-38-

Other Completed 91921

Ainul mendengar berita tentang pernikahan Sumayyah yang akan dipercepatkan Jumaat ni. Hatinya merasa tercabar dengan yang dilakukan Sumayyah.

"Kenapa boleh jadi macam ni?" Kenapa setiap kali dia nak jatuh tersungkur menyembah bumi, Pasti ada seseorang akan menyambutnya!" Herdik Ainul didalam ruangannya.

"Arrgghhh lain yang aku buat, lain pulak yang jadi. Kau betul-betul bawak pengaruh siallah Sumayyah!" Teriaknya lagi seperti orang gila.

Turun naik dadanya menahan amarah yang mula berapi marak dalam jiwanya.

"Apa yang kau nampak dalam diri Janda tu Zaril, Sedangkan aku dah ikut dah semua persamaan pada Sumayyah. Tapi kenapa masih dia yang kau pilih. Kau nak gadis bertudung? Aku dah buat dah. Kalau tak, Tak kuasa aku nak tutup rambut aku ni." Kata Ainul lagi.

"Aku mesti buat sesuatu." Kata Ainul yang mula menghubungi seseorang.

Panggilan disambut selepas 3 kali deringan.

"Kenapa Nul?" Tanya Azril yang baru saja bangun dari lenanya.

"Kau masih tidur ke?" Tanya Ainul.

"Kenapa?" Tanya Azril lagi.

"Aku debgar Su akan bernikah Jumaat ni." Kata Ainul memberitahu Azril.

"Hah!!!" Azril terkejut hingga dia terbangun dari penbaringannya.

"Mana kau tahu? sedangkan minggu depan aku baru nak masuk meminang Su semula." Kata Azril.

"Bongok lah kau ni Ril. Bukan dengan kau. Tapi dengan Zaril!!" Tengking Ainul.

"What!! Kau silap ni Nul." Kata Azril tak percaya.

"Betullah. Kau jangan putih mata kalau kau tak bertindak sekarang." Kata Ainul.

"kau tahu dorang nikah kat mana?" Tanya Azril.

"Aku tanya Nadzmi. Takkan dia tak tahu kan dia wali Sumayyah." Kata Ainul.

"Thanks sebab bantu aku." Kata Azril.

"Kau dapat Janda kau aku dapat Zaril." Kata Ainul yang mula ketawa seirama dengan Azril.

Panggilan diputuskan oleh Ainul. Lalu menghubungi Nadzmi lepas itu.

Panggilan bersambung selepas beberapa kali deringan.

"Abang. Dengar Su nak kahwin? Betulke?" Tanya Ainul.

Nadzmi didalam talian, tak bercakap.

"Abang dengar tak?" Panggil Ainul.

"Hmm." Jawab Nadzmi.

"Jadi betullah?" Tanya Ainul lagi.

"Entah. Abang tak tahu. Dan bukan Abang yang menjadi walihya bila dia nak nikah lagi." Kata Nadzmi mula perasan akan sikap Ainul.

"Hah? Kenapa pulak. Abangkan satunya waris yang Su ada?" Tanya Ainul lagi.

"Lantak dia lah nak kahwin ke apa. Yang pentinv dia tak ganggu majlis kita lagi." Kata Nadzmi.

"Ainul tanya je. Takkan tu pun Abang nak Emo kot." Kata Ainul.

"Tak payah pedulikan majlis orang. Pedulikan majlis kita yang tinggal beberapa hari ni." Kata Nadzmi.

Pernikahannya sama tarikh dengan Sumayyah dan Zaril. Hanya bezanya Sumayyah sebelah pagi dan Nadzmi sebelah malam lepas Isya.

"Yelah. Nul ingat. Jumaat ni." Kata Ainul lagi.

Nadzmi memutuskan panggilan Ainul. Ainul terkedu apabila Nadzmi memutuskan panggilannya.

"Aikk? Marah ke? Benci sangat dah kau ni dekat Adik kau. Haihh. Aku taknak kahwin dengan Nadzmi ni. Aku hanya nak buat dia bencikan Su dan Su akan kembali pada Azril." Kata Ainul.

"Haihhh ni dah lain dah ni." Kata Ainul mengeluh. Dia harus mencari tahu dimana Sumayyah sekarang.

"Macam mana aku nak fokus ni cari tahu dimana Su dan dimana Su akan bernikah." Kata Ainul lagi.

Majlisnya hanya tinggal beberapa hari lagi. Dia mula berfikir nak cari cara untuk menggagalkan keduanya. Majlis pernikahan Sumayyah dan majlisnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience