-21-

Other Completed 92033

Mariati merapati Qayyum yang baru sampai dari menghantar kereta pada Zaril.

"Yum, Mana Zaril?" Tanya Mariati.

"Boss. Hormat sikit Mar." Kata Qayyum.

"Suka akulah. Aku kan bakal jadi wife dia." Kata Mariati dabik dada depan Qayyum.

"Bermimpi lah kau ni disiang hari." Kata Qayyum.

"Kenapa pulak?" Tanya Mariati lagi.

"Mar. Aku nak bagitahu kau kemana Boss kita." Kata Qayyum.

"Kemana?" Mariati teruja nak tahu.

"Jumpa bakal Abang Ipar dia dan bakal anak anak dia." Kata Qayyum.

"What?" Kata Mariati.

"Lembab lah kau ni Mar. Kau sendiri cakap tadi Cik Sumayyah tu Janda jadi boss jumpa bakal anak tiri dia lah." Kata Qayyum mengulum senyum terkenangkan Zaril yang berebut dengan Sumayyah tentang sikembar Sumayyah.

"Bencilah kau ni." Mariati meninggalkan Qayyum dalam emosi benci pada Qayyum.

"Boss tak suka lah perempuan tak cukup kain ni.Paling Boss benci." Kata Qayyum melihat Mariati menghentakkan kaki keluar dari ruang kerjanya.

Sejak tadi phonenya bergetar namun dia tak peduli kerana dua tahu panggilan itu dari Syiqa.

Dia naik semak dengan panggilan dari Syiqa nak di off phonenya takut Zaril akan menghubunginya. Akhirnya dia ambil jalan mudah dan menyekat nombor Syiqa.

Disisi lain, Semasa dalam keretal Sumayyah mimpi sesuatu hingga buat dia bangun dalam keadaan terkejut dan memanggil nama Along dari mulutnya.

Zaril yang perasan memegang tubuh Dhian yang hampir nak terlepas dari tangan Sumayyah.

"Maaf saya mimpi yang bukan-bukan." Kata Sumayyah. barulah dia memegang semula tubuh Dhian yang masih lena.

"Sumayyah mimpi apa?" tanya Zaril.

"Takde apa." Balasnya.

Namun jelas kini difikirannya, kereta yang dipandu Nadzmi terlibat dalam kemalangan jalan raya dan Nadzmi meninggal ditempat kejadian.

Sumayyah mulai takut. Takut akan mimpinya.

"Ya Allah." Kata Sumayyah meraup wajahnya dengan kedua tapak tangannya. Airmata bergenang ditirai matanya.

"Kau lindungi Along Ya Allah." Kata Sumayyah lagi dalam bisiknya.

Zaril jelas melihat perubahan wajah Sumayyah yang muram, stress tak ceria seperti tadi.

"Bagitahu. Apa yang tak kena." Kata Zaril.

Tak nak tanggung rasa takut, akhirnya Sumayyah memberitahu pada Zaril tentang mimpinya.

"Su mimpi Along." Kata Sumayyah.

"Kenapa Nadzmi?" Tanya Zaril.

"Dalam mimpi tu Su melihat jasad Along dikeluarkan dari keretanya Kaku tak bernyawa." Kata Sumayyah. Airmata yang ditahan akhirnya keluar jua. Deras membasahi kedua pipinya.

"Ya Allah, Jangan ambil Along dari kehidupanku kini ya Allah. Aku masih belum puad dengan belai kasih seorang Abang." Doa Sumayyah dalam esak tangisnya.

Dhian terbangun dari lena melihat Mumynya yang sedang menangis. Mungkin bagi Dhian dia masih tak faham.

Tak mampu bagi Sumayyah untuk membuang jauh dari dalam fikirannya. Jelas terbayang semua yang dimimpikannya didalam fikiran.

"Sumayyah sabar. Tu mainan tidur je. Percayalah Allah takkan duga Umatnya luar dari kemampuan seseorang itu." Kata Zaril.

Sumayyah menepuk paha Dhian perlahan agar anak itu terlena semula.

Namun makin Sumayyah tepuk makin Dhian tersenyum melihatnya.

Sampai sahaja di tempat parking dibawah Apartment, Sumayyah keluar cepat dari dalam kereta milik Zaril dan meluru ke arah Nadzmi yang baru keluar dari dalam BMW nya.

"Along!!" Herdik Sumayyah lalu memeluknya erat.

Nadzmi dan Ainul pelik melihat wajah sembab Sumayyah dan melihat Zaril yang sedang menggendong Dhian dan Dhia kearah mereka.

"Kenapa ni?" Tanya Nadzmi pelik.

"Along janji takkan tinggalkan Su." Kata Sumayyah dalam tangisan yang mula menjadi.

"Tak. Along janji. Buat apa Aling nak tinggalkan Su." Kata Nadzmi.

"Su belum puas lagi dengan Kasih Along, Belaian Along. Su taknak Along tinggalkan Su." Kata Su melepaskan pelukannya dan memegang kedua pipi Abangnya.

"Su mimpi Along akan tinggalkan Su. Along akan tinggalkan Su sendiri." Kata Sumayyah. Airmatanya yang deras mengalir kepipi diseka oleh jemari Nadzmi.

"Along promise. Takkan tinggalkan Su dan si Kembar. Trust me." Kata Nadzmi walaupun begitu berat hatinya mendengarkan kata Sumayyah.

Dia juga merasa akan menjauh dari Sumayyah sejak beberapa minggu lepas walaupun Sumayyah berada sekat dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience