-23-

Other Completed 92033

Matahari menyinari pagi sabtu. Sumayyah dikejutkan oleh dua kembar yang meminta untuk dilepaskan dari bilik.

"Kejap lah. Bagi Mumy tkdur lagi kejap." Kata Sumayyah.

Namun Dhia dan Dhian mula membuat muka ingin menangis. Sumayyah senyum melihat telatah anaknya.

"Ok kiss Mumy dulu. Baru Mumy lepaskan." Kata Sumayyah dan Dhia dan Dhian berganti mengucup pipi Sumayyah.

Sumayyah bangun dari baringnya. Matanya melihat Mia dan Ainulasih lena. Kalau bukan disebabkan si kembar. Mungkin dia juga akan tidur sama seperti mereka.

Namun selepas dia mempunyai si kembar paling lambat pun dia bangun jam 7 pagi.

"Ok jom." Kata Sumayyah menyarungkan tudung Xpress kekepalanya lalu menggendong Dhia dan Dhian menapak memegang jemari Sumayyah.

Sumayyah keluar dari bilik. Dhian berlari menuju ke arah Nadzmi yang sedang duduk bersamdar dikerusi depan Tv.

"Dadadadada!" Teriak Dhian.

Nadzmi yang sedang menonton tv terkejut apabila Dhian berlari memeluk kakinya.

"Eh. Anak Dydy dah bangun." Kata Nadzmi.

"Ermm kira Su nak bangun lewat sikit. Tapi bila dah memaksa nak keluar. Paksa juga Su bangun." Kata Sumayyah lalu menyerahkan Dhia kearah Nadzmi.

"Along dah sarapan?" Tanya Sumayyah.

"Belum. Tunggu Mumy Dhia dan Dhian masakkan. Rindu masakkan Mumy kan Sayang?" Tanya Nadzmi pada dua anak di atas pangkuannya yangenonton lartun bersama Nadzmi.

"Alaaa. Along kejap lah Su tengok apa yang ada dekat dapur Boss tu." Kata Sumayyah.

"Cuba panggil nama dia Zaril ke Ril ke?" Kata Nadzmi.

"What Ril. Excuse me Along. Sebab nama Ril tu lah Su trauma sampai sekarang." Kata Sumayyah sambil melihat isi peti sejuk. Kosong. Hanya ada air mineral dan beberapa jenis coklat Mia.

"Kalau macam tu panggil lah Zaril. Sampai bila nak panggil Boss?" Tanya Nadzmi.

"Kira ok lagi Su panggil Boss kalau su panggil PakCik?" Tanya Su.

"Amboii. Dia dengan Along satu Umur. Mana boleh panggil PakCik." Kata Nadzmi ketawa.

Sumayyah menapak masuk kebiliknya untuk mengambil walletnya dan phone.

"Along. Jom. Teman Su beli barang dapur sikit dekat supermarket kat bawah tu."Su meminta teman.

"Jom." Kata Zaril lalu keluar dari biliknya.

"Eh. Morning Boss." Kata Sumayyah.

"Herm nasib masih Boss, Kalau PakCik tadi Zaril masuk semula kat bilik." Ketawa Zaril lepas dan bersambung dengan tawa Nadzmi.

"Ahh Boss kalau dah gabung dengan Along, Mulalah nak sakat Su. Benci tau." Kata Sumayyah melihat Dhia kini didalam dukungan Zaril. Manakala Dhian didalan dukungan Nadzmi.

"Dah jom. Lama lagi kat sini, Sampai tengahari kita baru sarapan." Kata Nadzmi.

"Yeayyy.. Hari ni Mumy ada dua bodyguard. Kan Sayang. Ok jom." Ceria Sumayyah keluar dari Apartment Zaril.

"Macam budak budak." Kata Nadzmi.

"Su dengar tau." Kata Sumayyah.

Mereka yang kini berada dalam supermarket kat bawah apartment, Sumayyah sedang sibuk memilih barangan dapur. Manakala Zaril dan Nadzmi hanya mengikutnya dibelakang denga Dhia dan Dhian.

"Eh Ril.." Sapa Mariati dengan pakaian tidurnya yang nipis dan menampakkan lekuk tubuhnya.

"Eh hai." Kata Zaril lalu melihat kearah lain. begitu jua dengan Nadzmi. Bukan apa mereka merasa malu apabila melihat perempuan berpakaian macam tu depan mereka.

"Mana Mumy ni?" Tanya Zaril pada Dhia sambil mengucup pipi sikecil.

"You buat apa kat sini Ril. Comelnya si kecil ni?" Tanya Ril dan memandang Nadzmi yang terlihat sama tampan dengan Zaril.

Sumayyah yang menolak troli melihat Nadzmi dan Zaril sedang menantinya dengan seorang perempuan Seksa.

"Erm macam Mariati?" Tanya Sumayyah pada dirinya. Namun datang akal nak mengenakan Mariati.

"Hubby." Kata Sumayyah menddkatkan dmri pada Zaril dan Nadzmi.

Terkedu Zaril mendengar suara menggoda Sumayyah memanggilnya dengan gelaran Hubby.

Nadzmi dah tersenyum nak ketawa melihat Zaril menelan luirnya beberapa kali. Begitu jua Mariati yang melihat Sumayyah dengan pakaian tidur dengan dilapisi Cardigan diluar.

"Hubby buat apa kat sini. Along?" Tanya Sumayyah dalam senyum manis diwajahnya.

"Tunggu Su lah kan Ril." Kata Nadzmi.

"Ha haah. Tunggu Sayang lah." Kata Zaril pula.

"Hubby nak makan apa lagi dengan Along?" Tanya Sumayyah melihat Mariati masih disisi Zaril.

"Sayang masak je Hubby makan." Kata Zaril.

"Ermm Along nak makan Mee goreng." Kata Nadzmi.

"Herm ok jom kita ke bahagian Mee." Ajak Sumayyah melintasi Mariati disana.

"Jom Sayang Papa kita ikut Mumy." Kata Zaril dan berlalu dari tempat itu bersama Nadzmi.

Selesai membeli dan Zaril membuat pembayaran, mereka naik semula ke Apartment Zaril.

"Amboii Macam nak terkeluar mata korang ye tenok lekuk badan Mariati tadi?" Kata Sumayyah. Ada satu perasaan yang mula terasa dalam hatinya apabila melihat perempuan merapati Zaril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience