-50-

Other Completed 91921

"Maafkan Along. Sebab Along buatkan Adik Aling ni derita." Kata Nadzmi mengusap belakang Su.

"Su rindukan Along." Tangisnya masib berlagu.

"Along bersyuku masih mampu bersama Su dan yang lain." Kata Nadzmi.

"Maafkan Su. Sebab Su, Along yang terima bahananya." Kata Sumayyah.

"Kenapa?" Tanya Nadzmi.

"Ainul yang upah sepupunya untuk mencelakai Along alasannya sebab dia bencikan Su." Kata Sumayyah.

"Ainul." Kata Nadzmi.

Sumayyah menganggukkan kepalanya dibahu Nadzmi.

"Macam mana Su tahu?" Tahu Apong.

"Dalam perjalanan tadi, Balai call meminta Su datang kesana. Bila Su datang mereka tunjuk bukti dan membawa Pelaku menemui Su. Dia mengaku Ainul yang mengupahnya." Kata Sumayyah.

"Takpe. Along tak nak Su jumpa perempuan tu. Along taknak Su bahaya sebabkan Along. Biar polis yang selesaikan semua ni." Kata Nadzmi.

"Hmm." Balas Sumayyah.

"Rindu tau dengan sidua ketul." Kata Nadzmi.

"Family Abang AhSeng yang jaga mereka sekarang. Petang kalau tak Su yahg ambik, Zaril yang akan jemput." Kata Sumayyah.

"Tulah dari dulu Along cakap belajar bawak kereta. Sekarang tengok Driver dah telantar sapa nak bawak?" Kata Nadzmi.

"Takpe Motorbike masih berfungsi." Kata Sumayyah.

"Haihhh susah ada adik yang lebih pandai dari Abang dia ni." Kata Nadzmi.

"Bila Along boleh keluar?" Tanya Sumayyah sambil mehgambil beberapa jenis buah untuk dicuci.

"Entah. Seminggu lagi kot." kata Nadzmi.

"Apong?" Tanya Sumayyah.

"Sama." Kata Apong.

"Ok dont worry, Mulai bulan depan Su dah jadi suri rumah tangga sepenuh masa." Kata Sumayyah.

"Kenapa?" Tanya Nadzmi.

"Su akan urus bengkel Along buat sementara. Lepas tu Along dan Apong akan tinggal dengan Su dekat Villa. Then senanglah Su nak jaga korang berdua." Kata Sumayyah.

"Maaf sebab dah susahkan Su." Kata Apong.

"Dulu, Apong jaga Su baik sangat. And Now saat Su balas kebaikan Uncle pulak. Su dah anggap Uncle Apong macam Uncle Su." Kata Sumayyah

Lama mereka berbual hingga waktu Nadzmi dan Apong berehat, Barulah Sumayyah pergi dari sana. Dia memanggil teksi yang kebetulan lalu dikawasannya berdiri.

Dia meminta agar Pemandu teksi membawanya ketempat kerja Ainul. Begitu Sumayyah sampai ke tempat kerja Ainul. Dia melihat asa Azril disana bersama Ainul yang baru sahaja keluar dari bangunan tempat kerja Ainul.

"Mantap." Kata Sumayyah. Dia berjalan kearah Ainul dan Azril.

"Ainul!!" Teriak Sumayyah.

Azril dan Ainul menoleh serentak kearah Sumayyah disebelah jalan.

"Su?" Kata Azril. Senyum diwajahnya terserlah apabila melihat Sumayyah menapak kearahnya.

"Su? Su buat apa kat sini?" Tanya Azril yang mahu memegang lengan Sumayyah.

"Aku bukan nak jumpa kau. Tapi aku nak jumpa 'MALAIKAT MAUT' Dibelakang kau." Kata Sumayyah dengan renungan tajam.

"Kau nak jumpa aku kenapa? Kau nak aku kembali pada Nadzmi? Ke Kau tak layak untuk berada disisi Zaril?" Sinis soalan Ainul pada Sumayyah.

"Hahahahah. Wah wah wah. Malaikat Maut dah mula tunjuk taring." Kata Sumayyah.

Sumayyah menolak Azril ketepi dan menapak kedepan Ainul.

"Kau ingat aku akan tunduk pada kau?" Tanya Sumayyah.

"Habis tu kau nak apa datang jumpa aku? Kau nak marah aku atas apa yang jadi masa tu?" Tanya Ainul.

"Aku tak marah, Malah aku bersyukur. Cuma aku geram sikit." Kata Sumayyah.

"Geram kenapa? Zaril taknak janda macam kau ke?" Tanya Ainul ketawa terbahak.

"Hooo ni dah lebih ni." Sumayyah naik hantu di hayunnya penumbuk kewajah Ainul. Tepat dibatang hidung Ainul.

Inspektor Rizal dengan beberapa orang pegawainya datang tepat waktu. Dia menarik Sumayyah kebelakang agar menjauh dari Ainul.

"Sabar. Jangan buat hal." Kata Rizal.

"Hah? Dah dapat anak ikan baru rupanya." Jerkah Azril.

"Kau jangan sampai kaki aku yang naik kewajah kau!" Herdik Sumayyah.

"Dah. Fi tangkap dia." Kata Rizal.

"Kenapa pulak aku? Dia yang pukul saya kenapa saya yang kena. Ril. Bagitahu bukan aku yang salah." Kata Ainul.

"Cik Puan ditahan atas tuduhan cubaan membunuh Tengku Nadzmi. Sila beri kerjasama." Kata Rizal.

Azril terkaku memdengar tuduhan keatas Ainul. Sumayyah melintasi meninggalkan mereka disana

"Ingat Ainul, Karma tetap ada hanya cepat atau lambat." Kata Sumayyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience