-17-

Other Completed 91921

Tangan Zaril ditepis oleh Azril kuat. Zaril berhenti melangkah menoleh kearah Azril.

"Kalau kau nak tahu dia janda aku." Kata Azril Megah.

"Kau ingat aku kisah ke dia siapa, Sekalipun dia isteri kau aku tetap akan pertahankan dia dan akan rampas dari kau lelaki dayus." Kata Zaril.

Sumayyah mula menjadi malu kerana Zaril dan Azril. Dia merampas kunci Motornya dari tangan Qayyum dan berlalu meninggalkan mereka disana.

"Su. Su!!" Panggil Azril mula ingin mengejarnya. Begitu jua dengan Azril. Nasib dia memakai motor tadi.

Dia berlalu meninggalkan Qayyum dan Mariati. Mengejar Sumayyah yang telah hilang dari pandangan.

Begitu jua dengan Azril yang memecut laju mini coopernya mencari kelibat Sumayyah.

Sumayyah memakirkan motornya disebelah BMW milik Nadzmi. Menapak berjalan mencari kelibat Nadzmi dan Anak anaknya.

"My!! my!! My!!" Teriak Dhia apabila melihat Sumayyah.

Dhian pula sudah berlari kearah Sumayyah minta diangkat.

"Rindu Mumy ke? Hmm." Sumayyah mengucup seluruh wajah Dhian. Dhian pula ketawa geli diperlakukan Mumynya begitu.

"Along." Sapa Sumayyah berjalan kearah abangnya dan menghulurkan tangan bersalam dengan Nadzmi.

"Lamanya." Tanya Nadzmi.

"Biasalah. Meeting lambat habis. Ni sapa jaga Bengkel." Tanya Sumayyah.

"AhSeng." Kata Nadzmi dan menyerahkan Dhia pada Sumayyah apabila dia mula merengek meminta digendong oleh Mumynya.

Dhia pula ingin diserahkan pada Ainul, Namun Dhia. melingkarkan lengannya dileher Sumayyah.

"Sinilah dekat Dydy." Kata Nadzmi mahu mengambil Dhian.

"Nonono." Ucap Dhian sambil menunjukkan jari telunjuknya kekiri dan kekanan.

"Amboii jumpa Mumy taknak dekat Dydy lah." Kata Nadzmi berpura merajuk.

"Cakap kat Dydy suruh kawen cepat. Sian Aunty Ainul tunggu Dydy." Kata Sumayyah melihat Ainul malu disebelahnya.

Zaril melihat Motorbike Sumayyah Parking disisi BMW Blue candy. Dia memakirkan motornya disisi motor Sumayyah.

Melangkah cepat mencari kelibat Sumayyah sambil melipat kedua lengan bajunya hingga sampai siku.

Matanya tertuju pada sosok tubuh Sumayyah yang sedang mendukung 2 budak lelaki dan perempuan, Manakala disebelahnya ada Ainul dan seorang lelaki didepan Sumayyah adalah Nadzmi.

Dia menghampiri kelompok itu dan tersenyum melihat budak lelaki itu tidak ingin melepaskan rangkulannya pada si ibu.

"Assalammualaikum." Sapa Zaril.

"Waalaikumsalam." Sahutereka serentak.

"Eh Boss!" Teruja Ainul melihat bekas bossnya didepan mata.

"Zaril." Sapa Nadzmi dan bersalaman dengan Zaril.

Habis meeting tadi, Sekali lihat Sumayyah dah takde. Kira nak gerak cari makan, Tup tup nampak Motorbike Sumayyah, Ingat rosak ke apa." Cerita Zaril bohong.

Dhia dan Dhian memerhatikan lelaki yang sedang bercakap dengan Dydy mereka. Zaril menoleh melihat kedua anak comel itu.

Dhia dan Dhian malu kerana tertangkap oleh Zaril yang telah merenungnya lekat.

"Ni sapa ni?" Zaril menyentuh kepala Dhian lembut.

Dhian malu diperlakukan begitu. Namun tidak Dhia yang minta dilepaskan Mumynya agar dia dapat digendong oleh Zaril.

"Ehh Sayang janganlah. Nanti kotor baju Uncle." Kata Sumayyah pada Dhia.

"Papapapapa." Panggil Dhia memohon pada Zaril agar mengambilnya dari gendongan Mumynya.

"Ok sini dengan Papa." Kata Zaril lalu menyambut Dhia dan membawa dalam gendonganya.

"Alaa boss kotor nanti baju boss tu. Dah lah putih." Kata Sumayyah.

"Takpe. Yang kotorkan pun bukan orang lain anak papa juga kan." Kata Zaril mengucup pipi Dhia. Geram melihat Dhia yang persis wajah Sumayyah.

"Maaf lah Ril, kalau menyusahkan kau." Kata Nadzmi. Walaupun begitu hatinya berbunga dan berdoa agar jodoh Sumayyah bersama Zaril dipanjangkan.

"Takpe lah. Biasa budak-budak." Kata Zaril.

Dhian yang dengki pada Dhia mempamerkan wajah kurang senangnya kepada Dhia dan Zaril.

"Kenapa ni. Nak Papa dukung juga?" Tanya Zaril mulai merapatkan wajahnya kepipi Dhian lalu mengucupnya. Wangian Sumayyah membuai perasaannya. Dia cepat cepat menjauhkan wajahnya dari pipi Dhia yang mula menangis.

"Hey kenapa ni. Dah. Jangan Nangis jom Mumy bawak makan Aiskrim nak?" Tanya Sumayyah namun Dhian masih sama menangis.

"Ok meh sini. Nak sama Papa jugak?" Tanya Zaril lalu Dhian yang tadi dipelukan Sumayyah kini berada dirangkulan Zaril.

"Amboi macam ni Mumy yang merajuk lah." Kata Sumayyah.

Azril melihat dari dalam keretanya keakraban bekas isterinya bersama Ceo tadi. Dan begitu juga dengan anak anaknya dan juga Nadzmi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience