-24-

Other Completed 91921

Mereka Sarapan bersama diatas meja makan kecuali Sumayyah yang duduk depan Tv bersama Dhia dan Dhian.

Sambil sikembar melihat kartun Sumayyah menyuapkan bubur nasi yang dimasaknya tadi.

"Su kalau dah siap, tinggalkan Dhia dan Dhian tengok kartun tu, sini makan sekali." Panggil Nadzmi.

"Along makan dulu dengan yang lain. Su nak teman mereka ni dulu. Lepas makan anak Mumy mandi ye. Bau macam lah." Kata Sumayyah.

Dhia dan Dhian mengangguk serentak.

"Mumy mumy mumy." Panggil Dhia.

"Ye Sayang." Tanya Sumayyah.

"Nenen." Kata Dhia.

"Nak susu. Ok kejap. Dhia dah taknak mamam ke?" Tanya Sumayyah yang masih menyuapkan Dhian.

"Nonononono. Nenen." Kata Dhia.

"Ok kejap, Mumy suap Abang Dhian dulu." Kata Sumayyah.

Dhia menganggukan kepala sambil fokus pada kartun Oggy di screen Tv.

Nadzmi menyudahkan makannya dan berlalu menapak kearah Sumayyah.

"Dah pergi bancuh susu. Sian Dhia nak menyusu tu." Kata Nadzmi.

"Along dah siap makan ke?" Tanya Sumayyah.

"Dah. Su buat susu Dhia lepas tu makan." Kata Nadzmi.

Sumayyah bersiri dan berlalu melintasi meja makan. Jelas dalam oiring Abangnya masih bersisa mee yang banyak.

Dia hanya gelengkan kepalanya dan masuk kedapur membancuh susu Dhia.

Dia menyerahkan pada Dhia botol yang telah terisi susu. Lalu membaringkannya diatas sofa disebelah Nadzmi yang masih menyuapkan Dhian bubur.

Sumayyah mengambil sisa Mee Nadzmi dan menambah sikit Mee tadi dan berlalu duduk dikarpet dibawah tempat Nadzmi duduk.

Zaril dan yang lain melihat apa yang dilakukan Sumayyah duduk dibawah karpet depan Nadzmi.

Semua mata terpaku melihat Sumayyah menyuapkan Mee tadi kearah Nadzmi.

"Along tak boleh tak makan. Nanti kalau Along sakit sapa nak jaga Su dan dua baby ni." Kata Sumayyah lalu menyuakan garpu kemulut Nadzmi.

Nadzmi menyambut dengan membuka mulutnya.

Begitulah cara mereka. Jika Sumayyah terlewat kesekolah dan tak sempat sarapan, Nadzmi akan mengejarnya kehulu kehilir dengan sepinggan Nasi Goreng yang disuapi kemulut adiknya.

Sumayyah menyuap mee kemulutnya dan meninggalkan kesan minyak dihujung bibirnya.

Nadzmi menyeka dengan ibu jarinya.

"Dah beranak pinak pun masih makan comot kan?" Tanya Nadzmi.

"Biarlah kan ada Along untuk membersihkannya." Kata Sumayyah sambil Nadzmi mengusap lembut pipi Sumayyah.

"Macam mana lah keadaan Su kalau satu hari nanti Along takde." Kata Nadzmi.

Sekelip mata senyuman diwajah Sumayyah lesap. Dia palingbtak suka kalau Nadzmi berkata akan meninggalkannya.

"Apa maksud Along. Along nak tinggalkan Su?" Tanya Sumayyah.

"Bukan macam tu." Kata Nadzmi.

"Habistu?" Tanya Sumayyah masih menyuap Nadzmi.

"Along dah bagitahu Ainul, Hujung bulan ni nak hantar rombongan." Kata Nadzmi.

"Ooo. rupanya. Takpe lah. Jodoh Along dah sampai. Asalkan Along masih benarkan Su tinggal dekat bengkel. Jangan halau Su tau." Kata Sumayyah bergurau.

"Su lah jantung Along. Kalau Along halau Su matilah Along." Kata Nadzmi.

"Sayang Along dunia akhirat Along Syurga bagi Su dan anak anak Su." Kata Sumayyah menyuapkan Mee terahkir kemulut Nadzmi.

"Dah. Pergi bawa mereka mandi. Lepas ni kita pergi ke pertunjukkan terjunan payung." Kata Nadzmi.

"Ok Along." Kata Sumayyah lalu membawa Dhia dan Dhian masuk semula kedalam biliknya lalu memandikan mereka berdua.

Siap mandi dan berpakaian, Sumayyah membawaereka keruang tamu dimana Zaril dan Nadzmi sedang berbual. Manakala Ainul dan Mia masih duduk bermain phone dimeja makan.

Qayyum tak terlihat mungkin berada didalam biliknya.

Sumayyah masuk semula kebilik dan mula membersihkan dirinya. Sepesai mandi dia Mengenakan seluar Jeans dan t shirt berlengan panjang yang sedikit besar dari badannya berwarna purple sama macam dua anaknya. Lalu mengenakan dengan Shawl hitam.

Dia keluar semula dari biliknya dan masih sama Mia dan Ainul masih seperti tadi. Zaril dan Qayyum keluar serentak dari bilik masing masing.

Secara kebetulan Zaril memakai warna senada dengan baju Sumayyah dengan anak anaknya.

Nadzmi memakai Tshirt putih dan jeans gelap. Ainul dan Mia tersentak melihat kami semua dah siap sedangkan mereka belum.

"Abang tunggu Mia kejap. Mia bersiap." Kata Kia dan terus masuk kebilik bersama Ainul.

"Papapapapa." Panggil Dhian. Meminta Zaril mengendongnya. Sedangkan Dhia terlena dibahu Nadzmi.

Zaril mengendong Dhian. Dan memakaikan kasut si anak.

Akhirnya msreka menapak oeluar selepas 15 minit menanti Mia dan Ainul bersiap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience