-16-

Other Completed 91921

Selesai meeting pada jam 1 petang, Mereka bergegas keluar dari bilik mesyuarat. Begitu juga dengan Sumayyah. Azril menantinya diluar pintu utama.

Rindu pada bekas isteri. Melihat perubahan pada diri Sumayyah membuatkan hatinya membuak buak untuk mendapatkan Sumayyah semula.

Sumayyah yang telah memasukkan kertas kerja didalam begnya ingin berlalu pergi dari bilik itu. Namun dicegah oleh Zaril dan Qayyum.

"Kenapa ni?" Tanya Zaril.

"Kenapa awak cakap?" Tanya Sumayyah.

"Sebab saya Ceo tempat ni?" Soal Zaril lagi.

"Takde makna siapa awak dekat sini. Masalahnya awak boleh cakap kan. Jadi taklah saya sesat tadi pagi." Marah Sumayyah.

"La awak sesat ke?" Tanya Qayyum bergurau.

"Lantak koranglah. Yang penting saya nak balik Malaysia hari ni." Kata Sumayyah.

"Takkan sempat. Sekarang dah jam berapa?" Tanya Zaril.

Sumayyah mengeluh panjang lalu duduk semula ditempatnya tadi.

"Su rindukan anak anak Su. Lagipun Su taknak Ex Su ganggu Su. Su nak sangat duduk sini sampai ahad ni. Bila nampak muka dia tadi. Eeee rasa nak hempuk." Kata Sumayyah dengan gayanya sekali.

"Bila?" Tanya Qayyum melihat wajah Sumayyah dan melihat wajah Zaril yang mula berkerut.

"Yang kat depan tadi tu. Kan Ex Su." Kata Sumayyah memberitahu.

"Zafril?" Tanya Zaril.

Sumayyah menyanggukkan kepalanya lemah.

Phonenya bergetar panggilan dari Nadzmi menanti. Dia menjawab dan memberi isyarat oada 2 lelaki didepannya untuk menjawab sekejap.

"Assalamualaikum, Along." Sapa Sumayyah.

"Along dalam perjalanan ke Singapore bersama si kembar dan Apong dan Ainul." Kata Nadzmi tanpa membalas salamnya.

"Hah? Kenapa?" Tanya Sumayyah.

"Along risau dari semalam Call tak dapat. Baru sekarang Su nak angkat call Along. Why. Tell me why?" Kata Nadzmi mula mengawal emosinya pada adiknya.

"Su off phone. Azril ganggu Su semalam sampai Su rimas. Jujur Sumayyah tak berahsia.

"Along dah agak. Takpe. Jumpa Along nanti along share lokasi. Kami dah dekat dengan singapore." Kata Nadzmi.

Tak mampu nak meninggikan suara pada Sumayyah. Marah pun dia, namun dia tak pernah tengking mahupun jentik satu satunya adik yang dia ada.

"Ok. Su gerak sekarang. Share jumpa mana, Lepas tu Su terus kesana je." Kata Sumayyah.

"Ok. Tunggu tau." Kata Nadzmi lalu menamatkan panggilan.

Sumayyah masuk semula bersamaan denyan Mariati gadis pakaian Seksa dimata Sumayyah.

Sumayyah memberikan senyum padanya, Namun dibalas jelingan olehnya.

"Eleh kau ingat kau cantikke?" Bisik Sumayyah.

Mariati berdiri disisi kerusi Zaril dan memegang bahu bossnya.

"Ril. I lapar lah. Jom teman I makan." Kata Mariati.

"Sorry Mar. I ada meeting lain lepas ni." Kata Zaril memutuskan. Dia bangun dari duduknya apabila melihat Sumayyah mengambil begnya dan terus pergi dari sana.

Zaril mengejarnya yang sudah berada didepan lift. Begitu juga Qayyum dan Mariati yang mengejar Zaril.

"Boss kejap lah." Panggil Qayyum.

Zaril terlepas Sumayyah yang telah berada didalam lift dan menuju turun kebawah. Dia masuk ke lift sebelah bersama Qayyum dan Mariati.

"Kenapa dengan You ni Ril? Apa cantik sangat ke Janda tu?" Tanya Mariati. Zaril menoleh melihat lekap pada wajah Mariati.

"Dia bermakna dalam hidup saya. And jaga mulut dan tutur awak tu." Kata Zaril menahan emosi.

Pintu Lift terbuka dan melihat Sumayyah sedang menerima panggilan.

Sumayyah menerima panggilan dari Nadzmi lagi yang memberitahu mereka akan menanti pada taman permainan dekat dengan dataran.

Sumayyah mengiyakan dan meminta agar menantinya dalam beberapa minit kerana dia baru keluar dari bangunan itu. Selesai menjawab. Sumayyah mencari kunci motornya didalam bag didadanya.

"Su." Azril menarik tangan Sumayyah kesisinya.

"Kau lepaskan tangan aku. Kalau tak aku jerit." Kata Sumayyah.

"Kau nak jerit kenapa Su. Aku rindukan kau. Please balik semula kepada aku." Kata Azril.

"Su." Panggil Qayyum yang melihat kejadian itu bersama dengan Zaril.

Namun sebelum Zaril bertindak, Qayyum mendahului.

"Kau sapa?" Tanya Azril.

"Aku bakal suami dia." Kata Zaril muncul dibalik pintu utama.

Sumayyah yang mendengar terkedu tanpa mampu berkata.

Zaril meraih tangan Sumayyah dan membawanya pergi dari sana. Zaril mminta agar Qayyum membawa balik Motorbike milik Sumayyah nanti dan dia akan membawa Sumayyah pergi bersama kereta yag dibawa Qayyum tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience