Nadzmi.

"Ainul. Kau ni." Kata Sumayyah.

"Nak Mi jahit ke mulut tu." Gurau Nadzmi.

"Sorrylah. Su Happy wedding day." Kata Ainul lalu memeluk Sumayyah.

"Thanks Nul. Aku ingat kau taknak datang." Kata Sumayyah.

"Mesti aku datang lah. Cuma aku terpaksa ganti Boss tadi kejap jumpa client." Kata Ainul mengah.

"La Boss mana?" Tanya Sumayyah.

"Kau tak tahu ke Boss dah posting ke Singapore. Bawak hati luka sebab kau kahwin hari ni." Kata Ainul.

"Kau. Tak Along yang jahit mulut kau, Aku yang jahit kang." Kata Sumayyah.

"Siapa Boss Su?" Tanya Nadzmi.

"Yang Su bawak hari tu masa motor dia rosak tu kat tepi jalan." Sumayyah mengingatkan.

"Oo Zaril. Yes Along ingat." Kata Nadzmi.

Dalam hatinya, Dibanding antara Zaril dan Azril, Walaupun Zaril seusianya, namun dia lebih jelas boleh bahagiakan Sumayyah dari Azril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience