-39-

Other Completed 91921

Nadzmi mula berfikir, kenapa Ainul nak sangat tahu bila Sumayyah akan bernikah. Muka tegangnya itu terkjhat jelas dimata AhSeng.

"Kau dah kenapa Mi?" Tanya AhSeng.

"Banyak yang aku fikir Seng. Su dengan anak anak. Mana perkahwinan aku yang tinggal beberapa hari ni." Kata Nadzmi.

"Kau betul ke nak kahwin dengan Ainul ni?" Tanya AhSeng.

"Kenapa?" Tanya Nadzmi.

AhSeng mengekuarkan phonenya dan menyerahkan rakaman suara Ainul tempoh hari.

Nadzmi mendengar jelas semua yang dikatakan Ainul. Berkerut dahinya.

"Bila?" Tanya Nadzmi.

"Sehari sebelum Su keluar dari Bangkel." Kata AhSeng.

Nadzmi meraup wajahnya dengan tapak tangannya. Merasa bersalah keatas Sumayyah.

"Ya Allah. Apa aku dah buat ni. Aku sanggup hilang Su demi perempuan muka dua ni." Rintih Nadzmi.

"Sabarlah Mi. Aku pun minta maaf. Bukan aku nak rosakkan majlis kau. Tapi aku kesiankan kau dan Su. Aku dah anggap kau dan Su macam keluarga aku." Kata AhSeng.

"Aku tetap akan teruskan pernikahan ni." Kata Nadzmi setelah lama berdiam diri.

"Kau biar betul?" Tanya AhSeng.

"Aku akan buat dia rasa apa yang aku dan Su rasa sekarang ni." Kata Nadzmi. Hatinya hancur tersakiti buat kali kedua.

Dan lepas ni biarlah dalam lubuk hatinya hanya ada nama Sumayyah selamanya.

"Jangan bahayakan diri Mi." Kata AhSeng.

"Aku akan tebus rasa sakit Sumayyah." Kata Nadzmi.

Disisi lain, Azril menemui Mama dan Papanya dan membawanya menemui Nadzmi sekarang.

"Jangan buat gila Ril." Kata Azman.

"Sebelum Su nikah jumaat ni? Ril akan ikat dia kalau boleh simpul mati agar tak terlepas lagi." Kata Azril.

"Su nak nikah? Dengan siapa?" Tanya Azza.

"Lelaki yang kita nampak dekat Singapore tu." Kata Azril.

"Kita tak boleh lambat lagi ni Ril." Kata Azman pula.

"Betul." Kata Azril lagi.

"Hari ni kita pergi bengkel Nadzmi." Kata Azza.

"Semua dah ada ke Ril sediakan?" Tanya Azman.

"Kita bawak cincin je." Kata Azril.

"Baiklah Papa dan Mama siap dulu." Kata Azman.

Azril senyum membayangkan hidupnya akan bersama Sumayyah lepas ni, Kelembutan Sumayyah, Senyum dan tawanya membuatkan dia terbuai.

"Tunggu Abang Sayang." Kata Azril.

Dia melihat jam discreen phonenya. Menunjukkan pukul 11.30 pagi.Dia tahu Sumayyah mesti tengah kerja.

"Takpe, Sayang tak payah tahu dulu, Abang nak buat Suprise untuk Sayang." Kata Azril menatap hambar Sumayyah didalam phonenya.

Dia berfikir rancangannya akan berhasil untuk mendapatkan Sumayyah, Sedangkan Nadzmi telah menyusun segalanya.

Melihat, Papa dan Mamanya yang susah siap berpakaian rapi, Mereka bergerak bersama dan pergi menuju kearah bengkel Nadzmi.

Didalam bengkel Nadzmi, Dia mulai sibuk apabila beberapa buah kereta masuk pagi tadi meminta agar mereka melakukan Servis.

Nadzmi turun padang menemani 3 orang pekerjanya termasuk AhSeng untuk membaiki kerosakan kereta. Disaat dia sedang sibuk, AhSeng perasan akan kereta Azril yang parking diluar bengkel.

"Mi." Panggil AhSeng.

Nadzmi menoleh melihat Ahseng yang menunjukkan Mini Cooper diluar bengkel.

"Amboi. Cepat datang. Bukan kau cakap tadi dala. minggu depan ke kau dengar dia nak datang?" Tanya Nadzmi.

"Betullah. Aku takkan silap." Kata AhSeng.

"Pelik?" Kata Nadzmi lalu menyambung semula membuka enjin kereta didepannya.

"Assalammualaikum." Sapa Azril dari luar bengkel.

"Waalaikumsalam" jawab AhSeng.

"Saya nak jumpa Nadzmi." Kata Azril.

"Kenapa kau nak jumpa aku?" Tanya Nadzmi mumcul dibalik depan kereta.

"Ha Mi. Kami taknak panjangkan cerita. Aku nak bagitahu kau hajat aku kesini." Kata Azril.

"Kenapa? Kau nak pinang Su menjadi Isteri kau semula ke?" Tanya Nadzmi sambil melap tangannya dengan kain yang ada diatas kereta.

"Su dah bagitahu? Syukurlah. Senanh sikit kerja aku." Kata Azril.

"Takde maknanya Su nak bagitahu, Nak sebut nama kaunje dia dah muak. Apalagi nak kembali semula dengan kau." Kata Nadzmi dengan senyum senget dimulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience