-34-

Other Completed 91921

AhSeng mengejar Sumayyah bersama Dhia dan Dhian.

"Su. kejap Su." Kata AhSeng menahan Sumayyah dari pergi.

"Kenapa Abang AhSeng?" Tanya Sumayyah. Demam anaknya yang belum kebah tambah lagi berat dugaan yang harus dia tanggung

"Su tinggal dengan Mama Abang dulu." Kata AhSeng.

"Takpe Abang. Pandailah Su bawak diri Su jauh dari kehidupan Along lepas ni." Kata Sumayyah.

"Jangan macam tu. Abang rasa, Nadzmi dah dibutakan Cinta Ainul." Kata AhSeng.

"Su taknak libatkan Abang dalam hal ni. Cukup Su tahu kebenaran ni. Dan bila Su nak betulkan semua ni, Along tak nak percaya." Kata Sumayyah.

"Jangan putus asa Su. Abang AhSeng akan bantu Su sedarkan Nadzmi." Kata AhSeng

"Takpe lah Abang AhSeng. Su dah biasa dah sejak Su bergelar Miss J Su dah mula terima hakikat satu hari Along akan buang Su jugak lepas Azril." Kata Sumayyah.

"Semua ni salah faham Su. Percayalah. Abang akan tolong Su. Cjma buat masa sekarang ni tinggal dengan Abang dan Mama Abang." Kata AhSeng.

"Su sewa homestay dalam 2 ke 3 hari ni sebelum Su dapat cari rumah untuk kami bertiga." Sumayyah memutuskan.

Dia yang kini mula menapak meninggalkan AhSeng, Tak mampu nak melawan derai airmata dari jatuh ke pipi.

Sumayyah yang memesan Grab online duduk dekat stesen bas tak jauh dari bengkel Nadzmi.

"Maafkan Mumy sayang. Mumy terpaksa herer kamu berdua." Kata Sumayyah yang mendudukkan keduanya diatas ribanya.

Grab online datang tepat distesen bas. Sumayyah masuk kedalam Grab dan saat itu jugalah Zaril melintasi mereka menuju kebengkel Nadzmi.

Sumayyah menghubungi Apong membawanya bertemu. Apong bersetuju akan menemuinya di tempat kafe biasa Sumayyah menanti dia balik kerja.

"Nanti kita beli baju ye. Sayang anak Mumy ni. And mulai saat ni, kita akan belajar berdikari tinggal bertiga tanpa Dydy ya sayang." Kata Sumayyah.

Namun jauh dilubuk hatinya, dia berdoa agar Allah bukakan mata Nadzmk dan melihat kebenaran siapa kaca dan siapa permata.

Zaril memakirkan Motorbikenya didepan bengkel milik Nadzmi. Dia masuk dan melihat AhSeng disana.

"Bro!!" Panggil Zaril dan menapak kearah AhSeng.

"Zaril?" Kata AhSeng yang mengenali Zaril semenjak Sumayyah membantu lelaki itu dulu.

"Ye. Aku Zaril. Kau apa khabar Seng?" Tanya Zaril.

"Alhamdulillah Sihat. Kau?" Tanya AhSeng membalas pelukan Zaril.

"Macam kau lihat. Rindukan orang jauh." Kata Zaril.

"Kau maksudkan Su?" Tanya AhSeng.

"Haah. Su ada ke? Aku dengar dia demam semalam. Tu yang aku gerak sari sana selepas Subuh." Kata Zaril.

"Kau lambat Ril." Kata AhSeng.

"Kenapa?" Tanya Zaril.

"Sumayyah..." Kata AhSeng terouyus apabila Ainul merapati mereka berdua.

"Ehh Zaril..." Ceria suara Ainul menyambut kedatangan Zaril.

"Hai Nul." Sapa Zaril.

"Ril. Jom aku bawa kau minum kat luar." Kata AhSeng.

"Eh minum kat sini jelah." Kata Ainul.

"Takpe. Banyak aku nak borak dengan orabg jauh ni." Kata AhSeng. Malas nak melihay wajah manusia ouaka didepannya itu.

"Jom Ril." Kata AhSeng sambil membawa Zaril keluar dari dalam bengkel.

AhSeng membawa Zaril minum dikafe yang jauh sikit dadi bengkel Nadzmi. Dia takut andai Ainul akan mengejar mereka.

Selepas membuat pesanan, AhSeng mula mengeluh dan tak tahu macam mana nak cakap pada Zaril.

"Kenapa ni Seng? Cuba bagitahu aku. Mana Su? Sikembar? Dan apa yang aku lambat." Soal Zaril bertubi-tubi.

"Kau dengar ni." kata AhSeng.

Zaril mendengar suara rakaman milik Ainul dengan dahi berkerut.

"Apa semua ni?" Tanya Zaril.

"Sebab benda nilah Su dan Nadzmi bergaduh dan Nadzminyang tak pernah herdik Su dah mula tinggikan suaranya." Kata AhSeng.

"Habis tu?" Tanya Zaril.

"Su rela keluar dari bengkel tu dengan Dhia dan Dhian, Dari dia melihat Ainul membodohkan Nadzmi.

Zaril meraup wajabnya dengan kasar. Dia mengambil phonenya dan mula menghubungi Sumayyah. Namun semua panggilannya tak dijawab.

Dia menghantar pesanan pada Sumayyah.

-SAYANG KAT MANA HUBBY NAK JUMPA. - Zaril.

Menanti dan terus menanti namun tiada jawapan dari Sumayyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience